Tag Archives: umno ampang
Selamat Hari Raya Aidilfitri – Malaysiakini
Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Jalan Enggang, Ampang Selangor ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pengunjung laman ini. Sekiranya terdapat nukilan yang menyebabkan hati tersentuh, sepuluh jari disusun mohon maaf. Semoga Ramadhan yang akan berlalu memberi kita keinsafan dan rahmat.InsyaAllah. Bagi para pengunjung yang akan memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman, berhati-hati di jalanraya.
Filed under Berita & Aktiviti Pemuda
Laman blog baru
penulis baru menerima sms dari Pemuda UMNO Bukit Ukay. Dimaklumkan bahawa UMNO Cawangan Bukit Ukay sudah membuka laman blog mereka sendiri.
Tahniah!
sila layari http://www.umnobukitukay.blogspot.com
Filed under Berita & Aktiviti Pemuda
Hari Kemerdekaan dan Bulan Ramadan
Pergerakan Pemuda UMNO Caw Jalan Enggang ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Merdeka Yang Ke 51 dan Bulan Ramadan Al Mubarakkepada semua pembaca. Sudah lebih dari 50tahun negara kita bebas dijajah. Ayuh lupakan ideologi masing-masing buat sementara waktu, bersamalah kita tak kira UMNO,PKR, PAS dan sebagainya. Kita bersatu menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia.
Di dalam menyambut kemerdekaan negara pada 31 Ogos nanti, jangan lupa bulan yang ditunggu oleh umat Islam seluruh dunia iaitu bulan Ramadan akan berkunjung tiba. Penulis dengan rendah diri memohon maaf sekiranya terdapat silap dan salah dalam sebarang topis yang diterbitkan di dalam laman ini. Penuhkan aktiviti anda di bulan Ramadan ini dengan aktiviti yang berfaedah. Sesungguhnya bulan yang mulia ini, fadilat yang amat besar akan diterima bagi mereka yang berbuat baik.
Penulis ingin berkongsi sedikit maklumat dari khutbah jumaat sebentar tadi:
1. Kita digalakkan supaya merancang aktiviti di bulan Ramadan. Ini kerana sepanjang bulan ini, aktiviti ibadah amat besar fadilatnya. PEnuhkan lah masa kita dengan amal soleh. Puasa di bulan Ramadan amat besar pahalanya dan sesungguhnya syurga itu menuggu umat2 yang berpuasa di bulan Ramadan.
2. Sentuh pasal kemerdekaan, sebentar tadi Khatib mengatakan bahawa kemerdekaan Umat Melayu Islam di Malaysia sama seperti di Indonesia. Kemerdekaan kita bukanlah bermaksud merdeka dari cengkaman penjajah, tetapi kita bebas dari cengkaman mana-mana pihak utk melaksanakan perintah Allah SWT.
Wallahualam.
Filed under Berita & Aktiviti Pemuda
Program Bacaan Wakaf Al-Quran
Assalamualaikum kepada semua pembaca,
Penulis ingin memaklumkan bahawa salah seorang ahli jawatankuasa Pemuda UMNO Cawangan Jalan Enggang, Ustaz Norazrol akan menganjurkan program di atas bermula 1 Ramadhan. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada waris arwah-arwah untuk berbakti dengan cara mewakafkan(bersedekah) pahala bacaan Al-Quran 30 Juz kepada arwah. Bacaan akan disempurnakan oleh Qari yang berpengalaman dalam bacaan Al-Quran. Upah RM25 untuk satu arwah. Senaskah surah Yassin akan dihadiahkan kepada pewaris untuk diwakafkan atas nama arwah.
Sekiranya para pembaca berminat untuk menyertai program ini, sila email ke pemudaenggang@gmail.com. Arahan dan tatacara pembayaran akan dimaklumkan melalui email.
Terima Kasih
Wasalam.
Filed under Berita & Aktiviti Pemuda
Al Fatihah – Dato’ Setia Hj Mufti Sudah Meninggal Dunia
penulis baru menerima berita bahawa bekas Ketua Umno Bahagian Ampang YBhg Dato’ Setia Hj Mufti Hj Shuib baru sahaja meninggalkan dunia. Al Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat.
Filed under Berita & Aktiviti Pemuda
UMNO perlu dengar suara akar umbi
sedikit liputan akhbar sinar harian mengenai persidangan cawangan Jalan Enggang tempohari
TAMAN KERAMAT – UMNO cawangan Jalan Enggang, Pusat Bandar Taman Keramat meminta pucuk kepemimpinan parti mengambil perhatian dan mendengar suara akar umbi.
Ini berdasarkan desakan ahli di peringkat bawahan mahu pemimpin atasan melakukan perubahan secara telus terutama melibatkan pencalonan dalam perebutan jawatan kali ini.
Ahli Jawatankuasa UMNO cawangan itu, Ismail Ibrahim berkata, tindakan pucuk kepemimpinan parti membuat keputusan tanpa mendapat persetujuan ahli merupakan perkara yang sukar diterima.
Beliau memberi contoh, peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah suatu keputusan yang dibuat tanpa merujuk kepada ahli.
“Tindakan ini tidak wajar. Ia seolah-olah menafikan hak ahli. Oleh itu, hak untuk menentukan kedudukan Presiden dan Timbalan Presiden parti hendaklah ditentukan oleh ahli.
“Ahli kini sebulat suara tidak menyetujui cadangan peralihan kuasa itu kerana tidak mengambil kira pandangan dan suara daripada ahli bawahan,” katanya pada Persidangan Tahunan Ke-14 UMNO Cawangan Jalan Enggang di sini.
Dalam persidangan itu, UMNO cawangan berkenaan mengusulkan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Presiden UMNO bagi penggal 2008/2011 pada peringkat bahagian.
Ismail berkata, pencalonan kali ini mesti bermula dari bawah dan sekiranya parti memutuskan di peringkat atasan, keadaan itu sudah menyalahi etika parti.
“Apa yang berlaku dalam UMNO sekarang amat mendukacitakan. Parti memerlukan nafas baru dan berani melakukan perubahan demi kebaikan parti dan bangsa. Pemimpin yang ada sekarang sudah tidak menunjukkan kepimpinan diharapkan dan perubahan ini yang ahli tuntut,” katanya.
Sementara itu, dalam persidangan itu berlaku pertukaran jawatan bagi kerusi Pengerusi Tetap UMNO cawangan Jalan Enggang yang disandang Mohamad Mohd Nor, manakala jawatan Ketua cawangan, Rosman Kassim masih kekal, dan timbalannya, Kamaruddin Bakar.
Mengenai UMNO yang semakin kehilangan sokongan daripada orang Melayu, Ismail berkata, parti itu masih utuh dan relevan.
“Punca parti ini lemah dan kurang mendapat kepercayaan ialah disebabkan kepimpinan yang ada sekarang, bukan batang tubuh parti.
“Apabila terdapat sikap pemimpin yang membelakangkan ahli dalam keputusan yang ada, timbul ketidakrelevanan parti itu kepada orang Melayu yang semakin bijak dan muak dengan apa yang berlaku sekarang,” katanya.
Filed under Berita & Aktiviti Pemuda
2 Usul Persidangan UMNO Cawangan Jalan Enggang
Persidangan UMNO Cawangan Jalan Enggang 208 telah diadakan pada 26 Julai 2008 pada jam 8.00 malam bertempat di Dewan UMNO , Jalan Enggang. Ia bermula dengan persidangan peringkat Pemuda Cawangan yang terpaksa diadakan sebanyak dua kali kerana kesilapan teknikal pada persidangan yang pertama. Persetujuan Pengerusi persidangan dengan persetujuan Wakil Pemuda Bahagian telah bersetuju untuk mengadakan semula persidangan Pemuda Cawangan. Alhamdulillah persidangan yang kedua berjalan dengan lancar.
Selepas tamat persidangan Pemuda, persidangan peringkat cawangan bermula dan dirasmikan oleh Naib Ketua Bahagian UMNO Ampang iaitu Tuan Azman Bin Wahid. Ahli-ahli cawangan Jalan Enggang sebulat suara mengemukakan dua usul cawangan ke peringkat Bahagian iaitu:
1. Usul pertama – mencadangkan agar UMNO Ampang mencalonkan YBM Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Presiden UMNO pada persidangan agung UMNO yang akan datang. Cadangan bersama usul ini ialah supaya pemilihan ahli dari Peringkat Majlis Tertinggi UMNO hingga ke jawatan Presiden hendaklah dipilih oleh setiap ahli UMNO yang berdaftar dan tidak terhad kepada perwakilan Bahagian ke persidangan agung UMNO. Pihak UMNO hendaklah menyediakan mekanisme bagaimana cadangan ini boleh dilaksanakan seperti pengenalan smart card UMNO bagi mengelakkan pengundi ‘hantu’ semasa pemilihan ahli MT UMNO.
2. Usul kedua – mencadangkan agar sekolah jenis kebangsaan melayu diperkenalkan semula. akibat senario politik hari ini, adalah munasabah sekiranya Sekolah Jenis Kebangsaan (M) diperkenalkan sama seperti konsep Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan (Tamil). Ini disebabkan akhir2 ini, hak dan ketuannan melayu itu sendiri sering dicabar oleh kaum lain di Malaysia. Sikap ‘lebih-kurang’ dengan kaum lain telah menyebabkan hak dan maruah Melayu sering dicabar oleh bangsa lain. Cadangan utk memperkasakan semula tulisan jawi juga dibawa bersama usul kedua ini.
Salah seorang ahli telah membuat cadangan bagi peringkat cawangan iaitu:
1. mengadakan aktiviti penambahan ahli dengan lebih kerap dan agresif.
sekian terima kasih
Filed under Berita & Aktiviti Pemuda
Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Jalan Enggang
Alhamdulillah, persidangan tahun ini telah berjalan dengan lancar dengan kehadiran lebih 30ahli. Terdapat dua usul yang telah dibangkitkan pada persidangan sebentar tadi dan akan dibawa ke peringkat UMNO Bahagian Ampang. Mesyuarat pemuda cawangan juga telah berjalan lancar walaupun pada mulanya terdapat sedikit masalah teknikal. Penulis akan berkongsi usul yang dibangkitkan pada topik seterusnya.
Filed under Berita & Aktiviti Pemuda