Tag Archives: sumpah saiful

‘Saya imam sah, memang ahli Pemuda Umno’

Ustaz Ramlang Porigi yang menyaksikan upacara bersumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Jumaat lalu menafikan dakwaan yang tersebar dalam internat bahawa beliau bukan seorang imam bertauliah, sebaliknya hanya bilal.

“Dakwaan itu mungkin dirujuk kepada jawatan saya dalam Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) iaitu sebagai Pembantu Hal Ehwal Islam,” kata Imam Masjid Wilayah Persekutuan ketika dihubungi mStar Online.

Bagaimanapun, menurut Ramlag, apabila ditempatkan di Masjid Wilayah Persekutuan, beliau menjalankan tugas sebagai imam dengan gred perkhidmatan S17.

“Di sini saya ialah seorang imam. Saya juga bertindak sebagai jurunikah dan ketua amil.

“Tetapi saya bukan imam besar kerana di masjid ini terdapat sembilan orang imam yang ditempatkan oleh Jakim,” katanya.

Ramlang mula dikenali apabila bertindak sebagai saksi semasa Saiful, bekas pembantu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jumaat lalu.

Berhubung kenyataan yang mengatakan beliau adalah ahli Umno di kawasan Parlimen Permatang Pauh, beliau mengakui perkara tersebut.

“Ya, saya ahli Umno dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di bawah Parlimen Permatang Pauh,” kata beliau.

Tinjauan mStar Online di Permatang Pauh mendapati risalah edaran yang mempertikaikan Ramlang sebahagi ahli Pemuda Umno dengan nombor keahlian 03405843 disebarkan dengan meluas ketika ini.

Risalah itu menyebut beliau merupakan ahli Umno Cawangan Seri Macang dalam Bahagian Bukit Mertajam.

Peti undi Ramlang ialah Penanti dalam bahagian Permatang Pauh.

Kandungan risalah itu menyebut: “Akhirnya tembelang orang yang bernama Ramlang Porigi, yang dikatakan imam yang menjadi saksi sumpah mubahalah Saiful terdedah juga.

“Beliau adalah ahli Pemuda Umno Cawangan Seri Machang dalam Bahagian Bukit Mertajam dengan kod keahlian 03405843.

“Tidak menghairankan kepada semua ini, bagaimana pantas “imam” ini memperakui mubahalah yang dilakukan oleh Saiful, sekalipun mubahalah itu diragui oleh banyak pihak sebagai tidak mengikuti kaedah Islam.”

Kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh bermula Sabtu lalu manakala hari pengundian pula Selasa depan.

Beliau juga didakwa mengikuti pengajian di kawasan Penanti beberapa tahun lalu.

Beliau yang berasal dari Sabah menjelaskan, pernah belajar di Pondok Penanti Permatang Pauh selama tujuh tahun sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur sekitar tahun 2003.

“Semasa saya belajar di sana saya mendaftar sebagai ahli Umno,” katanya.

Ditanya sama ada beliau pulang mengundi di Permatang Pauh pada pilihan raya umum lalu, beliau berkata, tidak dapat berbuat demikian kerana menjalankan tugas.

“Kali terakhir saya mengundi di sana ialah pada tahun 2004. Pada pilihan raya kecil 26 Ogos ini pun saya rasa tidak berpeluang untuk pulang mengundi kerana faktor keselamatan,” katanya yang mengakui menerima nasihat agar tidak pulang mengundi oleh kenalan yang masih berada di sana. – mstar

nota: menjadi lumrah pembangkang yg sangat gemar menggunakan perkataan ‘konspirasi’. apa yang dibuat oleh kerajaan yang melibatkan pembangkang akan digelar konspirasi. apakah semua benda atau dakwaan yang dibuat oleh pakatan rakyat merupakan fakta yang sahih?

13 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 Pengakuan Bersumpah…Anda Tentukan….

1. Pengakuan bersumpah yang dibuat di hadapan dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Sumpah. Contoh pengakuan bersumpah penyiasat persendirian P. Bala, Raja Petra dan Dr Osman(Pusrawi).

2. Pengakuan bersumpah yang dibuat dan dilafazkan di dalam rumah Allah, sambil mengadap kiblat, di dalam dewan tempat umat Islam berjemaah, dengan lafaz Wallahi, Wabillahi, Watallahi sambil tangan memegang Al Quran Al Karim – pedoman manusia.

bagi para pembaca di antara kedua-dua sumpah di atas yang mana satu sumpah yang boleh dilakukan secara konspirasi dan dirancang dengan rapi? Di mana pegangan kita, mempercayai sumpah yang dilafazkan dihadapan seorang manusia atau pengakuan sumpah yang dibuat atas nama Allah SWT.

cuba tanya rakan-rakan kita di PKR, PAS….apa komen mereka. Sudah tentu mereka kata sumpah yang no 1 lebih telus dan ‘valid’ dan sumpah no2 itu adalah konspirasi. adakah manusia lebih berkuasa dari Allah?

fikir2kan

12 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Gus Dur Pertikaikan Sumpah Saiful…tapi….

Di dalam perlantikan dan acara angkat sumpah Presiden Indonesia, Al Quran dijunjung di atas kepala Presiden semasa melafazkan sumpah.

Beliau mempertikaikan kaedah bersumpah dengan menggunakan Al-Quran yang dilakukan oleh bekas pembantu peribadi Anwar, Saiful Bukhari Azlan kerana ia tidak pernah diamalkan di mana termasuk di negaranya sendiri.Jadi bagaimana dengan gambar di atas? Bukankah beliau sendiri juga pasti melalui proses yang sama ketika ditabal sebagai Presiden Indonesia?

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Anwar tolak syor bersumpah…bimbang dimanipulasi..

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak akan bersumpah berhubung tuduhan liwat terhadapnya kerana bimbang sumpahnya akan dimanipulasikan oleh pihak tertentu.

Katanya sumpah yang dilakukan bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan sengaja dibuat bagi menafikan peluangnya memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.

“Nak bukti apa lagi. Laporan dah keluar. Tiada liwat. Ini dia (Mohd Saiful Bukhari) pula nak sumpah. Kes ini tidak ke mana. Sebab itu dia tau kes ini tidak ke mana, jadi dia malukan saya dan aibkan saya semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh,” katanya.

“Dulu saya dituduh meliwat dan saya yang dipenjarakan,” katanya kepada kira-kira 1,000 orang pada ceramah di Taman Cermai, di Permatang Pauh di sini, malam tadi.

Hadir sama Anggota Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang dan Anggota Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng, kedua-duanya dari DAP.

Jumaat lepas, Mohd Saiful Bukhari Azlan mengangkat sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur dengan mendakwa Anwar telah meliwat dirinya dalam keadaan paksa. – Bharian

nota: Mana yang lebih perlu ditakutkan….Hukuman dari Allah SWT atau dari manusia(pengundi) itu sendiri. Fikir2kan lah semua, kenapa perlu ditakutkan dengan mainan politik duniawi manusia sedangkan semua orang termasuk DSAI sendiri tahu bahawa Allah SWT Maha Berkuasa. Penulis teringat kembali kata-kata hikmat DSAI semasa zaman reformasi dahulu…”Berani kerana benar……dan kalau takut akan risiko jangan bicara soal perjuangan…”. Tapi sekarang siapa takut dengan risiko???…Saiful atau Anwar Ibrahim??

23 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda