Tag Archives: ramlang porigi

Imam Ramlang kene tukar..

Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi telah ditukar ke bahagian pentadbiran dan kewangan di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Putrajaya, berkuatkuasa 9 September lalu.

Surat bertarikh 8 September itu ditandatangani oleh pengarah bahagian berkenaan, Abdul Murat Abdul Wahab.
Surat tersebut tidak menyatakan sebab-sebab Ramlang ditukar ke bahagian berkenaan.

Bagaimanapun, surat itu menyatakan Ramlang dikekal pada Gred 17.

Perkara itu disahkan oleh peguamnya, Ahmad Nizam Hamid ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Pada 15 Ogos lalu, Ramlang adalah antara empat imam Masjid Wilayah Persekutuan yang diarahkan menghadiri majlis angkat sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan di masjid tersebut yang mendakwa dia diliwat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun.

Ramlang kemudiannya muncul di tiga majlis anjuran Pakatan Rakyat pada 24 Ogos lalu – dua hari sebelum hari pengundian pilihanraya kecil Permatang Pauh – meminta supaya beliau tidak dikaitkan dengan majlis sumpah laknat Saiful kerana hadir tanpa perancangan awal dan hanya kebetulan berada di masjid untuk urusan pernikahan.

Ramlang juga menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah Saiful itu tetapi tidak menyatakan lebih lanjut pihak yang mengarahkannya berbuat demikian.

Sementara itu, Ahmad Nizam berharap tindakan Jakim itu tidak bersifat ‘pemecatan konstruktif’.

“Ini bukan pemecatan tetapi memberi tekanan kepada pekerja. Dalam kes ini kadang-kadang mereka bagi meja dan kerusi tapi kerja tidak ada.

“Saya harap Jakim tidak melakukanm perkara itu (terhadap Ramlang),” katanya.

Menurut Ahmad Nizam lagi, sudah tentulah anak guamnya kini dalam keadaan sedih.

Katanya, walaupun gred jawatan Ramlang adalah sama tetapi dia tidak lagi menjadi imam. – mkini

nota: imam ramlang tidak sepatutnya menggunakan pentas mana-mana parti politik dalam usaha beliau untuk membersihkan nama beliau. sekiranya masih ingin menggunakan kempen parti politik bagi membersihkan nama beliau tempohari, imam ramlang juga patut muncul pada kempen/ceramah barisan nasional. sudah nampak ada sedikir ‘bias’ dalam usaha membersihkan nama imam ramlang. apa2pun selamat maju jaya kepada imam ramlang.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

‘Saya tidak kempen, cuma jelaskan isu sumpah’

Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi yang menjadi saksi angkat sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan yang didakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengejutkan banyak pihak ketika kempen pilihan raya Permatang Pauh minggu lalu menjelaskan dia masih lagi imam masjid berkenaan.

“Hingga kini, Insya-Allah saya masih lagi imam di Masjid Wilayah Persekutuan,” katanya kepada mStar Online semalam.

Ramlang memberitahu, beliau tidak menerima sebarang surat tunjuk sebab atau arahan daripada pihak pentadbiran berhubung kedudukan jawatannya sekarang.

“Tidak, tidak terima apa-apa surat pun. Mengapa pula saya nak dikenakan tindakan sedangkan saya tidak melakukan kesalahan,” katanya.

Beliau yang kini sedang bercuti selama seminggu bermula Isnin lalu akan kembali bertugas seperti biasa Selasa ini.

Rabu lalu Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, kemungkinan Ramlang boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana terlibat dengan kempen pilihan raya Permatang Pauh.

Bagaimanapun jelas beliau, kehadirannya di Permatang Pauh, yang dikatakan ‘berkempen’ untuk Anwar, adalah bertujuan menjelaskan kepada masyarakat mengenai perkara sebenar serta tidak mahu orang ramai salah anggap tentang kehadirannya semasa Mohd Saiful bersumpah.

“Saya bukan berkempen. Saya hanya mahu beri penjelasan sebenar. Satu patah perkataan pun saya tak sebut mengenai kempen.

“Saya tidak kata pun kepada mereka di sana supaya undi mana-mana calon,” katanya yang enggan menyatakan di mana beliau berada sekarang.

Beliau yang dihubungi hari ini juga enggan menyatakan di mana beliau berada bimbang keselamatannya terancam.

Ramlang berkata, beliau hadir ke ‘pentas’ Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah atas kehendak sendiri tanpa didorong oleh sesiapa mahupun untuk kepentingan peribadi.

Anwar bertanding atas tiket PKR dan menang Selasa lalu.

Jelasnya lagi ‘kebetulan’ PKR menyediakan platform serta memberi ruang kepadanya untuk membuat penjelasan berhubung perkara ini.

Ditanya mengapa tidak menggunakan saluran lain untuk membuat penjelasan, beliau berkata pihak lain mungkin susah menerima penjelasannya itu.

“Saya tak pilih Barisan Nasional (BN) sebab saya tahu penjelasan saya tidak akan diterima.

“Cuba anda fikir, jika saya ada pilihan iaitu sama ada BN, kenyataan media atau PKR… mana satu saluran yang orang nak dengar dan percaya?”

Diminta penjelasan mengapa beliau tidak memilih PAS untuk tujuan itu kerana PAS sememangnya memperjuangkan Islam, beliau berketa: “Sebab PAS tak jemput saya dan tak beri peluang kepada saya,”.

Ramlang juga menyatakan kehadirannya semasa Mohd Saiful bersumpah laknat pada 15 Ogos lalu adalah secara kebetulan kerana beliau bertugas pada hari tersebut.

“Kebetulan saya bertugas, jadi pihak atasan mengarahkan saya untuk mendengar sahaja, bukan untuk mengatur.

“Saya tegur sewaktu dia (Mohd Saiful) tersalah sebut perkataan Watallahi sebab terlalu jelas kesalahannya, yang lain-lain saya dengar sahaja,” katanya.

Bagaimanapun beliau kesal kerana ramai pihak yang menuduhnya bersekongkol dengan pihak-pihak tertentu.

Diminta mengulas mengenai ‘arahan pihak atasan’ seperti yang dimaksudkannya sebelum ini, beliau berkata dalam hal ini ia perlu difikirkan secara logik akal.

“Ini kena fikir logik. Masjid Wilayah Persekutuan adalah di bawah kerajaan negeri, jika kita ingin melakukan sesuatu di dalam masjid, perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu dari pihak atasan.

“Sepatutnya imam besarlah… tapi dia tidak ada kerana mengerjakan umrah. Jadi anda fikirlah masjid ini di bawah pentadbiran siapa? Siapa lagi yang boleh memberi kebenaran?” katanya yang enggan menyebut siapakah pihak yang dimaksudkannya itu.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Kempen Anwar Guna Imam Ramlang Porigi

Dilihat sebagai satu lagi kejutan kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, imam yang menjadi saksi sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan 15 Ogos lalu, Ustaz Ramlang Porigi muncul di Masjid Perda di sini malam tadi, yang turut dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan membuat pengakuan sumpah itu tidak sah.

Imam itu membuat pengakuan yang dia telah ‘dipaksa’ menjadi saksi dan mubahalah dibuat Saiful tidak sah.

Turut hadir di masjid tersebut ketika itu ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS, yang awal-awal lagi telah menegaskan cara Saiful bersumpah adalah salah.

Ramlang berbuat demikian selepas solat maghrib – salah satu acara Anwar pada hari kesembilan berkempen.

Esok ialah hari pengundian pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Saiful membuat sumpah sehari sebelum hari penamaan calon di Masjid Wilayah Persekutuan.

Ini merupakan kali pertama Ramlang muncul di khalayak ramai selepas menjadi saksi sumpah laknat Saiful.  

Selain di Masjid Perda, Ramlang juga menjelaskan pendiriannya dalam ceramah kempen Anwar, calon Pakatan Rakyat, di Masjid Timah Kg Belah 2, Seberang Jaya dan kemudian di Padang Ibu, Penanti.

Dalam kenyataan di hadapan kira-kira 2,000 penyokong Pakatan Rakyat di Padang Ibu pada pukul 11.15 malam Ramlang berkata, “pada hari itu (15 Ogos) saya… saya diarahkan oleh orang atasan saya untuk menjadi saksi sumpah Saiful Bukhari, saya antara empat orang imam yang diarahkan untuk menjadi saksi.”

“Sumpah itu bukan saya yang aturkan, teksnya disediakan oleh peguamnya atau mungkin ada orang lain yang buat itu,” katanya dalam kenyataan kira-kira enam minit.

Ramlang yang muncul dalam pakaian biasa malam tadi, bukannya berpakaian sebagai seorang imam secara berseloroh berkata, beliau kelihatan kemas pada 15 Ogos kerana baru sahaja habis menyempurnakan majlis nikah satu pasangan di Masjid Wilayah Persekutuan.

Tambah beliau: “Apabila dia (Saiful) membacakan teks, dia seolah-olah tidak merasa bersalah.

“Kalau kita seorang Islam yang beriman, kalau kita nak bersumpah ini, kita akan takut apa akan terjadi… tetapi kerana teks ucapan yang dibacakan itu, dia tak rasa bersalah.”

Katanya lagi, disebabkan teks itu disediakan dalam tulisan rumi, maka sebutan adalah salah dan tarikh perbuatan dia diliwat juga salah.

“Sepatutnya dia sebut 26 Jun, tetapi dia sebut 28 Ogos,” katanya yang menegaskan dirinya seorang imam, bukan bilal.

 “Saya rasa para pengundi di Permatang Pauh, mungkin ada yang mengenali saya. Jadi, saya berharap jangan saya dipersalahkan… boleh tak,” katanya lagi.

Selepas kenyataan itu Ramlang terus dibawa keluar dari tempat ceramah dan diberikan perlindungan oleh Pakatan Rakyat demi keselamatannya.

Dimaklumkan bahawa imam itu akan mengadakan sidang media kira-kira 12.30 tengah malam di Yayasan Aman tetapi bekas Timbalan Perdana Menter itu tidak sertai bersama.

mstar Online difahamkan Ramlang berada bersama rombongan PKR sejak pukul 4 petang semalam.

Sementara ketika ditanya mengapa bertindak membuat pengakuan mengejutkan, Ramlang berkata, beliau berhadapan dengan tekanan ekoran pelbagai melemparkan macam-macam tuduhan yang tidak sepatutnya diterima oleh seorang imam.

“Saya mendapati tiada siapa yang tampil mempertahankan diri saya,” katanya.

“Saya dikatakan kurang ajar. Adakah patut saya dicaci,” tambah Ramlang pada sidang media yang dihadiri beberapa pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Yayasan Aman di sini.

Ketika sidang media Anwar baru tiba di Yayasan Aman dan bermesyuarat di tingkat satu pejabat yayasan itu.  

Menafikan menerima sebarang ganjaran daripada Pakatan Rakyat, Ramlang berkata, beliau bersedia untuk menerima apa juga tindakan – daripada kerajaan dan Umno – selepas ini.

Katanya, beliau masih merupakan kakitangan kerajaan dan akan terus berkhidmat sebagai imam jika tidak dipecat.

Beliau menyerahkan kepada Umno untuk mengambil tindakan ke atasnya. Beliau menjadi ahli Umno sekitar tahun 2003.

“Boleh katakan saya ahli Umno… saya cuma menjadi ahli Umno kerana hendak tolong kawan,” katanya yang akan keluar mengundi esok kerana ia hak beliau untuk berbuat demikian.

“Saya tidak diperalatkan oleh mana-mana pihak… PKR sendiri yang jemput untuk (saya) membuat pengakuan,” katanya.

Dalam pada itu, Naib Presiden PKR, Azmin Ali pula berkata, imam berkenaan sendiri yang menghubungi pihaknya memaklumkan bahawa mahu membuat pengakuan mengenai isu tersebut.

“Kami hanya dihubungi beliau (Ramlang) petang ini dan kami setuju,” katanya.

Empat hari lalu beliau mengesahkan kepada mStar Online bahawa beliau merupakan ahli Pemuda Umno dengan nombor keahlian 03405843.

Ketika dihubungi mStar Online, Ramlang berkata, beliau merupakan imam yang sah dan bertauliah.

Beliau tidak menafikan dirinya merupakan seorang ahli Umno yang berdftar dan pengundi di Permatang Pauh.

Peti undi Ramlang ialah Penanti dalam bahagian Permatang Pauh.

Risalah yang diedarkan menyebut beliau bukan merupakan imam sebaliknya hanya bilal.

Kandungan risalah itu menyebut: “Akhirnya tembelang orang yang bernama Ramlang Porigi, yang dikatakan imam yang menjadi saksi sumpah mubahalah Saiful terdedah juga.

“Beliau adalah ahli Pemuda Umno Cawangan Seri Machang dalam Bahagian Bukit Mertajam dengan kod keahlian 03405843.

“Tidak menghairankan kepada semua ini, bagaimana pantas “imam” ini memperakui mubahalah yang dilakukan oleh Saiful, sekalipun mubahalah itu diragui oleh banyak pihak sebagai tidak mengikuti kaedah Islam.” – mstar

nota: siapa yang gunakan agama demi kepentingan politik? BN atau Pakatan Rakyat? Berapa ramai rakyat yang menfitnah Imam Ramlang dengan mengatakan beliau hanyalah tok siak dan diperkudakan oleh UMNO dalam acara bersumpah Saiful? Penyokong tegar PKR dan PAS, bertaubatlah, perjuangan anda semua sudah menyimpang jauh dari landasan agama. Kini pemimpin anda sudah mula mempergunakan agama utk kepentingan politik.

15 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Imam naik pentas PKR, dakwa diarah hadir sumpah Saiful

Seorang imam Masjid Wilayah Persekutuan yang menyaksikan acara bersumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini mencipta kegemparan apabila berucap di atas pentas PKR dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Ramlang Porigi  menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah pemuda itu pada 15 Ogos lalu, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon PKR di kawasan parlimen itu.

Seperti penjelasannya kepada Malaysiakini Khamis lalu, Ramlang yang juga seorang ahli Umno di bahagian Bukit Mertajam bagaimanapun tidak menyatakan lebih lanjut pihak yang mengarahkannya berbuat demikian.

Imam itu juga meminta beliau tidak dikaitkan dengan majlis sumpah Mohd Saiful  kerana hadir tanpa perancangan awal dan hanya kebetulan berada di masjid untuk urusan pernikahan.

Ramlang muncul lebih kurang 10 minit di satu ceramah besar anjuran PKR di Padang Ibu di Penanti menjelang jam 11.30 malam ini.

Beliau tiba di majlis kempen pembangkang itu ketika pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man sedang menyampaikan ceramahnya.
Tuan Man, bekas wakil rakyat Jengka, memberikan laluan kepada Ramlang sebelum menyambung semula ceramahnya.

Beberapa ribu penyokong pembangkang dan pengundi Permatang Pauh hadir.

Sebelum itu Ramlang, yang diiring dengan kawalan ketat oleh 10 lelaki, menyampaikan penjelasannya yang sama di satu majlis ceramah PKR di Kampung Belah Dua dalam kawasan parlimen itu.

Kira-kira 1,000 pendengar hadir di program itu.

Selain Ramlang, pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan bapa Mohd Saiful berada di masjid itu di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Latar belakang Ramlang menjadi bahan tohmahan dan perbincangan di internet sejak beberapa hari lalu, antaranya mendedahkan bahawa beliau adalah seorang ahli Umno dan pengundi di parlimen Permatang Pauh.

Emel tersebut juga mengandungi dua lampiran yang menyebut bahawa Ramlang menganggotai Umno cawangan Seri Machang, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Machang Bubuk.

Turut dilampirkan ialah maklumat mengenai pendaftarannya sebagai pengundi parlimen Permatang Pauh – pilihanraya kecil kerusi ini akan diadakan 26 Ogos.

Sewaktu bercakap kepada Malaysiakini, Ramlang mengesahkan bahawa beliau seorang daripada lebih 58,000 pengundi di situ.

Ketika ditanya mengenai keanggotaannya dalam Umno, Ramlang berkata: “Saya pernah mendaftar sebagai ahli pada 2003, atas sebab-sebab tertentu”.

Beliau enggan mengulas lanjut apabila ditanya maksudnya “atas sebab-sebab tertentu”.

Bagaimanapun, Ramlang berkata, beliau bukan seorang ahli aktif dan tidak memegang apa-apa jawatan dalam Umno di sebarang peringkat.

Mengulas lanjut mengenai majlis bersumpah Mohd Saiful, Ramlang berkata, beliau bukannya menjadi saksi sumpah Saiful.

“Apabila kebetulan Saiful tersalah sebut lafaz sumpahnya, oleh kerana saya berada di situ, jadi saya tegurlah,” katanya.

Oleh itu, jelasnya, beliau tidak ada sebarang kaitan dengan sumpah Saiful, yang diadakan sehari sebelum penamaan calon pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Anwar adalah antara tiga calon yang bertanding dalam pilihanraya tersebut.

Dua lagi adalah calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Hamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).

Ramlang bertugas sebagai seorang daripada sembilan imam di masjid tersergam indah itu sejak Jun 2005. – malaysiakini

29 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda