Tag Archives: TIan Chua

Pak Lah nafi sudah ada pertemuan dengan Pakatan – Malaysiakini

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan sehingga kini tiada sebarang pertemuan berlangsung antara Pakatan Rakyat dengan pihaknya bagi membincangkan masa depan politik dan pembentukan kerajaan baru oleh pembangkang.

“Tidak ada sebarang mesyuarat dengan orang-orang Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Perdana Menteri selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi 2008 yang kedua di sini.

Beliau mengulas laporan agensi berita AFP hari ini bahawa pertemuan sudah mula diadakan di antara wakil Perdana Menteri dan Pakatan Rakyat berhubung perkara berkenaan.

Laporan itu memetik Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua bahawa sudah ada usaha awal ke arah itu.

“Itu adalah laporan paling gila yang pernah saya dengar. Kamu perlu fikir dahulu sebelum membuat laporan sedemikian,” katanya.

Pagi ini ketika dihubungi mStar Online Tian berkata, pihaknya akan menggerakkan usaha sedemikian dalam waktu terdekat sama ada untuk membentuk kerajaan baru atau mewujudkan persefahaman di antara kedua-dua pihak berkenaan. – mstar

tapi….PR kata depa tengah berunding?…. baca sini
tapi apa nk dihiraukan kalau PR ni tipu….namapun Penipu Rakyat…kejap 16 Sept…lepas tu 23 Sept…lepas tu 1 Okt…nk cover line…dia cakap plak tengah berunding. Mungkin berunding utk gugurkan kes liwat Anwar kot!!

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

PKR kecewa debat Anwar-Shabery

PKR melahirkan kekecewaan berhubung perubahan saat-saat akhir program debat isu kenaikan harga minyak antara penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menteri penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek malam ini.

Debat yang asalnya dijadual sepanjang 90 minit kini dikurangkan kepada sejam, termasuk lapan minit iklan, kata ketua penerangannya Tian Chua.

Beliau juga kecewa dengan keputusan menukar saluran televisyen kepada TV9, asalnya TV3, yang belum mempunyai liputan menyeluruh.

Bernama TV dan Astro Awani akan turut menyiarkan siaran langsung debat “Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak” mulai jam 9 malam ini.

“Apa yang mengecewakan lagi ialah, disebabkan oleh pertukaran stesen penyiaran dari stesen kerajaan kepada stesen swasta, masa penyiaran telah dikurangkan dari satu jam setengah kepada 52 minit ditambah dengan 8 minit iklan,” kata Tian dalam satu kenyataan.

“Pertukaran stesen penyiaran dan pengurangan masa siaran jelas adalah untuk menyekat orang awam daripada mengikuti perdebatan yang jarang ini bagi mendengar penjelasan Anwar Ibrahim berhubung dengan isu harga minyak.

“Tindakan ini timbul tidak lain daripada rasa takut BN untuk berhadapan dengan Anwar dalam isu yang menjadi perhatian semua rakyat.”

Bagaimanapun, tambahnya, Anwar akan tetap menghadiri program debat tersebut anjuran Agendadaily.com yang diadakan di bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka.

sumber malaysiakini

nota: pihak pkr harus memahami mengapa masa debat dipendekkan ke 60 minit daripada rancangan asal selama 90minit. Kemunculan program debat ini pada masa puncak siaran sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan pihak penyiaran akibat pembatalan waktu-waktu pengiklanan yang terpaksa diubah demi memberi laluan kepada siaran langsung debat khas ini. Tempoh 8 minit iklan ini juga merupakan salah satu cara untuk ruang bagi ‘menarik nafas’ bagi panelis yang akan terlibat pada malam ini disebabkan debat ini pastinya sesuatu yang akan ditontoni jutaan rakyat Malaysia.

94 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Jangan Hipokrit!! – YB Ibrahim Ali

sumber agendadaily

TERBARU: Jangan hipokrit… Itulah ungkapan yang keluar daripada Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali ketika mengulas tindakan empat Ahli Parlimen PKR yang berbasikal ke Parlimen. Berucap membahaskan usul kenaikan harga minyak di Dewan Rakyat, Ibrahim turut mencabar keempat-empat Ahli Parlimen itu terus berbasikal ke Parlimen sepanjang tempoh sidang Dewan Rakyat. Berita sebelum ini: Empat Ahli Parlimen pembangkang hari Isnin memulakan ‘gimik’ awal ekoran kenaikan harga minyak dengan menaiki basikal datang ke Dewan Rakyat. Mereka ialah Ahli Parlimen PKR kawasan Batu, TIan Chua, Zulkefli Nordin (Kulim Bandar Bharu) dan Gobalakrishnan (Padang Serai). Mereka berkata, tujuan mereka menaiki basikal untuk menunjukkan kesusahan yang ditanggung oleh rakyat ekoran kenaikan harga minyak. Namun pada masa yang sama perkarangan Parlimen tempat letak kereta penuh dengan kereta Ahli Parlimen termasuk pembangkang, pegawai kerajaan dan para pemerhati. Malah ada yang terpaksa meletakkan kereta di luar kawasan Parlimen. Mereka juga turut mencabar Perdana Menteri datang ke Parlimen menaiki basikal bagi merasai kepayahan yang dihadapi rakyat serta menunjukkan contoh mengubah gaya hidup.

nota: Penulis ingin mencadangkan agar DSAI kurangkan perjalanan ke luar negara bagi melobi mp BN untuk melompat parti. Penulis ingin mencadangkan juga agar ceramah-ceramah yang hampir setiap minggu dianjurkan oleh pakatan rakyat supaya dibatalkan dan peruntukan tersebut digunakan untuk kebaikan rakyat.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda