Monthly Archives: December 2008

Macam Mana Nk jadi PM kalau tak yakin dengan rakyat sendiri – malaysiakini

Tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pengerusi perhubungan parti itu di Sabah dan Sarawak membuktikan beliau sendiri tidak yakin dengan kepimpinan PKR di kedua-dua negeri.

Menteri Perumahan, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg berkata Anwar juga cuba menggunakan kedudukannya di peringkat pusat untuk menguasai aktiviti PKR di peringkat negeri di Sabah dan Sarawak.

“Saya dapat merasakan Anwar tidak yakin kepada Dominique Ng (Ketua PKR Sarawak) untuk menerajui kempen PKR di negeri ini, beliau juga mahu menguasai PKR di Sarawak dan Sabah tanpa memberi peluang kepada pemimpin mereka di negeri,” katanya selepas menutup program Motivasi Pelajar anjuran Persatuan Kebajikan Petra Jaya dan Yayasan Sarawak di sini hari ini.

Baru-baru ini Anwar mengumumkan beliau akan menjadi pengerusi perhubungan PKR untuk Sabah dan Sarawak sebagai langkah untuk merampas dua negeri terbabit daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) termasuk Sarawak yang bakal menghadapi pilihan raya negeri selewat-lewatnya pada tahun 2011.

Johari yang juga Timbalan Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu berkata BN negeri tidak pernah rasa takut dan bimbang dengan tindakan PKR untuk meningkatkan lagi kempen mereka di negeri ini termasuk apa yang telah mereka lakukan di beberapa kawasan di luar bandar di Sarawak.

Katanya rakyat di negeri ini harus memikirkan apa yang telah berlaku di Selangor hari ini dan ia jelas membuktikan PKR tidaklah sehebat yang mereka katakan sebelum ini.

“Fikirlah apa yang berlaku di Selangor hari ini, PKR ada masalah di sana,” katanya. BERNAMA

nota: Sudah nampak ketamakan kuasa sesetengah pemimpin PKR. Kesian bekas2 pemimpin PKR di Sabah dan Sarawak. Ini sudah boleh dikategorikan Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama.

Orang lain buat kerja orang lain dapat nama.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

PKR Tak Yakin Kebolehan Orang Sarawak/Sabah Untuk Memimpin??

Pelantikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetuai parti itu di Sabah dan Sarawak tidak bertujuan memperlekehkan kepimpinan sedia ada di kedua-dua negeri tersebut, kata Setiausaha PKR Sabah, Ahmad Thamrin Mohd Jaini.

 

Ahmad Thamrin berkata, keputusan supaya Anwar menggantikan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan PKR Sabah dan Sarawak sebenarnya bertujuan memperkukuhkan parti itu.

 

“Kita perlu melihat keputusan itu secara positif dan tidak patut mempersoalkannya,” katanya.

 

Bagaimanapun katanya, kedudukan Anwar dalam mengetuai PKR di kedua-dua negeri itu adalah untuk sementara waktu sahaja.

 

Awal minggu ini, Jeffrey telah menyifatkan tindakan menggantikan beliau dengan Anwar bagi mengetuai PKR di Sabah seperti memberi gambaran yang orang Sabah tidak berkemampuan mengetuai parti di negeri itu.

 

Thamrin berkata, keputusan yang dibuat kepimpinan PKR pusat bukan didorong oleh sebarang agenda peribadi.

 

Beliau menafikan yang PKR Sabah kini menerima tentangan berikutan pelantikan Jeffrey sebagai salah seorang daripada timbalan pengerusi di negeri itu. Dua lagi adalah Pengerusi PKR Sabah, Ansari Abdullah dan penyandang jawatan itu sebelum ini, Christina Liew.

 

Umum mengetahui memang wujud persaingan dalam merebut jawatan antara Jeffrey dan Ansari.

 

Kata Thamrin, jika wujud perpecahan dengan pelantikan jawatan-jawatan itu, keputusan supaya Anwar mengetuai PKR Sabah adalah demi kepentingan menyatukan parti.

 

Minggu lalu, PKR mengumumkan rombakan penyandang jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri iaitu Anwar mengetuai Sabah dan Sarawak.

 

Pengerusi Perhubungan Negeri yang lain terdiri daripada Datuk Fauzi Abd Rahman di Pahang, Pulau Pinang (Datuk Zahrain Mohamed Hashim), Negeri Sembilan (Datuk Kamarul Baharin Abbas), Selangor dan Wilayah Persekutuan (Tan Sri Datuk Abd Khalid Ibrahim), Kedah (Ahmad Kassim), Kelantan (Ab Aziz Ab Kadir), Perlis (Johari Shafie), Melaka (Khalid Jaafar), Johor (Dr. Zaliha Mustaffa), Perak (Osman Abdul Rahman) dan Terengganu (Wan Rahim Wan Hamzah).

 

nota: sekiranya benar PKR yakin dengan kebolehan rakyat sabah dan sarawak utk memimpin sudah tentu kepimpinan PKR negeri akan dikepalai oleh masyarakat setempat dan bukannya pemimpin ‘import’ dari semenanjung. atau adakah ini menunjukkan bahawa rakyat sabah dan sarawak tidak menerima kehadiran PKR di sana??

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

6 bulan lalu paling mencabar dalam hidup saya – saiful malaysiakini

Bekas pembantu khas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat majikannya itu enam bulan lalu, kembali mengisi blognya hari ini dengan menyifatkan tempoh enam bulan yang lalu sebagai “paling mencabar dalam hidupnya.”

 

“Hari ini, 28 Disember 2008 genaplah sudah enam bulan dari hari saya membuat laporan polis di wad OSCC Hospital Kuala Lumpur.

 

“Terus terang, inilah enam bulan yang paling mencabar dalam hidup saya,” kata Saiful, 23, yang kali terakhir memuatkan tulisan dalam blognya sempena Aidilfitri yang lalu.

 

Kata Saiful, tohmahan, fitnah, maki hamun dan pelbagai lagi oleh jutaan manusia telah dilemparkan kerana tidak mempercayai dakwaannya terhadap Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.

 

“Namun, Alhamdullilah saya bersyukur kerana dengan kuasa Allah s.w.t, saya dan keluarga telah diberi kekuatan, pertolongan dan semangat bagi mengharungi dugaan ini dengan penuh tenang dan sabar,” katanya Saiful lagi.

 

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh telah didakwa meliwatnya pada 26 Jun lalu di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium, No.99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara dekat sini.

 

Pada 15 Ogos lalu, Saiful telah melakukan sumpah laknat atau mubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan dengan mengatakan bahawa dirinya telah diliwat secara paksa oleh Anwar pada 26 Jun lalu.

 

Pada 9 Julai lalu Anwar telah mengadukan isu laporan polis Saiful kepada Unit Siasatan Bahagian Penguatkuasaan Jawi, mengikut undang-undang dan peruntukan qazaf (kesalahan bawah jenayah syariah bagi tuduhan palsu).

 

Saiful muncul di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada 27 November lalu.

 

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 8 Ogos lalu terhadap tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap Saiful.

 

Dalam tulisannya kali ini sempena sambutan Maal Hijrah esok, Saiful berkata:

 

“Bagi saya, saya hanya mampu berusaha untuk meyakinkan mereka tetapi yang boleh mengubah hati seseorang itu hanya Allah s.w.t.”

 

“Saya hanya mampu berdoa dan berserah. Dalam tempoh enam bulan ini juga, pelbagai pengalaman dan pelajaran dapat saya pelajari dan sekali gus mengubah diri saya.

 

“Ia bagaikan mutiara hidup yang dapat saya kumpul sebagai bekalan di masa hadapan dan di akhirat kelak.

 

“Antaranya, saya benar-benar dapat menghayati konsep pengorbanan dan konsep penyerahan diri kepada Allah s.w.t.,” katanya lagi.

 

Bagaimanapun Saiful mengakui bahawa dia tidak pernah sama sekali menyesal di atas pengorbanan dan penghijrahan ini.

 

Malah, katanya, ia telah memberikannya lebih semangat untuk menghadapi hari-hari mencabar pada masa akan datang terutama semasa ketika perbicaraan kes itu kelak.

 

Kes itu masih di peringkat permohonan untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

 

Mahkamah Tinggi telah menetapkan 5 dan 6 Februari depan untuk mendengar hujah pendakwaan dan pembelaan berhubung permohonan semakan Pejabat Peguam Negara bagi membatalkan keputusan Mahkamah Sesyen tidak membenarkan kes liwat itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

 

Jelas Saiful, walaupun terkilan atas kelewatan hari perbicaraan, mungkin ini antara hikmahnya.

 

Merujuk kepada sambutan Maal Hijrah pula, Saiful menulis, konteks hijrah tidak semestinya berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

 

“Dalam konteks hijrah saya, saya telah berhijrah daripada seorang yang takut untuk menegakkan kebenaran kepada seorang yang berani untuk menegakkan kebenaran.

 

“Hijrah selalunya dihubung kait dengan risiko dan pengorbanan.

 

“Pada hemat saya, jika seseorang itu berhijrah kepada jalan yang lebih baik dan tidak lari dari ajaran Islam, Insya-Allah pertolongan dari Allah s.w.t akan tiba,” katanya. – mstar

7 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Tok Mun Sah Tak Bertanding – Malaysiakini

Bekas calon Bebas Parlimen Kuala Terengganu yang mencuri tumpuan pada pilihan raya umum lepas, Maimun Yusof, 89, hari ini mengesahkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu bulan depan.

 

Maimun atau lebih mesra dengan panggilan Tok Mun berkata, dia terpaksa melupakan niatnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu, apabila tidak menerima sebarang wang untuk digunakan sebagai deposit bagi melayakkan bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

 

“Dok payoh (Tak payah) jumpa lagilah, tok tak mboh (tak nak) tanding doh. Takdok pitih (takde duit)… dok buleh buat apa doh (tak boleh buat apa dah)… Nok kumpul duit pun dah dok sempat (nak kumpul duit pun tak sempat),” katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Gong Gemia di sini.

 

Tok Mun berkata, walaupun sebelum ini satu laman blog telah diwujudkan bagi mengutip dana untuk digunakan sebagai wang deposit dalam pilihan raya kecil itu, namun beliau mendakwa kesemua wang tersebut telah dilesapkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

 

Warga emas itu mendakwa seorang penyokongnya yang turut membantunya dalam pilihan raya umum lepas telah memberitahunya bahawa laman blog tersebut telah berjaya mengutip kira-kira RM160,000.

 

Bagaimanapun, katanya, sehingga hari ini dia tidak menerima sesen pun wang daripada lama blog yang menggunakan namanya itu dan tidak pasti pihak yang terlibat dalam melesapkan wang tersebut.

 

Untuk mengelakkan namanya terus dipergunakan, Tok Mun telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Kuala Terengganu pada 18 Disember lalu berhubung kejadian tersebut.

 

“Tok dah minta polis sekat laman blog tersebut, duit pun bukan dapat ke Tok. Tak payoh bagi ke situ (blog) lagi,” katanya.

 

Tok Mun turut melahirkan rasa terkilan kerana tidak dapat meneruskan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil kali ini dan kesal ada individu tertentu yang cuba mengaut keuntungan yang mudah dengan menggunakan namanya untuk mengutip wang.

 

Ditanya sama ada beliau masih berminat untuk bertanding jika ada sekiranya pihak mendermakan wang kepadanya dalam tempoh sebelum penamaan calon nanti, Tok Mun berkata: “Tak sempat dah… dah tak boleh buat apa-apa. Masa dah singkat sangat”.

 

“Lagipun, selagi takdok pitih dalam tangan tak boleh cakap. Dah ada baru boleh cakap. InsyaAllah kalau Tok dipanjangkan umur lagi, Tok akan tanding dalam pilihan raya umum depan pulak,” katanya.

 

Pada pilihan raya umum lepas, Maimun memperoleh 685 undi manakala bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Allahyarham Datuk Razali Ismail yang mewakili Barisan Nasional (32,562 undi) dan calon PAS, Mohamad Sabu (31,934 undi).BERNAMA

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Hadiah Tahun Baru PKR Seawal Minggu depan – malaysiakini

Permulaan tahun baru 2009 – hanya sembilan bulan selepas pilihan raya umum 8 Mac, bakal disambut dengan ‘gegaran’ dengan seorang pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dipercayai sudah hampir pasti keluar parti itu.

Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam yang sejak beberapa hari lalu menyatakan hasrat keluar PKR jika itu yang sesetengah pihak mahukan, berkata, “kali ini saya serius untuk mengambil tindakan keras.”

Beliau dijadual mengumumkan pendiriannya secara rasmi sebelum Rabu ini.

“Saya sudah membuat keputusan muktamad. Saya tidak bergurau, saya memang serius, saya memang serius kali ini.

“Keputusan ini memang satu tindakan yang keras… ia akan menjadi hadiah tahun baru kepada parti,” kata Manikavasagam ketika ditemui mStar Online di sini.

Manikavasagam, 43, juga merupakan anggota Majlis Tertinggi PKR dan salah seorang daripada tiga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Selangor.

Anggota Dewan Rakyat penggal pertama itu memenangi kerusi Parlimen Kapar pada 8 Mac lalu menewaskan penyandangnya, yang juga Ketua Wanita MIC, Komala Devi Perumal dengan majoriti 12,297 undi.

DIPUJUK ANWAR

Manikavasagam, yang kelihatan antara pemimpin lantang bersuara dalam PKR, mengakui beliau pernah menyatakan hasrat untuk keluar parti dan meletakkan jawatan sebelum ini tetapi telah dipujuk oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa kali.

“Tetapi kali ini, saya sudah buat keputusan dan tidak bercakap dengan mereka (Anwar dan pemimpin-pemimpin PKR yang lain).

“Saya tidak mahu bercakap dengan mereka, saya sudah membuat keputusan muktamad saya,” kata beliau dalam nada sambil memperlihatkan kekecewaan dengan perkembangan semasa dalam parti tersebut.

KECEWA

Dua hari lalu, Manikavasagam melahirkan hasrat untuk keluar PKR dan mahu menjadi Ahli Parlimen Bebas kerana kecewa dengan sikap pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor yang didakwanya cuai menjaga kepentingan rakyat.

Menurutu Manikavasagam, pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor juga didakwa tidak sepakat dan rapuh dari segi hubungan sesama mereka, selain segelintir berlagak sombong serta enggan berbincang mencari penyelesaian terhadap isu yang diketengahkan.

Manikavasagam menambah, beliau sudah kecewa dengan perkembangan sejak sembilan yang lalu.

“Saya sudah kecewa. Pengundi-pengundi saya tahu saya bekerja untuk mereka, saya tidak mahu ditipu lagi selepas mengalami nasib yang sama selama 50 tahun yang lalu,” katanya.

Selain tidak mendapat sokongan daripada pemimpin PKR sendiri, jelas Manikavasagam, wakil rakyat PKR juga dikecam dan dikritik oleh pemimpin parti komponen Pakatan Rayat khususnya DAP.

TIADA SOKONGAN PEMIMPIN PKR

Kata Manikavasagam lagi, apabila dikritik oleh pemimpin parti komponen, tiada pemimpin PKR yang tampil mempertahankan beliau dan wakil-wakil rakyat yang lain.

Dalam penjelasan itu, Manikavasagam secara langsung merujuk kepada kenyataan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pinang, Teng Chang Khim, yang didakwa menuduhnya berlagak seperti pembangkang dan pembohong kerana terbabit dalam bantahan pemindahan stesen bas dan kereta sewa dari pusat bandar Klang ke lokasi baru, di Klang Sentral, Kapar.

Dua bulan lalu Manikavasagam juga pernah mengugut akan melepaskan jawatan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri jika kerajaan negeri tidak menyelesaikan isu kuil yang dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Sebelum ini, Manikavasagam mencetuskan kontroversi apabila mengkritik secara terbuka dan menuduh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid sebagai tidak prihatin kerana tidak turun padang melawat mangsa ribut Oktober lalu.

Khalid merupakan Pengerusi Badan Perhubungan PKR Selangor.

AMARAN TIMBALAN PRESIDEN

Dalam pertemuan dengan mStar Online, beliau juga memaklumkan bahawa menerima SMS daripada Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali yang antara lain menyatakan Manikavasagam sering memburukkan parti melalui media.

Syed Husin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PKR menasihatkan Manikavasagam agar menghentikan perbuatan itu.

Manikavasagam berkata, beliau menjawab SMS itu dengan menjelaskan bahawa pemimpin PKR termasuk Timbalan Presiden seharusnya meneliti tohmahan yang dilemparkan ke atasnya oleh Teng dari pelbagai sudut dan kesukaran yang dialami selama ini.

Katanya, pemimpin PKR tidak menghulurkan bantuan dan sokongan apabila diharapkan dan tidak melihat isu itu dari satu sudut semata-mata. – mstar

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Selamat Menyambut Awal Muharram – malaysiakini

Pergerakan Pemuda UMNO Jalan Enggang ingin mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram dan Selamat Menyambut Tahun Baru Masihi kepada semua Pembaca.

Kami juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua pembaca yang beragama Kristian.

Semoga perkara-perkara yang baik sepanjang tahun 2008 dapat kita teruskan pada tahun 2009.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Anwar, Azizah dikritik – malaysiakini

Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini untuk merombak dan melantik barisan kepimpinan Pengerusi Perhubungan Negeri yang baru dipercayai telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dan keresahan di kalangan sebahagian ahli dan pemimpin.

Sambil mengakui perkembangan itu, Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam komen beliau menerusi blognya berkata, “kita tidak bermaksud meremehkan kritikan dan dengan nada sama tidak sekali-kali melekehkan pengorbanan dan sumbangan rakan-rakan pimpinan yang berjasa di peringkat negeri atau pusat.”

Antara mereka yang dilantik secara sebulat suara ialah Anwar sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri Sabah dan Sarawak. Pengerusi Perhubungan Negeri yang lain terdiri daripada Pahang (Datuk Fauzi Abd Rahman), Pulau Pinang (Datuk Zahrain Mohamed Hashim), Negeri Sembilan (Datuk Kamarul Baharin Abbas), Selangor dan Wilayah Persekutuan (Tan Sri Datuk Abd Khalid Ibrahim), Kedah (Ahmad Kassim), Kelantan (Ab Aziz Ab Kadir), Perlis (Johari Shafie), Melaka (Khalid Jaafar), Johor (Dr. Zaliha Mustaffa), Perak (Osman Abdul Rahman) dan Terengganu (Wan Rahim Wan Hamzah).

Justeru, kata Anwar, ternyata sebahagian teguran yang diluahkan sama ada secara terbuka atau yang ditujukan ke atasnya atau Dr. Wan Azizah Wan Ismail selaku Presiden telah mengalihkan fakta, sama ada isu rundingan dengan sebahagian pimpinan negeri, biro politik atau Majlis Pimpinan Tertinggi.

“Umpamanya ada yang menelah bahawa Pengerusi Perhubungan Negeri Perak, Ismail Yusop telah dipecat walhal beliau kekal sebagai pengarah pilihan raya negeri. Zakaria (Pahang) pula diserap ke jentera pilihan raya pusat.

“Usaha pimpinan Johor dihargai namun pretasi dari sudut keanggotaan, program dan pilihan raya perlu ditingkatkan. Dr. Zaleha merupakan satu-satunya tokoh wanita yang diamanahkan untuk memimpin di peringkat negeri.

“Tugas pimpinan lainnya, lama dan baru perlu digembeleng untuk merangkul dan memantapkan kekuatan dengan pengawasan rapi olih Timbalan Presiden, Dr. Syed Husin Ali,” kata beliau sambil menambah, “janganlah diandaikan tugas penyelaras negeri sebagai sesuatu yang tetap dan tidak harus dirombak.”

Anwar, Ketua Pembangkang di Parlimen dan Ahli Parlimen Permatang Pauh menjelaskan, secara peribadi beliau tidak cenderung untuk menyelaraskan kegiatan di Sabah dan Sarawak.

“Malah Wilayah Persekutuan juga mendesak agar saya membantu. Saya kira dgn kedudukan Tan Sri Khalid selaku Menteri Besar Selangor, beliau lebih berupaya melonjakkan kekuatan gelanggang utama parti lebih-lebih lagi dengan jaminan dan dukungan penuh olih bekas pengerusi, saudara Azmin dan YB Tian Chua. Tambahan pula tokoh kanan parti saperti Azmin Ali bersama Sivarasa Rasiah dan William Leong membantu beliau di Selangor,” katanya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru, Wan Azizah berkata, rombakan dan pelantikan kali ini bertujuan memacu serta memperhebatkan jentera parti bagi memastikan agenda perubahan dapat dilaksanakan.

“Keputusan tersebut dicapai setelah mempertimbangkan sokongan yang kini semakin nyata terhadap PKR, terutamanya selepas keputusan pilihan raya umum ke-12 dan pembentukan gagasan Pakatan Rakyat.

“Menyedari bahawa kebajikan rakyat negeri Sabah dan Sarawak telah lama diabaikan oleh kerajaan Barisan Nasional, pemilihan Anwar sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri adalah tepat bagi memastikan berlakunya perubahan mendasar serta menunjukkan komitmen tuntas PKR di dalam memperjuangkan agenda rakyat keseluruhannya, dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak,” katanya.

Wan Azizah menambah, agenda untuk melakukan perubahan di Sabah dan Sarawak memerlukan dokongan dan sokongan daripada segenap lapisan masyarakat.

“Manakala Sarawak dijangka akan mengadakan pilihan raya negerinya dalam masa terdekat, pelantikan Anwar sebagai Pengerusi Perhubungan kedua-dua negeri tersebut menjustifikasikan keprihatianan kami terhadap permasalahan di sana serta amat signifikan dalam transisi peralihan kuasa Pakatan Rakyat ke Putrajaya,” katanya.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Ludah Jilat Balik ?? – malaysiakini

Bekas ketua bahagian Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim tidak sepatutnya menyertai PAS selepas mendapat kekayaan selama lebih 20 tahun berkecimpung dalam Umno, dakwa seorang pemimpin Pemuda Umno Selangor.

“Tidak seharusnya beliau masuk PAS setelah mendapat kekayaan dan manfaat daripada parti (Umno),” kata exco penerangan Pemuda negeri Nor Azman Mohd Nor.

“Selama lebih 20 tahun beliau berkhidmat dalam parti dan mendapat manfaat daripada parti. Beliau sepatutnya mengenang budi dan jasa (Umno).”

Mengulas tindakan Umno awal bulan ini yang didakwa punca Zahar meninggalkan parti itu, Nor Azman berkata penggantungan Zahar selama tiga tahun bukan diambil sewenang-wenangnya.

“Selama 62 tahun, Umno tidak membuat keputusan sewenang- wenangnya, mesti ada sebab-musabab,” katanya, yang juga ketua Pemuda Umno bahagian itu penggal lepas.

Selain mendedahkan isu kontrak pembelian helikopter Eurocopter, Zahar digantung jawatan ketua Umno bahagian mulai 2 Disember kerana mengkritik pemimpin utama parti termasuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa.

Menurut Nor Azman lagi, tindakan Zahar mendedahkan isu pembelian Eurocopter oleh Kementerian Pertahanan bersifat peribadi dan ia di luar pengetahuan ahli-ahli jawatankuasa bahagian.

“Tindakan Majlis Tertinggi (menggantung beliau) perlu kerana ia boleh merosakkan parti dan (merupakan) satu kesalahan. Ahli Umno perlu setia kepada parti,” katanya kepada Malaysiakini.

Tidak wajar Zahar meninggalkan Umno dan mengajak sebahagian penyokongnya turut menyertai PAS, tambahnya.

“Tindakan keluar parti dan menyertai PAS, dan meninggalkan ahli adalah satu tindakan peribadi yang tidak patut dilaksanakan,” kata Nor Azman, sambil menjelaskan beliau tidak ada permusuhan atau perselisihan faham dengan bekas ketuanya itu.

Bagaimanapun, katanya, beliau yakin bahawa ahli-ahli Umno bahagian tidak terpengaruh untuk bersama-sama dengan mantan ketua bahagian itu kerana menyifatkan mereka sudah berfikiran matang.

Dalam ucapannya hari ini sewaktu menyerahkan borang kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa di satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di Ampang pagi ini, Zahar berkata 28 ketua cawangan, dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan akan mengikut jejak langkahnya.

Umno Petaling Jaya Selatan mempunyai 38 ahli jawatankuasa bahagian dan 101 cawangan dengan jumlah keanggotaan lebih kurang 20,000 orang.

Nor Azman juga menjelaskan, bahawa Zahar tidak sepatutnya menyertai PAS tetapi “sepatutnya dia tubuh parti baru”.

“Beliau boleh bercakap apa yang beliau suka, dan buat apa yang beliau suka. Selama ini beliau hentam PAS, lepas tu (sekarang) jilat ludah balik,” tambahnya. – mkini

nota: mungkin Kapten Zahar kecewa dengan kegagalan syarikat Mentari Services dalam kontrak pembelian Eurocopter. Ada benarnya kata orang2 lama politik. Orang kalau tak dapat apa yang dia nak..dia mesti akan keluar dari parti tu dan masuk parti politik yang lain.Mungkin ada kebenaran di dalam beberapa suara lantang Kapt Zahar…tapi jgnlah kecewa sampai tukar parti…. Lompatlah si katak lompat…lompatlah tinggi2….kecewa sebab tak dapat..bawak diri tukar parti….

Kena ingat TGNA cakap dulu PAS bukan parti politik..tapi Gerakan Islam Kapt…

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Bendahari MIC kena Pecat!!

Pemimpin veteran MIC, Tan Sri M. Mahalingam, antara orang kuat Datuk Seri S. Samy Vellu sekian lama, telah dilucutkan daripada jawatan Bendahari Agung parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Malah difahamkan, Mahalingam, Bendahari Agung sejak tiga penggal lalu, telah diminta oleh Samy Vellu supaya melepaskan semua jawatan dalam MIC termasuk dalam sayap pelaburan dan pendidikan parti itu.

Mahalingam, 73, ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi mengesahkan ada menerima surat daripada Samy Vellu semalam mengenai keputusan melucutkan jawatan itu.

“Saya ada terima surat daripada Datuk Seri (Samy Vellu) semalam. Tiada sebab dinyatakan. Lagipun melantik Setiausaha Agung, Bendahari Agung adalah kuasa Presiden,” kata Pengerusi MIED Capital Sdn. Bhd., syarikat yang menguruskan pelaburan pendidikan MIC.

mStar Online difahamkan ia berkait rapat dengan perkembangan terbaru dalam parti itu termasuk dipercayai ekoran pendirian beberapa pemimpin veteran menjelang pemilihan parti tahun depan, yang bakal menyaksikan Samy Vellu mempertahankan kerusinya.

Laporan semalam menyebut bakal calon jawatan Presiden, Datuk M. Muthupalaniappan kemungkinan berhadapan dengan tindakan disiplin parti dan ia telah dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Khamis lalu.

Selain Bendahari Agung, Mahalingam juga merupakan salah seorang pengarah badan amanah sayap pendidikan MIC, Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) yang baru ditubuhkan.

Ketika ditanya sama ada menyedari sebab atas tindakan itu, beliau yang juga bekas Setiausaha Agung MIC itu berkata, “itu anda kena tanya pada Presiden. Ia hak Presiden.”

Mahalingam merupakan bekas Ahli Dewan Undangan, Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri sebelum dilantik sebagai Bendahari Agung.

Selaku Bendahari Agung beliau dilantik mengurus dan menyelia sayap pelaburan dan pendidikan itu.

Malah, dengan lantikan sebagai sebagai Bendahari Agung Mahalingam menganggotai CWC MIC – badan membuat keputusan dasar dan keputusan parti.

Bulan lalu Mahalingam dilantik menganggotai jawatankuasa pemilihan presiden. Pemilihan presiden akan diadakan suku pertama tahun depan.

Dalam pada itu, Samy Vellu tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan mengenai sebab pemecatan Mahalingam.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Sah…Abu Zahar Masuk PAS – malaysiakini

Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim hari ini sah menyertai PAS.

Penyertaan beliau turut disertai oleh 28 ketua cawangan dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan dalam satu majlis khas yang diadakan di sini, hari ini.

Dalam sidang medianya, Zahar berkata, beliau menyertai PAS kerana dasar perjuangan parti itu yang memperjuangkan kaum Melayu dan Islam.

“Bagi orang-orang Melayu yang mahu aktif dalam politik, kita tidak ada pilihan lain kerana Umno pada hari ini banyak berbeza dengan Umno dengan yang saya sertai 26 tahun dulu.

“Saya tidak terfikir untuk menyertai PAS kerana ia parti alternatif sebaliknya PAS adalah lebih baik dari Umno,” katanya selepas menyerahkan borang keahliannya dan 41 pemimpin bahagian tersebut kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.

Zahar berkata, keputusan untuk keluar daripada Umno dan menyertai parti pembangkang itu tidak ada kena-mengena dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti itu menggantung keahliannya selama tiga tahun berkuat kuasa 2 Disember lalu.

“Saya tahu kemasukan saya ke dalam PAS telah menimbulkan banyak spekulasi. Rata-rata media menganggap keputusan saya ini dibuat setelah saya digantung.

“Sebenarnya saya dan rakan-rakan di PJ Selatan sudah mula kecewa dengan Umno semasa berlaku peralihan pentadbiran di Selangor pada Mac atau April lalu lagi.

“Daripada situ, kita berbincang baik buruk kekal dalam Umno…mahu terus bersara dari politik atau menyertai parti lain. Tapi bila MT dah buat keputusan begitu (menggantung keahliannya), tak payah lah fikir lagi…kita terus keluar,” katanya.

Zahar berkata, beliau sudah ‘meluat’ dengan Umno terutamanya di Selangor termasuk pelantikan Tan Sri Muhammad Muhd Taib sebagai Ketua Penerangan parti peringkat negeri dan Senator.

Sambil mengakui bahawa hubungan beliau yang pada satu ketika dahulu amat baik dengan Muhammad kini telah menjadi renggang, Zahar berkata, ia berlaku disebabkan sikapnya yang suka berterus terang dalam menyuarakan pendapatnya termasuk tindakan pemimpin itu yang kadangkala tidak dipersetujuinya.

Beliau berkata, pemimpin Umno tidak menitikberatkan tentang isu agama dan banyak keputusan yang dibuat parti itu tidak mengambil kira kepentingan rakyat.

“Secara terus terang, saya tidak menghormati pemimpin tertinggi dalam Umno. Banyak keputusan yang dibuat tidak mengambil kira keperluan dan kehendak rakyat khususnya orang-orang Melayu,” katanya.

Ditanya sama ada kritikannya terhadap Umno ada kaitan dengan pembelian Eurocopter yang tidak memihak kepada syarikatnya, Mentari Services Sdn Bhd, Zahar berkata, hal itu memang dipertikaikannya berikutan pembelian Eurocopter tidak mengikut prosedur yang ditetapkan.

Beliau berkata, dengan penyertaannya hari ini ke dalam PAS, pejabat Umno di PJ Selatan akan menjadi pejabat PAS bahagian itu mulai esok.

Beliau percaya, baki 68 ketua cawangan bahagian itu akan turut sama menyertai PAS selepas pejabat parti itu mula beroperasi.

Beliau turut menafikan bahawa beliau menyertai PAS kerana inginkan jawatan sebaliknya beliau mahu menjadi sebahagian daripada jentera PAS yang memperjuangkan kepentingan Islam dan orang Melayu.

“Saya sebelum ini pernah ditawarkan untuk bertanding menjadi ahli Parlimen selama tiga penggal dan Speaker Dewan Undangan Negeri pada tahun 2007 tetapi saya menolaknya kerana merasakan peluang itu patut diberikan kepada orang lain,” katanya.

Zahar berkata, beliau dan rakan-rakannya akan ke Kuala Terengganu pada 5 Disember ini bagi mengukuhkan jentera PAS untuk menghadapi pilihan raya kecil kawasan itu 17 Disember ini. – mstar

nota: majlis diadakan pada jam 10pagi tadi di de palma hotel.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda