Tag Archives: Tun Mahathir

Tun Mahathir: Khairy mampu tewaskan Mukhriz, calon lain – Malaysiakini

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad percaya Khairy Jamaluddin, yang dijangka berhadapan dengan saingan anaknya, Datuk Mukhriz dan beberapa calon lain, akan menang pemilihan Ketua Pemuda Umno Mac depan.

“Meskipun anak saya akan bertanding (jawatan Ketua Pemuda), saya tidak ragu-ragu bahawa Khairy akan memperoleh kemenangan,” kata bekas Presiden Umno itu dalam tulisan terbaru blognya hari ini.

Dr. Mahathir yang telah banyak mengkritik kepimpinan penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menantunya, Khairy menambah:

“Saya tidak tahu sama ada orang ramai ada mendengar pencuri yang mengatakan “pencuri!”,” kata beliau yang bersara Oktober 2003 dan kepimpinan Umno dan kerajaan Barisan Nasional oleh Abdullah.

Bagaimanapun pencuri berkenaan berjaya melepaskan diri sebab orang ramai mengejarnya dari arah bertentangan.

“Pencuri yang berpendidikan tinggi berjaya melepaskan diri bersama hasil rompakan,” katanya lagi.

Bagaimanapun Dr. Mahathir tidak ketinggalan mengucapkan “semoga berjaya” kepada Khairy yang kini merupakan Naib Ketua Pemuda Umno, kedudukannya yang dimenangi tanpa dicabar empat tahun lalu.

Selain Khairy dan Mukhriz yang masing-masing merupakan anggota Dewan Rakyat akan berhadapan dengan cabaran dua pemimpin yang lain termasuk bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Khir Toyo.

“Anda (Khairy) seorang yang pintar dan layak untuk dianggap sebagai graduan pintar daripada institusi agung, Oxford University dari Great Britain,” katanya.

Malah dalam tulisannya Dr. Mahathir berkata, beliau turut kongsi sedih dengan nasib Khairy yang mengatakan beliau dihalang daripada menemui ahli-ahli Pemuda.

Perkembangan itu kemungkinan akan menyebabkan beliau kehilangan peluang bersaing jawatan yang diingini, katanya. – mstar

Advertisement

30 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Tun Mahathir tidak yakin Pak Lah lepas jawatan – Malaysiakini

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengalu-alukan tindakan ramai pemimpin Umno yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden selaras dengan amalan demokrasi yang dipraktikkan parti.

Bagaimanapun katanya, pertandingan itu perlulah berlangsung secara sihat tanpa sebarang taktik kotor.

“Baguslah… bertandinglah… kita demokrasi. Jangan main kotor sudahlah.

“Jangan bayar duit, jangan sogok. Kita tunjuk kebolehan kita, insya-Allah, orang akan pilih kita.

“Tapi kalau guna tekanan, kilas tangan orang, tarik balik kontrak, ini bukan demokrasilah,” kata beliau ketika pada majlis rumah terbukanya sempena Aidilfitri di kediamannya The Mines Resort City di sini, hari ini.

Beliau berkata, dalam pemilihan akan datang, tidak perlu wujud istilah pasukan kerana jika sesebuah pasukan itu kalah, mereka akan sukar bekerjasama dengan pasukan yang menang.

“Ini bukanlah Amerika Syarikat. Tak perlulah ada pasukan. Kalau kita menang, pasukan kita menang, nak bekerjasama dengan orang yang lawan kita itu susah.

“Kita boleh masing-masing bertanding jawatan masing-masing, dan kita harus sanggup bekerjasama dengan sesiapa saja yang menang,” katanya.

Ditanya andaiannya sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengumumkan bertanding atau tidak jawatan Presiden sebelum 9 Oktober ini, Dr. Mahathir berkata, beliau tidak percaya selagi Abdullah belum membuat sebarang pengumuman.

“Saya dapati Pak Lah ini suka berdolak-dalih. Selagi beliau belum buat pengumuman, saya tak percaya.

“Macam-macam beliau janji, semuanya beliau tak tunaikan janji,” katanya.

Berhubung sama ada Umno memerlukan kesinambungan pemimpin lama dan baru seperti yang berlaku dalam parti MCA dan Gerakan pada masa ini, Dr. Mahathir berkata, pemimpin-pemimpin perlu mencontohi Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting yang mengundurkan dirinya pada pemilihan parti akan datang ekoran prestasi kurang memberangsangkan dalam pilihan raya umum yang lalu.

“Tapi ada sesetengah pemimpin, dah kalah teruk pun, masih kata menang… tak mahu tarik diri.

“Dulu zaman Tunku (Abdul Rahman), bila orang tak suka kat dia, dia tarik diri. Zaman Datuk Onn (Jaafar), bila orang tak setuju dengan dia, dia pun tarik diri. Ini saya dengar, orang tak cakap lain… itu saja, tapi tak mahu tarik diri,” katanya.

Berhubung keputusan beliau untuk menyertai semula Umno, Dr. Mahathir berkata, beliau sudah lama membuat keputusan itu iaitu sejak beliau keluar daripada Umno lagi tetapi ia bersyarat.

“Saya kata saya akan menyertai semula Umno tapi ada syarat… syarat tu kamu pun tahu.

“Tapi rupa-rupanya ramai yang keluar Umno setelah saya keluar. Jadi kalau saya masuk, orang-orang ini tak dapat masuk, tak adillah. Masa keluar, mereka ikut… saya masuk, mereka tak boleh ikut.

“Kita jangan lupa mereka ini punya kuasa undi. Kalau mereka berada di luar Umno dan mengundi parti lawan, Umno mungkin akan kalah,” katanya.

Dr. Mahathir berkata, kehadiran tetamu kira-kira 10,000 orang pada rumah terbukanya tahun ini agak luar biasa dan ia mungkin disebabkan beliau menguar-uarkan tentang hal itu dalam laman blognya. – mstar

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Ucapan Hari Raya Tun Dr Mahathir

Saya dan isteri saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam, khususnya kepada pelayar laman blog chedet.com.

Alhamdulillah, sekali lagi dapat kita bersama-sama meraikan hari kebesaran ini setelah sebulan menjalankan ibadah puasa.

Disamping bergembira bersama keluarga, saya harap kita akan teruskan tradisi kunjung mengunjung ke rumah-rumah terbuka untuk mengeratkan lagi silaturrahim di antara kita, terutama sekali dengan rakan-rakan kita yang bukan beragama Islam.

Semoga di hari yang gembira ini hubungan kita sebagai rakyat yang berbilang kaum dan agama di negara yang tercinta ini akan bertambah erat.

Saya akan mengadakan majlis rumah terbuka bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri seperti berikut;

Tarikh : Oktober 5, 2008

Tempat : 58, Jalan Kuda Emas, The Mines Resort City, Seri Kembangan, Selangor

Masa : 10:00 pg – 1.00 tgh dan 2.30 ptg – 5.00 ptg

Kepada yang akan menyambut Aidilfitri di kampung, berhati-hatilah ketika memandu dan kami mendoakan perjalanan pulang yang selamat.

Sekali lagi saya dan isteri saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Dr Mahathir bin Mohamad

Dr Siti Hasmah bt Mohd Ali

1 Syawal 1429 Hijrah

nota: Jika yang berkesempatan, boleh beramai2 hadir ke majlis rumah terbuka Tun Mahathir.

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Saya akan sertai UMNO pada masa yang tepat – TDM – Malaysiakini

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau hanya akan kembali menyertai UMNO pada suatu masa yang tepat.

Bercakap kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya Khamis malam, Mahathir yang juga bekas presiden parti itu berkata pelbagai pihak telah berusaha meyakinkan dan memujuknya agar kembali kepada UMNO.

“Saya sedang memikirkan untuk menyertai semula UMNO, tetapi saya akan menentukan sendiri masa yang sesuai.

“Permohonan (untuk menyertai semula UMNO) adalah satu perkara, penerimaan mereka juga harus difikirkan. Jadi saya mahu waktu yang tepat (untuk menyertai semula),” katanya.

Bernama melaporkan Dr Mahathir berkata beliau didatangi oleh banyak pihak yang meyakinkan beliau bahawa beliau boleh membawa kebaikan kepada UMNO, parti yang menjadi tulang belakang kerajaan Barisan Nasional, jika menyertainya semula.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berpendapat penulis blog Raja Petra Kamarudin dan Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok tidak harus ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mereka tidak melakukan ketegangan.

Beliau berkata adalah tidak benar sekiranya kedua-dua individu terbabit didakwa menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara hanya kerana meluahkan pandangan masing-masing.

Beliau mendakwa keadaan sekarang tidak begitu tegang jika dibandingkan pada 1987 yang menyaksikan 106 ahli politik ditahan dalam Operasi Lalang – agendadaily

10 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Jerlun tawar tempat pada Dr M – Malaysiakini

Exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad memutuskan untuk kembali semula ke dalam Umno setelah dipujuk oleh beberapa pihak yang mahukan beliau kembali membantu memperkukuhkan Umno.
Beliau berkata hasrat itu juga disuarakan setelah bapanya menyedari dan mengambil kira pandangan banyak pihak yang menyatakan bahawa khidmat beliau sangat diperlukan dan untuk tujuan itu beliau perlu berada di dalam dan bukan di luar Umno.

Sehubungan itu, katanya, keputusan untuk kembali semula Umno diputuskan oleh bapanya sendiri dan akan menyerahkan borang dalam masa terdekat.

Mukhriz memberitahu media demikian selepas menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Biro Perhubungan Antarabangsa dan Badan Bukan Kerajaan Pemuda Umno serta sumbangan anak yatim hari ini.

Menurut laporan Bernama, Mukhriz yang juga ahli Parlimen Jerlun berkata beberapa cawangan dan bahagian turut menawarkan tempat kepada Tun Dr Mahathir, dan terpulang kepada bapanya untuk membuat pilihan.

Sementara itu mengulas mengenai peletakan jawatan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mukhriz berkata tindakan itu boleh disifatkan seperti ‘langgar lari’ kerana sekejap dia (Zaid) berada dalam kerajaan, dan tiba-tiba lari pula dari kerajaan.

“Saya nampak apa yang dia lakukan semasa dalam kerajaan ialah merealisasikan manifesto pembangkang, contohnya Suruhanjaya Kehakiman, isu Badan Pencegah Rasuah (BPR), polis, Majlis Peguam dan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). Ini tidak disebut pun dalam manifesto Barisan Nasional dalam pilihanraya baru-baru ini.

Serah pada akar umbi

“BN nak tunaikan janji kita kepada rakyat dan bila beliau masuk dalam kerajaan itu pulak yang diberi tumpuan, (perkara yang tiada dalam manifesto BN)jadi saya tak rasa kecewa langsung bila dia letak jawatan,” katanya.Sementara itu merujuk kepada pemilihan Umno peringkat bahagian bulan depan, Mukhriz berkata, seharusnya tidak ada sebarang sekatan atau arahan daripada
pihak tertentu untuk tujuan peribadi pada pemilihan itu nanti.

Beliau berkata dalam suasana politik semasa negara yang menyaksikan beberapa episod kebelakangan ini terutamanya kegagalan mempertahankan kemenangan di Pulau Pinang, Selangor, Perak, Kedah dan Wilayah Persekutuan dalam pilihanraya umum lalu, amalan demokrasi yang sebenar perlu dilaksanakan.

“Perlu diingat pemilihan adalah usaha untuk mengukuhkan parti, bukan untuk jadi juara. Jadi jika wujud sebarang arahan atau sekatan yang menjurus kepada kepentingan peribadi, ia tidak memperbaiki keadaan dan memberikan kekuatan kepada parti,” katanya.

‘Saya fikir sudah tiba masanya untuk kita memberikan mandat memilih pemimpin sampai ke peringkat akar umbi parti. Ia juga dapat mendekatkan pemimpin dengan ahli peringkat bawah selain mengelak amalan politik wang,” katanya.

Mukhriz berkata dalam perlembagaan Umno sendiri menyatakan bahawa pemilihan mestilah bermula di peringkat bahagian termasuk untuk jawatan tertinggi dalam
parti.

Sehubungan itu, beliau berkata pelan peralihan kuasa 2010 yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tidak menepati citarasa dan aspirasi ahli Umno buat masa ini.

10 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

UMNO perlu berubah dari “Hidup Melayu” ke “Melayu Unggul”?

Keadaan politik Negara kini berada dalam era perubahan yang nyata disebabkan oleh keperluan untuk merealisasikan Identiti Nasional,Perpaduan Rakyat ,Kemajuan Negara dan Hak-Hak Keistimewaan Melayu di Negara ini. Kita perlukan slongan yang baru untuk membakar semangat ahli!.Slongan “Hidup Melayu”bukanlah tak releven lagi kerana dulu pernah juga UMNO tukarkan slongan dari Asal ‘Hidup Melayu’ kepada Slongan “MERDEKA” untuk keperluan pada masa itu.Keperluan Bangsa Melayu ini dalam era baru ini ialah seperti Pak Lah sarankan “MELAYU UNGGUL” .Kita mahu Bangsa Melayu alaf ini perlu Unggul di Negara ini mahu pun dikaca mata Dunia luar.Satu imej yang baru perlu dijana kerana semangat UMNO telah menurun sejak PR12 dan juga semangat berjuang ahli parti yang semakin pudar.UMNO Sebagai Nadi Barisan Nasional perlu berubah cara pendekatan rakyat dan cara pemikiran budaya yang baru bukan hanya untuk meraih sokongan ahli parti untuk menjawat Jawatan Tinggi dalam Parti dengan mengekplotisasikan isu perkauman,hak-hak istimewa Melayu.Siapa juga kalau ingin kononnya nak jadi ‘hero’dalam isu perkauman dan mempunyai cita-cita tinggi menggunung untuk mencari pengaruh dan jawatan parti akan tersungkur sendiri dalam liptan sejarah UMNO.Pemikiran rakyat sudah pun berubah sejak PR12 ini, Cuma mereka ini sedang mencari satu pautan yang kukuh untuk menentukan senorio politik Bangsa Melayu pada masa ini.Seperti Pepatah Inggeris berkata”A drowning man will clutch at a straw”.maknanya rakyat yang dalam kesukaran untuk memileh apa saja parti yang lain selain dari UMNO!.Inilah kenyataan sebenar di hati majority rakyat negara ini.

Ramai bukan Melayu di Negara ini pada masa ini begitu keliru dengan Ucapan peribadi ahli UMNO dan ucapan seorang pemimpin Negara!.Oleh kerana UMNO meletakan Presiden dan Timbalan Presiden sebagai pemimpin Negara no.1 dan no.2 kerapkali mereka dalam keadaan sukar untuk memberi kenyataan yang tepat untuk Negara atau untuk Ahli Parti.Dalam kes terbaru ini Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri telah memohon maaf keatas ucapan seorang Ketua Bahagian yang menyentuh isu yang sengaja dianggap perkauman Adakah Perdana Menteri dan Timbalannya mohon maaf dalam kapasitinya sebagai Pemimpin parti atau pun sebagai Pemimpin Negara yang tak sanggup menghadapi berlaku insiden buruk yang akan akibatkan kemusnahan ekonomi Negara?.Begitu sukar untuk elobrasikan tindakan kedua pemimpini.Bagi pihak ahli UMNO memang tindakan mereka tak kena kerana ia menyentuh isu Melayu tapi untuk konteks Negara ia patut diucapkan!.Dengan perkara seperti ini kepopularitian pemimpin UMNO dan juga Parti akan berkurangan di mata bukan Melayu.Wal hal iaadalah satu Fakta sejarah yang perlu setiap Melayu di Negara ini mempertahankan yang mana Penduduk asal negeri ini dan juga siapa yang terima hak kerakyatan melalui kontrak social!.Dalam perkara ini pucuk Pimpinan Parti Melayu yang lain seperti PAS dan PKR senyap dan sunyi.Seolah-olah mereka telah gadaikan maruah Melayu tujuannya untuk meraih undi dari kaum bukan Melayu.Akhirnya yang mengaku salah adalah Melayu sendiri!.Bagi Ketua Bahgian itu yang telah meletakan keadaan serba-salah Pemimpinya ini patut terima hukuman setimpal.Serba-salah!.Dalam hal seperti ini Parti lain yang Cuma mengeploitasikan isu ini agar UMNO jatuh dan mereka akan memerintah lebih berkesan.Adakah mereka ini sebenarnya telah meraih kemenangan atau sengaja hancurkan maruah SaudaraMelayu Mereka.

Kini Parti-parti multi-racial dari pimpinan Melayu mula mendapat perhatian di mata rakyat.Walau pun Barisan Nasional adalah sebuah parti Multi Racial yang tidak boleh disangkal tetapi perananya lebih berkisar dalam politik perkauman.UMNO,MCA,MIC dan parti komponen yang lain harus mengambil langkah untuk mengwujudkan satu dimensi baru dalam BN dengan mengambil pendekatan BN bukan lagi berfungsi sebagai mewakili parti perkauman tetapi ia lebih memberi keutamaan untuk “Selesaikan masalah Perkauman”.Kepentingan kaum masih boleh dikekalkan dengan pemikiran liberal,menghormati hak kaum lain terutama kaum asal Negara ini tanpa memudaratkan kaum lain.UMNO perlu lakukan perubahan ini dari asyik memikirkan masalah dalaman partinya selepas PR12 ini.Malapetaka yang terjadi pada parti-parti komponen dalam BN sekarang adalah disebabkan oleh sikap yang tak tanggung jawab pada inti-pati tujuan penubuhan Barisan Nasional itu sendiri.Kekalahan teruk di PR12 ini adalah mesti dipertanggung-jawabkan oleh semua parti komponan bukan UMNO yang harus dipersalahkan.UMNO kalau ingin nak memerintah lagi pada PR13 perlu membuat perubahan drastic dalam BN dan mengemudi dengan cemerlang dari sekarang.

Dalam perkara ini TDM atau pun siapa jua dari luar tidak mampu mengendalikan keadaan sekarang.UMNO kini berada dalam keadaan susah nak pulih.Hanya peralihan kuasa yang segera mungkin akan memberi satu presepsi yang baru dan kembalikan keyakinan pada Ahli parti UMNO dan juga untuk Barisan Nasional.Rakyat kini cuma inginkan pembaharuan dalam UMNO dan negara dengan pertukaran pemimpin.Idea yang baru dari pemimpin sama tidak akan diterima tapi pengorbanan pemimpin atasan ikut kehendak ahli UMNO bawahan saja tapi keseluruhan rakyat kini menanti untuk pengunduran pemimpin yang berjiwa rakyat ini dengan segera!.Perubahan pimpinanlah yang telah menyelamatkan UMNO dan TDM yang membawa kembali kekuatan UMNO dan BN dalam PR11 dengan memenangi 90% kerusi parlimen kerana rakyat pada masa itu ketagih pembaharuan dari TDM!.Wassalam.

Mamak Penang.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Tan Sri Sanusi – Dr M sokong Ku Li; Muhyiddin Regu Tg Razaleigh??

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyokong bekas lawannya Tengku Razaleigh Hamzah untuk bertanding jawatan presiden Umno, menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kata bekas setiausaha agung Umno, Tan Sri Sanusi Junid.

Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa Dr Mahathir telah memutuskan untuk menyokong ahli Parlimen Gua Musang itu yang pernah mencabarnya bagi jawatan presiden Umno pada 1987.

“Saya boleh mengesahkan bahawa beliau (Dr Mahathir) menyokong Tengku Razaleigh,” kata Sanusi, yang merupakan rakan karib Dr Mahathir.

Bagaimanapun Sanusi enggan mengesahkan sama ada Dr Mahathir yang masih mempunyai pengaruh kuat dalam Umno, akan kembali ke pangkuan parti itu.

Akhbar the Star melaporkan hari ini bahawa mantan perdana menteri itu telah dipujuk supaya kembali semula ke Umno, selepas keluar parti itu tiga bulan lalu.

Dr Mahathir, yang kecewa dengan kepimpinan Abdullah, mahu perubahan dalam pucuk pimpinan Umno, yang menjadi tunggak Barisan Nasional.

The Star juga melaporkan bahawa naib presiden Umno, Tan Dri MuhyiddinYassin adalah antara mereka yang menghadiri pertemuan dengan Dr Mahathir.

Sementara itu, khabar tersebar luas bahawa Tengku Razaleigh mungkin memilin Muhyiddin sebagai regunya untuk jawatan timbalan presiden, menentang regu Abdullah-Najib dalam pemilihan Umno Disember depan.

nota: sudah lama tiada pertandingan merebut jawatan tertinggi UMNO. sudah pasti pemilihan akan datang menarik perhatian ramai pihak.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

TS Muhyiddin Sahkan Tun Ingin Kembali Ke UMNO

Tun Dr. Mahathir Mohamad yang keluar Umno empat bulan yang lalu telah melahirkan hasrat untuk kembali ke pangkuan parti itu.

Perkara itu dinyatakan oleh Dr. Mahathir kepada Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin Sabtu lalu.

Muhyiddin mendedahkan perkembangan tersebut di sini sebentar tadi berkata: “Dr. Mahathir sendiri menyatakan hasrat untuk kembali kepada Umno.”

Kata Muhyiddin, beliau telah menemui Dr. Mahathir atas permintaannya minggu lalu.

Malah, jelas Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah menyampaikan hasrat tersebut kepada Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak semalam.

nota: Ayuh TUN!! Selamatkan UMNO dan Melayu serta Malaysia seterusnya..

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Dr M belum mohon masuk semula Umno, kata Najib

Tun Dr Mahathir Mohamad belum lagi membuat permohonan secara rasmi untuk menyertai semula Umno seperti yang didakwa sesetengah pihak, demikian di sahkan oleh Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Najib berkata setakat ini belum ada apa-apa lagi yang membuktikan cakap-cakap bahawa bekas presiden parti itu akan menyertai semula Umno adalah benar.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Permata Negara di Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Di tanya sama ada Dr Mahathir telah pun membuat permohonan rasmi untuk menyertai semula Umno seperti yang diuar-uarkan sesetengah pihak, Najib berkata: “Saya tidak tahu. Belum ada (permohonan) secara rasmi. (Setakat ini) belum ada apa-apa lagi.

Katanya beliau hanya akan mengulas lanjut isu itu selepas mendapat pengesahan yang lebih formal.

Cakap-cakap bahawa Dr Mahathir akan menyertai semula Umno kini tersebar kencang di kalangan ahli-ahli Umno, terutama melalui emel dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Usaha membawa Dr Mahathir kembali ke pangkuan Umno dikatakan diusahakan beberapa pemimpin parti itu sendiri, termasuk salah seorang naib presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dua lagi bekas pemimpin Umno yang dikatakan terlibat dalam usaha itu ialah bekas setiausaha agungnya Tan Sri Sanusi Junid yang turut keluar Umno bersama-sama Dr Mahathir Mei lalu dan seorang lagi bekas setiausaha agung parti Tan Sri Sabaruddin Chik.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Tun Mahathir kembali ke UMNO?

sumber tidak rasmi memberitahu bahawa Tun Dr Mahathir akan kembali ke pangkuan UMNO. tujuannya ialah bagi sebagai memberi sokongan kepada Tengku Razaleigh untuk bertanding bagi jawatan Presiden UMNO. usaha memujuk TDM supaya kembali ke UMNO digerakkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

sekiranya berita ini dengar, selamat kembali TDM……

sementara itu, anak TDM yang juga MP Jerlun Mukhriz Mahathir sudah menyatakan hasrat beliau untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO pada minggu lepas.

40 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda