Tag Archives: subsidi minyak

Hujah KJ Mengenai Pembangkang Yg Memutarbelit Fakta Minyak

petikan dari laman blog YB KJ di rembau.net

erdasarkan kepada maklumbalas yang telah saya terima selepas tulisan saya tentang harga minyak, ada dua perkara yang perlu diperjelaskan dengan segara, kerana ia merupakan antara soalan-soalan yang sering dilontar oleh rakyat samaada dalam alam siber mahupun secara langsung.  Tambahan pula, soalan-soalan ini berjaya diputarbelitkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang dengan niat untuk menaikkan kemarahan rakyat  terhadap Kerajaan BN.  Saya akan cuba untuk menjawab soalan-soalan tersebut  kerana rakyat perlu tahu fakta sebenar dan tidak terpedaya oleh hujah-hujah pembangkang yang amat simplistik dan langsung tidak membina.

Contohnya, dalam debat yang disiarkan oleh RTM minggu lepas antara  Menteri Perdangangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YB Dato’  Shahrir Samad dan Ahli Parlimen PAS dari Kubang Kerian, YB Salahuddin Ayub, sememangnya nyata bahawa pembangkang yang diwakili oleh YB Salahuddin tidak mempunyai sebarang cadangan alernatif untuk menangani masalah kenaikkan harga minyak mentah dunia dan kesannya terhadap Malaysia.

YB Salahuddin hanya mampu menyatakan bahawa Kerajaan perlu ada “masterplan” dan “blueprint” untuk bertindak menangani masalah ini. Beliau tidak sebut langsung apa pengisian teras pelan induk tersebut jauh lagi sebarang cadangan secara bernas dan teliti untuk meringankan beban rakyat.  Inilah mutu pemikiran beliau yang mewakili pembangkang  sebagai respon kepada krisis minyak dunia.  Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga hanya mampu mengeluarkan janji-janji manis tanpa menggariskan perancangan teliti tentang ikrar beliau untuk menurunkan harga minyak sekiranya Pembangkang mengambil alih Kerajaan Persekutuan yang telah digembar gemburkan akan terlaksana melalui pintu belakang sebelum 16 September, 2008.

sila klik sini utk bacaan seterusnya. Diharap penerangan yang diberi oleh YB KJ dapat ‘membuka mata dan telinga’ para penyokong pembangkang mengenai harga minyak di Malaysia

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

15 negara pengekspot utama minyak dunia

penulis merujuk kepada perbandingan harga yang dibuat oleh saudara mangkuk

“Mari kita bandingkan harga minyak di negara pengeluar minyak lain. Adakah Malaysia yang paling rendah?
UAE– RM1.19/litre
Eygpt– RM1.03/litre
Bahrain– RM0.87/litre
Qatar– RM0.68/litre
Kuwait– RM0.67/litre
Saudi Arabia– RM0.38/litre
Iran– RM0.35/litre
Nigeria– RM0.32/litre
Turkmenistan– RM0.25/litre
Venezuela– RM0.16/litre
MALAYSIA– RM2.70/litre

Kesemua Negara diatas adalah negara pengeluar minyak.”

berikut adalah data sehingga 2006

1. 15 negara pengeluar minyak utama dunia

2. 15 negara utama pengekspot minyak dunia
sumber di laman ini
berikut pula komen dari saudara mok di dalam posting kenapa rakyat malaysia perlu bayar lebih
“UAE– RM1.19/litre
Eygpt– RM1.03/litre
Bahrain– RM0.87/litre
Qatar– RM0.68/litre
Kuwait– RM0.67/litre
Saudi Arabia– RM0.38/litre
Iran– RM0.35/litre
Nigeria– RM0.32/litre
Turkmenistan– RM0.25/litre
Venezuela– RM0.16/litre
London – RM6.94
Sri Lanka – RM4.85
Singapore – RM5.10
Tokyo – RM4.85
Sydney – RM4.49
Delhi – RM3.84
USA – RM3.23
Bangladesh – RM3.13
Vietnam – RM2.90
Malaysia – RM2.69
Indonesia – RM2.09
Beijing – RM1.97
nota”kadar tukaran” 1US$ = RM3.23
OK,Wasalam!.”
kepada semua pembaca yang budiman, di sini kita dapat lihat perbandingan harga minyak di Malaysia dengan negara-negara yang digembar-gemburkan kemurahan harga minyak mereka. Kebanyakan negara yang menjual harga seliter minyak murah dari Malaysia merupakan negara-negara yang utama di dalam pengeluaran dan pengekspotan minyak dunia. Diharap dengan perbandingan yang dibuat ini dapat semua pembaca faham dan tahu mengapa harga minyak kita tidak semua venezuela, UAE dan juga Nigeria serta mengapa perbandingan harga kita sering lakukan terhadap negara jiran seperti Singapura dan Indonesia. Diharap pembaca tidak termakan ‘gula-gula’ yang ditaburkan oleh pembangkang yang sememangnya tamakkan kuasa.
Malaysia merupakan negara ke 25 pengeluaran minyak dunia dan negara ke 26 pengekspot minyak dunia (statistik tahun 2006). Data lanjut mengenai pengeluaran minyak negara kita boleh rujuk di sini.

8 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Kenyataan Dato’ Mukhriz Mahathir Mengenai Kenaikan Minyak

dipetik dari blog bigdogdotcom

KENYATAAN MEDIA AHLI PARLIMEN JERLUN DAN EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA YB DATO’ MUKHRIZ MAHATHIR

Saya rasa terkejut dengan pengumuman memeranjatkan yang dibuat Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai kenaikan harga minyak mendadak dan tanpa amaran semalam, sedangkan kenyataan yang dibuat di dalam media massa hanya pada pagi kelmarin memberi amaran bahawa kenaikan tersebut hanya akan berlaku pada bulan Ogos. Pada pendapat saya, kita mesti mengambil tindakan yang bijak dalam mengimbangi keperluan rakyat dan kos harga minyak yang semakin naik. Kita perlulah mengambil kira pandangan semua pihak dalam mencapai satu formula perlaksanaan yang sesuai buat semua orang; dan bukan secara terburu-buru.

Pada hemat saya, masanya amatlah tidak sesuai untuk tindakan ini diambil dengan cara ini, walaupun kita sedar masalah minyak global harus ditangani diperingkat negara juga.

Saya kira, lebih wajar kenaikan ini dibuat secara berperingkat mengikut jadual yang diumumkan terlebih dahulu, untuk mengelakan ketidak tentuan dan keresahan, seperti mana yang berlaku sekarang ini. Rakyat perlu masa dan peluang untuk menyesuaikan diri dengan kenaikan yang begitu tinggi itu. Apapun, keputusan ini memberikan kesan kepada rakyat, termasuk golongan peniaga dan pedagang kerana ketidak ketentuan yang berlaku dan menyukarkan mereka untuk merancang perbelanjaan perniagaan mereka.

Kerajaan tidak harus mengunakan alasan masalah ini ialah masalah global kerana setiap negara mempunyai situasi dan keadaan berbeza. Apa yang berjaya ditempat lain, tidak semestinya berjaya untuk sistem kita. Kita mempunyai masalah dan cara penyelesaian kita sendiri. Sebagai contohnya, sewaktu Malaysia mengumumkan kawalan matawang dan modal serta Ringgit Malaysia ditetapkan nilai (peg) kepada US Dollar pada 3 September 1998, tindakan itu dikecam pelbagai pihak diperingkat dalam negara dan antarabangsa kerana dianggap tidak konvensyenal. Akhirnya, ianya terbukti berkesan kepada menyelesaikan masalah krisis ekonomi negara dan Malaysia sebaliknya menerima pelbagai pujian dan pengiktirafan kepada tindakan di’luar kotak’ tersebut.

Saya terkilan dengan kenyataan YAB Perdana Menteri sebelum ini mengesa rakyat untuk menyesuaikan diri dengan cara hidup berbeza sebagai reaksi kepada kenaikan harga minyak dan kos sara hidup yang meningkat. Rata rata, rakyat dipendalaman, termasuk kawasan Jerlun yang saya wakili, menyara hidup secara ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Sejauh mana lagi mereka perlu menyesuaikan diri, setelah berlaku kos sara hidup yang dijangkakan meningkat pada tahap terlalu membebankan kepada golongan ini.

*Ikuti temuramah Dato’ Mukhriz dengan Astro Awani mengenai isu pengumuman kenaikan minyak mendadak

39 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Siapa layak dapat subsidi tunai

sumber utusan

* Harga sebenar petrol ialah RM3, tetapi kerana kerajaan memberi diskaun 30 sen, pengguna hanya membayar RM2.70 seliter.

* Diskaun 30 sen diberi bagi setiap liter minyak. Jika harga minyak di pasaran dunia turun, penyelarasan akan dibuat sebulan sekali, tetapi kadar diskaun 30 sen itu akan tetap diberikan.

* Rebat tunai bahan api akan dibayar oleh kerajaan kepada pemilik kenderaan selepas mereka membayar cukai jalan.

* Bayaran tunai RM625 setahun diberikan kepada pemilik kenderaan persendirian berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta trak pick up dan jip berkapasiti sehingga 2,500cc.

* Pemilik motosikal berkapasiti enjin sehingga 250cc pula mendapat bayaran tunai RM150 setahun.

* Cukai jalan dikurangkan sebanyak RM200 kepada pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak tergolong dalam kategori itu.

* Pemilik motosikal berkapasiti enjin lebih 250cc mendapat pengurangan cukai jalan RM50.

* Harga diesel untuk operator pengangkutan, nelayan dan pemilik vesel diselaraskan kepada RM1.43 seliter.

* Harga gas bagi sektor elektrik dinaikkan kepada RM14.31 setiap mmBtu berbanding RM6.40 berkuat kuasa 1 Julai 2008.

* Harga gas memasak LPG dan gas asli kenderaan NGV kekal pada harga lama.

* Kira-kira 59 peratus isi rumah di Malaysia yang menggunakan elektrik pada kadar 200 kilowat jam atau kurang RM43.60 sebulan tidak akan terjejas dengan struktur baru tarif elektrik.

* Kadar jualan bagi restoran di luar hotel yang dikenakan cukai perkhidmatan 5 peratus dinaikkan kepada RM3 juta berbanding RM500,000 berkuat kuasa 1 Julai 2008.

* Kerajaan akan memperoleh penjimatan subsidi sebanyak RM13.7 bilion setahun yang akan digunakan untuk subsidi produk makanan rakyat negara ini.

8 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pak Lah Ambil Risiko Politik

sumber malaysiakini.com

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil risiko politik yang besar apabila mengurangkan subsidi, menyebabkan kenaikan harga bahan api dan tarif elektik, tidak lama selepas Barisan Nasional (BN) kalah teruk dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Ini ekoran kenaikan harga makanan dan bahan api merupakan antara faktor utama yang mendorong rakyat mengundi pembangkang dalam pilihanraya umum lalu.

Malah, kekalahan teruk BN, khususnya Umno, telah mencetus desakan supaya perdana menteri meletak jawatan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Abdullah berkata, kerajaan terpaksa memikir apa yang terbaik untuk rakyat.

Dalam sidang akhbar yang sama, beliau mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen kepada RM2.70 manakala minyak diesel pula naik 63 peratus kepada RM2.58, berkuatkuasa tengah malam ini,
Menurut Abdullah lagi, kos petrol dan komoditi telah meningkatkan secara drastik dan oleh itu, subsidi juga perlu disusun semula.

Abdullah juga berharap pengumuman kenaikan harga bahan api dan tarif elektrik hari ini tidak mendorongkan rakyat Malaysia mengadakan demonstrasi bantahan.

Tindakan kerajaan itu dijangka akan mencetuskan protes daripada orang ramai.

Ahli Parlimen PAS, Mohd Hatta Ramli yang mengetuai protes anti-inflasi awal tahun ini menyifatkan kenaikan harga tersebut amat besar dan akan menjejaskan semua pihak.

“Ia akan menyebabkan kenaikan harga pelbagai jenis barangan yang lain,” katanya.

Oleh itu, katanya, kemungkinan besar akan berlaku protes terhadap pengumuman kenaikan harga tersebut.

Abdullah turut membayangkan kenaikan seterusnya, selaras dengan usaha Malaysia untuk memansuhkan kawalan harga bahan yang membabitkan kos RM17.4 juta tahun ini – kira-kira satu pertiga daripada bajet negara.

Bagaimanapun, katanya, ia tidak boleh dilakukan segera, tetapi perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Sementara itu, pakar ekonomi Yeah Kim Leng dari firma Ratings Agency Malaysia berkata kenaikan harga tidak boleh dielakkan tetapi apa yang berlaku adalah di luar jangkaan.

“Kita menjangka (kenaikan) 20 hingga 30 peratus tetapi naik 40 peratus dan ini bermakna kerajaan cuba menampung kos kerana tidak menaikkan harga pada tahun lalu,” katanya kepada AFP.

Di bawah penstrukturan semula subsidi, pemilik kenderaan persendirian, berkapasiti enjin sehingga 2000cc menerima bayaran tunai RM625 setahun bagi setiap kenderaan.

Manakala pemilik motosikal persendirian, berkapasiti enjin sehingga 250cc, menerima bayaran tunai RM150 setahun

Yeah berkata bayaran rebet itu tidak mencukupi untuk menampung penggunaan purata pengguna.

“Ia jelas merupakan hanya sebahagian subsidi, jadi kita perlu melihat bagaimana golongan berpendapatan rendah boleh menyerap semua ini,” katanya.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda