Tag Archives: sabah

Mengapa Pak Lah Kata Teck Lee Tamak

sumber mstar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjelaskan beliau menyifatkan Datuk Yong Teck Lee sebagai tamak kerana Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) itu lebih tertarik dengan tawaran yang diberikan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang berkemungkinan jawatan tinggi berbanding kedudukan ditawarkan Barisan Nasional.

“Saya dah tahu beliau mulakan macam-macam tindakan semasa saya pergi ke Sabah. Saya mahu berjumpa beliau tetapi semasa saya membuat pengumuman mengenai perkara yang dibangkitkan Sabah, berkaitan pembangunan dan lain-lain, beliau tidak datang dan saya diberitahu beliau berada di Sandakan.

“Nampaknya dia mula membuat cerita lain. Justeru, saya fikir buat apa hendak memberi kepada beliau (jawatan).

“Akhirnya kita tahu apa yang beliau hendak… rupanya beliau lebih berminat apa yang ditawarkan Anwar. Apa yang ditawar, wallahualam… mungkin jawatan tertinggi dan sebagainya,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar Barisan Nasional (BN) di sini petang tadi.

Perdana Menteri menambah, Yong sebenarnya mahu bertanding dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, namun tidak berjaya berikutan kerusi yang diperuntukkan kepada SAPP sudah penuh.

“Saya masih ingat apabila kita memutuskan wakil yang bertanding untuk pilihan raya lalu, beliau (Yong) telah memutuskan ahli-ahli partinya yang akan bertanding.

“Bagaimanapun, beliau turut mahu bertanding tetapi tiada kerusi yang cukup diperuntukkan untuk partinya. Justeru beliau meminta untuk bertanding kerusi Kota Kinabalu yang diperuntukkan kepada Parti Bersatu Sabah (PBS). Mereka (PBS) tidak mahu memberinya, justeru dia tidak gembira,” katanya.

Abdullah berkata, beliau juga bercadang untuk melantik Yong sebagai Wakil Khas berkaitan BIMPEAGA.

“Saya kata pada dia you akan dijadikan sebagai Special Envoy yang ada hubungkait dengan BIMPEAGA, dengan itu dia akan ada peranan yang boleh dilaksanakan seperti hal berkaitan dengan promosi perdagangan dan pelancongan serta hal berkaitan masalah sempadan dan pendatang asing tanpa izin.”

“Dia kata ok, that’s good (eloklah tu), saya pun mulalah ambil tindakan dan maklumkan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan dia senang hati tetapi tibatiba dia (Yong) buat perangai,” katanya.

Abdullah berkata bagaimanapun tawaran jawatan itu tidak dapat dilaksana dengan kadar segera kerana perlu melalui beberapa prosedur termasuk mengemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Perdana Menteri berkata ketika beliau ke Sabah baru-baru ini dan mengumumkan beberapa insentif dan projek pembangunan bagi rakyat di negeri itu, Yong tiada dalam acara itu kerana difahamkan berada di Sandakan.

Nampaknya dia sudah mula buat cerita lain, jadi buat apa saya hendak bagi (jawatan Senator dan Wakil Khas) kepada dia.

“Akhirnya kita tahulah apa yang dia hendak, ruparupanya dia lebih berminat dengan apa yang Datuk Seri Anwar Ibrahim (Penasihat Parti Keadilan Rakyat) tawarkan kepada dia, mungkin dia hendak yang lebih besar, apa yang ditawar saya tidak tahu,” katanya.

Abdullah turut kesal dengan tindakan Yong kerana jika tidak bekas Ketua Menteri Sabah itu dapat menjalankan tanggungjawabnya kepada rakyat Sabah dengan jawatan yang diberikan itu.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Tindakan SAPP akibat sikap tamak Datuk Yong Teck Lee – Pak Lah

sumber bharian

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata tindakan terbaru Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee ada kaitan “Hanya kerana saya tidak mampu menenuhi kehendak peribadinya yang keterlaluan.

Perdana Menteri bagaimanapun tidak memperincikan perkara itu.

Bagaimanapun, rakannya memberitahu bahawa Perdana Menteri akan menjelaskan perkara itu kemudian.

Teck Lee petang ini mengisytiharkan SAPP sudah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri. – Bernama

nota: walaupun Pak Lah tidak memberi perincian terhadap kehendak peribadi Datuk Yong Teck Lee(YTL), penulis bersetuju dengan pendapat Pak Lah. Ini dikuatkan lagi dengan kenyataan YTL yang memaklumkan pada sidang akhbar petang tadi bahawa beliau telah menemui Penasihat PKR, DSAI dua kali iaitu di Hong Kong dan di Kuala Lumpur. Ternyata murahnya maruah pemimpin utama SAPP YTL yang sudi menerima ‘gula-gula’ yang ditawarkan oleh PKR. Penulis juga menerima satu email yang mengatakan bahawa faktor ‘DENDAM KESUMAT’ YTL menjadi tunggak utama menyokong undi tidka percaya kepada Pak Lah.

Dendam yang dimaksudkan ialah pemansuhan penggiliran Ketua Menteri Sabah yang dilakukan oleh Pak Lah sebaik sahaja menjadi PM Malaysia. YTL tahu bahawa sebagai sebuah parti komponen yang amat kecil dalam BN, sudah tentu wakil SAPP tidak dapat diberi mandat yang besar di dalam kabinet persekutuan Malaysia. Penulis berasa kan bahawa satu pengumuman keluar dari BN akan dibuat oleh SAPP dalam mesyuarat tertinggi parti Jumaat ini.

Ternyata tawaran ‘gula-gula’ DSAI kepada pemimpin parti di Sabah sudah mengena. Tetapi bagaimana pula sekiranya ‘gula-gula’ yang diberikan itu tidak semanis yang disangka. Penulis amat kecewa melihat sidang akhbar YTL di kaca TV lagi. Tindakan angkuh beliau amat mementingkan diri sendiri dengan menjadi negeri Sabah sebagai kuda tunggangan beliau untuk mengemukakan pendirian menyokong undi tidak percaya terhadap PM. Tidakkah beliau sedar bahawa Ahli MP dan ADUN SAPP dipilih di atas tiket Barisan Nasional…dan tidakkah beliau sedar bukan Sabah sahaja negeri yang bernaung di bawah Persekutuan Malaysia yang memerlukan pembelaan dari kerajaan pusat. Bukankah ‘gula-gula’ ini juga adalah satu unsur RASUAH??

Penulis ingin menarik perhatian pembaca dengan kenyataan YTL di dalam kenyataan akhbarnya di Malaysiakini

“Beliau mengkritik rekod BN di Sabah, dengan berkata negeri itu dikenakan undang-undang yang tidak adil dan cukai yang keterlaluan.

“Itulah sebabnya kita perlu membuat segera pengisytiharan tidak percaya kepada PM dan kerajaan, untuk memberitahu kerajaan BN bahawa kita tidak boleh lagi bertolak ansur dengan sikap mereka yang tidak sensitif terhadap isu-isu yang amat serius di Sabah,” katanya dalam satu sidang akhbar di ibupejabat parti itu pada jam 2 petang tadi.“

Apakah tindakan beliau semasa beliau menjadi Pengerusi BN Sabah yang juga sebagai Ketua Menteri Sabah sebelum ini mengenai isu-isu di atas. Adakah disebabkan pada masa itu beliau berada di dalam keadaan selesa sehingga beliau sendiri tidak membawa isu berkenaan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional? Ini adalah salah satu contoh kepimpinan yang buruk yang harus dijauhi oleh semua rakyat. Tatkala beliau berkuasa, beliau hanya mendiamkan diri kononya polisi kerajaan amat sesuai dengan negeri Sabah. Pemimpin talam dua muka seperti ini harus ditolak oleh rakyat terutama kepada rakyat Sabah. Bolehkah anda fikirkan apakah yang bakal dibuat oleh pemimpin seperti YTL sekiranya royalty minyak dinaikkan kepada 20%. Sudah tentu beliau sendiri akan tetap dengan gaya kepimpinan beliau semasa beliau menjadi ketua menteri sabah. Tidak akan ada satu tindakan drastik yang diambil utk diberi perhatian oleh kerajaan pusat. Sikap hanya bertolak ansur ada pada ketika menjawat jawatan tinggi.

Penulis percaya ramai penyokong Pakatan Rakyat bersorak gembira dengan tindakan SAPP ini. Tetapi tidakkah semua melihat perkara seperti ini boleh berlaku sekiranya SAPP menyertai mereka. Persoalan sekarang bukanlah isu-isu domestik Sabah tetapi ia lebih menjerumus kepada isu-isu dan kepentingan peribadi pemimpin yang tamak seperti YTL. DSAI seharusnya tidak gembira dengan berita seperti ini. Tetapi apakan daya bila manusia tamakkan kuasa, sudah pasti DSAI melompat gembira dengan tindakan SAPP ini.

Penulis bersetuju sekiranya parti-parti komponen kecil seperti SAPP dan IPF disingkirkan dari Barisan Nasional. Ini disebabkan:

1. IPF – dengan terang mendakwa bahawa mereka tidak menyokong BN pada PRU yang lepas. Undi mereka diberikan kepada pembangkang.

2. SAPP – Tindakan kurang ajar melanggar semangat setiakawan yang diamalkan selama ini boleh mengundang bencana kepada arena politik Malaysia bukan sahaja BN tetapi PR. Keperluan peribadi diutamakan dan bukannya kepentingan rakyat.

Sudah tiba masanya Barisan Nasional mengkaji semula hubungan dengan parti-parti komponen yang lain. Kajian sama ada semangat muafakat harus dipertingkatkan atau ada parti yang harus digugurkan perlu dilakukan. Ini kerana bukan kuantiti yang diperlukan tetapi kualiti yang diperlukan demi perpaduan parti dikukuhkan seterusnya dapat memberi khidmat yang cemerlang kepada rakyat.

21 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Tengku Razaleigh minta dicalon

KOTA KINABALU 25 Mei – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah meminta bahagian-bahagian UMNO di Sabah tidak takut untuk mencalonkan beliau bertanding jawatan Presiden parti pada pemilihan Disember ini.

Katanya, mereka perlu berani berbuat demikian jika mahukan perubahan.

”Janganlah takut untuk mencalonkan saya, jika rakyat Sabah mahukan perubahan, sekarang adalah masanya untuk menunjukkan keberanian.

“Sabah bukan lagi rakyat kelas kedua dan tidak kurang berbanding dengan rakyat di Semenanjung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pertemuan dengan para pemimpin peringkat akar umbi UMNO Sabah pada satu majlis di sini malam tadi.

Pertemuan yang bermula pada pukul 8 malam itu, dihadiri kira-kira 1,000 ahli UMNO dari seluruh negeri ini dan Razaleigh dikatakan menggunakan majlis tersebut untuk meraih sokongan bertanding jawatan Presiden UMNO.

Bagaimanapun, dalam pertemuan yang berlangsung hampir tiga jam itu tiada ketua UMNO sama ada di peringkat bahagian atau negeri hadir.

Tengku Razaleigh berkata, banyak perubahan perlu dilakukan kepada rakyat di negeri ini termasuk dalam aspek pemberian royalti minyak, jawatan dalam kerajaan dan beberapa isu berkaitan dasar cukai.

Menjawab beberapa soalan pada sesi dialog, beliau berkata, pihak pengurusan tertinggi UMNO perlu membuat beberapa perubahan termasuk pelantikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan calon pilihan raya yang sepatutnya mengikut kehendak akar umbi.

”Kita mahu mengubah agar UMNO lebih demokratik, kita mahu dihentikan amalan ketua perhubungan ditunjuk oleh orang di Kuala Lumpur tetapi ditentukan oleh bahagian-bahagian,” ujar beliau.

Sementara itu, Tengku Razaleigh pada sidang akhbar selepas itu berjanji akan menunaikan permintaan rakyat Sabah jika terbukti mereka berani membawa pencalonan serta memberi kemenangan kepadanya merebut jawatan Presiden UMNO.

”Saya katakan jika rakyat Sabah berani buktikan dengan pencalonan saya, saya jamin boleh selesaikan banyak perkara, asalkan rakyat Sabah mahu menyelesaikannya.

”Saya janji, demi Allah apa yang saya cakap, saya sudah 71 tahun, kalau mati lepas itu masuk nerakalah sebab tidak tunai janji,” katanya.

Ditanya sama ada beliau yakin akan melepasi kuota pencalonan untuk bertanding, beliau berkata, masih terlalu awal untuk mengetahui kerana UMNO cawangan belum bermesyuarat.

“Masih terlalu awal, cawangan belum bermesyuarat dan ini akan ditentukan selepas calon-calon UMNO bermesyuarat barulah mereka dapat menentukan siapa yang akan dicalonkan,” ujarnya.

Beliau juga menegaskan, tidak akan merajuk atau membuat apa-apa tindakan di luar batasan jika tidak mendapat jumlah pencalonan yang mencukupi.

“Ini bukan untuk saya, saya cuma mahu menjadi calon untuk membawa perubahan tetapi kalau orang tidak mahu perubahan, saya tempah tiket ke Mekah buat umrah… buat apa saya nak sakit kepala,” katanya.

nota: Tidak dinafikan Ku Li mempunyai kredibiliti di dalam memacu UMNO utk mara ke depan dengan perubahan yang ingin dibawa oleh beliau. Tidak lupakan Pak Lah mempunyai kelebihan tersendiri. Diharap tidak kira Ku Li atau Pak Lah terpilih menjadi Presiden UMNO diharap UMNO lebih kukuh. Penulis sendiri duduk semeja dengan orang kuat Ku Li pada minggu lepas. Beliau menerangkan angin perubahan yang ingin dibawa. Dari pengamatan penulisan, Ku Li mungkin berjaya melepasi kuota pencalonan bagi jawatan Presiden UMNO. Penulis diajukan soalan adakah UMNO Ampang sedia menerima perubahan yang ingin dibawa? Penulis hanya tersenyum.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Anwar Perdana Menteri 3 Tahun lagi?

penulis berada di sabah sejak kelmarin…

muka depan akhbar harian ekspress “Saya akan jadi PM dalam masa 3 tahun – Anwar”

kenyataan ini dibuat ketika beliau ditemuramah selepas berjumpa dengan penyokong PKR di Sabah..

beliau juga membuat kenyataan ‘defections’ @ ahli parlimen melompat akan bermula tidak lama lagi…terutama dari Sabah…beliau memberi gambaran bahawa selewat2nya defections ini akan berlaku pada bulan ogos iaitu pada bulan kemerdekaan….beliau seolah2 memberi gambaran bahawa kerajaan pusat akan bertukar selepas 1 September 2008…

ketika ditanya sama ada bila perjumpaan dengan MP BN Sabah akan diadakan..beliau tidak memberitahu bila sebaliknya berkata MP BN Sabah sudah bersedia untuk melompat bila-bila masa…perjumpaan dengan mereka juga akan dibuat sikit masa lagi dengan memberi hint bahawa perjumpaan itu tidak akan dibuat di Malaysia..sebaliknya nama Hong Kong dan Australia disebut…banyak juga belanja sekiranya dibuat di luar negara…mana datang duitnya??…tapi di dalam blog beliau menyebut bahawa pertemuan rahsia telah dibuat pada malam hari 23 april tempoh hari..rujuk di bawah

Semalam di Sabah
Bikin penguasa gelabah
Ada konco melatah
Konon kita merasuah!

Sambutan di dewan sesak, termasuk dikalangan rakyat dan profesional. Majlis disusuli dgn penerimaan ribuan ahli baru.

Sdr Ansari dan Dr Jeffrey memulakan ucapan menekankan masa depan terjamin dibawah KeADILan dan Pakatan Rakyat.

Saya menyorot kembali pengalaman Pilihanraya Umum Ke-12 yang dinodai dengan penipuan dan tipu helah. Namun kemenangan di Semenanjung cukup menakjubkan.

Kita ulangai jaminan keadilan buat semua, royalti minyak 20 peratus.

Maka sukar buat Ahli Parlimen menolak pelawaan kita berdasarkan tawaran yang menunjukkan kepedulian terhadap rakyat.

Tidak ketinggalan menjelang tengah malam adalah celoteh khas secara rahsia dengan ahli parlimen BN!!

ANWAR IBRAHIM

Isu royalti minyak dinaikkan ke 20% merupakan umpan utama yang digunakan..

sesudah di sabah…anwar menggempur di kuching…diberitakan sambutan meriah diadakan sempena menyambut ketibaan beliau…menurut sumber formula 20:10 defections digunakan..

20 dari sabah 10 dari sarawak….

kebetulan malam tadi..penulis sempat melihat rancangan Bicara Mufti bersama Mufti Perlis…

tajuk yang sangat menarik ..seingat penulis “Menentang Pemerintahan yang Tidak Adil” – harap betulkan sekiranya tajuk salah….

perbincangan mengupaskan bagaimana rakyat harus menasihati pemerintah sekiranya pemerintah gagal, tidak berlandaskan Islam dan berlaku tidak adil….ubatnya bukan dengan memberontak atau menumbangkan sesebuah pemerintahan itu sebaliknya MENASIHATI pemerintah….satu tajuk yang amat relevan dan harus didengar oleh SEMUA AHLI POLITIK BERAGAMA ISLAM…dengan beberapa contoh kejadian seperti di Algeria….penulis merasakan bahawa ia merupakan satu tajuk yang membuka mata kepada semua pemerhati politik di tanah air kita dengan fenomena politik yang agak luar biasa tatkala ini…

apa2pun diharapkan agar tiada defections yang akan berlaku…ia memudaratkan lagi rakyat kita…tidak salah sekiranya pakatan rakyat menunggu PRU 13 nanti utk dapatkan kuasa…ini kerana bukan lah jaguh sekiranya kemenangan itu dibeli…budaya membeli ahli politik amat tidak sihat…..apakah nilai kepercayaan rakyat berikan kepada ahli parlimen yang dipilih boleh dibeli dengan WANG RINGGIT!!?? bukankah itu seperti menipu rakyat sendiri….Apakah rakyat bersedia menerima Pakatan Rakyat utk menjadi kerajaan di mana dasar-dasar perjuangan mereka masih lagi kabur dan tidak jelas….? fikir2kan!!

6 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda