Tag Archives: rosmah mansor

Transkrip Soal Jawab Sidang Akhbar DS Anwar Ibrahim

Soalan:
Adakah benar kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Datuk Seri (Anwar Ibrahim) terlibat dalam rancangan mencemarkan imej politik beliau?

Jawapan:
Memang mereka percaya bahawa saya pernah berhubung dengan Raja Petra Kamaruddin (pengendali portal Malaysia Today) mengenai perkara ini. Mereka juga beranggapan bahawa akuan bersumpah Raja Petra adalah sebahagian daripada rancangan saya untuk jatuhkan Najib. Namun ia tidak benar.

Najib sebenarnya takut dan beranggapan saya akan gunakan kes Altantuya untuk jatuhkannya. Namun saya sangat percaya bahawa Ketua Polis Negara (Tan Sri Musa Hassan), Peguam Negara (Tan Sri Abd Gani Patail) dan Najib terlibat dalam siri terbaru menentang saya.

Soalan:
Bila Datuk lihat akuan bersumpah ini?

Jawapan:
Saya diberitahu mengenainya lebih kurang lima hari lalu. Namun saya baru melihatnya semalam.

Soalan:
Datuk berjumpa Balasubramaniam atau sebaliknya?

Jawapan:
Dia berhubung dengan (peguam) Sivarasa Rasiah (yang juga Naib Presiden PKR).

Soalan:
Adakah terdapat maklumat-maklumat lain yang berkaitan?

Jawapan:
Kami akan kemukakan maklumat yang lain dalam tempoh terdekat. Ini bukan penghujung segala-galanya. Harap bersabar. Maklumat lain akan dikeluarkan.

Perdana Menteri kata segalanya harus dilakukan dengan cara yang profesional. Beliau juga memberi jaminan kepada Datin Seri Dr. Wan Azizah (Wan Ismail) dan Nurul Izzah bahawa kes ini akan disiasat, semasa pertemuan mereka.

Namun 10 minit kemudian, Perdana Menteri buat kenyataan lain yang mengatakan bahawa dia percaya sepenuhnya dengan Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.

Soalan:

Apa yang berlaku sebenarnya? Adakah ia melibatkan soal peribadi Datuk dan Datuk Seri Najib?

Jawapan:
Tidak! Saya tahu sesetengah pihak cuba untuk menunjukkan ia sebagai masalah peribadi. Tiada yang peribadi. Saya ada maklumat, saya akan kemukakan. Kita di sini bercakap mengenai keadilan di negara ini. Kita mahu amalan demokrasi yang sebenar diamalkan.

Soalan kepada P. Balasubramaniam

Soalan:
Mengapa ambil masa terlalu lama untuk keluarkan akuan bersumpah ini dengan bukti-bukti terbaru?

Jawapan:
Saya terkejut bila pendakwa raya tidak menanyakan sebarang soalan mengenai beberapa kenyataan yang saya buat. Semasa saya di dalam lokap, saya rasa sangat takut dan hanya memikirkan untuk pulang ke rumah.

Ketika itu sebenarnya saya berada dalam tempoh sembahyang selama 40 hari. Saya sepatutnya pergi ke India. Dalam lokap saya tidak makan makanan vegetarian yang baik.

Jadi bila polis datang ke lokap dan minta saya turunkan tandatangan pada kertas kenyataan saya, saya baca dahulu walaupun ia tidak lengkap. Saya tanya kepada mereka (polis)… tapi jika anda mempunyai pengalaman ditahan di lokap, anda pasti akan tandatangan jika disuruh berbuat demikian untuk keluar dari lokap. Saya ada tiga orang anak.

Anwar kemudiannya menambah apa yang diperkatakan Balasubramaniam:

Saya ada pengalaman ditahan di lokap. Jadi saya faham perasaan itu. Kebanyakan wartawan ini belum lagi… namun mereka tidak perlu merasainya.

Balasubramaniam menyusul:

Saya ditempatkan di lokap yang sama dengan Datuk Seri Anwar di Bukit Aman.

Lagipun mereka menahan saya di lokap tanpa sebarang alasan. Saya ditahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Apa alasannya? Saya hanya penyiasat peribadi kepada Razak (Baginda). Saya tak sepatutnya ditahan di bawah seksyen itu.

Saya tak perlu ditahan di lokap. Mereka (polis) boleh ambil keterangan saya. Mereka boleh dapatkan kenyataan saya setiap hari.

Soalan:
Adakah anda percaya bahawa kenyataan anda telah diubah?

Jawapan:
Saya fikir begitu.

Soalan:
Bagaimana anda pastikan bahawa khidmat pesanan ringkas (SMS) Datuk Seri Najib kepada Razak adalah benar?

Jawapan:
Saya berada di sebelah Razak ketika itu. Razak memberitahu saya bahawa dia ada mengirimkan SMS kepada Datuk Seri Najib. Namun masih belum menerima jawapan. Kemudian bila kami duduk bersama lagi, dia ada menerima jawapan SMS daripada Datuk Seri Najib dan dia tunjukkan kepada saya.

Soalan:
Razak dan Altantuya memberitahu maklumat yang berbeza kepada anda. Razak menyatakan bahawa Altantuya ada hubungan dengan Datuk Seri Najib, manakala Altantuya mengakatan bahawa dia sudah berkahwin dengan Razak. Tidakkah anda terkejut dengan kenyataan-kenyataan berbeza ini? Adakah anda mendapatkan kepastian lanjut?

Jawapan:
Penguam Balasubramaniam menjawab bagi pihaknya.

Americk Singh Sidhu:
Apa yang dinyatakan dalam kenyataan bersumpah Balasubramaniam bukan kenyataan yang benar. Itu adalah kenyataan mengenai apa yang telah diberitahu kepadanya oleh Razak dan Altantuya. Itu tak bermakna apa yang dia dengar adalah betul sepenuhnya. Jadi saya rasa sangat susah untuk dia jawab soalan ini. Sama ada betul atau tidak, ia perkara lain.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Gempar: Pengakuan Bersumpah Raja Petra

sumber imej dari malaysia kini. klik sini utk imej sepenuhnya

nota: Pengakuan ini bersumpah ini merupakan satu tamparan hebat bagi Dato’ Seri Najib tatkala isu peralihan kuasa sibuk diperkatakan. Penulis percaya Dato’ Seri Najib nampaknya terpaksa membuat ‘kerja-rumah’ yang lebih sebelum beliau menjadi Perdana Menteri. Terdapat berbagai versi cerita pembunuhan Mendiang Altantunya yang didengari. Apa2pun prosiding mahkamah masih dilakukan dan penulis percaya tindakan yang seadil-adilnya akan dibuat terhadap pembunuh Altantunya. Apakah dengan pengakuan akan melambatkan proses peralihan kuasa yang telah dijanjikan oleh Pak Lah. Adakah peralihan kuasa ini masih menamakan Dato’ Seri Najib sebagai Perdana Menteri ke 6 Malaysia sesudah pengakuan bersumpah ini dibuat atau nama lain akan disebut untuk dipilih oleh Pak Lah sebagai ‘successor’ beliau?

Apa2pun diharap polis dapat melakukan siasatan mengenai pengakuan bersumpah ini.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda