TV3 1.902 juta, TV9 1.938 juta, ASTRO Awani 338,000 dan Bernama TV 238,000. Jika jumlah penonton kesemua stesen televisyen ini dicampurkan seramai 4.4 juta rakyat Malaysia mengikuti Siri Debat Agendadaily antara Datuk Ahmad Shabery Cheek vs Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disiarkan secara langsung oleh TV9, ASTRO Awani dan Bernama TV manakala siaran tertunda pula di TV3 Selasa malam.Jumlah ini adalah berdasarkan rating yang diberikan oleh stesen-stesen televisyen itu kepada Agendadaily Rabu. – agendadaily
Tag Archives: pemuda ampang
Akses ke laman ini
salam semua
sila maklum bahawa para pembaca boleh juga melayari laman web ini melalui
atau
https://pemudaenggang.wordpress.com
terima kasih atas sokongan anda!
Filed under Berita & Aktiviti Pemuda
Pembohongan Secara Terang Pakatan Rakyat Di Selangor
Oleh Adnil Mohd
Shah Alam — Perlantikan Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang diumumkan semalam menyerlahkan lagi satu sandiwara politik kerajaan negeri yang ditunjangi Pakatan Rakyat yang sebelum ini menjanjikan satu bentuk pemerintahan baru.
Jika semasa pilihanraya lalu, Pakatan Rakyat berjanji untuk melantik ahli majlis pihak berkuasa tempatan bebas dari sebarang pengaruh politik tetapi ternyata janji tersebut palsu semata-mata apabila pengumuman yang dibuat memperlihatkan terdapat ramai wakil ahli MBSA terdiri daripada PKR, DAP dan Pas .
Mengulas perkara ini, Ketua Pemuda UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus berkata perlantikan itu membuktikan satu lagi pembohongan besar kerajaan negeri pakatan pembangkang terhadap rakyat.
Jelas beliau pelantikan ini boleh dianggap sebahagian daripada kejayaan 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat selain ladang mega ternakan babi, kebanjiran rumah urut, kegiatan curi pasir serta kes rasuah yang membabitkan pegawai khas Menteri Besar Selangor.
“Nampaknya pemerintahan 100 hari yang dicanang oleh kerajaan Pakatan Rakyat bukanlah menampakkan satu bentuk pembaharuan tetapi menyerlahkan satu bentuk penipuan terancang.
“Kita yakin selepas ini rakyat akan menyaksikan lebih banyak lagi kejayaan mereka”, katanya sinis.
Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas perlantikan ahli MBSA semalam yang turut disertai wakil gabungan PKR, DAP, dan Pas sedangkan sebelum ini mereka berjanji bahawa perlantikan ahli majlis PBT bebas daripada pengaruh politik.
Secara keseluruhannya daripada 25 nama yang disenaraikan menjadi Ahli Majlis MBSA, seramai 17 orang terdiri daripada wakil PKR-DAP-Pas iaitu sembilan PKR, lima Pas dan tiga DAP.
Shukor yang juga ADUN Kuang seterusnya berkata baru 100 hari pemerintahan, Pakatan Rakyat telah banyak melanggar janji mereka kepada rakyat.
“Kita akan terus membela nasib rakyat di samping membongkar segala penipuan terancang Pakatan Rakyat. Bagi kita biar 100 hari ataupun 100 bulan, lambat laun tembelang mereka akan jua menusuk hidung rakyat”, ujarnya.
Filed under Berita & Aktiviti Pemuda
Umno wajar buka pintu kepada ahlinya yang pernah dikenakan tindakan disiplin
KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh berkata Umno perlu adil kepada semua anggotanya yang pernah dikenakan tindakan disiplin tetapi ingin menyertai semula parti itu.
Beliau berkata kemasukan bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Noor ke dalam Umno seharusnya membuka ruang kepada semua anggota Umno yang pernah dikenakan tindakan disiplin untuk turut kembali menyertainya.
“Kita tidak mahu hanya kerana Ezam yang mahu masuk semula menyertai Umno, kita terima semula.
“Bagaimana pula dengan ahli-ahli UMNO yang pernah dikenakan tindakan disiplin, adakah Umno juga akan menerima mereka semula” katanya mengulas penyerahan borang keahlian Umno oleh Ezam kepada Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam.
Ezam adalah bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. -sumber bharian
nota: penulis bersetuju sekiranya UMNO membuka keahlian semula kepada ahli yang pernah dikenakan tindakan disiplin. Walaubagaimanapun, keahlian semula ini hendaklah diberikan mengikut dan bukan secara membuta tuli. Ini dapat menguatkan kembali umno.
Filed under Berita & Aktiviti Pemuda
Kempen Menuntut Janji Yang Belum Ditunaikan
Penulis telah berbincang dengan ketua cawangan UMNO Jln enggang En Rosman Kassim dan Setiausaha cawangan En Kamarudin Bakar untuk mengadakan kempen di atas. Secara dasarnya, kedua2 mereka bersetuju dengan idea penulis untuk melancarkan kempen di atas. Kempen atau program ini adalah bertujuan untuk mengumpul semua nama anak-anak Selangor yang layak untuk mendapatkan hak mereka seperti yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat di dalam manifesto mereka pada pilihanraya umum yang lepas. Sebagai permulaan kempen/program ini akan dimulakan secara maya atau ‘online’ sebelum ia dikembangkan dengan mengadakan ‘roadshow’ di seluruh kawasan Jalan Enggang dan Ampang. Sebagai rujukan, penulis akan memaparkan semula janji yang ditabur oleh Pakatan rakyat tempohari.
-
Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor.
-
Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri.
-
Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah.
-
Memberi hadiah RM1000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke Universiti.
-
Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor.
-
Memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumahtangga.
-
Membuka Pusat Sukan Mini dan Rekreasi bagi belia.
-
Mencarum takaful bernilai RM2,500 untuk warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim.
-
Memberi elaun ibu tunggal yang layak.
-
Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka.
-
Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri.
-
Mewujudkan institusi menyelaraskan hal ehwal agama selain Islam
Pihak UMNO cawangan Jalan Enggang akan mengenalpasti satu tarikh yang sesuai untuk mengadakan roadshow program ini di kawasan berhampiran. Program ini akan mengumpulkan semua nama anak-anak atau individu Selangor yang tinggal di kawasan Ampang. Nama-nama ini kemudiannya akan diserahkan kepada kerajaan negeri supaya hak yang layak diterima oleh individu terbabit dapat dibuat oleh kerajaan Khalid Ibrahim. Sebagai permulaan kempen ini akan dilaksanakan secara maya.
Sekiranya anda seorang yang lahir di Selangor dan tinggal di kawasan Ampang, anda layak menuntut janji yang ditabur. Laman web ini memerlukan butiran berikut. Semua butiran ini hendaklah dihantar melalui email ke pemudaenggang@gmail.com. Anda akan dimaklumkan kelak tarikh roadshow yang akan diadakan.
Sila email kepada kami:
Nama:
Alamat:
No. Telefon:
Jenis Bantuan: contoh: tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor.
Nama Penerima Hak:
Sila email ke pemudaenggang@gmail.com
Ayuh kita tuntut janji manis PAKATAN RAKYAT!!!
*program/kempen ini akan berjalan secara berterusan(on-going). walaubagaimanapun, nama-nama yang dikumpul hanya akan diserahkan kepada kerajaan negeri secara berkala.
Filed under Berita & Aktiviti Pemuda