Tag Archives: terengganu

Hadi Awang diserang strok ringan

sumber dari Utusan Malaysia

KUALA TERENGGANU 10 April – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah setelah diserang strok ringan di rumahnya di Rusila, di sini awal pagi ini.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustapa Ali berkata, Hadi diserang penyakit itu selepas menunaikan solat subuh.

Beliau berkata, Abdul Hadi kemudian dimasukkan ke hospital berkenaan pada pukul 7.30 pagi ini.

nota: semoga Datuk Seri Hadi Awang cepat sembuh dan berkhidmat seperti sediakala..InsyaAllah

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Sepuluh EXCO Terengganu angkat sumpah

sumber utusan 2:08pm

KUALA TERENGGANU 9 April – Selepas lebih sebulan berjaya mengekalkan pemerintahan di Terengganu pada pilihan raya umum lepas, 10 anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Sepuluh anggota Exco berkenaan, yang termasuk tiga muka lama mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pemangku Sultan Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Maziah di sini.

Tujuh muka baru yang dilantik sebagai Exco kerajaan negeri itu ialah ADUN Seberang Takir Ahmad Razif Abdul Rahman, Yahaya Khatib Mohamad (Pengkalan Berangan), Ashaari Idris (Langkap), Datuk Zaabar Mohd. Adib (Rantau Abang), Khazan Che Mat (Batu Rakit), Rozi Mamat (Telemong) dan Dr. Abdul Rahman Mokhtar (Kuala Besut).

Sementara tiga ADUN yang dilantik semula sebagai Exco ialah ADUN Teluk Pasu, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said, Datuk Mohamed Awang Tera (Chukai) dan Toh Chin Yaw (Bandar).

Pada istiadat itu, kesemua mereka menerima watikah pelantikan sebelum diteruskan dengan majlis mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai Exco kerajaan negeri dan disusuli dengan menandatangani surat pelantikan masing-masing.- Bernama

nota: diharap dengan perlantikan exco baru Terengganu ini, semoga segala perancangan yang telah dibuat oleh kerajaan persekutusan dan negeri dapat dilaksanakan dengan jayanya. Selamat berkerja kepada semua Yang Berhormat

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Datuk Ahmad Said MB Terengganu

Ahmad Said dilantik Menteri Besar Terengganu

22/03/2008 6:03pm

KUALA TERENGGANU 22 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal, Datuk Ahmad Said dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru, menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh.

Pelantikan beliau diumumkan melalui kenyataan akhbar oleh pejabat Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu petang ini.

nota: tahniah di atas perlantikan Adun Kijal sebagai MB Terengganu. Moga pentadbiran baru negeri akan memberikan khidmat terbaik bagi rakyat Terenganu

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda