Tag Archives: taiwan trip

Terdesak..!! PKR hantar 4 wakil ke Taiwan Pancing MP BN

Usaha Pakatan Rakyat ‘memburu’ ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya melompat parti bagi membentuk kerajaan baru persekutuan menjelang Selasa ini, kini merentasi Laut China Selatan.

Esok, Parti Keadilan Rakyat (PKR), salah satu komponen Pakatan Rakyat, akan menghantar empat pemimpinnya ke Taiwan bagi menemui ahli-ahli Parlimen BN di sana.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Strategi PKR, Saifuddin Nasution ketika dihubungi sebentar tadi.

Mereka dijadual berlepas ke Taiwan petang esok.

Saifuddin bersama Naib Presiden PKR, Dr. Lee Boon Chye; Ketua Penerangannya, Tian Chua dan Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh akan berlepas ke Taiwan bagi meneruskan misi mereka.

“Ya memang betul kita akan ke sana (Taiwan) esok,” kata Saifuddin yang juga anggota Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Pengerusi Kelab Penyokong-Penyokong Barisan Nasional (BN-BBC), Datuk Seri Tiong King Sing yang kini mengetuai rombongan 49 Ahli Parlimen BN ke Taiwan berkata, beliau tidak risau dengan kedatangan pemimpin-pemimpin PKR esok, yang dikatakan bertujuan untuk ‘memburu’ dan ‘memujuk’ mereka.

“Apa nak risau…biarlah mereka datang. Negara ini (Taiwan) bebas untuk menerima kedatangan mereka,” kata beliau kepada mStar Online.

Sambil mengakui menyedari kedatangan empat pemimpin PKR itu, beliau menegaskan: “Datanglah… kita semua boleh bersalam dengan mereka.”

“Saya ada dengar sebelum ini, mereka (PKR) kata, mereka sudah ada sembilan nama Ahli Parlimen (BN), yang berada dalam rombongan kami, (kononnya) akan menyertai mereka.

“Kalau betul ada, saya harap sayalah orang pertama yang akan mereka memburu kerana mereka juga mendakwa saya sudah beberapa kali buat perjumpaan sulit dengan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim),” katanya.

Semalam, Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata, beliau akan ke Taiwan, jika perlu, untuk berjumpa dengan 49 Ahli Parlimen BN yang melakukan lawatan sambil belajar ke negara itu.

Kata Anwar, beliau tidak putus hubungan dengan ahli-ahli Parlimen berkenaan dan sanggup ke pergi ke negara itu jika mereka ingin berjumpa dan berbincang dengannya.

“(Tarikh) 16 Sept akan adalah suatu realiti. Saya telah berjumpa dengan semua pemimpin Pakatan dan kami membincangkan perkara itu secara terperinci, dan memanglah kami menghadapi beberapa masalah teknikal apabila 49 Ahli Parlimen itu dihantar ke luar negara,” katanya.

Kumpulan BN-BBC akan pulang ke tanah air pada 17 atau 18 September ini.

Bagaimanapun kelmarin Anwar memberitahu bahawa jika mereka menghadapi masalah untuk menubuhkan kerajaan baru menjelang 16 September, mereka akan cuba merealisasikan sasaran tersebut pada 20 September.

nota: adakah ini strategi politik Pakatan Rakyat atau PKR?? Kenapa sampai perlu menghantar wakil ke Taiwan?? Kata 20 september pun boleh. Kalau betul acara ‘melompat’ ini direstui oleh Pemimpin Pakatan Rakyat, mana pergi wakil PAS dan DAP?? Kenapa PKR hendak dominasi Pakatan Rakyat?? Mana datang dana untuk ke Taiwan dengan secara tiba-tiba?? Tidak mustahil sekiranya MP BN melompat,PAS dan DAP akan ‘pull of the plug’ dari Pakatan Rakyat. Menangis lah orang2 PKR!!

10 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda