Datum jelatek ..projek usir melayu bandar terancang oleh kerajaan selangor?

KUALA LUMPUR, 18 Feb – Projek ‘Super Mega’ Datum Jelatek dibawah kelolaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terus mendapat bantahan dari penduduk sekitar Lembah Keramat berikutan projek tersebut bakal menyisihkan orang Melayu secara ‘terhormat’.

Timbalan Pengerusi Barisan Bertindak Datum Jelatek (BBDJ) Dr. Ahmad Fauzi yang juga penduduk di kawasan itu berkata Datum Jelatek ini mempunyai tujuan yang akhirnya akan merugikan warga Lembah Keramat secara khusus.

“Saya paling sedih mereka menyisihkan orang melayu dengan terhormat, mereka menggunakan duit sebagai senjata yang paling merbahaya. Keramat adalah tempat tinggal saya. Mana lagi saya nak balik.

“Kalau yang baru berkerja itu gajinya katakan RM 3 000, tolak EPF dan yang lain-lain tinggal RM 2 000 lebih. Nak beli rumah RM 700 000? Tak masuk akal,” jelasnya pada Majlis Penerangan ‘Bantah Projek Datum Jelatek’ disini semalam.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Ketua UMNO Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo.

Dakwanya lagi, kouta lot bumiputra dalam projek Datum Jelatek adalah yang termurah, paling kecil dan berada di kedudukan paling tidak startegik.

Sementara itu, penduduk Taman Keramat, Haji Kamaruddin, 75, projek Datum Jelatek tidak harus diteruskan dan tidak bersetuju kawasan ini dibuka kepada bukan bumiputra.

“Tujuan sebenarnya untuk memecahbelahkan orang melayu jadi kita tidak akan terima sama sekali. Kalau tempat lain itu dia punya pasal, soalnya ini tempat melayu mengapa dia datang kemari.

“Jika ada orang yang bersetuju memang dia menjatuhkan maruah, itu dikatakan menggadaikan hak Melayu.” tegasnya lagi.
 

image

image

Sumber KLPos

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to “Datum jelatek ..projek usir melayu bandar terancang oleh kerajaan selangor?

  1. Pingback: Datum jelatek ..projek usir melayu bandar terancang oleh kerajaan selangor? - http://politik.blog.my | http://politik.blog.my

Leave a comment