Tag Archives: pilihanraya kecil

PM nafi UMNO Boikot Permatang Pauh

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan dakwaan kononnnya Umno dan Barisan Nasional (BN) akan memulaukan pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, 26 Ogos ini.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN, di sini, petang ini, Abdullah berkata BN tetap akan meletakkan calonnya bertanding di kerusi berkenaan.

Awal hari ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu pada 16 Ogos ini, manakala tarikh mengundi 26 Ogos.

Kerusi itu kosong apabila Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengundur diri bagi membolehkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding. – bharian

nota: Penulis ada menulis semalam mengenai “Boikot Permatang Pauh”. Memang betul pepatah Melayu Pantang Berundur. Tetapi melihat senario politik hari ini, dengan isu-isu nasional yang lebih perlu diberi keutamaan, maka pendekatan ‘ukur baju badan sendiri’ perlu dilakukan oleh BN khususnya UMNO. Tidak mustahil selepas pilihanraya kecil ini, sekiranya DSAI menang dan didapati bersalah, maka kosong semula kerusi Permatang Pauh ini. Cakap-cakap yang mengatakan UMNO kekurangan calon setanding dengan DSAI ada benarnya dan tidak boleh dinafikan. Lawan di Permatang Pauh bukanlah calang-calang orang tetapi merupakan Mantan TPM. Slogan lawan tetap lawan tidak begitu sesuai digunakan pada pilihanraya kali ini. Pihak BN/UMNO seharusnya pada ketika ini, perlu memberi tumpuan kepada isu-isu nasional di dalam mendapatkan semula keyakinan rakyat.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos

Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh ditetapkan 26 Ogos ini dengan hari penamaan calon 16 Ogos.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Mengapa Permatang Pauh dan Bukan Kulim Bandar Baharu

sumber agendadaily

Cakap-cakap bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara tiba-tiba membuat keputusan bertanding di Permatang Pauh kerana ingin mengalih perhatian terhadap tuduhan liwat, rupa-rupanya memang betul.

Hal ini diakui Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu (KKB), Zulkfili Noordin dalam http://zul4kulim.blogspot.com

Menurut beliau, Sebelum ini, Anwar memang ingin bertanding di kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu (KBB) sekiranya mahkamah mengisytiharkan kerusi itu kosong pada 19 Ogos ini selepas petisyen oleh calon Barisan Nasional.

Zulkifli berkata, beliau sudah bersedia melepaskan kerusi itu untuk memberi laluan kepada Anwar walaupun majoriti orang KKB tidak bersetuju beliau mengosongkan kerusi berkenaan.

“Perlu saya tekankan di sini bahawa mereka yang tidak bersetuju itu bukan kerana tidak mahu DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bertanding di KBB, tetapi mereka khuatir akan berbangkit isu kronisma dalam Pakatan Rakyat nanti bila DSAI, DSWA (Datuk Seri Wan Azizah) & NI (Nurul Izzah) duduk dalam Parlimen. Dalam keadaan itu ada pulak Lim Kit Siang/Lim Guan Eng & Karpal Singh/Gobind Singh juga duduk dalam Parlimen,” kata Zulkifli.

Menurutnya, beliau memang telah bersedia pada tarikh tersebut (19 Ogos) untuk mengosongkan kerusi KBB.

“Ini telahpun dimaklumi oleh DSAI & pimpinan Pakatan Rakyat. Malahan DSAI dalam pidatonya di Kulim menyatakan bersedia bertanding di KBB setelah Mahkamah mengisytiharkan KBB kosong,” ujarnya.

Zulkifli berkata, namun perkembangan mutakhir menukar perancangan apabila maklumat diterima pada hari Rabu malam bahawa kemungkinan DSAI akan dikenakan pertuduhan meliwat dalam masa terdekat.

“Maka pimpinan PKR telah mengadakan mesyuarat tergempar dan memutuskan pilihanraya kecil perlu dibuat segera. Bagi mereka menunggu 19 Ogos mungkin akan terlambat nanti. Sebab itulah keputusan dibuat mengosongkan kerusi Permatang Pauh serta-merta untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan segera,” katanya.

Menurut Noordin, beliau satu-satunya orang yang membantah keputusan tersebut dan mendesak supaya DSAI & pimpinan PKR memikirkan semula keputusan tersebut.

“Namun mereka kekal dengan keputusan tersebut. Walaupun saya sangat sedih namun tetap akur dengan keputusan pimpinan tersebut,” katanya.

Kini sudah jelas cerita sebenar kenapa Wan Azizah kelam kabut melepaskan kerusi parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai lalu dan serta merta Anwar umum akan bertanding di situ.

Semuanya gara-gara pemimpin PKR itu percaya kononnya Anwar akan ditangkap dan dikenakan pertuduhan meliwat sedangkan Zulkifli yang pernah jadi peguam dan membela bekas timbalan perdana menteri itu sebelum ini percaya tidak mungkin ada pertuduhan terhadap Anwar sebegitu cepat.

Beliau tidak bersetuju dengan khabar angin yang menyatakan akan ada tangkapan terhadap DSAI dalam tempoh 48 jam pada Khamis lepas.

“Ini kerana saya sebagai peguam tahu tidak mungkin tangkapan & pertuduhan akan dikenakan terhadap DSAI dalam 48 jam kerana Peguam Negara belum pun menerima kertas siasatan dari pihak polis. Dan apabila menerimanya pun pihak AG perlu menapis & menganalisa semua keterangan & bukti yang dikemukakan polis. Sudah tentu ini memerlukan masa. Apatah lagi timbul isu lapuran Pusrawi yang kelihatannya saperti menidakkan berlaku liwat. Sudah tentu pihak AG akan menyiasat dengan lebih teliti.,” tulis Zulkifli di blognya itu.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Tindakan Wan Azizh Tidak Beretika

Tindakan Datin Seri Wan Azizah (WA) melepaskan kerusi parlimen Permatang Pauh adalah satu tindakan politik yang tidak beretika. Ini disebabkan ramai pengundi yang mengundi beliau pada PRU12 tempohari adalah kerana atas kredibiliti beliau sebagai calon yang bertanding dan bukannya atas populariti suami beliau iaitu DSAI. Alasan untuk memberi laluan kepada DSAI bertanding amat tidak wajar dan jelas mencalarkan kredibiliti dan pegangan teguh politik kepimpinan parti PKR. Sebagai seorang ketua pembangkang, beliau tidak seharusnya melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh. Antara sebab lain untuk tidak menjadi kan PKR parti dinasti atau anak-beranak. Tidakkah parti PKR sekrang pun sudah menjadi sebuah parti dinasti. Nurul Izzah di Lembat Pantai, WA di permatang pauh. Ini hubungan kekeluargaan yang kita nampak. Bagaimana pula dengan hubungan yang tidak langsung seperti antara DSAI dan chegubard? Adakah parti dalam pakatan rakyat tidak melakukan dinasti masing-masing di dalam parti sendiri seperti DAP. SU Agung Guan Eng dan ayahnya Kit Siang.

Sebelum ini, diwar-warkan yang DSAI akan bertanding di Parlimen Kulim atau Bandar Tun Razak tetapi akhirnya kembali ke Permatang Pauh iaitu satu kawasan paling selamat utk DSAI. Dalam sidang akhbar semalam, DSAI berkata pemilihan Permatang Pauh bukan disebabkan ia satu kawasan selamat kerana kawasan seperti BTR, Kulim dan Gombak juga adalah contoh kerusi selamat bagi beliau. Tetapi mengapa Permatang Pauh?? Diberitakan penyandang kerusi parlimen yang lain tidak rela melepaskan kerusi mereka semata-mata untuk member laluan kepada DSAI bertanding. Tindakan mereka sekiranya melepaskan kerusi tersebut akan menjejaskan perjalanan politik individu terbabit.

PR kecil yang bakal diadakan merupakan penentu survival ketuanan Melayu. Gagalnya UMNO/BN akan menyebabkan ketuanan rakyat dipilih sebagai pengganti. Adakah anda semua terutama pengundi di Permatang Pauh sudah bersedia utk menggadaikan hak orang melayu kepada bangsa lain? Apa akan jadi kepada bangsa melayu sekiranya DSAI menjadi PM Malaysia??

Marilah kita berdoa agar UMNO/BN dapat menawan kerusi parlimen permatang pauh demi memastikan ketuanan melayu terusi dipertahnnkan.

33 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Ezam sedia lawan Anwar…..di Kulim atau BTR??

Bekas anak buah lawan ketua? Kerusi belum kosong lagi tetapi cabaran sudah menanti untuk disaksikan?

Nampak gaya, bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Nor bersedia untuk menentang Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya diadakan pilihan raya kecil di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak.

“Saya tidak gentar menghadapi bekas Timbalan Perdana Menteri itu sekiranya dipilih oleh pucuk pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) untuk bertanding,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamed Ezam menyertai UMNO selepas menghantar borang keanggotaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 28 Mei lalu.

“Pertamanya saya ahli biasa dalam UMNO. Jadi soal pertandingan pilihan raya kecil itu apatah lagi menentang Anwar, baik dijelaskan oleh pucuk pimpinan parti.

“Tapi saya juga ingin menegaskan dan menjelaskan sekali lagi memang saya bersedia.. saya tidak gentar langsung untuk berdepan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya diminta untuk mewakili parti dalam pilihan raya kecil itu nanti,” katanya.

Ezam merupakan bekas Setiausaha Sulit kepada Anwar, dari tahun 1996 hingga bekas ketuanya itu dipecat daripada kerajaan dan parti pada September 1998.
Beliau keluar daripada PKR dua tahun lalu dan dua bulan yang lalu menyertai Umno.Kelmarin, Anwar yang pernah mengumumkan akan bertanding kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Kedah, melahirkan minat untuk mencuba nasib di kawasan Bandar Tun Razak.

Selari dengan pengumuman itu, Anwar juga berkata, pihaknya masih yakin akan membentuk kerajaan baru peringkat persekutuan 16 September ini.

Bagaimanapun kata Anwar, beliau hanya akan mengumumkan kerusi yang bakal ditandinginya minggu depan. – dari mstar

nota: Pada hemat penulis walaupun sdr ezam sudah bersedia untuk bertanding melawan bekas ketuanya iaitu DSAI, adalah lebih baik sekiranya pilihanraya kecil akan diadakan di salah satu kawasan berkenaan, calon BN hendaklah datang dari kalangan anak tempatan. Janganlah hanya kerana DSAI yang bertanding, maka ezam menjadi lawannya. Penulis percaya para pengundi sama ada di Bandar Tun Razak atau di Kulim pasti bijak untuk mengundi anak tempatan kawasan berkenaan berbanding DSAI yang sememanya bukannya datang dari kedua-dua tempat tersebut. Apa-apa pun, amatlah tidak wajar sekiranya Tan Sri Khalid Ibrahim melepaskan kerusi MP Bandar Tun Razak semata-mata utk memenuhi nafsu DSAI untuk bertanding seterusnya ingin menjadi PM Malaysia. Tindakan untuk mengosongkan kerusi parlimen dengan sengaja demi DSAI adalah satu tindakan khianat kepada para pengundi.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pilihanraya kecil bagi DUN Sanglang

sumber agendadaily

Mahkamah Tinggi di Kangar pagi Rabu putuskan tiada calon yang menang dalam di kawasan itu masa pilihanraya umum 8 Mac.Ia diputuskan oleh Hakim Datuk Zainal Adzam Abdul Ghani.Ini berikutan petisyen calon PAS Hashim Jasin.Calon BN ialah Abdullah Hassan.Beliau menewaskan Hashim dengan majoriti 149 undi.Hashim dapat 3,235 undi manakala Abdullah 3,384.Berikutan keputusan ini satu pilihanraya kecil perlu diadakan.Sementara itu Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim ketika dihubungi jam 10.30 pagi kata beliau pun baru dengar hal itu dan sedang berkejar balik ke Perlis dari Kuala Lumpur.Namun beliau yakin Barisan Nasional dapat kekalkan kerusi itu.-18/6/2008

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda