Tag Archives: politik perak

Intipati Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua

BERIKUT intipati pakej rangsangan kedua yang dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini.

* Kerajaan mengumumkan Pakej Rangsangan Kedua berjumlah RM60 bilion

* pembeli rumah diberikan pelepasan cukai bagi faedah yang dibayar untuk pinjaman perumahan sehingga RM10,000 setahun selama 3 tahun * tambahan RM200 juta bagi membina Rumah Mesra Rakyat untuk golongan berpendapatan rendah * dana RM1.6 bilion untuk menggalakkan pelaburan

* RM200 juta untuk membaiki dan menyenggara longkang dan jalan

* RM150 juta untuk menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian, menyelenggara dan membaik pulih rumah kebajikan, balai dan kuarters bomba serta tandas awam di masjid, surau dan kawasan pelancongan * Bon Simpanan Kerajaan berasaskan syariah berjumlah RM5 bilion diterbitkan tahun ini * RM1.95 bilion untuk membina dan menambah baik kemudahan 752 sekolah, terutamanya di kawasan luar bandar serta Sabah dan Sarawak, di mana RM300 juta akan digunakan untuk menambah baik kemudahan sekolah agama bantuan kerajaan, sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil dan mission school

* RM230 juta diperutukkan untuk meningkatkan kemudahan asas terutamanya bekalan elektrik dan air di kawasan luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak

* RM350 juta peruntukkan untuk pembinaan jalan luar bandar

* Kerajaan juga akan menyediakan peruntukan RM500 juta untuk Program Penyenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAs) dengan dengan memberi tumpuan kepada Sabah dan Sarawak

* RM1.2 bilion diperuntukkan untuk menyediakan infrastruktur dan meningkatkan aktiviti ekonomi di Sabah dan Sarawak

* RM300 juta untuk program mikro kredit tanpa cagaran di bawah AgroBank bagi membantu petani dan peniaga berasaskan pertanian di luar bandar serta RM50 juta untuk program di bawah TEKUN

* Tabung Kebajikan Nelayan sebanyak RM2 juta akan diwujudkan dan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia

* RM20 juta untuk meningkatkan kemudahan pusat penjagaan harian warga tua, memantapkan pengurusan rumah perlindungan wanita dan menambah kemudahan pusat asuhan kanak-kanak

* Pengecualian cukai yang diberi ke atas bayaran pampasan kehilangan pekerjaan sebanyak RM6,000 sekarang dinaikkan kepada RM10,000 bagi setiap tahun genap perkhidmatan * Skim Jaminan Modal Kerja berjumlah RM5 bilion untuk membiayai modal kerja syarikat yang mempunyai dana pemegang ekuiti di bawah RM20 juta

* Kerajaan wujudkan Institusi Jaminan Kewangan dengan modal berbayar permulaan RM1 bilion, bagi menyediakan penambahan kredit kepada syarikat yang bercadang mendapatkan pembiayaan pasaran bon. Dijangkakan bonbon berjumlah RM15 bilion akan diwujudkan menerusi kemudahan berkenaan

* Terbitan hak oleh syarikat tersenarai tidak lagi perlu kelulusan Suruhanjaya Sekuriti

* Bagi menggalakkan pengambilalihan dan penggabungan, Kod untuk tujuan itu tidak lagi terpakai kepada Syarikat Sendirian Berhad

* Hanya Suruhanjaya Sekuriti perlu dimaklumkan mengenai sebarang pindaan mengenai terma dan syarat terbitan bon dan sukuk * Bon boleh tukar dikecualikan daripada keperluan penarafan mandatori

* Status penduduk tetap boleh dipertimbang sebagai warga asing yang memiliki aset bersih tinggi dan membawa masuk lebih AS$2 juta pelaburan atau penabungan di Malaysia, sebagai usaha untuk membawa memasuk indvidu beraset besar dan berkemahiran tinggi

* Golongan profesional berkemahiran tinggi juga boleh dipertimbangkan untuk diberi status yang sama

* Berkuat kuasa 1 Februari, pembayaran levi bagi Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) akan dikecualikan selama enam bulan untuk majikan industri tekstil, elektrik dan elektronik

* Berkuat kuasa 1 April, kadar pembayaran levi akan dikurangkan kepada 0.5 peratus daripada satu peratus bagi semua majikan untuk tempoh dua tahun

* Tambahan RM200 juta kepada Dana Pembangunan Automotif;

* Kerajaan akan membantu skim pelupusan kereta Proton dan Perodua, dengan diskaun RM5,000 akan diberikan kepada pemilik kereta sebarang jenama kereta yang ingin melupuskan kereta mereka yang berusia 10 tahun untuk membeli kereta baru Proton dan Perodua;

* Malaysia Airports Holdings Bhd akan membina dan mengendalikan lapangan terbangn syarikat penerbangan tambang murah (LCCT) baru di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada anggaran kos RM2 bilion * RM250 juta untuk memperluaskan Lapangan Terbang Pulau Pinang * Rebat 50 peratus ke atas caj pendaratan akan diberikan kepada semua syarikat penerbangan yang mempunyai operasi di negara bagi tempoh dua tahun mulai 1 April

* Untuk pelaburan antara 10 Mac 2009 dan 31 Disember 2010, kerajaan mencadangkan perbelanjaan loji dan jentera diberikan Elaun Modal Dipercepatkan, yang boleh dituntut dalam tempoh dua tahun * bagi membantu syarikat yang terjejas akibat kesan krisis ekonomi, kerajaan mencadangkan kerugian tahun semasa syarikat dibenarkan di bawa ke tahun sebelumnya. Ini bagi membantu aliran tunai syarikat berbanding layanan cukai sedia ada. Jumlah kerugian yang dibenarkan sehingga RM100,000 setahun yang terpakai bagi tempoh taksiran 2009 dan 2010

* Paras threshold untuk levi keuntungan luar biasa ke atas sawit akan dinaikkan kepada RM2,500 satu tan untuk Semenanjung Malaysia dan RM3,000 untuk Sabah dan Sarawak.

* RM200 juta untuk menaik taraf infrastruktur di tempat tumpuan pelancong

* Dana pelaburan Khazanah Nasional akan dinaikkan sebanyak RM10 bilion, dan akan dilaburkan dalam tempoh dua tahun dengan memberi keutamaan kepada aktiviti pelaburan domestik yang mempunyai kesan dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan

* RM100 juta untuk membina jejantas dan laluan berbumbung antara bangunan terutaanya di kawasan Setitiga Emas, Kuala Lumpur

* Kerajaan akan sedia dana berjumlah RM2 bilion bagi membantu pelaksanaan projek menerusi Inisiatif Kewangan Swasta dan usaha sama awamswasta. Firma swasta akan dipelawa untuk membida bagi memperoleh dana itu * Kerajaan bercadang menambah jumlah biasiswa untuk kemasukan ke universiti swasta tempatan

* Syarikat berkaitan kerajaan akan mendirikan 10 sekolah swasta yang bukan bertujuan membuat keuntungan

* Sektor perkhidmatan akan diliberalisasikan lagi bagi menarik lebih banyak pelaburan, membawa masuk lebih ramai profesional serta teknologi, selain mengukuhkan daya saingnya

* Jawatankuasa Pelaburan Asing akan mengguna pakai pendekatan lebih liberal ke arah membawa perubahan positif dan menyediakan persekitaran yang lebih mesra pelabur dalam usaha menarik lebih banyak pelaburan, termasuk pelaburan langsung asing

* Radio Televisyen Malaysia (RTM) diperuntukkan RM20 juta bagi melaksana beberapa projek untuk membangunkan industri muzik tempatan;

* Semua pemerolehan kerajaan akan dibuat menerusi tender terbuka atau tender terhad, kecuali dalam keskes khusus – mstar

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Bukan Peluru Pemuda UMNO

Polis tidak menemui apa-apa bukti bagi mengaitkan Pemuda Umno dengan dua peluru yang diterima oleh Pengerusi DAP Karpal Singh di rumahnya di Jalan Utama di sini pada 20 Februari lepas.

“Kita menyiasat dakwaan oleh beliau itu, tetapi setakat ini, tiada bukti mengaitkan Pemuda Umno dengan kes berkenaan.

“Polis juga menunggu jika Karpal ingin memberi kenyataan kepada polis berhubung tuduhannya dalam Dewan Rakyat itu,” kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakub kepada pemberita di sini hari ini.

Pada 20 Februari lepas, Karpal membuat laporan polis selepas menerima sampul mengandungi sepucuk surat ugutan dan dua peluru diposkan ke rumahnya di sini.

Lima hari kemudian Karpal, yang juga Anggota Parlimen Bukit Gelugor, membuat tuduhan di Dewan Rakyat kononnya Pemuda Umno terlibat dengan kes itu.

Ayub berkata, jika tuduhan berkenaan benar, Karpal perlu mengemukakan bukti dan memberi kenyataan kepada polis bagi melicinkan proses siasatan.

“Terlalu banyak kenyataan berkaitan kes itu dilaporkan media.

“Namun, sehingga kini kita tidak mengetahui kebenarannya.

“Jika benmar, tampil dengan bukti, jika sebaliknya hentikan kenyataan tidak berasas,” katanya.

Dalam pada itu, Karpal dicabar pada persidangan Dewan Rakyat hari ini supaya mengulangi dakwaannya di luar dewan kononnya Pemuda Umno menghantar dua butir peluru kepadanya baru-baru ini.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang bangun selepas Timbalan Menteri Kewangan Datuk Kong Cho Ha membacakan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2008) 2009 buat kali pertama, berkata Karpal tidak sepatutnya berselindung di sebalik kekebalan sebagai anggota Dewan Rakyat untuk membuat tuduhan terhadap Pemuda Umno.

“Kalau benarbenar Bukit Gelugor ikhlas dan berani di atas ungkapan tersebut, ulangi perkataan itu di luar Dewan.

“Jangan guna Dewan ini untuk berlindung dan menyatakan ungkapan yang menuduh sebuah organisasi yang dihormati oleh rakyat dan masyarakat,” katanya.

Bung Moktar bangun untuk mengemukakan satu usul untuk menangguhkan mesyuarat di bawah peraturan mesyuarat 18(1) bagi membincangkan perkara berhubung dengan perkataan yang dikemukakan oleh Karpal berhubung dakwaan terhadap Pemuda Umno itu.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, keputusan mengenai dakwaan Karpal itu hanya akan diketahui selepas jawatankuasa khas selesai menyiasat mengenai perkara itu.

“Jangan bimbang. Apabila siasatan telah dibuat, seseorang ahli parlimen tidak boleh menggunakan kekebalan dalam dewan ini untuk mengatakan perkara itu tidak berlaku,” katanya.

Karpal ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada 25 Februari lepas, mendakwa sepucuk surat beserta dua butir peluru telah diposkan oleh pergerakan itu ke alamat rumahnya di Jalan Utama, Pulau Pinang pada 19 Februari.

– mstar

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Sejarah Perjanjian Pangkor Berulang?

artikel dari mykmu

Perjanjian Pangkor merupakan satu perjanjian yang ditandatangani pada 20 Januari 1874 antara Sir Andrew Clarke di pihak Inggeris dan Raja Abdullah ibni Sultan Ja’afar Mua’azzam Shah. Perjanjian ini memberi kebenaran untuk Inggeris mencampuri urusan negeri Perak.

Dengan perjanjian ini ianya telah membuka kepada campur tangan Inggeris secara rasmi dalam urusan negeri Melayu. Perjanjian ditandatangani di atas sebuah kapal yang dinamakan HMS Pluto di Selat Dinding iaitu di kawasan perairan antara Lumut dan Pulau Pangkor.

Setelah perjanjian ditandatangani kemudiannya Gabenor Sir Andrew Clarke dengan berani telah bertindak menurunkan Sultan Ismail yang bersemayam di Tanjong Belanja, Parit dari pangkat Sultan dan membenarkan Sultan Ismail memakai gelaran “Sultan Muda” sahaja dengan memberi pencen seribu ringgit tiap-tiap bulan.

Manakala Che Ngah Ibrahim tidak lagi diakui sebagai pemerintah Larut. Ini adalah kesan dari Perjanjian Pangkor yang pertama. Bagaimana pula dengan Perjanjian Pangkor Kedua?

Setelah UNMO dan Barisan Nasional (BN) tewas di negeri Perak, Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DAP telah membuat satu perjanjian dengan Pas mengenai perlantikan Menteri Besar.

Ianya adalah surat perjanjian antara DAP dan wakil Pas bagi membolehkan Pas menjadi Menteri Besar. Ini adalah disebabkan mengikut adat istiadat negeri Perak, Menteri Besar hendaklah dilantik dari kalangan orang Melayu yang beragama Islam.

Menurut beberapa orang penyokong Pas, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin (MB Perak) telah menandatangani surat ini secara terpaksa. Di kalangan pemimpin Pas yang tahu tentang surat perjanjian ini enggan mengulas lanjut tentang perjanjian ini kerana ianya memalukan pihak Pas sendiri.

Kalau Perjanjian Pangkor pertama ditandatangani di atas sebuah kapal Inggeris di perairan Selat Dinding, di mana pula “Perjanjian Pangkor Kedua” ini ditandatangani dan mengambil tempat? Mungkinkah di atas bekas kapal korek lombong bijih yang ada berselerak di Lembah Kinta? Hanya Pas dan DAP sahaja yang tahu.

Perjanjian Pangkor Kedua ini ditandatangani di antara Nga Kor Ming (Pengerusi DAP Perak) dengan Mohd. Nizar Jamaluddin (DUN Pasir Panjang).

Walaupun ada wakil Melayu dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), tetapi mengapa beliau tidak dilantik untuk menjadi Menteri Besar. Adakah disebabkan tidak mendapat perkenan Sultan Perak atau DAP sendiri yang tak berkenan.

Antara isi kandungan “Perjanjian Pangkor 2” ialah :

1 ) Mohd. Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak tidak boleh menyebut Perak akan menjalankan pemerintahan Islam.
2 ) Mohd. Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh menyebut mana-mana terma yang berkaitan dengan Pas atau bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan lain lain lagi.
3 ) Mohd. Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh membuat keputusan sendiri sebagai kuasa MB sebaliknya semua perkara yang ingin dibuat perlu diperakukan oleh semua Exco Perak terlebih dahulu.
4 ) Pembahagian Exco yang diputuskan adalah 6 wakil Exco DAP, 3 wakil Exco PKR dan 1 wakil Pas. DAP juga menuntut Speaker DUN Perak dari wakil DAP.

Jika dilihat perkembangan politik di Perak sekarang siapakah yang sebenarnya berkuasa. Menteri Besar atau DAP.

Lihatlah apa yang telah berlaku apabila bila Karpal Singh (Pengerusi DAP) telah mula berani mencabar Sultan dan tidak menghiraukan lagi undang-undang.

Sehingga sekarang Karpal Singh masih berdegil untuk memohon maaf kepada Sultan Perak malah mencabar rakyat untuk membuat seberapa banyak laporan polis jika mereka suka.

Beliau dengan riak dan bangganya mempertahankan apa yang beliau telah buat. Apabila Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahan kenyataan Karpal Singh membuatkan beliau lebih naik “tocang“.

Apa yang Menteri Besar, Mohd. Nizar buat? Hanya berdiam diri kerana sudah terikat dengan perjanjian? Di mana letaknya maruah sebagai Menteri Besar?

Rakyat tahu keris sebagai simbol tanah melayu yang mempunyai kuasa beraja dan sultan. Kalau Datuk Seri Hishammuddin boleh mohon maaf kerana menghunus keris semasa perhimpunan Agong UMNO, mengapa Karpal Singh yang menghina Sultan ini tidak boleh mohon maaf?

Bukankah tindakan Karpal ini lebih “racist” dari itu? Adakah Mohd. Nizar sedar yang beliau adalah Menteri Besar boneka dipergunakan oleh DAP demi kepentingan politik mereka.

Contohnya pemberian geran kepada beberapa kampung baru (walaupun dah lama) dilihat satu tindakan proaktif oleh sebuah kerajaan yang baru dibentuk.

Tapi hakikatnya, siapa yang memperolehi untung yang lebih. Berapa kerat Melayu yang dapat?

Kuota hartanah orang Melayu dirampas adalah yang terbaru. Menteri Besar Perak mengumumkan untuk menjual semua kuota-kuota hartanah Melayu yang tidak terjual di semua kawasan perumahan di Perak. Adakah ini gara-gara dari desakan DAP? Di pulau Pinang banyak status tanah telah ditukarkan kepada ” freehold “, di Perak dan Selangor pula bila agaknya?

Selepas ini apa lagi. Inilah terjadi apabila kuasa diletak di hadapan, Pas sanggup menggadai perjuangan asal Islam dan sanggup duduk semeja, tidur sebantal dengan DAP, janji boleh kuasa walaupun hanya sebagai boneka.

Inilah yg berlaku sekarang. Apakah Pakatan Rakyat terus akan berkuasa dan seterusnya membolehkan DAP bermaharajalela di bumi Dato Maharajalela ini? Tepuk dada tanya selera. Hanya rakyat negeri Perak sahaja yang tahu akan jawapanya.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

PAS Korbankan Idealogi Islam Demi Kuasa Di Perak

sumber malaysiakini

PAS Perak mempertaruhkan idealismenya untuk melaksanakan hukum hudud dalam perundingannya dengan DAP menjelang saat-saat awal penubuhan kerajaan campuran Perak, demikian dedah pesuruhjayanya Ahmad Awang.

Syarat DAP itu selepas ia bersetuju menerima wakil rakyat PAS Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar.

“Selepas kira-kira tiga jam perbincangan di antara pihak PAS yang diketuai saya dengan DAP yang diketuai pengerusi negeri Ngeh Koh Ham, pemimpin pusat DAP bersedia mengubah pendiriannya dengan mengenakan syarat supaya DAP diberi lapan jawatan exco dan PAS berjanji tidak melaksanakan hukum hudud dalam kerajaan campuran ini,” kata Ahmad.

Dalam ucapannya bagi menyambut kejayaan parti itu mentadbir Perak yang disiarkan media rasmi PAS Harakahdaily, beliau berkata selepas campur tangan istana yang mengubah senario awal politik, tuntutan DAP agar PAS menggugurkan hudud tidak lagi berbangkit.

“Bagaimanapun syarat-syarat itu gugur kira-kira jam 11 malam setelah wakil PAS dan DAP dititah menghadap Tuanku di Istana Kinta,” katanya.

“Yang paling penting syarat yang mereka kenakan iaitu lapan exco dan isu hudud gugur dengan sendirinya.”

Ahmad mendedahkan saat-saat awal rundingan antara dua parti itu, sejurus selepas keputusan rasmi pilihanraya umum 8 Mac diketahui awal pagi keesokannya, sehingga ketegangan muncul apabila tokoh utama DAP Lim Kit Siang mengugut untuk memulaukan majlis angkat sumpah Mohamad Nizar.

Ketegangan sekali lagi muncul apabila PKR tidak berpuas hati dengan pengagihan jumlah kerusi exco. Parti itu mendakwa ia menerima satu jawatan sahaja.

Bagaimanapun keputusan akhir yang kekal hingga kini, DAP mendapat enam exco, PKR (tiga) dan PAS (satu).

Ahmad mengulangi saat-saat bersejarah PAS di negeri itu dalam satu taklimat kepada menteri besar baru-baru ini yang dihadiri 700 pemimpin-pemimpin parti itu, termasuk peringkat cawangan, di kediaman rasmi Mohamad Nizar.

Dalam ucapannya ‘Enam kejayaan PAS Perak’ di laman web PAS itu, Ahmad berkata kerjasama dalam pentadbiran negeri telah menjinakkan DAP yang dianggap “parti yang tidak begitu sehaluan dengan PAS” menjelang pilihanraya umum.

“Selepas pilihanraya ke-12 dan pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, pemimpin DAP bukan sahaja mudah bersefahaman dan mesra dengan pemimpin PAS di peringkat negeri, bahkan sentiasa menghormati pandangan pemimpin PAS sama ada mereka yang berada di dalam atau di luar kerajaan,” katanya.

Beliau turut mendedahkan, Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah juga mula berminat mengenali Mohamad Nizar selepas hari pertama rombongan ketiga-tiga parti itu menghadap baginda di Istana Kinta.

“Hubungan terus terjalin melalui beberapa pertemuan dengan pihak istana ketika menghadapi saat-saat kritikal mengenai pelantikan MB dari parti PAS,” tambahnya.

nota: bagi penulis, Pas akhirnya tunduk kepada tuntutan DAP. Tetapi sekiranya ikhlas ingin laksanakan hudud, mengapa ia tidak dilaksanakan di Kedah dan Kelantan di mana kemenangan PAS di sana berdasarkan majoriti?Kita lihat di sini bahawa PKR bermain ‘safe’ dengan tidak bersuara ketika saudara seIslam Pas mereka sedang tertekan akibat mainan politik DAP.

6 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda