Tag Archives: pilihanraya

Radzi letak semua jawatan parti

KUALA LUMPUR 19 Mac – Bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Mohd Radzi Sheikh Ahmad meletakkan semua jawatannya dalam parti Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa hari ini.

Menurut Radzi, beliau berbuat demikian kerana tidak mampu lagi bekerja dan perletakan jawatan itu direstui oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Radzi ialah Setiausaha Agung UMNO dan BN.

Jelasnya, beliau bagaimanapun akan tetap berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kangar kerana rakyat masih memerlukan perkhidmatannya. – Utusan.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Senarai penuh Kabinet baru

Prime Minister’s Office
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
http://www.pmo.gov.my/
Prime Minister: Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi
Federal Government Administration Center, Bangunan Perdana Putra, 62502 Putrajaya
Tel: 03 8888 8000, Fax: 03 8888 3444

Deputy Prime Minister’s Office
Pejabat Timbalan Perdana Menteri Malaysia
http://www.pmo.gov.my/website/tpmwebdb.nsf
Deputy Prime Minister: Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak
Aras 4, Blok Barat, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya
Tel: 03 8888 1950, Fax: 03 8888 0035

Ministers in the Prime Minister’s Department:
Minister: Datuk Mohd Zaid Ibrahim
Minister: Datuk Amirsham Aziz
Minister: Tan Sri Bernard Giluk Dompok
Minister: Datuk Ahmad Zahid Hamidi
Minister: Datuk Seri Nazri Abdul Aziz

Deputy Ministers Ministers in the Prime Minister’s Department:
Deputy Minister: Mr Devamany Krishnasamy
Deputy Minister: Datuk Hassan Malek
Deputy Minister: Datuk Johari Baharum
Deputy Minister: Datuk Dr Mashitah Ibrahim

Ministry of Agriculture & Agro-Based Industry
Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani
http://agrolink.moa.my/
Minister: Datuk Mustapa Mohamed
Deputy: Datuk Rohani Ibrahim
Wisma Tani, Jalan Sultan Salahuddin, 50624 Kuala Lumpur
Tel: 03 2617 5000, Fax: 03 2691 3758

Ministry of Arts, Culture, Heritage & Unity
Kementerian Kesenian, Kebudayaan, Warisan & Perpaduan
http://heritage.gov.my/
Minister: Datuk Mohd Shafie Apdal
Deputy: Encik Teng Boon Seng
Tingkat 26, 27, 30, 34 & 35, Menara TH Perdana, Maju Junction, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50694 Kuala Lumpur
Tel: 03 2612 7600, Fax: 03 2693 5114

Ministry of Defence
Kementerian Pertahanan
http://www.mod.gov.my/
Minister: Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak
Deputy: Datuk Wira Abu Seman Yusop
Jalan Padang Tembak, 50634 Kuala Lumpur
Tel: 03 2071 1333, Fax: 03 2691 7217

Ministry of Domestic Trade & Consumer Affairs
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna
http://www.kpdnhep.gov.my/
Minister: Datuk Shahrir Abdul Samad
Deputy: Mr Jelaing Mersat
Lot 2G3, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62623 Putrajaya
Tel: 03 8882 5500, 1 800 866 800 (Aduan Harga), 1 800 882 002 (Anti Piracy), Fax: 03 8882 5762

Ministry of Education
Kementerian Pendidikan
http://www.moe.gov.my/
Minister: Dato’ Hishammuddin Bin Tun Hussein
Deputy: Datuk Wee Ka Siong
Deputy: Datuk Razali Ibrahim
Aras 5, Blok E8, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya
Tel: 03 8884 6000

Ministry of Energy, Water & Communications
Kementerian Tenaga, Air & Komunikasi
http://www.ktkm.gov.my/
Minister: Datuk Shaziman Abu Mansor
Deputy: Datuk Joseph Salang Gandum
Block E4/5, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62668 Putrajaya
Tel: 03 8883 6000, Fax: 03 8889 3712

Ministry of Entrepreneur & Co-operative Development
Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi
http://www.mecd.gov.my/
Minister: Datuk Noh Omar
Deputy: Encik Saifuddin Abdullah
2 (Lot 2G6), Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya
Tel: 03 03 8880 5000, Fax: 03 8880 5106

Ministry of Federal Territories
Kementerian Wilayah Persekutuan
http://www.kwp.gov.my/
Minister: Dato’ Haji Zulhasnan Bin Rafique
Deputy: Datuk M. Saravanan
Aras 1-4, Blok 2, Menara PjH, Presint 2, 62100 Putrajaya
Tel: 03 8889 7888, Fax: 03 8888 9140

Ministry of Finance
Kementerian Kewangan
http://www.treasury.gov.my/
Minister: Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi
Minister: Senator Tan Sri Nor Mohamed Bin Yakcop
Deputy: Datuk Ahmad Husni Hanadzlah
Deputy: Datuk Kong Cho Ha
Kompleks Kementerian Kewangan, Precinct 2, 62592 Putrajaya
Tel: 03 8882 3000, Fax: 03 8882 3892

Ministry of Foreign Affairs
Kementerian Luar Negeri
http://www.kln.gov.my/
Minister: Datuk Seri Rais Yatim
Deputy: Datuk Joseph Salang Gandum
Wisma Putra, 1 Jalan Wisma Putra, Precinct 2, 62602 Putrajaya
Tel: 03 8887 4000, 03 887 4570 (After Hours/Emergency), Fax: 03 8889 1717

Ministry of Health
Kementerian Kesihatan
http://www.moh.gov.my/
Minister: Datuk Liow Tiong Lai
Deputy: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
Blok E7, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 Wilayah Persekutuan
Tel: 03 8883 2539, Fax: 03 8889 5245

Ministry of Higher Education
Kementerian Pendidikan Tinggi
http://www.mohe.gov.my/
Minister: Datuk Khaled Nordin
Deputy: Mr Hoo Kok Choon
Deputy: Datuk Idris Harun
Blok E3, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62505 Putrajaya
Tel: 03 8883 5000, Fax: 03 8889 3921

Ministry of Home Affairs & Internal Security
Kementerian Dalam Negeri
http://www.moha.gov.my/
Minister: Datuk Seri Syed Hamid Syed Jaafar Albar
Deputy: Datuk Chor Chee Heung
Deputy: Senator Wan Ahmad Farid Wan Salleh
Blok D1, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
Tel: 03 8886 8000, Fax: 03 8889 1613

Ministry Housing & Local Government
Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan
http://www.kpkt.gov.my/
Minister: Datuk Ong Ka Chuan
Deputy: Datuk Robert Lau
Deputy: Datuk Hamzah Zainuddin
Paras 5, Blok K, Pusat Bandar Damansara, Peti Surat 12579, 50782 Kuala Lumpur
Tel: 03 2094 7033, Fax: 03 2094 7380

Ministry of Human Resources
Kementerian Sumber Manusia
http://www.mohr.gov.my/
Minister: Datuk S. Subramaniam
Deputy: Datuk Noraini Ahmad
Level 6-9, Block D3, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya
Tel: 03 8886 5000, Fax: 03 8889 2381

Ministry of Information
Kementerian Penerangan
http://www.kempen.gov.my/
Minister: Datuk Ahmad Shabery Cheek
Deputy: Datuk Tan Lian Hoe
Angkasapuri, Bukit Putra, 50610 Kuala Lumpur
Tel: 03 2282 5333, Fax: 03 2282 1255

Ministry of International Trade & Industry
Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri
http://www.miti.gov.my/
Minister: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Deputy: Mr Lee We Keong
Deputy: Datuk Jacob Dungau Sagan
Block 10, Government Offices Complex, Jalan Duta, 50622 Kuala Lumpur
Tel: 03 6203 3022, Fax: 03 6203 2337

Ministry of Natural Resources & Environment
Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar
http://www.nre.gov.my/
Minister: Datuk Douglas Uggah Embas
Deputy: Datuk Abdul Ghapur Salleh
Tingkat 13, Wisma Tanah, Jalan Semarak, 50574, Kuala Lumpur
Tel: 03 2692 1566, Fax: 03 2691 9426

Ministry of Plantation Industries & Commodities
Kementerian Perusahaan Perladangan & Komoditi
http://www.kppk.gov.my/
Minister: Dato’ Peter Chin Fah Kui
Deputy: Mr A. Kohilan Pillay
Aras 6-13, Lot 2G4, Precint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62654 Putrajaya
Tel: 03 8880 3300, Fax: 03 8880 3422

Ministry of Rural & Regional Development
Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah
http://www.rurallink.gov.my/
Minister: Tan Sri Muhammad Mohd Taib
Deputy: Tan Sri Joseph Kurup
Deputy: Encik Joseph Entulu
Blok D9, Parcel D, Kompleks Kerajaan Persekutuan, 62606 Putrajaya
Tel: 03 8886 3500, Fax: 03 8889 2104

Ministry of Science, Technology & Innovations
Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi
http://www.mosti.gov.my/
Minister: Datuk Dr Maximus Ongkili
Deputy: Datuk Fadhilah Yusuf
1-7, Blok C5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62662 Putrajaya
Tel: 03 8885 8000, Fax: 03 8888 6070

Ministry of Tourism
Kementerian Pelancongan
http://www.motour.gov.my/
Minister: Datuk Azalina Othman Said
Deputy: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib
Tingkat 6, 21, 32-36, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, 45 Jalan Tun Ismail, 50695 Kuala Lumpur
Tel: 03 2693 7111, Fax: 03 2694 1146

Ministry of Transport
Kementerian Pengangkutan
http://www.mot.gov.my/
Minister: Datuk Ong Tee Keat
Deputy: Datuk Anifah Aman
Aras 5, 6 & 7, Blok D5, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya
Tel: 03 8886 6000, Fax: 03 8889 2537

Ministry of Women, Family & Community Development
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluaga & Masyarakat
http://www.kpwkm.gov.my/
Minister: Datuk Dr Ng Yen Yen
Deputy: Senator Noriah Kasnon
Aras 1-6, Blok E, Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana, Jalan Dato’ Onn, 50515 Kuala Lumpur
Tel: 03 2693 0095, Fax: 03 2693 4982

Ministry of Works
Kementerian Kerja Raya
http://www.kkr.gov.my/
Minister: Datuk Ir Mohd Zain Mohamad
Deputy: Datuk Yong Khoon Seng
Tingkat 4, Blok B, Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur
Tel: 03 2711 1100, Fax: 03 2711 6564

Ministry of Youth & Sports
Kementerian Belia & Sukan
http://www.kbs.gov.my/ or http://www.menteribeliasukan.net/
Minister: Encik Ismail Sabri Yaakob
Deputy: Wee Jeck Seng
Lot 4 G4, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62570 Putrajaya
Tel: 03 8871 3333, Fax: 03 8888 8767

51 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Jutaan Terima Kasih Dato’ Seri Setia Hj Mufti Hj Shuib

Ketua UMNO Bahagian Ampang YBhg Dato’ Seri Setia Hj Mufti Hj Shuib telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Bahagian dengan serta merta…

Terima Kasih diucapkan kepada Dato’ Setia atas jasa,pengalaman dan titik peluh yang dicurahkan khususnya kepada ahli UMNO Ampang….

Bakat pidato Dato’ tiada tolok bandingnya di Ampang..

jawatan ketua kini dipangku oleh timbalan ketua UMNO Ampang iaitu Dato’ Ismail Kijo

8 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

apa pendirian pas – jawapan dari PAS

PAS akan terus mempertahankan prinsipnya

Roslam SMS
Sun | Mar 16, 08 | 4:32:16 pm MYT
Sdr Zulkiflee Bakar dalam runagan rencananya dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini membawa satu tajuk yang menarik iaitu: Apa pendirian PAS? <!––><!––>

Saya boleh menghidu agenda beliau, maklumlah kita tahu ke mana condong anutan politiknya tetapi marilah, dalam hal ini kita bicarakannya secara objektif. Bersandarkan fakta yang jitu dan tepat serta hakikat semasa. Sebenarnya awal-awal lagi Sdr Zul telah memutarbelitkan fakta dan cuba menegakkan hujahnya dengan maklumat palsu, apabila kata beliau:

Malahan pada sidang akhbar sebelum pilihan raya umum lalu, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan tegas menyatakan “PAS dan DAP tidak akan mempunyai kerjasama sampai bila-bila.”

Saya tidak tahu sidang akhbar yang mana satu yang beliau maksudkan itu, tetapi setahu saya sebagai individu yang bertanggungjawab atas urusan media Presiden PAS, Tuan Guru tidak pernah dalam tempoh itu sekali-kali berkata sedemikian. Memang ungkapan bahawa PAS tiada kerjasama dengan DAP itu selalu diucapkan, tetapi menyatakan yang PAS tidak akan mempunyai kerjasama dengan DAP sampai bila-bila itu adalah fitnah dan satu penipuan.

Berbalik kepada artikel beliau itu, Sdr Zul mengakui kecermerlangan prestasi PAS dalam PRU ke-12 ini dengan menyentuh pencapaian PAS di Kelantan dan Kedah dan di negeri-negeri lain. Lalu beliau mengemukakan persoalan:

Namun persoalannya kini dengan DAP semakin berkuasa di beberapa negeri yang ditawan oleh pembangkang, apakah pendirian PAS dalam perjuangan Islamnya?

Tanpa memberikan jawapannya sendiri, Sdr Zul menghuraikan pula status PAS dalam kerajaan-kerajaan campuran khasnya di Perak dan Selangor. Betapa kedudukan PAS begitu kritikal kata beliau kerana kehadiran PAS lah (walaupun cuma 6 di Perak dan 8 di Selangor) menjadi penentu “survival” kerajaan baru di negeri-negeri berkenaan. Sdr Zul cuba menyarankan agar PAS menjadi “pengawal” kepada DAP. Sdr Zul cuba menggambarkan DAP sebagai satu makhluk cauvinis, ekstrim, anti Melayu dan Islam (sekurang-kurangnya itulah bacaan saya), lalu yang hanya boleh mengawal DAP adalah PAS.

Dalam erti kata lain Sdr Zul cuba menggambarkan senario PAS kini dalam kerajaan-kerajaan campuran yang dimaksdukan. Seolah PAS cuma pandangan pada kuasa, PAS sanggup menggadaikan perjuangan kerana kuasa, sanggup bersekongkol dengan DAP atas dasar kuasa. Itulah agenda tulisan beliau kerana beliau akhirinya dengan menyebut:

Persoalannya dalam situasi sekarang, apakah warna sebenar politik PAS? Adakah pemimpin Pas akan membiarkan mereka dipermainkan oleh DAP? Atau mungkin kerana kuasa segala prinsip perjuangan dikorbankan? Hanya masa akan menentukan.

Saya ingin menasihati Sdr Zul bahawa rakyat telah pun bersuara melalui PRU ke-12 lalu, suka atau tidak, selesa atau sakit, suara rakyat perlu dihormati. Demi mempertahankan keputusan rakyat itu PAS memutuskan untuk membentuk kerajaan campuran walaupun sedar DAP hadir di dalamnya. Kalau Sdr Zul tidak memutarkan kenyataan Tuan Guru Presiden PAS semasa pelancaran Manifesto PAS: “Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih – Menuju Negara Berkebajikan”, beliau akan dapati bahawa dalam majlis itu Presiden PAS berkata (apabila diajukan tentang persoalan darihal kerjasam PAS dan DAP) , kta tunggu bila tiba masanya. Bermakna bila tiba suasana itu PAS akan membuat keputusan dan kini PAS telah pun memutuskannya.

Soalnya adakah akan tergadai maruah perjuangan PAS apabila berkerjasama dengan DAP ini? Sdr Zul dengan kecenderungan politiknya sudah pastilah akan menjawab: Ya!

Tetapi hakikatnya dalam kemelut politik hari ini, semua mengakui bahawa PAS lah yang paling kelihatan matang dan mempamerkan kedewasaan. PAS saya yakin akan terus mempertahankan agenda Islam dalam apa keadaan sekalipun, kerana ia Parti Islam, kekalahan atau kemenangan tidak akan merobah hakikat itu. Sama ada PAS pembangkang, PAS membentuk kerajaan negeri, PAS bersama BN (tahun 70an) atau kini PAS bersama PKR dan DAP, tidak sesiapa pun yang bekuasa mengikis atau mematikan matlamat perjuagan PAS itu.

Kini PAS sudah membentuk kerajaan (selain di Kedah dan di Kelantan) bersama PKR dan DAP di Selangor dan Perak. Asas pembentukkan kerajaan itu sudah pastilah berdasarkan muafakat hormat-menghormati dan saling faham-memahami. PAS sudah pasti akan berusaha melaksanakan agendanya dalam ruang-lingkup dan keterbatasan yang ada baginya. Mana yang mudah dan boleh diterima semua, diberikan keutamaan manakala yang rumit dan perlukan kefahaman dikemudiankan, bermakna prinsip bukan dikorbankan tetapi dipelihara dan dimantapkan.

Bagaimana kalau berlaku pertembungan, bagaimana kalau perlu pilih antara menerima atau menolak Islam? Di sinilah kedudukan kritikal PAS dalam kerajaan tadi akan diambil-kira oleh semua. PKR dan DAP sedar akan hakikat ini, begitu juga PAS. Kita mengharapkan kerajaan ini tidak akan menghimpit PAS sampai ke peringkat itu, tetapi sekurang-kurangnya dalam hal Perak dan Selangor ini, PAS sudah ada ruang untuk bekerja, tidak seperti Perak dan Selangor di zaman Umno/BN yang menyisih dan mempersetankan peranan PAS sama-sekali!

Berbalik kepada persoalan Sdr Zul tadi, insyallah warna PAS tetap hijau, pemimpin PAS tidak akan mengorbankan prinsip dan membiarkan mereka dipermainkan bukan hanya oleh DAP dan PKR malah oleh BN dan Umno sekalipun. Insyallah masa akan menentukan yang PAS adalah rakan kongsi yang terbaik buat PKR dan DAP, dan dalam kerjasama “win-win” ini. Dan yang akan paling banyak mengaut keuntungan dan manfaat dari kerjasama politik baru ini adalah rakyat jelata sendiri termasuklah kawan-kawan Sdr Zul dari Umno dan BN jika mereka insaf.

ROSLAN SHAHIR BIN DATUK MOHD SHAHIR
S/U Akhbar Presiden PAS

nota: di manakah perjuangan pas….terang lagi bersuluh…..Status menuju negara ISLAM digugurkan…ditukar kepada negara berkebajikan…golongan2 seperti ini lah yang boleh merosakkan negara dengan lebih dasyat…kerana sanggup melakukan ape sahaja untuk berkuasa

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Melayu Semakin Terhimpit

petikan dari blog hakimitis…

Salam.

Ketua Menteri Pulau Pinang, LimGuan Eng menyatakan bahawa dasar DEB akan dimansuhkan di PP. Alasannya adalah “dasar itu akan mewujudkan kronisme, amalan rasuah dan sistem yang tidak begitu cekap”. Secara terang-terangan Guan Eng menyatakan bahawa negeri itu akan melaksanakan sistem ‘open tender’ bagi semua projek dan kontrak kerajaan.

Apabila ditanya mengenai hak-hak orang Melayu, jawabnya adalah “Semua bangsa dan untung nasib mereka sama”

Dasar yang dipelopori Tun Dr Mahathir pada 1971 itu kini mula dihapuskan di PP. Dasar yang menyatakan bahawa pengagihan kekayaan dan tinfakan teguh untuk Bumiputera dan bangsa Melayu sekurang-kurangnya 30 peratus itu sebelum ini turut dibangkitkan oleh individu lain pada tahun-tahun sebelumnya. Suqiu (Chinese Elections Appeals Committee) pada tahun 2000 telah menyenaraikan 83 fasal dalam memorandumnya yang dikatakan bertujuan untuk “memupuk kesepaduan nasional, kemajuan demokrasi, menjunjung hak asasi manusia dan keadilan, mengekang korupsi, mendapat keadilan dan kewajaran dalam polisi ekonomi” seakan-akan menunjukkan bahawa bangsa Melayu membolot semua kekayaan negara hinggakan membiarkan bangsa Cina kebuluran di jalan-jalan.

Hakikatnya, sehingga kini jumlah penguasaan ekonomi negara dimonopoli oleh bangsa Cina (kira-kira 70 peratus) dan bangsa Melayu memegang hampir 20 peratus. DEB bukanlah satu kegagalan, namun terdapat beberapa faktor lain yang dipercayai menjerumuskan kepada penguasaan ekonomi bangsa Melayu yang terlalu sedikit itu. (Faktor itu tidak akan ditulis di sini bagi mengelakkan ianya dijadikan alasan kepada bangsa Melayu yang malas dan hanya mencari alasan)

Kenyataan Guan Eng itu setakat ini masih belum menimbulkan kehangatan di kalangan ahli politik, baik kerajaan mahupun pembangkang.

Pandangan penulis..

DAP sebelum ini memang terkenal sebagai sebuah parti yang mempunyai banyak kontroversi dan banyak menimbulkan salah fahan di antara kaum. Tercetusnya 13 MEI juga ada kaitan dengan DAP.Betapa hitamnya sejarah parti DAP dengan bangsa Melayu, tapi hari ini kita dapat rasakan bahawa bangsa Melayu seakan-akan telah melupakan dan memaafkan pencetus peristiwa tersebut. (Rujuk di sini,untuk kepastian.) Bagi anak Melayu yang masih sedar dan tahu akan perkara sebenar, semestinya perasaan keMelayuan dan sentimen kebangsaan tercalar dengan kenyataan Guan Eng itu. Namun, sehingga kini para menteri dan bekas menteri (khusus bangsa Melayu) masih mendiamkan.

Tidak dinafikan bahawa bangsa Melayu merupakan bangsa yang memafkan dan melupakan (forgive and forget), namun saya menyeru agar sesiapa yang berbangsa Melayu di yang membaca posting ini agar sedar dan bangkit untuk bersama-sama meningkatkan ekonomi bangsa kita. Siapa lagi nak tolong Melayu kalau bukan Melayu?

Harapan penulis adalah agar bangsa Melayu sedara akan maruah kita yang semakin tercalar dan diinjak-injak ini tak mungkin akan pulih selagi wujudnya semangat kepartian yang mendahului semangat kebangsaan. Lupakan dahulu semangat UMNOPAS-KeADILan, sebaliknya hendaklah ketiga-tiga ini bergabung idea dan usaha untuk menyekat lebih banyak lagi usaha bangsa lain yang ingin menjatuhkan Melayu. Sedarkan Melayu yang ingin merosakkan Melayu, jangan dibuang mereka. Jagakan mereka dari tidur, usah dibiar. Pandu mereka ke jalan yang benar, usah disisih.

Kerana Melayu akan semakin sengsara jika tidak berubah.

Fakta : Lim Guan Eng pernah dipenjarakan selama 2 thun pada 1987-1989 atas Akta hasutan dan Penerbitan)

9 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Ezam minta Pas hati-hati dengan PKR

KUALA LUMPUR 11 Mac – Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd. Noor meminta Pas agar mengambil sikap berhati-hati untuk bekerjasama dengan PKR dalam membentuk kerajaan di beberapa negeri yang ditawan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Ezam mendakwa, melalui pengalamannya beliau yakin PKR dipimpin oleh pemimpin yang hanya mementingkan cita-cita peribadi untuk berkuasa dan sanggup menggadaikan maruah agama dan bangsa untuk mencapainya.

“Dalam menghadapi suasana politik sekarang, sikap seumpama itu amat membahayakan masa depan kelangsungan perjuangan agama, bangsa dan negara.

“Saya berharap para pemimpin dan penyokong Pas menyambut baik pandangan ini atas dasar komitmen dan kejujuran saya dalam memperjuangkan kebaikan untuk agama, bangsa dan negara dengan melangkaui batasan parti politik,” katanya dalam satu kenyataan yang difaks dari Bristol, United Kingdom hari ini.

Beliau berada di Bristol kerana mengikuti fellow jemputan dalam bidang urus tadbir baik dan memerangi rasuah.

Dalam pada itu, tegas Ezam, kenyataan yang dikeluarkannya itu adalah semata-mata atas rasa prihatin terhadap masa depan negara keseluruhannya setelah apa yang berlaku dalam perkembangan terkini politik Malaysia.

“Ini khususnya terhadap PKR yang saya antara pengasas parti itu dan pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Ketua Umum PKR,” jelasnya.

nota: umum tahu taktik matlamat menghalalkan cara oleh pihak pembangkang telah berjaya menawan hati pengundi pada PRU12 tempohari. tindakan seperti gugurnya negara ISLAM seperti dalam manifesto PAS telah berjaya menawan hati pengundi bukan Islam…dan taktik seperti penghapusan bil air oleh PKR berjaya membutakan hati pengundi..tindakan seperti ini amat keji kerana kelak ia akan memakan diri pengundi diri itu sendiri dan secara tidak langsung pembangunan negeri juga akan terjejas….bukankah tindakan menghapuskan bil air akan mengundang pembaziran dari kalangan rakyat…???

13 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Harga Minyak Naik Lagi

Harga minyak global AS$108 setong

11/03/2008 2:03pm

KUALA LUMPUR 11 Mac – Harga minyak mentah global diniagakan hampir dengan paras rekod tertinggi AS$108 (RM345.11) setong hari ini setelah pelabur membeli kontrak komoditi itu sebagai pelindung nilai terhadap peningkatan kadar inflasi dan kejatuhan nilai dolar.

Harga kontrak hadapan minyak berkualiti tinggi `Light Sweet’ bagi penghantaran bulan April kini berlegar di paras AS$107.67 (RM344.06) setong pada pukul 1.50 petang ini waktu Malaysia, selepas mencecah paras rekod tertinggi dalam sejarah iaitu AS$108.21 (RM345.78) setong awal pagi tadi.

Peniaga berkata, pelabur global ketika terus membeli kontrak-kontrak komoditi seperti minyak mentah, emas, minyak sawit, soya dan sebagainya, yang kini dianggap sebagai pelaburan paling selamat dalam ketidaktentuan ekonomi global.

“Pelabur bimbang jika Amerika Syarikat menurunkan sekali lagi kadar faedah bagi membendung krisis ekonominya, dan menyebabkan nilai dolar AS terus susut.

“Oleh demikian pelabur-pelabur akan menjual pegangan pelaburan dalam dolar AS dan membeli kontrak-kontrak pelaburan yang selamat seperti kontrak minyak mentah,” katanya.

– Utusan

nota: harga cpo tatkala ini semakin hari semakin naik…apakah formula pembangkang untuk kurangkan kenaikan ini…atau meringankan beban rakyat..sama-sama kita nantikan..

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Tewasnya BN di Ampang

walaupun ketiga-tiga calon BN diperingkat Dun dan Parliment tewas di Ampang..ia tidak bermakna BN dan UMNO akan menjadi lemah di Ampang…tertewasnya pejuang bangsa ini tidak bermakna tewasnya semangat pemuda untuk terus mara….menuju PRU13 nnt…insyaAllah Ampang akan ditawan semula oleh BN/UMNO pada PRU13 nt..dengan berkat dan izin dariNYA…

walaupun kemenangan pihak pembangkang di Selangor sudah diketahui umum….tetapi ia disambut dengan insiden yang kurang disenangi di Peti Undi Enggang Utara dan Enggang Selatan….di mana canopy yang dijadikan sebagai pondok polling pada hari pilihanraya telah dicuri pada malam selepas PRU12 diadakan. Diharap pihak berkuasa dan khusunya pihak PKR dan PAS Ampang dapat menyiasat kejadian ini….janganlah kemenangan anda di Ampang menghalalkan benda yang tidak baik dilakukan oleh ahli anda….moga kita semua mendapat pedoman dariNya..

nota: laman web ini akan beroperasi seperti sedia kala walaupun PRU12 telah tamat. ..laman web ini ditubuhkan bukan sahaja utk PRU malah ia ditubuhkan bagi kesinambungan pemuda enggang untuk merapatkan diri dengan orang ramai terutamanya pemuda-pemuda disekitar ampang dan keramat….sila layari bagi membaca berita2 terkini pemuda enggang…

sekian

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Selamat Mengundi Kepada Semua Pembaca

undilah-bn.jpg

Dewi-Dewi Terbang Tinggi

Terbang Tinggi Ke Atas Awan

Jgn Lupe Sabtu Ini Hari Mengundi

Untuk Kesejahteraan Pangkahlah Barisan

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Inikah ciri2 bakal Perdana Menteri Yang Anda Inginkan

beberapa petikan dari akhbar hari ini…

Anwar cela negara di Singapura

SINGAPURA 5 Mac – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membawa gerakan memburuk-burukkan Malaysia ke negara jiran ketika tempoh berkempen Pilihan Raya Umum Ke-12 hanya tinggal tiga hari lagi.

Pada satu sidang akhbar yang diadakan di Hotel St. Regis di sini, beliau menyerang kepimpinan negara yang disifatkan sebagai gagal.

Katanya, kegagalan tersebut antaranya berpunca daripada kelembapan ekonomi, rasuah, kenaikan harga barang yang membebankan, amalan kronisme, kuku besi dan perbuatan menafikan hak rakyat untuk bersuara.

Beliau memperolok-olokkan pengundi dalam pilihan raya dengan mendakwa Malaysia mempunyai bilangan orang tua teramai di dunia dengan lebih 10,820 warga emas berusia lebih 100 tahun berada dalam senarai SPR.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga tidak bebas kerana dikawal oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Sekiranya SPR berlaku adil, maka sudah tentu fenomena (politik) di Malaysia sangat berbeza,” katanya kepada kira-kira 50 wakil media antarabangsa yang membuat liputan sidang akhbar itu.

Terdahulu, Anwar dijemput berucap pada Persidangan Ekonomi Antarabangsa ‘Risk Minds Asia 2008′ yang berlangsung di hotel berkenaan.

Beliau mendakwa keadaan ekonomi, sosial, kehakiman dan pendidikan Malaysia kini dalam keadaan tenat menyebabkan rakyat mahukan perubahan dengan mengundi pembangkang pada pilihan raya Sabtu ini.

Katanya, pendapatan per kapita dan pelaburan Malaysia menurun lima kali ganda lebih kecil daripada Singapura menyebabkan golongan yang berpendapatan rendah hidup dalam keadaan terhimpit.

“Pendapatan minyak Petronas kira-kira RM100 bilion setahun dan jika ditolak cukai keuntungan bersihnya RM80 bilion, maka lebih baik (keuntungan itu) digunakan untuk meningkatkan kualiti kehidupan, pendidikan dan kesihatan rakyat,” ujarnya.

Beliau juga menuduh kepimpinan BN telah menyalahgunakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk memberi kekayaan kepada kumpulan kecil iaitu keluarga dan kroni pemimpin.

“Sebanyak RM60 bilion wang kerajaan diberikan kepada kroni yang hanya beberapa orang manakala cuma RM5 bilion diagihkan kepada rakyat,” jelasnya.

Anwar turut mendakwa BN cuba menggambarkannya sebagai anti-Melayu, Cina dan India. Katanya, BN menakut-nakutkan rakyat dengan isu perkauman bagi meraih sokongan rakyat dalam pilihan raya.

Pemimpin PKR itu yang merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri kemudian tanpa segan silu merayu media antarabangsa supaya mengikuti kempennya kerana beliau mendakwa “media di Malaysia menjadi alat BN.”

Anwar berkata, walaupun kebebasan bersuara pembangkang disekat, beliau yakin parti pembangkang mampu memenangi sekurang-kurangnya 75 kerusi Parlimen yang ditandingi.

Sebanyak 222 kerusi Parlimen dipertandingkan dalam pilihan raya Sabtu ini.

Dengan unjuran memenangi 75 kerusi itu, beliau menjangkakan parti pembangkang dapat menafikan majoriti dua pertiga BN di Dewan Rakyat.

“Susah untuk menang majoriti dua pertiga, melainkan anda melakukan penipuan besar-besaran,” cemuhnya sambil menyebut dakwaan itu disokong dengan risikan dan tinjauan pendapat.

Menurut Anwar, tindakan SPR membatalkan penggunaan dakwat kekal pada kuku pula seperti yang diumumkan semalam membuktikan suruhanjaya itu dikawal oleh BN yang semakin takut dengan kemaraan parti pembangkang.

Menjawab satu soalan, beliau mengakui pakatan parti pembangkang tidak kuat tetapi parti-parti itu boleh bekerjasama dalam pilihan raya kali ini, malah Pas di Kelantan mampu meraih lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Anwar juga yakin isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan menang mudah di Parlimen Permatang Pauh, namun anak sulungnya, Nurul Izzah dijangka bersaing sengit untuk menang di Lembah Pantai menentang Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Penyebab ekonomi negara jatuh

MELAKA 5 Mac – Sikap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering mencetuskan spekulasi menjadi salah satu penyebab kejatuhan ekonomi negara pada 1997.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri telah bertindak mencetuskan spekulasi sehingga menyebabkan pasaran saham di Bursa Saham Malaysia melonjak.

“Bagaimanapun, perbuatan itu hanya menguntungkan kumpulan tertentu hingga akhirnya menyebabkan pasaran merudum,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan kerja-kerja pembinaan Bangunan Gunasama Persekutuan Melaka Tengah, di MITC Ayer Keroh di sini hari ini.

Mohd. Ali berkata, akibat kejatuhan ekonomi itu, Anwar cuba mendapatkan bantuan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) tetapi dihalang oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri pada masa itu.

Tegas beliau, Anwar juga tidak melakukan apa-apa untuk membantu kaum Cina dan India termasuk tiada memberikan sebarang bantuan untuk sekolah jenis kebangsaan sepanjang beliau menjadi Menteri Pelajaran dahulu.

“Saya tanya, mana sekolah Cina yang dia tolong? Mana sekolah India yang dia tolong? Tetapi mereka tidak dapat tunjukkan. Dia tidak pernah tolong apa-apa melainkan untuk diri sendiri sahaja,” katanya.

Mohd. Ali yang juga Naib Presiden UMNO berkata, perjuangan Anwar adalah untuk kepentingan peribadi semata-mata dan bukan untuk rakyat.

Ini dibuktikan apabila isterinya, Datin Seri Wan Azizah Ismail sanggup melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh jika beliau memenanginya dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, Sabtu ini bagi memberi ruang kepada Anwar bertanding dalam pilihan raya kecil.

“Dia juga menggunakan Pas untuk memastikan misinya tercapai dan Pas pula sekarang bukan lagi berjuang untuk Islam tetapi untuk PKR dan DAP,” ujarnya.

“Pas jadi alat PKR dan DAP. Apa yang DAP dan PKR cakap dia sokong, termasuk menyerahkan kerusi,” katanya.

JOHOR BAHRU 5 Mac – Tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik secara liar kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah teraju Datuk Seri Abdullah Badawi adalah umpama ‘menggali kubur’ sendiri.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berkata, segala kritikan serta tuduhan liar yang tidak praktikal dan tidak berasas itu menyebabkan kerajaan terpaksa ‘menggali balik’ rekod Anwar semasa berada dalam kerajaan dengan jawatan tertinggi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Beliau tersilap langkah dan perkiraan ketika kerajaan di bawah kepimpinan Pak Lah (Abdullah) telah membawa stail yang lebih telus dan terbuka.

“Telus dan berani di sini membawa makna berani mengakui kesalahan dan kesilapan yang mana kerajaan kemudian mengambil kira sebarang teguran, pandangan serta kritikan dengan memperbaiki dan memperbetulkannya. Ini sebenarnya yang dimahukan oleh rakyat,” katanya ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri semalam yang menyifatkan Anwar seorang yang berdolak-dalik dan tidak mengotakan janjinya.

Musa ditemui Utusan Malaysia selepas mengunjungi Bilik Gerakan BN Parlimen Pulai di sini hari ini. Turut hadir ialah Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Ketua Wanita UMNO bahagian itu, Latifah Munadi.

Menurut Musa, Anwar sebenarnya dalam proses untuk kembali sebagai seorang ahli politik.

“Dalam perjalanan mencapai cita-cita dengan menjadi sebagai penganjur untuk mengambil alih kerajaan, beliau berasa tertekan lebih-lebih lagi dalam suasana pilihan raya,” katanya.

Justeru, pemimpin pembangkang berkenaan akan menggunakan apa juga ruang dan peluang yang wujud untuk memburuk-burukkan kerajaan BN.

“Saya berpendapat Anwar tidak akan berjaya dalam mengejar cita-citanya sebab rekod beliau sendiri banyak yang negatif khususnya semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri. Ini semua masih segar dalam ingatan,” kata Musa.

Beliau berkata, apabila Anwar mengkritik kerajaan yang ternyata lebih telus dan terbuka, kerajaan dan parti serta rakyat terpaksa menyingkap semula apa yang pernah dilakukan Anwar semasa berada dalam kerajaan.

Banyak perkara yang dilakukan Anwar, kata Musa, telah didedahkan kerajaan dan keadaan itu menyebabkan pemimpin pembangkang itu berasa amat tertekan.

Mengenai dakwaan bekas Timbalan Presiden PKR, Dr. Chandra Muzaffar yang menyatakan hubungan Anwar-Amerika Syarikat membahayakan kedaulatan negara, Musa menjelaskan:

“Anwar sebenarnya tidak mempunyai saluran atau lebih tepat tidak mempunyai tempat di negara ini. Oleh itu, beliau menggunakan Washington, London dan Singapura untuk meraih simpati.”

nota: tindakan DSAI ini menunjukkan keperibadian yang rendah moralnya…sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan kuasa. di dalam posting terdahulu penulis ada menyebut beberapa rakan DSAI dalam team wawasannya ditikam dari belakang akibat tamakkan kuasa….tindakan meminta simpati dan perhatian dari saluran luar seperti USA tidak tumpah sama seperti tindakan HINDRAF yang pemimpinnya kini di UK….adakah HINDRAF itu ideologi ANWAR IBRAHIM….apekah tujuan sebenarnya ANWAR yang dulunya dianggap anak emas kepada UMNO dan MELAYU kini menjadi petualang bangsa…???adakah beliau berada dalam keadaan tertekan di mana tiada isu ingin dimainkan selepas beliau bebas dari penjara???

dan yang paling penting sekali ialah..

ADAKAH CIRI PEMIMPIN SEPERTI INI DIGARISKAN DALAM KEPIMPINAN ISLAM DAN ADAKAH MANUSIA SEPERTI INI YANG SANGGUP MENGGADAI MARUAH NEGARA ANDA INGIN KAN SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA??

ADAKAH SLOGAN HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA INI IALAH SEBENARNYA MALAYSIA BARU YANG DITADBIR SECARA ‘REMOTE’ OLEH AMERIKA MELALUI WAKILNYA ANWAR IBRAHIM????

YA ALLAH JAUHKAN KAMI DARI PEMIMPIN SEPERTI INI..

AMIN

10 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda