Tag Archives: usul

2 Usul Persidangan UMNO Cawangan Jalan Enggang

Persidangan UMNO Cawangan Jalan Enggang 208 telah diadakan pada 26 Julai 2008 pada jam 8.00 malam bertempat di Dewan UMNO , Jalan Enggang. Ia bermula dengan persidangan peringkat Pemuda Cawangan yang terpaksa diadakan sebanyak dua kali kerana kesilapan teknikal pada persidangan yang pertama. Persetujuan Pengerusi persidangan dengan persetujuan Wakil Pemuda Bahagian telah bersetuju untuk mengadakan semula persidangan Pemuda Cawangan. Alhamdulillah persidangan yang kedua berjalan dengan lancar.

Selepas tamat persidangan Pemuda, persidangan peringkat cawangan bermula dan dirasmikan oleh Naib Ketua Bahagian UMNO Ampang iaitu Tuan Azman Bin Wahid. Ahli-ahli cawangan Jalan Enggang sebulat suara mengemukakan dua usul cawangan ke peringkat Bahagian iaitu:

1. Usul pertama – mencadangkan agar UMNO Ampang mencalonkan YBM Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Presiden UMNO pada persidangan agung UMNO yang akan datang. Cadangan bersama usul ini ialah supaya pemilihan ahli dari Peringkat Majlis Tertinggi UMNO hingga ke jawatan Presiden hendaklah dipilih oleh setiap ahli UMNO yang berdaftar dan tidak terhad kepada perwakilan Bahagian ke persidangan agung UMNO. Pihak UMNO hendaklah menyediakan mekanisme bagaimana cadangan ini boleh dilaksanakan seperti pengenalan smart card UMNO bagi mengelakkan pengundi ‘hantu’ semasa pemilihan ahli MT UMNO.

2. Usul kedua – mencadangkan agar sekolah jenis kebangsaan melayu diperkenalkan semula. akibat senario politik hari ini, adalah munasabah sekiranya Sekolah Jenis Kebangsaan (M) diperkenalkan sama seperti konsep Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan (Tamil). Ini disebabkan akhir2 ini, hak dan ketuannan melayu itu sendiri sering dicabar oleh kaum lain di Malaysia. Sikap ‘lebih-kurang’ dengan kaum lain telah menyebabkan hak dan maruah Melayu sering dicabar oleh bangsa lain. Cadangan utk memperkasakan semula tulisan jawi juga dibawa bersama usul kedua ini.

Salah seorang ahli telah membuat cadangan bagi peringkat cawangan iaitu:

1. mengadakan aktiviti penambahan ahli dengan lebih kerap dan agresif.

sekian terima kasih

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda