Monthly Archives: October 2008

Kronologi Eurocopter – ref malaysiakini

18 Julai 2007 – Kerajaan melalui mesyuarat Kabinet memutuskan untuk membuat perolehan bagi menggantikan pesawat Nuri.

3 September 2008 – Kementerian Pertahanan menerima keputusan dan persetujuan daripada Kementerian Kewangan untuk memilih tender Eurocopter, pesawat milik Eurocopter Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat European Aeronautic Defence and Space Co (EADS). Kementerian itu mengeluarkan Surat Hasrat kepada Eurocopter pada 15 September 2008.

26 September 2008 – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan Eurocopter memperoleh kontrak untuk membekalkan pesawat baru bagi menggantikan penggunaan Nuri.

13 Oktober 2008 – Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Abdul Aziz Zainal memberitahu Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan membeli kumpulan pertama lapan hingga 10 helikopter keluaran Eurocopter EC725 bagi menggantikan pesawat Nuri secara berperingkat.

13 Oktober 2008 – Ketua Pembangkang membangkitkan isu pembelian Eurocopter di Dewan Rakyat, didakwa dibeli dengan harga yang begitu tinggi dan memberi keuntungan kepada pihak-pihak tertentu.

19 Oktober 2008 – Kabinet bersetuju pembelian helikopter Eurocopter EC725 bagi menggantikan Nuri yang dipertikaikan pihak tertentu diperhalusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

19 Oktober 2008 – Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan kewajaran Kementerian Pertahanan dalam pembelian Eurocopter EC725, sambil menegaskan tidak ada sebarang penyelewengan dalam urusan dengan syarikat pembekal.

20 Oktober 2008 – Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR membuat laporan polis berkaitan penyelewengan wang yang didakwa mereka berlaku dalam pembelian Eurocopter EC725.

24 Oktober 2008 – Badan Pencegah Rasuah (BPR) memberitahu akan meneliti laporan berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam proses pembelian helikopter Eurocopter.

28 Oktober 2008 – Perdana Menteri mengumumkan keputusan kerajaan menangguhkan pembelian tersebut. – mstar

diharap walaupun pembelian ini ditangguh sementara, pihak ATM terus dapat menyelenggara Nuri dengan lebih baik sementara menunggu pembelian baru ini.

17 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Antara Lombok dan Pengkid – malaysiakini

1. Lombok – daerah atau satu kawasan di Indonesia…

2. Sejak kebelakangan ini, ramai gadis Malaysia dilarikan ke Lombok utk berkahwin dengan pemuda Lombok yang bekerja di Malaysia. Baru tadi berita siarkan sebuah berita berkenaan gadis kita dibawa ke sana. Sudah kurang ke jejaka Malaysia??

3. Difahamkan, adalah menjadi satu impian pemuda Lombok jika berjaya melarikan kekasih mereka dan berkahwin di Lombok.

4. Pengkid pula satu gejalan kurang sihat yang menular di masyarakat kita.

5. Kecendurangan si gadis utk berperwatakan seperti lelaki. Bukan sahaja zahir berpewatakan lelaki tetapi juga batin mereka berubah. Minat sesama jenis.

6. Baru-baru ini Majlis Fatwa putuskan bahawa pengkid itu haram.

7. Alhamdulillah harap semua pihak faham tapi bagaimana kes kawin lari di Lombok pula?

8 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

DEKLARASI JANDA BAIK –

DEKLARASI JANDA BAIK


Memandangkan keadaan politik negara yang gawat, cabaran dan gugatan terhadap kepimpinan Melayu yang lemah oleh pihak-pihak tertentu, dari dalam dan luar negara serta keadaan ekonomi dunia yang kucar kacir dewasa ini, maka KAMI, para penulis, wartawan dan blogger yang prihatin terhadap nasib Bangsa, Agama dan Tanah Air, yang bersidang di Janda Baik, Pahang mengambil sikap dan pendirian seperti berikut:-

1. KAMI mendesak dan menuntut agar para pemimpin Melayu dari berbagai fahaman politik mengembelengkan tenaga, kerjasama dan buah fikiran demi mempertahankan keluhuran dan kekeramatan PERLEMBAGAAN MALAYSIA TANPA KOMPROMI.

2. KAMI memberi amaran kepada para pemimpin politik Melayu dari semua fahaman ideologi agar jangan menjadi pemimpin Pak Pandir yang hanya menang sorak tetapi kampung halaman dan negara terjual kepada pihak asing.

3. KAMI juga memberi amaran keras kepada pihak-pihak tertentu yang memainkan sentimen perkauman dan mempertikaikan HAK ISTIMEWA MELAYU sepertimana yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN NEGARA agar jangan mencetuskan permusuhan antara kaum, antara agama dan antara budaya oleh kerana mereka menganggap kepimpinan Melayu lemah dan boleh diperdagangkan untuk memenuhi agenda perkauman mereka.

4. KAMI juga memberi amaran keras kepada para pemimpin Melayu, khasnya UMNO, agar mereka jangan menjadi pengkhianat BANGSA, AGAMA DAN TANAH AIR hanya kerana didorong oleh nafsu kekayaan kebendaan, kuasa yang dipinjamkan Allah, hingga melupai tanggungjawab mereka terhadap generasi Melayu akan datang.

5. KAMI menggesa seluruh umat Melayu yang menjadi para pejuang BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR tanpa mengira aliran politik agar memilih barisan pemimpin mereka yang terbaik dan bersih dari korupsi, berbagai skandal yang memalukan, yang berwibawa, berilmu dan berjiwa dinamik untuk menerajui kerajaan dan badan-badan amanah lainnya.

6. KAMI memberi peringatan dan teguran ikhlas bahawa UMNO mesti melakukan revolusi mental dan perombakan pemikiran yang dekaden, konservatif, materialistik yang melampau, anti ilmu, berpuak-puak, mementingkan diri, kaum keluarga dan para kroni hingga sanggup memperjudikan nasib BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR.

7. KAMI memberi amaran keras dan peringatan yang tulus ikhlas bahawa kepimpinan UMNO yang lemah, korup, rakus dan gila kuasa boleh menggerhanakan masa depan generasi muda Melayu dan rakyat yang telah memberikan sokongan mereka sejak 51 tahun UMNO memimpin kerajaan Malaysia.

8. KAMI juga ingin mengingatkan para pemimpin Melayu yang berkuasa agar jangan terlalu banyak berkompromi dengan golongan-golongan tertentu yang mempunyai agenda tertentu untuk melemahkan kepimpinan Melayu.

9. KAMI juga ingin mengingatkan para pemimpin Melayu yang berkuasa bahawa kelemahan kekuasaan politik Melayu akan membawa kehancuran dan penghapusan kuasa orang Melayu di bumi Malaysia yang bertuah ini.

10. KAMI menyeru dan menggesa rakyat Melayu bertindak proaktif dalam berbagai bidang kehidupan untuk menjamin kekuasaan politik Melayu tidak terhakis dan ketuanan Melayu dan Islam kekal subur selagi ada matahari dan bulan

11. KAMI merafak sembah memohon agar Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu mempertahankan kedaulatan baginda seperti mana yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA dengan memberi sokongan moral kepada perjuangan umat Melayu dan Islam dalam berbagai lapangan hidup. Perlulah dihayati kedaulatan dan kedudukan Raja-Raja Melayu akan berterusan sekiranya rakyat Melayu dan umat Islam memperjuang dan mempertahankan institusi Raja tersebut.

12. KAMI dengan penuh takzimnya memohon Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan kaum kerabat baginda agar jangan mengkhianati dan melakukan sesuatu tindakan yang boleh menjejaskan institusi Raja dan melukai perasaan umat Melayu yang mempertahankan institusi Raja selama ini.

13. KAMI juga menyeru kepada kerajaan agar melaksanakan KEADILAN dan TANGGUNGJAWAB sebagai pemerintah kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum memandangkan Malaysia negara majmuk.

14. KAMI ingin memberi peringatan kepada bukan Melayu agar berpegang teguh pada kontrak sosial dan PERLEMBAGAAN NEGARA demi menjaga keharmonian hubungan antara kaum serta kesejahteraan dan keamanan yang kita sama-sama mempertahankannya.

15. KAMI yakin dan percaya bahawa Kebebasan suara Rakyat dan amalan Demokrasi mestilah dipertahankan oleh kerana rakyat yang memberi mandat dan amanah kepada parti-parti politik tertentu untuk berkuasa. Oleh hal demikian KAMI akan bekerjasama dengan siapa saja, dan dari golongan mana sekali pun, demi memperjuangkan hak dan kebebasan Rakyat serta amalan Demokrasi di bumi Malaysia yang bertuah ini.

Inilah deklarasi yang tulus ikhlas yang KAMI abadikan sebagai cetusan rasa dari buah fikiran KAMI demi memperjuangkan hak dan kepentingan Rakyat, Keamanan dan Kesejahteraan Negara Malaysia.

10 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Cadang Debat Antara Khir, Khairy & Mukhriz – malaysiakini

Selepas ketiga2 calon layak bertanding utk jawatan KP UMNO Malaysia, penulis ingin mencadangkan agar ketiga2 calon ini dipertemukan untuk berdebat. Debat hendaklah meliputi soal hala tuju Pemuda UMNO, rancangan masa depan Pemuda, soal ekonomi dan politik terutama bagi golongan pemuda di Malaysia.

Diharap penganjur debat sebelum ini seperti Agendadaily dapat melakukan debat ini.

9 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Tahniah DS Khir – malaysiakini

Tahniah selepas berjaya melepasi kuota kelayakan bertanding jawatan ketua pemuda UMNO. pencalonan Balik Pulau telah melayakkan beliau.

Tahniah

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Tahniah KJ – malaysiakini

Tahniah kerana telah melepasi kuota pencalonan ketua pemuda.

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Strategi UMNO Menjadi?? – Malaysiakini

Usaha menukar kerajaan yang diusahakan oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim “sedikit-sebanyak” terganggu disebabkan oleh peralihan kuasa yang akan berlaku dalam Umno.

“Peralihan kuasa dalam Umno sedikit sebanyak mengganggu langkah kita (membentuk kerajaan baru),” katanya sumber-sumber yang rapat dengan PAS kepada Malaysiakini.

Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Badawi dijadual menyerahkan kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak Mac depan.

Menurut sumber-sumber itu lagi, Najib dijangka melakukan rombakan kabinet apabila mengambil alih kuasa yang mungkin memberi lebih banyak kedudukan penting kepada wakil rakyat BN dari Sabah dan Sarawak.

Malaysiakini difahamkan gabungan pembangkang kini risau ahli-ahli parlimen BN Sabah dan Sarawak yang didakwa telah bersetuju menyertai Pakatan Rakyat, membatalkan hasrat mereka ekoran rombakan kabinet tersebut.

“Jumlah (ahli parlimen BN yang akan melompat parti) sekarang ini ngam-ngam (cukup-cukup) saja,” jelas sumber-sumber tersebut.

Mesyuarat kepimpinan Pakatan

Mengulas portfolio yang dikehendaki PAS dalam kerajaan baru nanti, sumber-sumber berkata perkara itu telah dibentangkan dalam mesyuarat bersama ketiga-tiga parti gabungan PKR, DAP dan PAS.

Menurutnya, sehingga ini sudah dua mesyuarat parti pimpinan Pakatan telah diadakan.

Bagaimanapun, kata sumber-sumber itu, keputusan berhubung permintaan portfolio PAS masih masih belum dibuat.

Sumber juga mendakwa, perbincangan tentang jawaan timbalan perdana menteri juga masih belum selesai.

Sebelum ini, PAS telah melantikan jawatankuasa lebih orang anggota untuk mewakili parti itu berunding dengan rakan-rakan Pakatan berhubung penubuhan kerajaan baru.

Jawatankuasa itu dianggotai oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; timbalannya, Nasharuddin Mat Isa;  naib-naib presiden, Mohammad Sabu dan Datuk Husam Musa; serta setiausaha agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar.

nota:  strategi UMNO mengenai peralihan kuasa telah menjejaskan peluang PR utk menubuhkan kerajaan baru membuahkan hasil. tatkala DSAI sibuk mengumumkan tarikh2 keramat beliau, tatkala itu juga pak lah mengumumkan pelan peralihan kuasa. jika ramai mengatakan DSAI seorang strategist yang pintar, apa kurangnya Pak Lah.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pemilihan kekal Disember ini?? – malaysiakini

Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 30 Oktober ini akan memutuskan sama ada mengekalkan tarikh asal peralihan kuasa pada Disember ini.

Ketika mengumumkan, Presiden Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata tarikh peralihan kuasa akan tetap dilaksanakan pada Mac depan.

Bulan lepas MT memutuskan untuk menunda pemilihan yang sepatutnya diadakan Disember ini ke bulan Mac selaras dengan keputusan mengawal pelan peralihan kuasa.

Minggu lalu, Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesyorkan supaya tempoh kempen pemilihan parti dipendekkan.

Jelas beliau, calon-calon yang bertanding tidak boleh terus menghabiskan masa yang banyak dengan berkempen kerana masing-masing mempunyai tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Persidangan perwakilan bahagian kini sedang berlangsung dan mengikut jadual asal, pemilihan pusat sepatutnya diadakan Disember ini.

Bagaimanapun ia ditunda ke Mac depan, sekali gus membolehkan calon-calon bertanding jawatan pusat mempunyai masa selama lima bulan untuk berkempen.

Menurutnya, ini kali pertama terjadi tempoh berkempen untuk pemilihan parti yang paling lama iaitu selama lima bulan.

MT Umno belum memutuskan tarikh sebenar pemilihan Umno Mac depan. Persidangan perwakilan akan berakhir pada 9 November ini.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Ambil alih kerajaan, bukan lagi keutamaan – Anwar – ref malaysiakini

Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mahu lagi bercakap mengenai perancangan untuk mengambil alih kerajaan seperti yang diuar-uarkannya sebelum ini.

“Cukuplah mengenai perkara itu, kita akan fokuskan kepada pembangunan ekonomi,” katanya dalam sidang media selepas taklimat mengenai Bajet Pakatan Rakyat 2009.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan media mengenai perkembangan terbaru berkaitan rancangannya untuk mengambil alih kerajaan.

Sebelum ini semasa berucap di Kota Bharu pada 9 Oktober lalu, Anwar meletakkan sasaran terbaru untuk mengambil alih kerajaan iaitu sebelum hari Raya Aidiladha Disember depan.

10 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Lapan ahli UMNO didapati bersalah – malaysiakini

Enam ahli UMNO termasuk Ketua Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail dan Ketua Bahagian Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman diberi amaran oleh Lembaga Disiplin UMNO setelah didapati bersalah melanggar tata etika pemilihan dan terbabit dalam politik wang.

Turut dikenakan tindakan ialah dua ahli biasa dari Bahagian Kota Marudu, Sabah dan Ledang, Johor yang dicadang supaya dipecat dari parti kerana bertanding sebagai calon bebas dan menjadi wakil kepada calon pembangkang pada pilihan raya umum Mac lalu.

Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, tujuh lagi ahli yang turut disiasat pihaknya didapati tidak bersalah. – Utusan

6 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda