Tag Archives: sarah palin

Polis Dunia panggil Duta Kita

Amerika Syarikat telah memanggil duta Malaysia ke Washington untuk membantah operasi penangkapan di bawah ISA ketika pembangkang berusaha untuk mengambil alih kuasa di Kuala Lumpur.

Ilango Karuppannan, dipanggil oleh Jabatan Negara Amerika selepas seorang ahli politik, seorang blogger terkemuka dan seorang wartawan, ditangkap di bawah ISA, yang membolehkan mereka ditahan tanpa bicara, kata satu sumber diplomatik.

Operasi itu dilancarkan ketika wujudnya kebimbangan di Kuala Lumpur bahawa kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merancangkan melancarkan operasi penangkapan ketika ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berusaha untuk menubuhkan kerajaan baru apabila ahli-ahli parlimen BN menyertai Pakatan Rakyat.

“Pandangan dan bersuara mengenai politik secara aman merupakan satu hak asasi dan amat penting dalam demokrasi,” kata seorang pegawai Jabatan Negara kepada AFP.

“Amerika Syarikat percaya bahawa kerajaan Malaysia perlu menyediakan layanan dan proses sewajarnya, yang konsisten dengan undang-undang Malaysia dan standard antarabangsa,” kata pegawai itu yang tidak mahu namanya disebut.

“Kita mengharapkan negara-negara yang mengamalkan demokrasi yang memperjuangkan kebebasan menyuarakan pandangan politik, tidak menyekat kebebasan tersebut,” katanya.

Ini adalah kali kedua Ilango dipanggil oleh Jabatan Negara Amerika bulan ini.

Sebelum ini, beliau dipanggil selepas Anwar didakwa atas tuduhan liwat – satu tuduhan yang didakwa oleh ketua pembangkang itu, sengaja direka oleh kerajaan selepas kalah teruk dalam pilihanraya umum Mac lalu.

Menteri Luar, Datuk Rais Yatim sebelum ini mengecam Washington yang didakwanya telah campurtangan dalam urusan dalam negeri Malaysia.

Tetapi Setiausaha Negara Amerika, Condoleezza Rice berkata, Washington akan terus bersuara mengenai kes-kes yang membabitkan hak asasi manusia dan politik “dalam semangat hormatnya kepada Malaysia”.

nota” penulis tergelak dengan tindakan Amerika ini. Ibarat ketam mengajar anak berjalan. Apa beza ISA dengan Patriot Act milik Amerika? Bagaimana dengan tahanan di Guantanamo? Hak asasi mereka lebih terjamin ker? Siapa pak turut sekrang ini? Amerika atau DSAI?? lihat kenyataan ‘bold’. Amerika percaya cakap DSAI bulat2. Dasyat!!! Amerika…kalau nk ajar/suruh Malaysia ni hapuskan ISA, tutup laa guantanamo tu dulu….hapus kan patriot act tu…..bole??

sudah tentu ada rakyat yang bersorak gembira dengan panggilan ‘polis dunia’ ini. bagi mereka campur tangan kuasa asing itu satu petanda baik bagi kita. tetapi hakikatnya ia adalah petanda BURUK bagi Malaysia.

sedikit info mengenai patriot act dari wikipedia

The USA PATRIOT Act, commonly known as the Patriot Act, is a controversial Act of Congress that U.S. President George W. Bush signed into law on October 26, 2001. The contrived acronym stands for “Uniting and Strengthening America by Providing Appropriate Tools Required to Intercept and Obstruct Terrorism Act of 2001” (Public Law Pub.L. 107-56).

The act expands the authority of U.S. law enforcement agencies for the stated purpose of fighting terrorism in the United States and abroad. Among its provisions, the Act increases the ability of law enforcement agencies to search telephone, e-mail communications, medical, financial and other records; eases restrictions on foreign intelligence gathering within the United States; expands the Secretary of the Treasury’s authority to regulate financial transactions, particularly those involving foreign individuals and entities; and enhances the discretion of law enforcement and immigration authorities in detaining and deporting immigrants suspected of terrorism-related acts. The act also expands the definition of terrorism to include domestic terrorism, thus enlarging the number of activities to which the USA Patriot Act’s expanded law enforcement powers can be applied.

The Act was passed by wide margins in both houses of Congress and was supported by members of both the Republican and Democratic parties. Despite widespread congressional support, it has been criticized for weakening protections of civil liberties. In particular, opponents of the law have criticized its authorization of indefinite detentions of immigrants; searches through which law enforcement officers search a home or business without the owner’s or the occupant’s permission or knowledge; the expanded use of National Security Letters, which allows the FBI to search telephone, email and financial records without a court order; and the expanded access of law enforcement agencies to business records, including library and financial records. Since its passage, several legal challenges have been brought against the act, and Federal courts have ruled that a number of provisions are unconstitutional.

9 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

20 September Tarikh Baru Kerajaan Anwar Ibrahim?

Ketika tinggal kurang seminggu, Pakatan Rakyat mengubah tarikh mencapai sasaran membentuk kerajaan persekutuan? Jawapannya nampak menjurus ke arah itu berdasarkan kenyataan terbaru Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.

Kata beliau, sasaran 16 September bagi membentuk kerajaan yang baru boleh dianjak ke satu tarikh yang lain jika wujud masalah yang boleh menghalang proses peralihan kuasa seperti yang dirancang.

“Walaupun kita sudah ada sasaran iaitu pada 16 September, tapi gambaran setakat ini hasil perbincangan bersama PAS dan DAP, tarikh itu boleh kita anjak… kalau tak jadi 16 haribulan mungkin 20 haribulan kerana tarikh itu juga ada sejarah.

“Tapi saya fikir dalam keadaan sekarang adalah susah bagi mereka (kerajaan Barisan Nasional) untuk gagalkan kehendak dan kebangkitan rakyat,” kata beliau semasa menyampaikan ucapan selepas majlis solat tarawih dan hajat di rumahnya di Bukit Segambut malam tadi.

Anwar menyatakan demikian sehari selepas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan hampir tiga jam pagi kelmarin susulan pertemuan informal lebih dua jam di ibu negara Ahad lalu.

Ketika ditemui semalam, beliau menjelaskan bahawa perancangan untuk membentuk kerajaan berjalan dengan lancar.setakat ini.

Bagaimanapun malam tadi Anwar berkata, perbincangan secara terpeinci akan diadakan bersama pemimpin parti-parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP bagi meneliti sebarang risiko yang bakal terjadi.

“Esok saya perlu ikuti prosedur mahkamah. Jadi kemungkinan pada sebelah petangnya atau hari berikutnya kita akan bermesyuarat mengenai persediaan kita menghadapi 16 September,” katanya.

Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri akan muncul di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini esok bagi mendengar sebutan semula kes liwat melibatkan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari, 23.

Anwar mengumumkan pelan sasaran 16 September enam bulan lalu iaitu sejurus selepas pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Tambah beliau, jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan lompat parti menyertai Pakatan Rakyat sudah mencukupi.

“Jumlah mereka kita sudah ada. Tapi disebabkan mereka pergi lawatan ‘menghayati Ramadan’ di Taiwan kita perlu tunggu dahulu,” katanya.

Menurut beliau lagi. ada antara Ahli Parlimen BN yang menyertai lawatan tersebut telah berjanji kepadanya untuk meneruskan matlamat mereka meninggalkan BN.

“Saya ada dapat maklumat bahawa mereka yang pergi itu tidak dibenarkan pulang sebelum 16 September bagi mengahalang sasaran kita,” katanya.

nota: sekiranya tarikh baru ini juga gagal dicapai, pihak BN tidak seharusnya memandang remeh kegagalan DSAI untuk membentuk kerajaan baru. Ini kerana DSAI mempunyai lebih dari 3 tahun masa untuk membentuk kerajaan dengan menjemput MP BN utk ‘melompat’. Tetapi DSAI jangan pula ‘overconfident’ kerana tidak mustahil 8 MP PR pula yang melompat seterusnya memberi mandat 2/3 kepada BN.

14 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Dr M belum mohon masuk semula Umno, kata Najib

Tun Dr Mahathir Mohamad belum lagi membuat permohonan secara rasmi untuk menyertai semula Umno seperti yang didakwa sesetengah pihak, demikian di sahkan oleh Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Najib berkata setakat ini belum ada apa-apa lagi yang membuktikan cakap-cakap bahawa bekas presiden parti itu akan menyertai semula Umno adalah benar.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Permata Negara di Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Di tanya sama ada Dr Mahathir telah pun membuat permohonan rasmi untuk menyertai semula Umno seperti yang diuar-uarkan sesetengah pihak, Najib berkata: “Saya tidak tahu. Belum ada (permohonan) secara rasmi. (Setakat ini) belum ada apa-apa lagi.

Katanya beliau hanya akan mengulas lanjut isu itu selepas mendapat pengesahan yang lebih formal.

Cakap-cakap bahawa Dr Mahathir akan menyertai semula Umno kini tersebar kencang di kalangan ahli-ahli Umno, terutama melalui emel dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Usaha membawa Dr Mahathir kembali ke pangkuan Umno dikatakan diusahakan beberapa pemimpin parti itu sendiri, termasuk salah seorang naib presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dua lagi bekas pemimpin Umno yang dikatakan terlibat dalam usaha itu ialah bekas setiausaha agungnya Tan Sri Sanusi Junid yang turut keluar Umno bersama-sama Dr Mahathir Mei lalu dan seorang lagi bekas setiausaha agung parti Tan Sri Sabaruddin Chik.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pemuda MCA Perak gesa MCA pertimbang keluar daripada BN

Pemuda MCA Perak hari ini menggesa pucuk pimpinan pusat parti itu supaya mempertimbangkan untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN) sekiranya para pemimpin UMNO, parti politik terbesar dalam gabungan itu, tidak mahu mengubah sikap.

Mengambil contoh kenyataan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail baru-baru ini, Ketua Pemuda MCA Perak Datuk Tan Chin Meng berkata, pendekatan sedemikian telah menyinggung perasaan kaum bukan bumiputera selain boleh menjejaskan perpaduan rakyat di negara ini.

“Maka Pemuda MCA Perak menyeru kepada pemimpin MCA pusat supaya mempertimbangkan sekiranya pemimpin-pemimpin UMNO masih tidak ingin menukar perangai mereka, untuk keluar daripada BN,” katanya kepada pemberita selepas berucap sebelum majlis pemilihan jawatan Pemuda MCA Perak di Dewan St John Ambulans di sini hari ini.

nota: yang byk bersuara utk minta parti mereka keluar dari BN, kebanyakannya adalah golongan muda. Mereka agaknya sudah lupa jasa UMNO/BN terhadap golongan terdahulu dari mereka. Ibarat kacang lupakan kulit. Lupa tentang perjuangan yang sama2 pemimpin UMNO,MCA & MIC terdahulu perjuangkan.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Kenapa perlu minta maaf???

“Saya tidak pernah buat apa-apa salah pun. Kenapa saya perlu minta maaf.”

Demikian reaksi pertama Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang menjadi personaliti kontroeversi berhubung kenyataannya bahawa masyarakat Cina merupakan pendatang.

Ahmad menegaskan, beliau tidak perlu meminta maaf atas ‘kesalahannya’ yang tidak dibuatnya.

Ditanya sama ada akan menerangkan mengenai perkara tersebut kepada Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, beliau berkata:

“Saya akan terangkan perkara yang sebenar kepada Presiden parti pada Mesyuarat Perhubungan Umno Negeri Sabtu ini,” katanya kepada mStar Online hari ini.

Tambahnya, “mengikut budaya Melayu jika kita tidak membuat sebarang kesalahan kita tidak perlu memohon maaf.”

Dalam satu ceramah di Permatang Pauh pada 25 Ogos lepas, Ahmad didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa mereka hanyalah penduduk sementara di negara ini dan oleh itu adalah mustahil untuk mendapat hak yang sama di negara ini.

Pelbagai parti politik termasuk MCA, Gerakan mahu Ahmad dikenakan tindakan dan disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan bersifat hasutan terhadap masyarat Cina di negara ini.

Terdahulu di Putrajaya hari ini, Abdullah berkata, kaum bukan Melayu tidak harus menganggap kenyataan Ahmad bahawa orang Cina adalah pendatang dan tidak layak mendapat hak sama seperti Melayu sebagai dasar Umno kerana itu adalah pandangan peribadi.

“Dalam keluarga Umno yang begitu ramai akan adalah ahli-ahli Umno yang akan menyuarakan pandangan seperti itu,” kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kewangan Negara di Kementerian Kewangan.

Dipetik Bernama, Abdullah berkata, kenyataan itu bukanlah satu yang disengajakan.

“Ia mengenai kedatangan orang bukan Melayu pada masa dulu, macam mana kedudukannya dan berubah pula setelah sama-sama bermuafakat dan menuntut kemerdekaan, setelah diadakan kontrak sosial,” katanya ketika diminta mengulas mengenai desakan supaya Ahmad memohon maaf kerana membuat kenyataan yang telah menyinggung perasaan masyarakat Cina negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun memohon maaf secara terbuka bagi pihak Umno dan berharap supaya orang bukan Melayu tidak terganggu dengan kenyataan Ahmad yang berbentuk peribadi itu.

Mengulas lanjut Abdullah berkata, Umno sangat berpegang kepada pemuafakatan dan kerjasama erat sesama parti komponen yang lain, justeru walaupun mungkin timbul sedikit kesilapan, persoalan pokok yang harus diambil kira ialah kesungguhan pemimpinpemimpin parti komponen yang sentiasa memainkan peranan mereka dengan baik.

“Jika ada yang pasang kamera tersembunyi (di bilik mesyuarat Kabinet), mereka akan terkejut dan rasa lega dengan kesungguhan kita membincangkan sesuatu perkara termasuk isu ini dalam Kabinet,” katanya.

Beliau berkata, permohonan maaf Najib adalah tindakan yang wajar namun masyarakat masih memerlukan permohonan maaf daripada Ahmad sendiri untuk menjernihkan semula keadaan.

“Jadi saya cuba hubungi dia tetapi tak dapat lagi dan pemberita pun cuba, saya tahu.

“Dia akan kata itu bukan niatnya tapi kata orang, apa yang cakap dah tercakap, itu masalahnya. Pepatah Melayu berkata terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya,” kata Perdana Menteri.

Abdullah berkata, beliau pasti Ahmad akan tampil untuk memberi kenyataan kerana “tiada tempat untuk beliau bersembunyi.”

“Mana dia nak `pi. Sekurang-kurangnya apabila saya ke Pulau Pinang, pasti saya akan berjumpa dia juga,” katanya.

nota: Syabas Datuk Ahmad, penulis percaya ramai yang menyokong pendirian Datuk!!

60 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Tan Sri Muhyiddin Ketuai MP BN Melompat?

spekulasi di ruang internet dan laman2 blog menyatakan bahawa Tan Sri Muhyiddin bakal mengetuai kumpulan MP BN yang akan melompat menjelang 16 september ini. Sejauh mana kebenarannya masih belum diketahui dan pihak Tan Sri Muhyiddin juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan. Tetapi tidak mustahil perkara ini berlaku kerana Tan Sri Muhyiddin sendiri sudah pernah bekerja bersama DSAI sejak dari zaman pergerakan pemuda UMNO dahulu.

10 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda