Tag Archives: perlis

Pilihanraya kecil bagi DUN Sanglang

sumber agendadaily

Mahkamah Tinggi di Kangar pagi Rabu putuskan tiada calon yang menang dalam di kawasan itu masa pilihanraya umum 8 Mac.Ia diputuskan oleh Hakim Datuk Zainal Adzam Abdul Ghani.Ini berikutan petisyen calon PAS Hashim Jasin.Calon BN ialah Abdullah Hassan.Beliau menewaskan Hashim dengan majoriti 149 undi.Hashim dapat 3,235 undi manakala Abdullah 3,384.Berikutan keputusan ini satu pilihanraya kecil perlu diadakan.Sementara itu Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim ketika dihubungi jam 10.30 pagi kata beliau pun baru dengar hal itu dan sedang berkejar balik ke Perlis dari Kuala Lumpur.Namun beliau yakin Barisan Nasional dapat kekalkan kerusi itu.-18/6/2008

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Radzi letak semua jawatan parti

KUALA LUMPUR 19 Mac – Bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Mohd Radzi Sheikh Ahmad meletakkan semua jawatannya dalam parti Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa hari ini.

Menurut Radzi, beliau berbuat demikian kerana tidak mampu lagi bekerja dan perletakan jawatan itu direstui oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Radzi ialah Setiausaha Agung UMNO dan BN.

Jelasnya, beliau bagaimanapun akan tetap berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kangar kerana rakyat masih memerlukan perkhidmatannya. – Utusan.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Apa pendirian Pas?

satu rencana menarik kiriman en zulkiflee bakar di dalam utusan malaysia

PILIHAN Raya Umum Ke-12 yang berakhir Ahad lalu ternyata membolehkan Pas-parti Melayu kedua terbesar selepas UMNO menegakkan panji-panji di seluruh negara kecuali Melaka, Sabah dan Sarawak.

Kejayaan paling cemerlang bagi Pas ialah di Kedah dan Kelantan. Di kedua-dua negeri itu, Pas menerajui kerajaan negeri.

Di Kelantan, Pas bukan sahaja mengekalkan pemerintahannya malah merampas 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sebelum ini dipegang oleh Barisan Nasional (BN).

Di Kedah, perjuangan bertahun-tahun Pas untuk menduduki takhta pemerintahan menjadi kenyataan apabila melalui bantuan Parti Keadilan Rakyat (PKR), mereka berjaya menguasai DUN. Pas memenangi 16 kerusi manakala PKR 4 kerusi.

Di Perak pula, Pas yang menangi enam kerusi telah membantu pakatan pembangkang menumbangkan kerajaan negeri pimpinan BN.

Namun persoalannya kini dengan DAP semakin berkuasa di beberapa negeri yang ditawan oleh pembangkang, apakah pendirian Pas dalam perjuangan Islamnya?

Sebelum ini, Pas secara tegas menyatakan bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan DAP tetapi berdasarkan kepada keputusan pilihan raya, Pas tiada pilihan terutamanya di Perak dan Selangor.

Jika mereka ingin melihat BN tidak bangkit semula mereka perlu kekal dalam pakatan pembangkang. Tetapi persoalannya bagaimana?

Pas mungkin bertahan di Selangor kerana kerajaan negeri dikuasai oleh PKR yang mempunyai 15 kerusi tetapi di situ juga DAP turut berkuasa apabila memiliki 13 kerusi sedangkan Pas hanya ada 8 kerusi.

Oleh itu mahu tidak mahu, di Selangor dan Perak, Pas hakikatnya hanyalah pak turut kepada kedua-dua parti berkenaan.

Persoalan lebih besar, apakah pendirian Pas dalam melayani kerenah DAP yang hari demi hari semakin menunjukkan belangnya dalam usaha mengurangkan kekuatan orang Melayu.

DAP sudah melakukannya di Kedah dan di Perak pula, DAP pasti tidak akan membiarkan Pas berkuasa biarpun memegang jawatan Menteri Besar.

Sama ada mahu menerima atau tidak, selain daripada UMNO, orang Melayu tetap mengharapkan Pas akan memainkan peranan dalam menghalang kegelojohan DAP itu kerana mereka berada dalam pakatan pembangkang yang memerintah.

Selain itu, kedudukan Pas di negeri- negeri yang ditawan oleh pembangkang dianggap ujian terbesar kepada parti itu untuk membuktikan sejauh manakah benarnya mereka menolak kerjasama dengan DAP.

Ujian

‘‘Ini ujian untuk pemimpin Pas kerana kalau mereka biarkan DAP terus memperkotak-katikkan orang Melayu sudah pasti orang Melayu akan marah.

‘‘Kita berharap Pas mempunyai strategi dalam soal ini,’’ kata seorang pemimpin muda Pas Perak ketika dihubungi di Ipoh.

Malah salah seorang pemimpin Pas yang kini menjadi wakil rakyat mengakui di peringkat akar umbi sudah wujud kekeliruan mengenai apa yang sepatutnya parti tersebut lakukan.

‘‘Kalau ikutkan hati, mereka mahu Pas tidak terlibat langsung dengan DAP, biarpun mungkin pembangkang hilang kuasa di negeri-negeri tertentu.

‘‘Saya percaya pemimpin-pemimpin Pas akan memikirkan kaitan dengan DAP ini dengan semasak-masaknya, jika tidak muktamar parti kali ini pasti ‘panas’,’’ kata pemimpin tersebut.

Ahli-ahli Pas amat memahami bahawa antara parti itu dengan DAP ia ibarat minyak dan air yang sama sekali tidak boleh bercampur.

Apatah lagi sejak dulu lagi, pemimpin- pemimpin kanan Pas sentiasa menolak sebarang kerjasama dengan DAP.

Malahan pada sidang akhbar sebelum pilihan raya umum lalu, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan tegas menyatakan ‘‘Pas dan DAP tidak akan mempunyai kerjasama sampai bila-bila.’’

Tetapi kini keputusan pilihan raya umum seolah-olah mengubah pendirian Pas, bagaimana mungkin Pas boleh duduk semeja di Perak dan Selangor semata-mata kerana sebuah kekuasaan?

‘‘Ini yang kami keliru, pemimpin Pas sepatutnya mengisytiharkan bahawa mereka menyokong pakatan pembangkang tetapi tidak akan bekerjasama dengan negeri yang diperintah oleh DAP,’’ kata seorang lagi pemimpin parti itu di sebuah negeri di utara.

Hakikatnya, DAP awal-awal lagi sudah menunjukkan tidak ikhlas mereka untuk berkawan dengan Pas apabila meminta wakil rakyatnya di Perak tidak menghadiri majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar.

Walaupun arahan itu kemudiannya ditarik balik, tetapi isyarat yang diberikan oleh DAP adalah jelas bahawa mereka tidak ikhlas untuk terus bersama Pas dalam pakatan pembangkang.

Bagi DAP, dalam soal kerjasama dengan pembangkang, Pas hanya layak menjadi pak turut dan bukannya menerajui pakatan itu.

Oleh itu, mereka sudah tentulah tidak akan bersetuju kalau Pas memegang jawatan utama di negeri yang ditawan oleh pembangkang.

Di Perak contohnya, adalah jelas DAP memperalatkan Pas demi mempertahankan kemenangan pembangkang.

Walaupun hakikatnya tidak bersetuju dengan keputusan jawatan Menteri Besar disandang oleh Pas namun DAP tiada pilihan.

Terlepas

DAP memahami jika wakil rakyat Pas berpaling tadah sudah pasti kejayaan yang dicapai akan terlepas dari genggaman.

Justeru Pas harus berhati-hati dengan permainan politik licik oleh DAP. Pas harus meletakkan kepentingan orang Melayu dan Islam mengatasi segala-galanya.

Walaupun kita yakin UMNO mampu menahan kemaraan DAP tetapi peranan Pas juga penting.

Ini bukannya soal kuasa politik tetapi demi melihat hak Melayu tidak diperkotak-katikkan oleh DAP. Buat sementara ini kita bersyukur kerana Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak akan dihapuskan sebaliknya diperbaiki.

Semoga pendirian seumpama itu berkekalan, Pas tidak harus sama-sama menjadi sesumpah kerana janji Pas adalah untuk menegakkan Islam dan memahami mereka juga parti yang dianggotai seratus peratus orang Melayu.

Justeru jangan kerana kuasa politik perjuangan tersebut dilupakan atas alasan ‘orang sudah memahaminya’ dan sedia menggadaikan nasib bangsa sendiri.

Pemimpin dan ahli Pas tidak harus lupa kenyataan Mursyidul Am mereka, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 30 Jun 2001 iaitu, ‘‘DAP bukannya tidak mengetahui bahawa Pas sejak berpuluh- puluh tahun lagi kerja dia (Pas) ialah Islam.’’

Persoalannya dalam situasi sekarang, apakah warna sebenar politik Pas? Adakah pemimpin Pas akan membiarkan mereka dipermainkan oleh DAP? Atau mungkin kerana kuasa segala prinsip perjuangan dikorbankan? Hanya masa akan menentukan.

nota: umum tahu bahawa manifesto pas pada pilihanraya 12 ini telah mengGUGURkan impian Malaysia sebagai sebuah negara ISLAM….buat pertama kalinya manifesto bertemakan negara berkebajikan dijadikan tema manifesto mereka. Ketika pelancaran manifesto ini, di akhir majlis…seorang wartawan bertanya kepada presiden pas iaitu Dato Sri Hj Hadi Awang…mengapa tiada janji NEGARA ISLAM di dalam manifesto…sebaliknya wartawan tersebut dibidas oleh pengikut presiden PAS….penGUGURAN Islam dalam manifesto PAS mencerminkan bahawa PAS sanggup lakukan ape sahaja demi untuk mendapatkan kuasa…sindrom matlamat menghalalkan cara sehingga menggabaikan  perjuangan ISLAM mereka selama ini datang dari dua punca…1. adakah disebabkan ramai golongan profesional mempengaruhi peranan politik PAS ketika ini..di mana sebelum2 ini PAS dianggotai oleh ramai Ulama…2. adakah pemimpin muda tertinggi PAS (tanpa menyebut nama)…terkene tempias sindrom gilakan kuasa Anwar Ibrahim??….ape2pun sememangnya PRU12 amat menarik minat ramai…ada sehingga memprotes kerajaan dengan mengundi barisan pembangkang walaupun sememangnya kita tahu ideologi mereka tidak jelas berbau perkauman dan bersifat peribadi….

sehubungan dengan itu…semua bakal dan para pengundi yang akan mengundi pada PRU13 nt di harap dapat menilai mana kaca mana berlian…jgn ikut emosi kerana ia membakar diri….lihatlah rakan2 kita seperti di negeri2 lain…terlajak sampan boleh diundur tersalah undi…bangsa sendiri merana…

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Siapa MB Perlis?

Dugaan bahawa segalanya selesai setelah Datuk Seri Shahidan Kassim mendapat watikah lantikan sebagai Menteri Besar dari Perdana Menteri awal Selasa malam nyata meleset.

Sebaliknya Raja Perlis terus berkeras tidak mahu menerima Sahidan.

Hari ini baginda melantik Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bintong,Dr Md Isa Sabu ( gambar kecil ) sebagai Menteri Besar.

Hal ini diumumkan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit Raja Perlis Mohd Adib Zakaria di Kuala Lumpur tengahari ini.Dr Md Isa diketahui umum adalah orang Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad.

Sementara itu Agendadaily difahamkan Shahidan kini sedang berada di Jabatan Perdana Menteri dalam usaha untuk menemui Datuk Seri Abdulah Badawi bagi menangani kemelut terbaru ini.

Salah seorang orang kanan beliau ketika dihubungi berkata Shahidan akan menentang tindak tanduk yang melanggar keputusan parti itu.- 14/3/2008 – dari agendadaily

nota: sesiapapun yang dilantik mb perlis…diharap dengan perlantikan beliau sebagai MB akan memperkukuhkan lagi BN dan UMNO itu sendiri di PERLIS

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

UMNO akan sama-sama bantu jayakan manifesto Barisan Alternatif Selangor


UMNO Bahagian Kapar Jumaat malam mengadakan perhimpunan yang dihadiri lebih 3,000 orang bagi menyatakan pendirian UMNO Bahagian tersebut berhubung dengan penubuhan kerajaan negeri yang baru. Ketua UMNO Bahagian Kapar, Datuk Abdul Rahman Palil ketika berucap pada pehimpunan tersebut berkata, UMNO Bahagian Kapar akan menggerakkan jentera parti itu mengumpulkan data dan maklumat mengenai janji-janji yang dibuat oleh PKR, DAP dan PAS untuk dituntut pelaksanaannya. “Kita akan mengumpulkan senarai anak-anak yang diletakkan pusat jagaan bagi dituntut bayaraan sebanyak RM75 yang dijanjikan, kita akan kumpulkan senarai anak-anak di Tadika bagi dibayar RM50 sebulan seperti yang dijanjikan. Jika ini tidak dapat ditunaikan, kita gegarkan pejabat Menteri Besar Selangor kerana ini janji mereka,” katanya sambil disambut tepukan hadirian yang melaungkan slogan Hidup Melayu dan Hidup UMNO. Rahman juga dalam ucapannya meminta ahli-ahli UMNO Bahagian itu terus berdiri teguh mempertahankan kepimpinan parti.

nota: bukan UMNO kapar sahaja malahan seluruh bahagian UMNO di Selangor akan mengambil inisiatif yang sama bagi memastikan manifesto BA berjaya….kita akan dapat lihat sama ada janji-janji dalam manifesto ini dapat ditunaikan ataupun tidak…adakah gaji minimum RM1500 dalam ditunaikan di Selangor???bagaimana pula pandangan dari pelabur asing yang masing2 melabur di sini kerana kos buruh yang murah???mari kita tuntut hak kita..terutama seperti insentif anak2 ke tadika dan nurseri…mlm kelmarin teman lama penulis memberitahu penulis di dalam kempen BA di Gombak..calon2 BA memberitahu bahawa sekiranya mereka menang di Selangor…setiap rumah akan mendapat RM25 subsidi air……mari kita lihat sejauh mana kebenaran dan kemampuan BA….

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Angkara pihak tidak bertanggungjawab??

petikan agendadaily

Baling batu sembunyi tangan…

Para ahli Puteri UMNO Bahagian Bandar Tun Razak Kuala Lumpur terkejut bila diberitahu oleh rakan-rakan mereka adanya kain rentang yang tertera nama pergerakan itu bertulis “KAMI TIDAK MAHU PM LEMAH DAN BERGANTUNG IKHSAN DARI PENGIKUT” dipasang di sebuah jejantas dekat Taman Melati Khamis.Berikutan itu mereka bertindak segera meminta kerjasama Pemuda UMNO Wangsa Maju menurunkannya.Ketua Penerangannya Sharifah Aminah Syed Mohsin telah membuat laporan polis di ibupejabat polis daerah Sentul mengenainya.Kata Sharifah Aminah mereka tidak tahu menahu dan tidak akan kena mengena dengan pemasangan kain rentang itu.Beliau kesal kerana ada pihak tak bertanggongjawab menguna nama pergerakan itu.Sementara itu difahamkan kegiatan ini berlaku di beberapa tempat lain.Agendadaily sendiri melihat satu kain rentang mendesak Perdana Menteri letak jawatan dipasang di sebuah jejantas dekat stesen LRT Taman Setiawangsa sewaktu melalui jalan itu jam 11.30 pagi ini.- 14/3/2008

nota: walaupun UMNO panas dengan isu YB Mukriz menghantar surat peribadi beliau kepada Pak Lah supaya berundur, ada pihak2 yang tidak bertanggungjawab mencurah minyak ke api….pemasangan banner2 ini kelihatan disekitar kuala lumpur yang majoritinya dipegang oleh DAP….adakah ini main pakatan pembangkang yang cuba mendapatkan publisiti??atau pihak oppoturnis yang cube mengambil kesempatan atas kekalahan Barisan Nasional..?

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Raja Perlis lantik Adun Bintong, Md Isa Sabu sebagai MB

sumber dari  mstar

KUALA LUMPUR: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan melantik Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bintong Datuk Dr Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis yang baru menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim.

Setiausaha Sulit kepada Raja Perlis, Moh Adib Zakaria dalam kenyataan yang diedarkan kepada wartawan yang berkumpul di hadapan Istana Siraj di sini kira-kira 2.40 petang, berkata pelantikan itu adalah menurut Perlembagaan Negeri, Artikel 39 (2) UndangUndang Tubuh Negeri Perlis.

Peruntukan itu menyebut Raja hendaklah melantik seorang yang pada fikirannnya mendapat kepercayaan ramai ahli menjadi Menteri Besar bagi mengetuai majlis kerajaan negeri.

“Berdasarkan kepada peruntukan ini dan setelah berpuas hati dengan kemampuannya untuk mendapat sokongan majoriti dari Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, maka Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah berkenan melantik Datuk Dr Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis berkuatkuasa 14 Mac 2008,” katanya.

Dr Md Isa adalah bekas Exco kerajaan Perlis sehingga 2004 kerana pilihan raya umum 2004, beliau tidak dicalonkan semula untuk bertanding namun setelah sepenggal berehat, beliau dicalonkan semula bagi kerusi DUN Bintong pada pilihan raya Sabtu lepas.

Pada pilihan raya itu, Dr Md Isa mengalahkan calon PAS Mohd Anuar Mohd Tahir dengan majoriti 2,110 undi. Dr Md Isa mendapat 4,882 undi manakala Mohd Anuar 2,772 undi.

Terdahulu Shahidan dilihat memasuki Istana Siraj kira-kira 11.40 pagi untuk mengadap Raja Perlis dan keluar sejam selepas itu.

Ketika ditemui pemberita sejurus keluar dari perkarangan istana, Shahidan berkata perlantikan beliau sebagai Menteri Besar masih belum diputuskan walaupun telah menerima surat watikah pelantikan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Selasa lepas untuk menerajui semula negeri Indera Kayangan itu.

“Sekarang ini muktamad daripada Perdana Menteri (jawatan Menteri Besar)… sayalah. Raja ada kuasa untuk menentukan lantik sesiapa,” katanya.

Shahidan yang tergesa-gesa meninggalkan perkarangan istana untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Putrajaya, berkata beliau akan menemui Perdana Menteri untuk  perbincangan selanjutnya.

Ditanya mengenai kemungkinan wujud campur tangan daripada pihak tertentu, Shahidan berkata,” Mungkin. Orang itulah. Memang ada orang campur  tangan. Ini banyak melibatkan cerita-cerita munafik dan perjanjian  yang dilanggari.”

Turut kelihatan sebuah kereta Proton Perdana berwarna kelabu  memasuki perkarangan Istana Siraj pada pukul 11.50 pagi yang  mendakwa sebagai wakil Anggota Parlimen Kangar Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad.

Hadir sama pada pertemuan itu adinda Raja Perlis, Datuk Seri Syed Razlan Putra Jamalullail yang juga Adun Pauh, yang tiba pada pukul 12.50 tengah hari dan keluar 15 minit selepas itu, diikuti dengan kereta yang membawa wakil Radzi.

Khamis lalu, Shahidan mengakui ada pihak yang kurang bersetuju dengan perlantikan dirinya sebagai Menteri Besar Perlis dan telah bertemu dengan Abdullah untuk memohon agar beliau tidak diberikan jawatan itu.

Shahidan juga berkata pihak dari dalam kelompok Umno Perlis itu yang sebelum ini telah bersetuju menyokongnya tetapi kini menentang. BERNAMA

nota: tahniah kpd YB Datuk Md Isa Sabu kerana dilantik menjadi MB Perlis yang baru..dan terima kasih kepada mantan MB Perlis iaitu YB Datuk Seri Shahidan Kassim…moga UMNO dan BN lebih perkasa di bawah kepimpinan MB Baru

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda