Tag Archives: teresa kok

Teresa dakwa makanan diberi ‘lebih baik sedikit daripada makanan anjing’ – Malaysiakini

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim hari ini mendakwa makanan yang diberikan kepadanya ketika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah `lebih baik sedikit daripada makanan anjing’.

Beliau menafikan pernah menyamakan makanan yang disediakan kepadanya ketika ditahan pada 12 hingga 19 September lalu ‘seperti makanan anjing’.

Beliau menyalahkan Utusan Malaysia yang didakwanya memutarbelitkan kenyataannya berhubung perkara itu.

Utusan Malaysia sebelum ini hanya memetik kenyataan Teresa mengenai perkara tersebut daripada laman web Malaysiakini. – Utusan.

8 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Teresa Nak Saman Kerajaan – malaysiakini

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, yang dibebaskan hari ini selepas ditahan selama tujuh hari di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan kerana menahannya secara tidak sah.

Bercakap dalam sidang akhbar yang penuh sesak di ibupejabat DAP di Petaling Jaya pada jam 3.30 petang tadi, Teresa memberitahu pemberita bahawa beliau disoalsiasat berulangkali mengenai tiga isu.

Ini termasuk sama ada beliau telah menggerakkan penduduk Bandar Kinrara supaya mengemukakan petisyen berhubung isu laungan azan dan sama ada beliau ada berkata, peruntukan untuk Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) patut digunakan untuk agama-agama lain.

Isu ketiga ialah kenyataannya sebelum ini yang menentang tulisan jawi pada tanda jalan.

“Saya menafikan dua tuduhan pertama itu,” kata ahli Parlimen Seputeh, yang dibebaskan tanpa syarat pada jam 1 tengahari.

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang adalah antara pemimpin parti itu yang hadir sama di sidang akhbar Teresa itu.

“Saya menganggap penahanan saya itu sebagai satu helah oleh Umno untuk menutup rasa malunya terhadap kenyataan Ahmad Ismail yang berbaur perkauman,” katanya merujuk kepada ketua Umno Bukit Bendera yang telah digantung jawatannya.

Teresa juga menggesa pihak polis supaya menyiasat ahli politik Umno yang juga ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang dilaporkan menuduh ahli parlimen DAP itu menyifatkan laungan azan sebagai ‘mengganggu ketenteraman’ penduduk setempat.

Teresa juga mahu polis menjalankan siasatan terhadap akhbar Utusan Malaysia dan kolumnis Zaini Hassan, yang menyiarkan dakwaan terhadapnya dalam isu tersebut.

Beliau mendakwa akhbar Utusan milik Umno yang mencetuskan kontroversi agama di kalangan umat Islam melalui sebuah artikel minggu lalu yang bertajuk ‘Azan, jawi, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya’.

Kolum tersebut, yang ditulis oleh editor kanan Zaini, membidas seorang ahli parlimen wanita yang tidak disebut namanya, yang pergi ke sebuah masjid dan menuntut supaya direndahkan bunyi pembesar suara sewaktu laungan azan.

Individu yang digambarkan oleh Zaini sebagai ‘seorang ahli politik yang berkaca mata’, bersikap perkauman dan chauvinis. Bagaimanapun, masjid berkenaan telah menafikan pembabitan Teresa.

Sementara itu, Lim mendakwa laporan polis yang dibuat terhadap Teresa dibuat oleh seorang ‘operatif’ dari MCA bahagian Puchong di Selangor.

nota: nak saman pulak….rilex la dulu YB Teresa, tenangkan fikiran. Jawab dulu isu no 3 tu….kenapa nak tentang…??? sebab membazir ke atau atas sebab lain. kalau membazir kenapa cadangkan tulisan cina dan tamil pula???….

22 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Teresa Kok Dibebaskan – malaysiakini

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) tengah hari tadi.

 

Peguam Teresa, Sankara Nair berkata, beliau dibebaskan kira-kira pukul 1 tengah hari tadi.

 

“Saya baru bercakap dengan beliau (Teresa). Sebab-sebab beliau dibebaskan belum dimaklumkan kepada saya,” katanya ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.

 

Sankara dikatakan telah pun mengambil Teresa di Balai Polis Jalan Travers, Brickfileds.

 

Teresa merupakan individu kedua yang ditahan di bawah ISA pada Jumaat lalu selain penulis laman berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

 

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, dalam sidang medianya pada Sabru lalu, Teresa ditahan di bawah ISA berhubung kenyataan beliau yang meminta laungan azan pada waktu pagi dihentikan.

 

Teresa sebelum ini dikatakan akan ditahan selama 28 hari untuk disoal siasat. – mstar

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Terkini mengenai tahanan ISA

1. wartawan sin chew daily mungkin dibebaskan seawal petang ini selepas keterangan beliau di ambil. penahanan beliau juga adalah kerana terdapat ancaman keselamatan terhadap beliau.

Syed Hamid menjelaskan, polis menahan wartawan berkenaan atas beberapa sebab, termasuk berdasarkan maklumat mengenai ancaman keselamatan diri Tan.

2. ‘Polis Dunia’ sudah bersuara tentang peralihan kuasa 16 Sept ini. mungkin ramai yang yang suka bila Amerika mula campur tangan urusan negara. baca sini http://malaysiakini.com/news/89619

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

ISA – dua lagi ditahan

Operasi penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyaksikan tiga orang ditahan dalam tempoh 12 jam sejak tengah hari semalam.

Tiga orang itu termasuk pengedali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin, 58, yang ditahan tengah hari tadi.

Operasi itu disusuli penahanan pemberita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng yang menulis berita bahawa Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail melabelkan masyarakat Cina sebagai pendatang dan penumpang di negara ini, bulan lalu.

Lewat malam tadi, Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok pula ditahan.

Setiausaha Publisiti DAP itu ditahan kira-kira pukul 11.18 malam ketika dalam perjalanan pulang ke kondominiumnya di sini.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam blognya berkata, Teresa, 44, ditahan oleh seramai 10 anggota polis ketika memasuki kondominiumnya selepas menghadiri sambutan mooncake di kawasan pilihan rayanya.

Tan, 33, ditahan di rumahnya di Taman Permai, Bukit Mertajam pukul 8.30 malam tadi. -mstar

nota: moga penahanan ini dibuat atas alasan yang kukuh.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Ada Exco Selangor arah buka semula tender

dari agendadaily

Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mempersoalkan akauntabiliti serta ketelusan yang kerap diuar-uarkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim apabila kotak tender kerja-kerja di Majlis Perbandaran Klang (MPK) terpaksa dibuka semula selepas seorang Exco membuat panggilan mengarahkan demikian.

Ketua Pembangkang di Selangor itu percaya, tentu ada sebab mengapa Exco terbabit mengarahkan tender bagi kerja-kerja pembersihan yang dikeluarkan MPK pada Mei lalu diarah buka.

“Saya difahamkan pembukaan semula tender di MPK itu selepas salah seorang Exco membuat panggilan telefon. Selepas itu MPK buka balik selepas arahan Exco itu. Kalau nak buka tender selepas ditutup mesti ada peraturan tertentu. Sekarang ini kes itu disiasat Badan Pencegah Rasuah,” katanya.

Menurut Dr Khir, tender itu diarah buka semula secara segera mungkin untuk beri peluang orang-orang tertentu sertai tender tersebut dan ini tidak sepatutntya berlaku.

Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, beberapa kontraktor berjumpanya dan memberitahu perkara itu yang kini sedang disiasat BPR.

Bercakap pada sidang media Rabu, Dr Khir juga mahu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan kebertanggungjawaban dan Keteluasan (SELCAT) Dewan Undangan Negeri Selangor memanggil Khalid memberi penjelasan mengapa kutipan sumbangan bagi sambutan 100 hari Pakatan Rakyat di negeri itu masuk akaun Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, kepala surat MB digunakan untuk minta sumbangan termasuk daripada anak-anak syarikat kerajaan negeri.

“Kutipan patut masuk akaun kerajaan negeri bukan PKR.SELCAT patut panggil MB jelas kenapa ini berlaku,” katanya yang menganggap perbuatan itu satu penyelewengan dan rakyat Selangor pula patut tahu jumlah kutipan dan perbelanjaannya.

Menurut Dr Khir beliau difahamkan, seorang rakyat Selangor sudah membuat aduan polis mengenai perkara ini di Subang Jaya, semalam.

“Beliau (Khalid) selalu cakap pasal akauntabiliti dan ketelusan tetapi kerajaan Pakatan Rakyat ni, cakap lain buat lain,” katanya.

Dr Khir turut meminta Khalid memberi penjelasan mengenai bantuan beras dan gula kepada keluarga miskin yang diberikan kerajaan Pakatan Rakyat.

“Dulu beliau janji semua urusan ikut tender. Saya dapat tahu setiap wakil rakyat dapat 500 bungkusan bantuan tetapi ke mana mereka salurkan dan syarikat mana yang dapat tender bekal bahan-bahan itu,” katanya

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda