Tag Archives: zahid hamidi

Sah!! Zahid Hamidi Tarik HandBrake….Nak Tanding Naib je – REF Malaysiakini

enteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mengubah fikiran untuk hanya bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti Mac depan.

Beliau, sebelum ini menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, berkata keputusan itu dibuat demi menjaga perpaduan anggota peringkat akar umbi dan kekukuhan parti serta menghormati Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, yang bakal menerajui Umno.

“Saya memohon sokongan dan pencalonan daripada akar umbi dalam persidangan Umno bahagian-bahagian untuk jawatan berkenaan (Naib Presiden) sahaja.

“Saya juga ingin menyatakan sokongan dan taat setia tidak berbelah bagi saya kepada Datuk Seri Najib, yang telah diberikan kepercayaan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengambil alih teraju kepimpinan parti sebagaimana yang telah diputuskan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas petang ini.

Ahmad Zahid, yang juga anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memahami situasi dan realiti politik semasa, yang memerlukan pengorbanan daripada seseorang demi perpaduan dan kekuatan parti. BERNAMA

nota: Takpe lah Datuk, belum ‘ready’ lagi kot…tunggu pemilihan seterusnya ok!!

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Islam Hadhari: Selangor cakap lain buat lain

sumber mstar

PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi terkejut dengan tindakan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor mengharamkan sebarang aktiviti berkaitan dengan Islam Hadhari.

Menurut Zahid, dalam mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam sebulan setengah yang lalu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Dr Hassan Mohamed Ali menyatakan beliau tidak bersetuju dengan perkataan Islam Hadhari namun bersetuju dengan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Islam Hadhari.

“Saya terkejut dengan tindakan beliau, semasa mesyuarat itu beliau kata tidak berstuju dengan perkataan Islam Hadhari. Namun bila kembali Selangor beliau bertindak mengharamkannya,” kata beliau ketika dihubungi oleh mStar Online hari ini.

“Jangan berfikiran sempit, adalah lebih baik mereka mengkaji terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa tindakan,” katanya.

Selasa lepas, Dr. Hassan berkata, konsep Islam Hadhari tidak diperlukan di negeri itu memandangkan ajaran Islam yang diamalkan di negara ini lengkap dan menyeluruh dari segala aspek kehidupan.

Ekoran arahan itu, katanya, semua masjid dan surau di negeri itu tidak dibenarkan menyentuh soal Islam Hadhari dalam khutbah sembahyang Jumaat.

Dalam pada itu Zahid berkata, beliau akan mengadakan pertermuan dengan Dr Hassan Ali dalam tempoh terdekat bagi menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin.

13 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Senarai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO

blog ini menerima emel dari pembaca supaya menyenaraikan nama2 bekas ketua pergerakan pemuda UMNO..

di bawah adalah senarai bekas2 ketua pergerakan umno malaysia termasuk semasa penubuhan awal pemuda di atas nama Perikatan Pemuda

1. Tun Hussein Onn

2. Tun Abdul Razak Bin Dato’ Hussain

3. Tun Sardon Jubir

4. Tan Sri Senu Abdul Rahman

5. Dato’ Harun Idris

6. Tan Sri Syed Jaafar Albar

7. Dato’ Suhaimi Kamaruddin

8. Datuk Seri Anwar Ibrahim

9. Datuk Seri Najib Tun Razak

10. Datuk Zahid Hamidi

11. Datuk Seri Hishamuddin Hussein

Tun Hussein dan Tun Razak menjadi ketua Perikatan Pemuda pada ketika itu.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda