Tag Archives: Tengku Razaleigh

PM perlu letak jawatan tanpa tunggu peralihan kuasa – Ku Li

Seorang lagi pemimpin Umno tampil mendesak Dato� Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan tanpa menunggu peralihan kuasa Jun 2010 kerana sudah terbukti tidak mampu mengurus negara.

Anggota parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa keadaan politik negara sekarang semakin teruk dan tidak menentu.

“Mana orang yang tidak mampu memimpin berhentilah, itu aje.. Saranan saya supaya rakyat dapat cari keselesaan dalam kehidupan dan mendapat pembelaan.

“Tidak boleh lagi hendak main sana sini, ini bukan masanya. Tumpulah kepada rakyat,” katanya pada persidangan media di kediaman di sini, hari ini.

Sebelum sidang media berlangsung ada wartawan dan anggota polis cawangan khas yang hadir menjangka Ku Li bakal mengumumkan sesuatu yang mengejutkan, sebaliknya ia menjadi luahan kecewa terhadap Perdana Menteri.

Sebelum ini Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan mahu peralihan kuasa dipercepatkan kerana tempoh Jun 2010 terlalu lama.

Ku Li yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang berkata, masalah rakyat sekarang semakin terdesak kerana harga barang keperluan harian melambung tinggi berikutan kenaikan harga minyak, Jun lalu.

“Sekarang tidak ada sesiapa yang hendak fikirkan masalah rakyat. Saya dengar banyak cerita sekarang. Ada laporan menyebut banyak duit dibawa ke luar negara dan modal pun tidak datang lagi ke Malaysia.

“Pasaran saham merudum. Nilai ringgit berbanding dengan Dollar Amerika juga jatuh teruk, pasaran eksport kita terjejas.

“Harga kelapa sawit minggu lepas RM3,600 satu tan metrik dan minggu ini sudah jatuh kepada RM2,200 setan. Rakyat susah dan keadaan ekonomi teruk,” katanya.

Ditanya mengenai perletakan jawatan Dato’ Zaid Ibrahim sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri katanya, baguslah kalau letak jawatan dan tidak terima pujukan Perdana Menteri supaya kekal di jawatan itu.

“Selepas saya lawan Dr Mahathir pada 1987 dan kalah saya meletak jawatan sebagai menteri, biar pun ditawar dengan jawatan menteri tak berpotfolio, saya tidak terima.

“Saya tidak terima kepemimpinan yang ada pada masa itu. Kalau sesiapa yang tidak setuju dengan cara dan kepemimpinan yang ada sekarang lebih baik berhenti,” katanya.

Mengenai penahanan pemimpin Pakatan Rakyat dan blogger serta seorang wartawan di bawah ISA baru-baru, Ku Li berkata, beliau tidak tidak bersetuju dengan tangkapan itu.

Menurutnya ia seolah-olah satu mainan dengan menidakkan hak rakyat dengan mengurung mereka.

“ISA dibuat untuk lawan Komunis dan subversif yang boleh membawa kemudaratan kepada negara bukan di atas alasan lain. Kalau saya berkuasa saya akan bebas semua yang ditahan. Tidak boleh aniaya seseorang,” katanya – harakahdaily

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Tiada peralihan kuasa dalam perlembagaan UMNO – KULI

Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan beliau tidak mahu mempersoalkan kenyataan Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menganggap peralihan kuasa antara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada penggantinya, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 2010 terlalu lama.

Sebaliknya, beliau lebih terkejut dengan cadangan peralihan kuasa antara kedua-dua pemimpin tertinggi Umno yang pada pendapatnya tidak ada dalam perlembagaan parti.

Tengku Razaleigh tetap dengan pendiriannya bahawa perlembagaan Umno tidak ada peruntukan untuk mengadakan peralihan kuasa.

“Ahli-ahli yang patut memilih pemimpin. Pemimpin tak boleh menentukan berapa lama nak duduk (memimpin), bila nak turun kecuali apabila dia nak berhenti,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada 150 anak-anak yatim dari asrama Pertubuhan Anak-anak Yatim Islam Muar di Masjid Jamek bandar Maharani di sini malam semalam.

Sebelum itu, beliau turut menghadiri majlis tahlil untuk bekas Pengerusi Tetap Umno, Allahyarham Tun Sulaiman Ninam Shah bersama kariah masjid tersebut termasuk Datuk Kadar Shah, anak sulung Allahyarham.

Mengenai tindakan Majlis Tertinggi (MT) Umno menggantung keanggotaan bekas Ketua Umno bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail selama tiga tahun, Tengku Razaleigh turut tidak mahu mempersoal kewajaran tindakan itu.

“Kalau MT kata wajar, kita kena ikut kata wajar,” katanya.

Ditanya sama ada tindakan MT Umno itu akan menyebabkan tiada lagi laungan ‘Hidup Melayu’ dalam mana-mana perjumpaan Umno, Tengku Razaleigh berkata, “Siapa kata tak boleh? Kalau kita orang Melayu tak berjuang untuk orang Melayu, kita nak berjuang untuk siapa? Memang kita berjuang untuk Malaysia tetapi kita mesti jaga orang Melayu. Umno adalah parti orang Melayu.”

Sementara itu, Tengku Razaleigh berkata cadangan supaya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kembali dalam Umno timbul apabila beliau menyarankan agar orang Melayu bergabung tenaga untuk mempertahankan hak mereka menerusi Umno.

Beliau berkata cadangan itu dikemukakan sendiri oleh Dr Mahathir semasa beliau mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin Umno.

“Dalam pertemuan itu, kita menyatakan kebimbangan kedudukan orang Melayu seolah-olah sudah tidak terjamin, kedudukan kerajaan sudah terumbang-ambing dengan adanya suara-suara yang mengatakan parti-parti komponen nak meninggalkan BN.

“Jadi Dr Mahathir minta supaya diadakan perjumpaan bagaimana menggabungkan tenaga kita untuk mempertahankan kedudukan orang Melayu, kalau boleh menerusi Umno,” katanya.

Tengku Razaleigh berkata oleh kerana Dr Mahathir bukan anggota Umno, maka timbullah cadangan supaya beliau kembali ke pangkuan parti.

“Dia kata, dia bersedia kembali kepada Umno pada bila-bila masa, syaratnya sebagaimana yang dia kata dahululah (apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri),” kata Tengku Razaleigh. – mstar

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Tan Sri Sanusi – Dr M sokong Ku Li; Muhyiddin Regu Tg Razaleigh??

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyokong bekas lawannya Tengku Razaleigh Hamzah untuk bertanding jawatan presiden Umno, menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kata bekas setiausaha agung Umno, Tan Sri Sanusi Junid.

Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa Dr Mahathir telah memutuskan untuk menyokong ahli Parlimen Gua Musang itu yang pernah mencabarnya bagi jawatan presiden Umno pada 1987.

“Saya boleh mengesahkan bahawa beliau (Dr Mahathir) menyokong Tengku Razaleigh,” kata Sanusi, yang merupakan rakan karib Dr Mahathir.

Bagaimanapun Sanusi enggan mengesahkan sama ada Dr Mahathir yang masih mempunyai pengaruh kuat dalam Umno, akan kembali ke pangkuan parti itu.

Akhbar the Star melaporkan hari ini bahawa mantan perdana menteri itu telah dipujuk supaya kembali semula ke Umno, selepas keluar parti itu tiga bulan lalu.

Dr Mahathir, yang kecewa dengan kepimpinan Abdullah, mahu perubahan dalam pucuk pimpinan Umno, yang menjadi tunggak Barisan Nasional.

The Star juga melaporkan bahawa naib presiden Umno, Tan Dri MuhyiddinYassin adalah antara mereka yang menghadiri pertemuan dengan Dr Mahathir.

Sementara itu, khabar tersebar luas bahawa Tengku Razaleigh mungkin memilin Muhyiddin sebagai regunya untuk jawatan timbalan presiden, menentang regu Abdullah-Najib dalam pemilihan Umno Disember depan.

nota: sudah lama tiada pertandingan merebut jawatan tertinggi UMNO. sudah pasti pemilihan akan datang menarik perhatian ramai pihak.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

UMNO perlu dengar suara akar umbi

sedikit liputan akhbar sinar harian mengenai persidangan cawangan Jalan Enggang tempohari

TAMAN KERAMAT – UMNO cawangan Jalan Enggang, Pusat Bandar Taman Keramat meminta pucuk kepemimpinan parti mengambil perhatian dan mendengar suara akar umbi.

Ini berdasarkan desakan ahli di peringkat bawahan mahu pemimpin atasan melakukan perubahan secara telus terutama melibatkan pencalonan dalam perebutan jawatan kali ini.

Ahli Jawatankuasa UMNO cawangan itu, Ismail Ibrahim berkata, tindakan pucuk kepemimpinan parti membuat keputusan tanpa mendapat persetujuan ahli merupakan perkara yang sukar diterima.

Beliau memberi contoh, peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah suatu keputusan yang dibuat tanpa merujuk kepada ahli.

“Tindakan ini tidak wajar. Ia seolah-olah menafikan hak ahli. Oleh itu, hak untuk menentukan kedudukan Presiden dan Timbalan Presiden parti hendaklah ditentukan oleh ahli.

“Ahli kini sebulat suara tidak menyetujui cadangan peralihan kuasa itu kerana tidak mengambil kira pandangan dan suara daripada ahli bawahan,” katanya pada Persidangan Tahunan Ke-14 UMNO Cawangan Jalan Enggang di sini.

Dalam persidangan itu, UMNO cawangan berkenaan mengusulkan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Presiden UMNO bagi penggal 2008/2011 pada peringkat bahagian.

Ismail berkata, pencalonan kali ini mesti bermula dari bawah dan sekiranya parti memutuskan di peringkat atasan, keadaan itu sudah menyalahi etika parti.

“Apa yang berlaku dalam UMNO sekarang amat mendukacitakan. Parti memerlukan nafas baru dan berani melakukan perubahan demi kebaikan parti dan bangsa. Pemimpin yang ada sekarang sudah tidak menunjukkan kepimpinan diharapkan dan perubahan ini yang ahli tuntut,” katanya.

Sementara itu, dalam persidangan itu berlaku pertukaran jawatan bagi kerusi Pengerusi Tetap UMNO cawangan Jalan Enggang yang disandang Mohamad Mohd Nor, manakala jawatan Ketua cawangan, Rosman Kassim masih kekal, dan timbalannya, Kamaruddin Bakar.

Mengenai UMNO yang semakin kehilangan sokongan daripada orang Melayu, Ismail berkata, parti itu masih utuh dan relevan.

“Punca parti ini lemah dan kurang mendapat kepercayaan ialah disebabkan kepimpinan yang ada sekarang, bukan batang tubuh parti.

“Apabila terdapat sikap pemimpin yang membelakangkan ahli dalam keputusan yang ada, timbul ketidakrelevanan parti itu kepada orang Melayu yang semakin bijak dan muak dengan apa yang berlaku sekarang,” katanya.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 Usul Persidangan UMNO Cawangan Jalan Enggang

Persidangan UMNO Cawangan Jalan Enggang 208 telah diadakan pada 26 Julai 2008 pada jam 8.00 malam bertempat di Dewan UMNO , Jalan Enggang. Ia bermula dengan persidangan peringkat Pemuda Cawangan yang terpaksa diadakan sebanyak dua kali kerana kesilapan teknikal pada persidangan yang pertama. Persetujuan Pengerusi persidangan dengan persetujuan Wakil Pemuda Bahagian telah bersetuju untuk mengadakan semula persidangan Pemuda Cawangan. Alhamdulillah persidangan yang kedua berjalan dengan lancar.

Selepas tamat persidangan Pemuda, persidangan peringkat cawangan bermula dan dirasmikan oleh Naib Ketua Bahagian UMNO Ampang iaitu Tuan Azman Bin Wahid. Ahli-ahli cawangan Jalan Enggang sebulat suara mengemukakan dua usul cawangan ke peringkat Bahagian iaitu:

1. Usul pertama – mencadangkan agar UMNO Ampang mencalonkan YBM Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Presiden UMNO pada persidangan agung UMNO yang akan datang. Cadangan bersama usul ini ialah supaya pemilihan ahli dari Peringkat Majlis Tertinggi UMNO hingga ke jawatan Presiden hendaklah dipilih oleh setiap ahli UMNO yang berdaftar dan tidak terhad kepada perwakilan Bahagian ke persidangan agung UMNO. Pihak UMNO hendaklah menyediakan mekanisme bagaimana cadangan ini boleh dilaksanakan seperti pengenalan smart card UMNO bagi mengelakkan pengundi ‘hantu’ semasa pemilihan ahli MT UMNO.

2. Usul kedua – mencadangkan agar sekolah jenis kebangsaan melayu diperkenalkan semula. akibat senario politik hari ini, adalah munasabah sekiranya Sekolah Jenis Kebangsaan (M) diperkenalkan sama seperti konsep Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan (Tamil). Ini disebabkan akhir2 ini, hak dan ketuannan melayu itu sendiri sering dicabar oleh kaum lain di Malaysia. Sikap ‘lebih-kurang’ dengan kaum lain telah menyebabkan hak dan maruah Melayu sering dicabar oleh bangsa lain. Cadangan utk memperkasakan semula tulisan jawi juga dibawa bersama usul kedua ini.

Salah seorang ahli telah membuat cadangan bagi peringkat cawangan iaitu:

1. mengadakan aktiviti penambahan ahli dengan lebih kerap dan agresif.

sekian terima kasih

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

32 cawangan Umno Gua Musang calonkan Ku Li tanding Presiden

Sebanyak 32 cawangan Umno dalam Bbahagian Gua Musang yang mengadakan mesyuarat tahunan semalam, sebulat suara meluluskan usul mencalonkan Anggota Parlimen dan Ketua Umno bahagian itu, Tengku Razaleigh Hamzah, bertanding jawatan Presiden Umno Disember ini.
Cawangan yang bersidang itu membabitkan 17 cawangan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, sembilan cawangan dalam DUN Paloh dan enam cawangan dalam DUN Galas. Umno Bahagian Gua Musang mempunyai 116 cawangan.

Bagaimanapun, semua cawangan terbabit tidak mengusulkan sebarang nama bagi jawatan Timbalan Presiden Umno dan lain-lain jawatan kerana perkara itu terserah kepada anggota Umno di cawangan lain di seluruh negara.

Anggota Umno yang hadir pada mesyuarat tahunan cawangan-cawangan berkenaan juga mencalonkan supaya jawatan Ketua Umno bahagian dan Timbalan dikekalkan yang kini diterajui Tengku Razaleigh dan Mohamad Saufi Deraman manakala jawatan Naib Ketua dicalonkan, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Yusof Ab Ghani.

Sebelum ini, Naib Ketua disandang oleh Pegawai Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Mohamad Hamzah dan Ketua Penerangan Umno Bahagian itu juga kekal diterajui, ADUN Paloh, Datuk Nozula Mat Diah.

Sementara itu, semasa berucap merasmikan Persidangan Tahunan Umno Cawangan Kijang Bahagia, di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Paloh Satu, semalam, Nozula mahu setiap anggota Umno menyokong usul untuk Tengku Razaleigh bertanding jawatan Presiden Umno.

“Ini kerana kita mahu pemimpin dari Kelantan pula mengambil alih kepimpinan negara berikutan rakyat sudah hilang keyakinan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Saya juga yakin, Ku Li yang menawarkan diri bertanding untuk merebut jawatan itu sudah mendapat restu ahli Umno peringkat akar umbi dan akan menempah sejarah kemenangannya nanti,” katanya.

Beliau juga mahu anggota Umno bertanding secara sihat bagi jawatan tertentu yang mungkin dipertandingkan dalam bahagian Gua Musang bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Kita kena ada etika supaya dapat mematuhi semula garis panduan pertandingan itu dan selepas pada itu perlu bersatu kembali demi kekuatan parti untuk orang Melayu,” katanya.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

“Semoga PAS dan Umno bergabung” Ku Li

sumber klpos
AHLI Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berharap PAS dan Umno akan bergabung menjadi satu parti hasil daripada muzakarah yang dicadangkan.
Beliau berkata muzakarah itu merupakan cadangan yang baik untuk mencari satu titik pertemuan bagi kepentingan orang Melayu dan agama Islam.

“Saya lebih suka sekiranya muzakarah itu berlandaskan satu matlamat yang ikhlas,” katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini ketika diminta mengulas perkara tersebut.

Tengku Razaleigh dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata, berdasarkan iklim politik sekarang dan kedudukan ekonomi dunia serta dalam negeri yang lemah, sudah tiba masanya pemimpin daripada dua parti itu bersatu membincangkan soal masa depan rakyat.

“Sudah sampai waktu untuk pemimpin dari kedua-dua parti ini menjernihkan keadaan dan rakyat boleh mendapat ketenangan,” katanya.

Beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa punca PAS keluar daripada Barisan Nasional pada tahun 70-an ialah kerana parti itu dikhianati oleh Umno.

“Kemelut kepimpinan PAS Kelantan pada masa itu menjadi punca parti itu keluar dan bukannya parti itu dikhianati oleh Umno.

“Semasa itu, keadaan di Kelantan tidak tenang kerana terdapat pemimpin PAS sendiri tidak sehaluan dengan kerajaan campuran itu,” kata Tengku Razaleigh yang menjelaskan bahawa pada masa itu beliau adalah menteri kewangan, naib presiden Umno dan juga pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan.

Selasa lalu, Nik Aziz dilaporkan berkata PAS sedia untuk bermuzakarah jika hasrat dari Umno itu datang dari peringkat akar umbi kerana PAS tidak mahu terjebak sekali lagi dalam “muslihat politik Umno” seperti yang berlaku dalam tahun 70-an.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

DEB diubahsuai sekiranya terpilih – Ku Li

sumber mstar

GUA MUSANG: Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) hari ini berkata beliau akan mengubahsuai Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi memastikan pelaksanaannya lebih mantap sekiranya dipilih sebagai Presiden Umno.

Tengku Razaleigh yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Nombor Satu Umno pada pemilihan Disember nanti berkata dasar itu akan diperkemaskan lagi kerana ia adalah untuk kebaikan semua kaum dan bukan dikhususkan untuk kepentingan orang Melayu sahaja.

“DEB yang dilaksanakan semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak itu bukan sahaja untuk kepentingan orang Melayu, malah untuk kebaikan semua kaum di negara ini.

“Nampaknya selepas pelaksanaannya, dasar berkenaan belum menunjukkan perubahan ketara kepada kemajuan ekonomi orang Melayu dan apa yang perlu kita buat ialah mengemaskan lagi pelaksanaannya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan tahunan Cawangan-Cawangan Umno dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dan Nenggiri di Dewan Bukit Chekati, di sini.

Dalam perkembangan lain, Tengku Razaleigh mengecam pihak tertentu yang menuduhnya mempunyai kepentingan diri apabila menawarkan diri bertanding jawatan Presiden Umno.

Sebaliknya, beliau menjelaskan hasratnya berbuat demikian adalah bagi memulihkan Umno kerana rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap parti itu.

“Saya bukan tamak kuasa atau gila nak jadi Perdana Menteri, tetapi apa yang saya nak perjuangkan ialah membela bangsa Melayu dan membendung kadar kemiskinan yang masih tinggi.

“Orang yang menuduh saya tamak dan gila kuasa itu sebenarnya yang ingin mengadaikan maruah bangsa Melayu,” katanya semasa berucap merasmikan persidangan tahunan Cawangan-Cawangan dalam DUN Paloh di Dewan Orang Ramai Ciku Satu, dekat sini.
Ditanya mengenai sikap Umno Kelantan yang menyambut dingin hasratnya itu, Tengku Razaleigh berkata beliau tidak merasa goyah atau hilang keyakinan apabila ada pihak di negeri itu yang menyuarakan sokongan kepada Presiden dan timbalan presiden parti yang ada sekarang.

“Saya tetap dengan pendirian saya untuk bertanding dan keputusannya sama ada saya menang atau kalah ditentukan oleh anggota parti dalam perhimpunan Agung Umno nanti,” katanya.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Tengku Razaleigh ada formula atasi kenaikan harga minyak

KOTA BHARU: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini berkata beliau ada formula sendiri untuk mengatasi masalah kenaikan harga minyak dalam negara yang semakin menekan hidup rakyat Malaysia.

Katanya, beliau masih ada cara untuk kerajaan meringankan beban yang terpaksa ditanggung rakyat akibat lonjakan harga minyak dalam negara, tanpa perlu mengambil kira harga bahan api itu di pasaran dunia.

Sambil menegaskan ‘formula’ itu bukan mainan politik untuk meraih sokongan terutama di kalangan ahli Umno ketika beliau menawarkan diri sebagai calon Presiden parti pada pemilihan Disember ini, Tengku Razaleigh berkata apa yang diutamakan ialah kepentingan rakyat.
Bekas Menteri Kewangan itu berkata harga minyak dalam negara boleh dikurangkan kerana harga minyak seperti petrol, diesel dan minyak pelincir ditentukan oleh kerajaan, walaupun harga minyak di pasaran dunia naik.

“Harga semasa ini boleh ditimbang semula selepas dirunding, bergantung kepada keadaan semasa,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Razaleigh berkata, Malaysia mempunyai ramai cerdik pandai yang pasti mampu memberi idea bernas untuk mengatasi masalah, terutama dalam membantu untuk membangunkan ekonomi negara.

“Malaysia juga boleh jemput pakar dari luar untuk beri idea atau pandangan jika tidak memiliki kepakaran dalam negeri dalam perkara-perkara tertentu, ini boleh dilakukan, semua untuk kebaikan rakyat,” katanya.

Beliau berkata dalam keadaan politik negara yang semakin tidak menentu, kepercayaan rakyat kepada pemimpin juga perlu dikembalikan semula.

Beliau berkata, wujud satu sentimen ketika ini yang mahukan Perdana Menteri dari kalangan pemimpin dari Pantai Timur untuk membawa pembangunan dalam negara dengan pantas.

“Sepanjang saya menjelajah di kawasan Pantai Timur di Kelantan, Terengganu dan Pahang saya mendengar ramai pihak yang menyatakan bahawa mereka mahukan Perdana Menteri dari Pantai Timur,” katanya.

Razaleigh berkata perkara yang paling penting adalah pemimpin yang dipilih itu perlulah mempunyai matlamat yang ikhlas untuk berkhidmat kepada rakyat bagi memastikan negara terus kekal aman dan maju. — berita harian

6 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Dr M: Muhyiddin mampu tewaskan Najib

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu menewaskan Datuk Seri Najib Tun Razak jika beliau bertanding jawatan timbalan presiden Umno dalam pemilihan parti yang akan datang.

Beliau berkata, Najib tidak akan dapat menjadi perdana menteri kerana beliau seorang pemimpin yang lemah dan tidak ada pendirian tetap.

muhyiddin yassin and najib and umnoNajib adalah timbalan perdana menteri dan juga timbalan presiden Umno. Beliau menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti yang lalu.

Sebaliknya, Dr Mahathir meramalkan Muhyiddin lebih mudah diterima oleh ahli-ahli Umno yang menyokong Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan mereka yang tidak menyokong presiden parti sekarang.

“Orang-orang ini yang menentukan siapa yang menang dalam pilihanraya, berbanding dalam pemilihan Umno kerana (ia) boleh dimanipulasi dngan pemberian wang ringgit dan pemberian lain,”katanya.

“Saya rasa Tan Sri Muhyiddin patut diberi peluang bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti yang akan datang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pejabat Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) di ibunegara pagi ini.

“Saya tidak kata saya menyokong Tan Sri Muhyiddin, tetapi saya menyokong sesiapa sahaja kerana saya bukan lagi ahli Umno.

Perlu pencalonan

“Jika Tan Sri Muhyiddin melawan Datuk Seri Najib, Tan Sri Muhyiddn akan menang, Najib akan kalah…,” tambahnya.

Sehubungan itu, katanya, jika muhuiddin menang timbalan presiden Umno, beliau sepatutnya dilantik menjadi timbalan perdana menteri.

Katanya, semasa Tun Musa Hitam meletak jawatan, beliau memberi jawatan timbalan perdana menteri kepada Tun ghafar Baba, setelah beliau menang dalam pertandingan umno.

Muhyiddin merupakan naib presiden Umno yang terkanan dari segi lama memegang jawatan tersebut. Seorang lagi ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Manakala kemenangan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad dibatalkan selepas didapati bersalah terbabit dalam politik wang.

Untuk layak bertanding jawatan timbalan presiden, Muhyiddin perlu mendapatkan 20 peratus atau 38 pencalonan daripada 191 bahagian Umno yang akan mula bermesyuarat pada 9 Oktober depan.

Usul tidak percaya

Pada 10 Julai lalu,Abdullah mengumumkan bahawa beliau akan menyerah kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak pada Jun atau pertengahan tahun 2010.

Beliau juga mengumumkan akan bertanding mempertahankan jawatan presiden parti dalam pemilihan Umno pada 16 Disember depan.

Ketika ditanya mengenai usul tidak percaya Pakatan Rakyat terhadap kerajaan Abdullah, Dr Mahathir berkata, ia patut benarkan kerana BN tahu parti lawan tidak cukup wakil rakyat.

“(Tetapi) itupun BN tidak berani, mengapa takut sangat,” katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, kemasukan parti kaum India, selain MIC ke dalam BN, tidak berjaya kerana presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu menentang kemasukan mereka.

Beliau berkata, dalam BN kemasukan parti baru adalah mustahil jika tidak mendapat persetujuan penuh dari komponennnya.

“Samy Vellu menentang parti kaum India lain masuk BN kerana dia hendak menjadi wakil kepada kaum India,” kata Dr Mahathir.

sumber malaysiakini

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda