Tag Archives: pertamina

Kerajaan belum menaikkan harga minyak walaupun Indonesia naikkan harga 30 peratus

sumber utusan

MELAKA 24 Mei — Kerajaan tidak bercadang menaikkan harga minyak petrol atau diesel di peringkat runcit pada masa ini walaupun negara jiran Indonesia menaikan harga minyak sebanyak 30 peratus bermula hari ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad.

Sebaliknya beliau berkata, tumpuan kerajaan pada masa kini adalah menguruskan sistem subsidi untuk mengelakkan ketirisan dan penyeludupan.

“Buat masa ini tak ada pertimbangan soal kenaikan harga minyak petrol dan diesel, kita sedar akan impak kenaikan harga minyak mentah dunia ketika ini.

“Kita lihat pada masa ini bagaimana sistem subsidi (minyak) itu terurus supaya digalakkan penjimatan dan tidak ada kesan sampingan buruk yang lain,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan Forum dan Dialog Kepenggunaan Bersama Menteri di Ayer Keroh di sini hari ini. – Bernama

nota:

gambar di atas diambil ketika penulis berada di jakarta pada awal bulan tempohari. tidak dinafikan kesan kenaikan harga minyak amat dirasai di negara-negara membangun seperti indonesia dan juga malaysia. Ia merupakan satu kenaikan global yang sukar dikawal oleh mana-mana pihak. Ini kerana ia melibatkan sumber alam yang tidak boleh diperbaharui. Semasa berada di jakarta, penulis terdengar di radio bahawa di Jawa Barat(jika tidak silap penulis), stok bahan api(petrol/diesel) sudah kehabisan. Lantaran itu kerajaan Indonesia mengambil langkah mengenakan kuota pembelian minyak kepada rakyat mereka.

Satu yang menarik di indonesia ialah mereka sudah menggunakan kaedah pemberian subsidi yang adil kepada rakyat. Sebagai contoh yang penulis lihat ialah semua stesen minyak di sana menyediakan dua jenis petrol yang berbeza harganya iaitu satu dikhaskan untuk kereta berkuasa tinggi (harga petrol lebih mahal) dan satu lagi petrol harga bersubsidi. Gambar kedua di atas merupakan banner penghargaa kepada pengguna kereta mewah yang mengisi petrol tidak bersubsidi.

Semasa berada di sana, penulis diberitahu oleh supir(pemandu) bahawa beliau kini sudah menggunakan kayu api untuk memasak. Ini kerana gas memasak sangat mahal harganya. Pada fikiran penulis, sekiranya Indonesia yang merupakan ahli OPEC juga tidak dapat mengekalkan dan mengurangkan harga bahan api untuk rakyat mereka, bagaimana DSAI boleh kata beliau boleh menurunkan harga minyak di Malaysia. Jika difikirkan sejenak, seperti di dalam kempen beliau bahawa sedikit keuntungan petronas boleh digunakan untuk mengurangkan harga minyak, pada hemat penulis berapa sen sangatkah yang dapat dikurangkan bagi satu liter minyak. Pendek kata pada penulis sampai bila pembelian minyak harus disubsidikan? Tidak dinafikan bahawa masih ada rakyat Malaysia yang masih dikategorikan miskin akan tetapi adakah mereka pengguna petrol bersubsidi paling tinggi di Malaysia?? jawapannya tidak!

Fikiran penulis tidak berapa senang semasa di sana kerana memikirkan apa akan jadi kepada rakyat kita sekiranya menghadapi kesulitan seperti di Indonesia? Alhamdulillah sehingga hari ini perkara seperti kehabisan stok minyak belum lagi berlaku. Apa yang menyenangkan hati penulis semasa di sana ialah apabila ternampak Stesen Petronas beroperasi di sana. Penulis dimaklumkan bahawa petronas merupakan satu-satunya syarikat minyak asing yang dibenarkan membuka stesen di sana walaupun kini shell mula bertapak di sana.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda