Tag Archives: rosman kassim

UMNO perlu dengar suara akar umbi

sedikit liputan akhbar sinar harian mengenai persidangan cawangan Jalan Enggang tempohari

TAMAN KERAMAT – UMNO cawangan Jalan Enggang, Pusat Bandar Taman Keramat meminta pucuk kepemimpinan parti mengambil perhatian dan mendengar suara akar umbi.

Ini berdasarkan desakan ahli di peringkat bawahan mahu pemimpin atasan melakukan perubahan secara telus terutama melibatkan pencalonan dalam perebutan jawatan kali ini.

Ahli Jawatankuasa UMNO cawangan itu, Ismail Ibrahim berkata, tindakan pucuk kepemimpinan parti membuat keputusan tanpa mendapat persetujuan ahli merupakan perkara yang sukar diterima.

Beliau memberi contoh, peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah suatu keputusan yang dibuat tanpa merujuk kepada ahli.

“Tindakan ini tidak wajar. Ia seolah-olah menafikan hak ahli. Oleh itu, hak untuk menentukan kedudukan Presiden dan Timbalan Presiden parti hendaklah ditentukan oleh ahli.

“Ahli kini sebulat suara tidak menyetujui cadangan peralihan kuasa itu kerana tidak mengambil kira pandangan dan suara daripada ahli bawahan,” katanya pada Persidangan Tahunan Ke-14 UMNO Cawangan Jalan Enggang di sini.

Dalam persidangan itu, UMNO cawangan berkenaan mengusulkan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Presiden UMNO bagi penggal 2008/2011 pada peringkat bahagian.

Ismail berkata, pencalonan kali ini mesti bermula dari bawah dan sekiranya parti memutuskan di peringkat atasan, keadaan itu sudah menyalahi etika parti.

“Apa yang berlaku dalam UMNO sekarang amat mendukacitakan. Parti memerlukan nafas baru dan berani melakukan perubahan demi kebaikan parti dan bangsa. Pemimpin yang ada sekarang sudah tidak menunjukkan kepimpinan diharapkan dan perubahan ini yang ahli tuntut,” katanya.

Sementara itu, dalam persidangan itu berlaku pertukaran jawatan bagi kerusi Pengerusi Tetap UMNO cawangan Jalan Enggang yang disandang Mohamad Mohd Nor, manakala jawatan Ketua cawangan, Rosman Kassim masih kekal, dan timbalannya, Kamaruddin Bakar.

Mengenai UMNO yang semakin kehilangan sokongan daripada orang Melayu, Ismail berkata, parti itu masih utuh dan relevan.

“Punca parti ini lemah dan kurang mendapat kepercayaan ialah disebabkan kepimpinan yang ada sekarang, bukan batang tubuh parti.

“Apabila terdapat sikap pemimpin yang membelakangkan ahli dalam keputusan yang ada, timbul ketidakrelevanan parti itu kepada orang Melayu yang semakin bijak dan muak dengan apa yang berlaku sekarang,” katanya.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 Usul Persidangan UMNO Cawangan Jalan Enggang

Persidangan UMNO Cawangan Jalan Enggang 208 telah diadakan pada 26 Julai 2008 pada jam 8.00 malam bertempat di Dewan UMNO , Jalan Enggang. Ia bermula dengan persidangan peringkat Pemuda Cawangan yang terpaksa diadakan sebanyak dua kali kerana kesilapan teknikal pada persidangan yang pertama. Persetujuan Pengerusi persidangan dengan persetujuan Wakil Pemuda Bahagian telah bersetuju untuk mengadakan semula persidangan Pemuda Cawangan. Alhamdulillah persidangan yang kedua berjalan dengan lancar.

Selepas tamat persidangan Pemuda, persidangan peringkat cawangan bermula dan dirasmikan oleh Naib Ketua Bahagian UMNO Ampang iaitu Tuan Azman Bin Wahid. Ahli-ahli cawangan Jalan Enggang sebulat suara mengemukakan dua usul cawangan ke peringkat Bahagian iaitu:

1. Usul pertama – mencadangkan agar UMNO Ampang mencalonkan YBM Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Presiden UMNO pada persidangan agung UMNO yang akan datang. Cadangan bersama usul ini ialah supaya pemilihan ahli dari Peringkat Majlis Tertinggi UMNO hingga ke jawatan Presiden hendaklah dipilih oleh setiap ahli UMNO yang berdaftar dan tidak terhad kepada perwakilan Bahagian ke persidangan agung UMNO. Pihak UMNO hendaklah menyediakan mekanisme bagaimana cadangan ini boleh dilaksanakan seperti pengenalan smart card UMNO bagi mengelakkan pengundi ‘hantu’ semasa pemilihan ahli MT UMNO.

2. Usul kedua – mencadangkan agar sekolah jenis kebangsaan melayu diperkenalkan semula. akibat senario politik hari ini, adalah munasabah sekiranya Sekolah Jenis Kebangsaan (M) diperkenalkan sama seperti konsep Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan (Tamil). Ini disebabkan akhir2 ini, hak dan ketuannan melayu itu sendiri sering dicabar oleh kaum lain di Malaysia. Sikap ‘lebih-kurang’ dengan kaum lain telah menyebabkan hak dan maruah Melayu sering dicabar oleh bangsa lain. Cadangan utk memperkasakan semula tulisan jawi juga dibawa bersama usul kedua ini.

Salah seorang ahli telah membuat cadangan bagi peringkat cawangan iaitu:

1. mengadakan aktiviti penambahan ahli dengan lebih kerap dan agresif.

sekian terima kasih

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Sekitar Ceramah Di Pusar Daerah Mengundi Enggang Utara

Tarikh: 2 Mac 2008 jam 9.00malam.

Walaupun hujan lebat tetapi kehadiran tetamu agak tinggi dari dijangkakan.

Ketua Cawangan Sdr Rosman Kassim memulakan majlis.

Calon Barisan Nasional P.99 Ampang Sdr Azman Bin Wahid

Sdr Razali Maulana, Sdr Azman Wahid & Sdr Rosman Kassim

Ketua Cawangan Jalan Enggang Sdr Rosman, Calon N.19 Bkt Antarabangsa Sdri Haslinda Mohd Zerain & Ketua Pemuda Jalan Enggang Sdr Syaiful Arief

Bermesra dengan tetamu

Penyokong BN cilik….

Haslinda Zerain ditemuramah oleh wartawan Sinar Harian

Tenaga Pemuda Jalan Enggang bergambar kenangan dengan Calon BN Bkt Antarabangsa Haslinda Mohd Zerain

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda