Tag Archives: roselinda

takziah buat keluarga Datuk Zakaria Mad Deros

petikan dari agendadaily.com

Alfatihah…Ketua UMNO Bahagian Kelang, Datuk Zakaria Mad Deros meninggal dunia secara mengejut jam 2.45 pagi ini (Selasa).Sementara itu pada sebelah petang Isnin Allahyarham kelihatan ceria dan berjenaka semasa menyertai rakan-rakan orang politik menunggu di lobi PWTC untuk mengikuti apa cerita mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan Dewan Tertinggi Barisan Nasional yang berlangsung di ibupejabat UMNO di situ untuk membincangkan tentang keputusan pilihanraya umum.Wartawan Agendadaily yang kebetulan berada di situ melihat Allahyarham terus macam stail biasanya yang ramah menegur sapa semua kenalannya di situ.Turut serta bersama Allahyarham semasa di situ ialah menantunya Roselinda Abdul Jamil  yang bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Pelabuhan Kelang dalam pilihanraya umum kali ini mengantikan tempatnya.Roselinda bagaimanapun tewas pada calon Parti Keadilan Rakyat,Badrul Hisham Abdullah.Nama Allahyarham menjadi begitu popular berikutan liputan meluas media mengenai kontroversi pembinaan rumah banglonya yang nampak macam istana tidak lama dulu.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda