Tag Archives: penang

Gerakan Penang Putus Hubungan Dengan UMNO Penang

Gerakan Pulau Pinang mengadakan mesyuarat tergempar semalam ekoran sidang akhbar yang diadakan oleh ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail di mana seorang pemimpin Umno bertindak mengoyak gambar bekas ketua menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Dalam mesyuarat tergempar itu, kata Dr Koh, Gerakan Pulau Pinang mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Umno negeri tersebut.
Beliau turut membidas Ahmad yang didakwa membuat kenyataan yang menyinggung orang Cina kerana “telah menukar kesilapan peribadinya kepada konflik dan krisis antara parti-parti komponen BN dan yang paling teruk lagi, antara masyarakat”.
Menurut Dr Koh lagi, tindakan penyokong Ahmad menurun, mengoyak dan memijak gambarnya, bukan sahaja dilihat sebagai tindakan yang tidak menghormati dan menghina beliau, tetapi juga keseluruhan parti dan BN.

Dalam sidang akhbar pada jam 10.30 malam tadi, Dr Koh berkata, pemimpin dan ahli Gerakan amat terperanjat dan marah dengan perbuatan tersebut,

Menurutnya, mereka kecewa dan sedih kerana ramai pemimpin badan perhubungan Umno negeri yang hadir di situ, telah membiarkan kenyataan dan perbuatan yang tidak bertanggungjawab seumpama itu.

Dr Koh juga berkata, amaran Ahmad supaya masyarakat Cina tidak bersikap seperti orang Yahudi di Amerika yang mahu menguasai ekonomi dan politik, sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak harus dibangkitkan sama sekali.

nota: penulis merasakan bahawa masalah ini merupakan masalah ‘peribadi’ di antara Koh Tsu Koon dan Ahmad Ismail. Mungkin dendam sudah lama terbuku, hanya menunggu masa utk ‘meletup’ dan kini sudah pun meletup. atau adakah ini permainan politik DSAI. sila rujuk komen pembaca (ketua bahagian) di bawah.

ketua umno bahagian
September 5, 2008 at 3:41 pm · Edit

inilah kerja umno bila ada apa-apa semua sokong…dulu masa tun pun semua sokong last2 apa jadi pada tuan….semua orang buat dia macam sampah…..dalam hal ni kita kena tau sapa sebenarnya md.ismail…dulu masa anwar jadi Pengerusi Badan perhubungan umno p.pg, dia adalah orang kepercayaan anwar…dia juga macam nak masuk dalam seluaq anwar bila anwar balik ke penang…aku percaya ini adalah strategi dia dan anwar untuk pecah MCA dan gerakan supaya masuk PR….aku blh kompom abg md.ismail ni setiap malam ada tempat anwar ceramah….

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Isu Pegawai Agama bukan berlaku di Perak..malah menjadi isu di Pulau Pinang juga

artikel ini diterbitkan di dalam utusan semalam. ada kemungkinan semalam adalah cuti umum, maka isu ini kurang mendapat perhatian ramai.

MAIPP: Shabudin letak jawatan YDP

TASEK GELUGOR 7 April – Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Shabudin Yahaya hari ini mengumumkan peletakan jawatannya selaras dengan kehendak kepimpinan kerajaan negeri baru.

Beliau berkata, surat peletakan jawatan itu telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 15 April lalu untuk memaklumkan perkara tersebut.

”Sebagai Ketua Agama Negeri Pulau Pinang, Seri Paduka berhak dimaklumkan tentang perkara ini kerana tuanku yang telah melantik saya dan ahli-ahli MAIPP yang lain bermula 1 Januari 2008 hingga Disember 2009,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Peletakan jawatan itu juga dibuat ekoran desakan oleh kerajaan negeri campuran DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahu memberikan jawatan itu kepada calon baru yang akan dipilih kelak.

Menurut Shabudin, prosedur pelantikan ahli-ahli MAIPP perlu mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 yang memperuntukkan Majlis Mesyuarat Kerajaan menasihat Yang Dipertuan Agong.

Beliau berkata, desakan oleh ahli Pas dan PKR supaya beliau meletak jawatan merupakan satu perkara yang tidak boleh diterima kerana jawatan itu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Dalam pada itu, beliau turut mengadakan pertemuan dengan Ahli-ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi memaklumkan cadangan peletakan jawatan itu.

Ini kerana, katanya, semua ahli JKKK dilantik dan dibayar elaun oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan tidak munasabah bagi mereka bekerja dengan kerajaan baru.

Sehubungan itu, Shabudin berharap kerajaan negeri sekarang melantik ahli JKKK dan membentuk pentadbiran sendiri tanpa perlu bergantung kepada jentera BN.

”Kita tidak mahu timbul konflik kepimpinan dengan ahli JKKK yang lama dan berharap mereka semua faham bahawa perubahan politik telah berlaku di Pulau Pinang,” katanya.”

“Saya diminta terus terajui MAIPP – Shabudin

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN

TASEK GELUGOR 1 Mei – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menolak peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Shabudin Yahaya sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Sehubungan itu, Shabudin yang telah mengumumkan peletakan jawatannya pada 8 April lalu selaras dengan kehendak kerajaan negeri yang baru telah diminta meneruskan tugasnya sehingga tempoh watikah pelantikan berakhir pada 31 Disember tahun depan.

Menurut Shabudin, beliau bersama ahli majlis MAIPP telah diminta menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu, Kuala Lumpur pada 28 April lalu untuk memberi penjelasan berhubung peletakan jawatan tersebut.

‘‘Tuanku Mizan berpendapat semua ahli majlis (MAIPP) yang lain perlu meneruskan tugas dan tanggungjawab sehingga berakhir tempoh watikah pelantikan.

‘‘Baginda juga meminta segala perancangan dan usaha yang dirancang untuk kepentingan umat Islam sebelum ini diteruskan bagi mencapai kejayaan yang diharapkan,” katanya.

Shabudin ditemui pada majlis lawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Ara Kuda di sini hari ini.

Pada 8 April lalu, Shabudin mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Yang Dipertua MAIPP selepas menerima desakan daripada kerajaan negeri pimpinan DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahu jawatan itu diberi kepada calon baru.

Perkembangan itu sekali gus memberi tamparan hebat kepada kerajaan negeri pimpinan DAP dan PKR yang sebelum ini mendesak Shabudin meletakkan jawatan selepas pakatan pembangkang menguasai Pulau Pinang pada pilihan raya umum lalu.

Shabudin dilantik sebagai Yang Dipertua MAIPP berkuat kuasa 1 Januari 2008 hingga Disember 2009.

Menurut Shabudin, pihaknya yakin perkara tersebut sudah sampai kepada pengetahuan pimpinan kerajaan negeri.”

nota: syukur ke hadrat Illahi, negara kita masih mempunyai Agong yang menjaga perihal agama Islam di negeri-negeri yang tidak mempunyai Sultan. Apakah nasib YDP MAIPP ini sekiranya tanggungjawab perihal agama Islam di Pulau Pinang terletak di atas kuasa ketua menteri atau exco negeri sahaja??

Daulat Tuanku!

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Sabotaj Punca Perak dan Kedah Kalah

sebentar tadi PM Paklah menyatakan bahawa terdapat unsur sabotaj dari ahli UMNO sendiri punca tewasnya beberapa negeri pada PRU12 tempohari. Perkara ini sememangnya sudah berlaku sejak sessi pengenalan calon lagi. berikut adalah petikan dari utusan…di harap pada PRU akan datang tiada lagi unsur2 sabotaj terhadap BN/UMNO supaya BN dapat menawan negeri2 seperti selangor, perak, kedah dan penang kembali.

KUALA LUMPUR 6 April – Sabotaj oleh ahli UMNO sendiri dikenal pasti sebagai antara penyumbang kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) di Perak dan Kedah sehingga kedua-dua negeri itu terlepas ke tangan pembangkang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden UMNO berkata, analisis jentera parti menunjukkan 14 kerusi Parlimen dan 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikategorikan putih turut tewas gara-gara perbuatan sabotaj. – Utusan

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda