Tag Archives: pemuda bn

BN YOUTH LAB

Laporan kertas cadangan BN Youth Lab boleh dimuatturun melalui laman

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Jentera Pemuda BN perlu mantap ilmu

buat tatapan semua ahli pemuda……ayuh bangkit…bangunkan diri..isikan diri dengan ilmu supaya pemuda enggang menjadi lebih dinamik dan progresif…!!!! pada malam ini juga penyerahan baju Pemuda Jalan Enggang diedarkan kepada semua jentera pemuda cawangan. Baju ini akan digunakan bagi semua kegunaan acara rasmi Cawangan Jalan Enggang… syabas!!!

Generasi muda terutama jentera pemuda Barisan Nasional (BN) harus menerima hakikat bahawa lanskap politik negara sudah berubah dan mereka perlu memenuhi minda dengan ilmu pengetahuan untuk menepis pelbagai persoalan serta isu semasa dari golongan yang sentiasa dekat dengan berbagai media terutama media alternatif seperti internet.

Jentera pemuda BN juga perlu memantapkan struktur gempur mereka untuk berdepan dengan generasi yang tidak mahu mendengar cakap-cakap retorik tetapi penuh dengan pelbagai persoalan yang kadangkala menekan jiwa.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia Datuk Paduka Mohamad Norza Zakaria berkata demikian kepada wartawan selepas melancarkan Gerak Kerja Jentera Pilihan Raya Pemuda Barisan Nasional P137 Parlimen Bukit Katil, dekat Bilik Gerakan BN Bukit Katil, Melaka malam Sabtu 8 Februari.

Menurutnya, barisan pemuda penggempur mesti memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan isu semasa agar dapat menangani persoalan masyarakat dengan lebih efektif.

“Mereka bukan seperti 20 tahun lalu yang hanya menerima kehadiran kita tanpa persoalan, mereka yang sentiasa dekat dengan media alternative seperti internet dan blog mempunyai pelbagai maklumat terkini yang perlu ditepis serta digempur dengan pengisian ilmu,” tambahnya.

Beliau juga berharap agar jentera pemuda BN terus mantap untuk membantu mempertahankan parti dalam mengekalkan perkongsian kuasa parti-parti komponen yang dikecapi sejak dulu lagi dan tidak melihat pertemuan seumpama ini sebagai bermusim sebagaimana pembangkang yang mengadakan perkongsian bermusim setiap kali berdepan pilihan raya.

Sebelum itu ketika berucap di depan hampir 1000 orang jentera Pemuda BN Bukit Katil, Datuk Paduka Norza yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan mengharapkan jentera pemuda BN dapat membantu mengekalkan kemenangan besar di kerusi Parlimen dan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil yang sejak sekian lama menjadi kubu kuat BN.

Beliau juga yakin bahawa Melaka di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam bakal mempertahankan kecemerlangannya malah bakal menjadi sebuah negeri sifar pembangkang dalam pilihan raya kali ke 12 ini.

Katanya, sejak zaman Parti Perikatan hingga BN lagi kepimpinan negara yang silih berganti telah berjaya mengurus negara dengan baik sehingga berjaya membawa pelbagai pembangunan dan kemajuan disamping menjadi tumpuan para pelabur luar negara.

Dengan kejayaan dan kemajuan yang ada di negeri Melaka, Datuk Paduka Norza berkata, “kebanjiran pelancong hingga semua bilik hotel habis disewa terutama di musim cuti seharusnya menjadi inspirasi dan rasa bangga dengan pencapaian ini, generasi pemuda yang bakal mewarisi kepimpinan di negeri ini juga perlu terus mempertahankan kejayaan tersebut, bukannya sekadar laungan gempur tetapi sedia melaksanakan tanggungjawab bagi mempertahankannya”.

Beliau menegaskan tidak guna kita mempunyai pemuda beribu orang tetapi bila tiba semboyan pilihan raya masih ada lagi pemuda yang bertanyakan jumlah wang ringgit yang akan diperolehi sebagai upah bekerja bagi mempertahankan kedaulatan parti sendiri.

“Akan ada pemuda-pemuda yang berpaling tadah, sanggup memboikot parti dan sabotaj parti hingga sanggup membantu parti lawan kerana kurang duit upah untuk membantu parti”, jelasnya.

Beliau berkata, “kita mesti bandingkan dengan pemimpin terdahulu yang berjuang dalam parti, mereka tidak sesenang zaman kita hari ini, mereka dulu sanggup mengadai harta benda demi parti, mereka miskin harta benda tetapi kaya dari segi perjuangan”.

Tambahnya lagi, “generasi muda hari ini mesti ingat bahawa mereka mempunyai berbagai kekayaan diri, ada kereta besar, ada macam motorsikal , rumah besar dan harta benda tetapi janganlah kita miskin dari segi perjuangan kita pada parti yang kita sayangi ini”.

Beliau yakin bahawa Pemuda di Bukit Katil ini adalah pemuda yang bukan saja kaya harta benda tetapi kaya dengan semangat perjuangan yang luhur, suci dan murni untuk mempertahankan keutuhan parti ini ketitisan darah terakhir.

Jentera pemuda juga diingatkan bahawa perkongsian dalam parti BN sejak zaman nenek moyang lagi berbanding dengan perkongsian pembangkang yang hanya muncul ketika hendak berdepan dengan pilihan raya saja.

“Perkongsian dalam BN adalah perkongsian sejati tetapi perkongsian pembangkang adalah perkongsian tanpa kerelaan yang hanya menabur berbagai janji manis, bulan bintang dan matahari.”

“Nak jadikan negara ini sebagai negara kebajikan, nak turunkan harga minyak dan nak turunkan macam-macam benda, itulah kata-kata orang yang tidak pernah pegang kuasa dan tidak tahu bagaimana hendak memimpin serta mengurus sebuah negara”, kata Datuk Paduka Norza.

Kata Datuk Paduka Norza,”mereka mempertikaikan ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), tetapi bila menang di Kelantan selama empat penggal tidak pula bising, bila kalah satu dua tempat pilihan raya kecil salahkan SPR dan anggap SPR tidak telus, inilah cakap tak serupa bikin”.

Beliau berharap bila bermulanya pembubaran Dewan Rakyat untuk pilihan raya hingga ke hari penamaan calon dan di hari pengundian, jentera pemuda yang sedia gempur inilah yang akan gempur habis-habisan.

Datuk Paduka Norza mengakhiri ucapannya dengan serangkap pantun;

Kalau pergi ke Seri Menanti
Kita pergi tiap-tiap hari
Kalau Bukit Katil sedia menanti
Saya akan ke mari lagi

Di majlis pelancaran itu dihadiri oleh pemimpin pemuda parti-parti komponen BN, pemimpin empat peringkat UMNO Bahagian Bukit Katil dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Melaka Ashakari Abu Noor, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Melaka juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil Karim Yaakob

Sebelum itu, Datuk Paduka Norza yang diiringi beberapa orang ketua-ketua Pemuda UMNO Bahagian Wilayah Persekutuan telah menunaikan solat Maghrib, membaca surah Yasin dan bertahlil di kediaman Ketua Menteri.

Selepas solat Isyak beliau bersama Datuk Seri Mohd Ali serta jemputan yang terdiri dari anak-anak yatim dan ahli khariah yang hadir makan malam.

Majlis tahlil tersebut di ketuai oleh Pengerusi Rumah Anak Yatim Pegoh, Umbai Melaka Datuk Idris AlHafiz.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda