Tag Archives: sumpah najib

Lagi pengakuan bersumpah …

kecoh hari ini apabila blog malaysia-today mengeluarkan salinan pengakuan bersumpah oleh Thangarajoo mengenai bomoh ‘import’ dari India yang digunakan oleh Dato’ Seri Najib. Anda nilailah sendiri pengakuan bersumpah ini. Kini sudah menjadi ‘trend’, apa2 hal akan bersumpah.

berita penuh di sini – http://malaysia-today.net/2008/content/view/11688/84/

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Najib Lafaz Sumpah

Ketika menghampiri hari pengundian kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh semakin rancak dengan perkembangan terbaru, Datuk Seri Najib Tun Razak bersumpah di Masjid Jamek Guar Perahu dekat sini malam tadi bahawa beliau tidak kenal dan tidak ada kaitan dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Dengan perkembangan ini, beliau merupakan orang kedua bersumpah dalam tempoh seminggu ini, sekali gus menarik perhatian ramai.

Pada Jumaat lalu, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, melakukan sumpah di Masjid Wilayah Persekutuan berhubung isu dia diliwat.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata: “Walaupun ini bukan sumpah rasmi yang dibuat atas al-Quran.

“Dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya tidak kenal dan tidak ada kaitan dengan perempuan Mongolia,” kata beliau dipetik Bernama pada akhir ucapannya pada majlis penyampaian bantuan RM1.4 juta di Masjid Jamek Guar Perahu dekat sini.

Altantuya yang mati dibunuh pada 2006 di Puncak Alam, Selangor. Kes itu sedang dibicarakan di mahkamah dan telah memasuki peringkat penggulungan pihak pendakwaan.

Najib berkata: “Saya tidak tahu sama ada orang lain nak bersumpah atau tidak, tapi saya tahu saya tak buat salah. Ini antara saya dengan Tuhan.”

Selain ucapan bersumpah itu, yang turut mengejutkan banyak pihak ialah ucapan Konsul Mongolia di Malaysia, Datuk Syed Abdul Rahman yang berucap kira-kira 10 minit ketika Najib turut melawat Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) di Guar Perahu.

Syed Abdul Rahman mendakwa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan penyiasat persendirian P. Balasubramaniam telah melakukan satu pembohongan besar.

“Saya kesal kerana mereka menyifatkan diri mereka sebagai orang yang lebih mengetahui kes ini.

“Anwar menipu kononnya telah berjumpa bapa Altantuya di Mongolia, dan ketika itu saya telah mengetahui Anwar akan datang ke situ, dan bawa bapa Altantuya (Dr. Shaariibuu Setev) ke Rusia,” katanya.

Syed Abdul Rahman berkata: “Tiada siapa pun yang lebih tahu selain daripada saya, dan Anwar telah berbohong dengan pelbagai tuduhan terhadap Datuk Seri Najib.”

Syed Abdul Rahman berkata, tujuannya turut serta dalam ceramah itu adalah untuk memperjelaskan kekeliruan yang berlaku kerana perbuatan Anwar boleh menjejaskan hubungan baik antara Malaysia dan Mongolia, dan beliau telah diarahkan oleh Perdana Menteri Mongolia Sanjaa Bayar untuk membantu.

Syed Abdul Rahman berkata, beliau berasa bertanggungjawab untuk menjelaskan perkara itu kerana semakin beliau diam “rakyat makin keliru kerana pembohongan semakin menjadi-jadi dan saya rasa malu kerana nama pemimpin negara tak berkaitan dengan kes ini telah diburukkan oleh Anwar dan Raja Petra.”

“Sangat-sangat memalukan apabila nama pemimpin negara kita diburukkan di luar negara seolah-olah terbabit dalam kes ini, dan disebabkan itulah saya terpaksa menjelaskan kepada orang ramai mengenai pembohongan yang berlaku,” katanya.

Anwar pada setiap ceramah kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh sering mengaitkan Najib dengan Altantuya, dan mendakwa Timbalan Perdana Menteri mempunyai hubungan dengan wanita Mongolia itu.

Ini bukan pertama kali Anwar menggunakan isu itu malah pada pilihan raya kecil Ijok pada April tahun lepas, beliau turut menjaja isu yang sama.

Pada 3 Julai lepas, Anwar telah mempengerusikan sidang akhbar mengenai akuan bersumpah Balasubramaniam bertarikh 1 Julai yang mendakwa Najib mempunyai hubungan dengan Altantuya, dan keesokkannya Balasubramaniam membuat akuan bersumpah kedua yang antara lain menarik balik tuduhannya itu.

Balasubramaniam, yang merupakan seorang saksi perbicaraan kes bunuh Altantuya, mendakwa semua tuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri dalam akuan bersumpah pertamanya itu adalah tidak tepat dan tidak benar, serta dibuat ketika dia dalam keadaan tertekan. – mstar

nota: Alhamdulillah …BERANI KERANA BENAR…TAKUT KERANA SALAH….BERDALIH KERANA SUKA BERHELAH

7 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Najib bersumpah depan pimpinan UMNO seluruh negara

dari agendadaily

Wallahi Wabilahi Watallahi’ … Begitulah lafaz sumpah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menafikan beliau pernah bertemu dan mengenali wanita Mongolia Altantuya Shariibu.

Beliau melafazkannya di depan Ketua UMNO Bahagian, Exco Pemuda, Wanita dan Puteri dari 191 bahagian UMNO di seluruh negara yang menghadiri taklimat khas Presiden UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra,Kuala Lumpur petang Khamis.

Beberapa orang yang menghadiri taklimat itu memberitahu Agendadaily bahawa Najib melafazkannya secara spontan semasa giliran beliau berucap.Sebelum itu Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyampaikan amanatnya.

Ia terus sambut dengan tepukan gemuruh pada hadirin.Dalam taklimat berkenaan Abdullah telah memberi penerangan tentang proses peralihan kuasa antara beliau dan Najib.

Mereka yang ditemui selepas taklimat berkenaan berkata lafaz sumpah Najib itu menghilangkan langsung keraguan terhadap berbagai fitnah dan dakwaan yang cuba mengaitkan Timbalan Perdana Menteri dengan Altantuya.

Ini termasuk akuan bersumpah penyiasat persendirian, P Balasubramanian semasa sidang akhbar bersama Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Khamis lalu yang kemudiannya ditarik balik pada pagi Jumaat.

“Apa lagi yang perlu kita ragu…kalau tidak …tak mungkin Datuk Seri Najib berani bersumpah begitu,”kata salah seorang dari mereka.

Selasa lalu semasa ditemui Agendadaily di bangunan Parlimen Najib berkata beliau telah melafazkan “demi Allah” tidak pernah jumpa Altantuya dan menyifatkan itu adalah pengakuan terbuka bagi menjawab segala fitnah ke atas dirinya.

Beliau kata demikian ketika ditanya desakan beberapa pihak agar beliau bersumpah bagi menjawab segala fitnah ke atas dirinya.

Semasa berucap pada satu majlis di Pekan Sabtu lalu Timbalan Perdana Menteri berkata beliau tidak gentar atau takut untuk menghadapi fitnah terhadap dirinya kerana yakin kebenaran akan terbukti kelak.

Katanya hanya Allah yang akan menentukan kebenarannya kelak terhadap segala fitnah yang dilemparkan kepadanya

9 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda