Monthly Archives: April 2013

Undilah Barisan Nasional bagi Kerusi Parlimen P99 Ampang

Image

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

PRU-13: Tiada isu tagih undi, Azmin terpaksa main isu lapuk

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali telah ketandusan isu dalam menagih undi rakyat Selangor apabila terus memainkan isu-isu lapuk dan membangkitkan janji-janji palsu yang terkandung dalam manifesto pembangkang kepada rakyat.

Beliau yang merupakan calon PKR Parlimen Gombak dengan angkuhnya menjanjikan pendidikan percuma untuk kira-kira 450,000 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini walaupun perkara itu tidak dilaksanakan oleh kerajaan PKR Selangor sejak lima tahun lalu.

Selain itu seperti dijangkakan, Azmin terus membangkitkan isu pembelian kapal selam bernilai RM540 juta sedangkan perkara itu telah diperjelaskan dengan terperinci dalam Dewan Rakyat.

“Pembelian kapal selam itu memang menunjukkan kerajaan BN rasuah, tak pernah ada dalam dunia yang bertindak begitu tetapi hanya Malaysia yang membeli kapal tetapi tidak digunakan sehingga hari ini.

“Kerana itu banyak Jenera-Jeneral telah sokong pakatan rakyat, sekarang kita ada enam Jeneral yang sokong kita malah mereka telah diletakkan sebagai calon di beberapa kawasan,” katanya semasa berucap pada ceramah berkelompok bagi kawasan DUN Hulu Kelang di sini malam tadi.

Dalam ceramah tersebut, pakatan bukan sahaja menyentuh isu lapuk malah jelas menunjukkan kegagalan mereka melaksanakan pelbagai janji yang dibuat dalam manifesto pilihan raya umum yang lalu.

Perkara itu terbukti apabila para penceramah lain hanya menekankan mengenai hasil kejayaan dalam memberikan 20 meter padu air percuma kepada rakyat Selangor sedangkan isu lain seperti kegagalan menunaikan janji memberi elaun kepada ibu tunggal, warga emas, pelajar universiti langsung tidak disentuh.

Calon Pas DUN Hulu Kelang, Saari Sungib turut menyatakan tentang isu air percuma itu namun tidak langsung menyentuh mengenai janji lain dalam manifesto 2008 yang gagal dilaksanakan.

Ketua Penerangan Pas Hulu Kelang, Zainol Abidin Mohamed yang turut berceramah mengumumkan pelan manifesto tambahan pembangkang sekadar untuk menarik perhatian mereka yang hadir sedangkan hakikatnya ia sukar untuk dilaksanakan.

“Kita telah kaji dan tetapkan apabila pakatan ambil alih putrajaya, dlm tempoh 100 hari kita hapuslan tol, kita akan berikan pendidikan percuma, pakatan akan wujudkan caruman wanita nasional iaitu RM50 setahun dan RM10 oleh suami dan insentif khas untuk pasangan baharu berkahwin,” katanya. – UTUSAN ONLINE

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Bantuan diberikan x kira masa

Semasa walkabout di #ampang calon #barisannasional dr rozaidah sempat memberi bantuan kpd adik yg eksiden masa lintas jalan.

image

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Nadzim has big plans for Bukit Antarabangsa #fb

MORE FACILITIES: BN candidate intends to transform the constituency

GOMBAK: THE people of Bukit Antarabangsa can expect to get low-cost houses under the 1Malaysia Housing Programme Corporation (PR1MA) in their area if Barisan Nasional wins in the upcoming 13th General Election.

This is BN candidate Mohd Nadzim Ibrahim’s pledge to his constituents. Nadzim will take on former state assemblyman Mohamad Azmin Ali of the Parti Keadilan Rakyat (PKR) in Bukit Antarabangsa.

The 42-year-old lawyer has a number of plans which will bring transformation to the constituency, if he wins the seat.

“If I were given the mandate, I will propose that the government implement the PR1MA scheme in the area for low-income earners.

“There are concerns over the lack of affordable houses in the district. The PKR has failed to provide low-cost houses to meet the needs of middle and low-income earners during their administration,” he said at a meeting at the Ampang Umno office, recently.

Nadzim, who is also the Ampang Umno division committee member and Ampang Jaya Umno branch chief, said the upgrading of security was high on the list of demands from the high-income earners.

“There are plans to set up more police beat bases and revive the Rukun Tetangga (neighbourhood watch) to enhance security here.”

The young people in the middle-income group, he said, are asking to be given ample opportunities to engage in business.

He said young hawkers and traders in the area are keen to operate their business but have limited resources.

“In the last eight months, the Agriculture and Agro-based Industry Ministry has provided 260 hawkers with provisions and equipment like refrigerators, portable stalls and coffee mixers. We will help the business operators to develop their business,” he added.

As Bukit Antarabangsa has been hit by landslides in the past few years, Nadzim is keen to address the issues and see to it that landslides are a thing of the past.

He said the BN machinery was the first to assist the landslide victims in 2008.

“You can ask the victims who arrived at the scene first after the landslide hit the area five years ago. The PKR was slow to alleviate the hardship of the victims,” he said.

Other issues he wants to address are improving public transport and building a school in the township.

“Most parents send their children to schools in Ampang, Taman Melawati and Kuala Lumpur as there are no schools in Bukit Antarabangsa. There are places where we can allocate a space to build schools.

“There are not many buses plying the township so I would like to change that, too.”

Nadzim, who has been practising law for 19 years, has been actively involved in politics since 1997.

The Malacca-born graduated from International Islamic University Malaysia (UIAM) with a Bachelor’s degree in law.

As a newcomer, Nadzim acknowledged that he is an underdog and he will be facing a tough fight against Azmin.

“I admit that I’m new in the political field. I hope the voters will give me a chance to serve them in this constituency,” he said.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Calon BN N20 Lembah Jaya #fb

image

1 Comment

by | April 22, 2013 · 5:12 pm

Mohamad Nadzim Ibrahim – Calon Barisan Nasional N19 Bukit Antarabangsa – #PRU13 #fb

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Siapa calon BN N19 Bukit Antarabangsa – Mohamad Nadzim Ibrahim

image

Berikut ada sedikit latar belakang calon BN bagi kerusi N19 Bukit Antarabangsa.

 

 

Nama  : MOHAMAD NADZIM BIN IBRAHIM

Umur : 42 tahun

Jantina : LELAKI

Agama : ISLAM

Bangsa : MELAYU

Status Perkahwinan: BERKAHWIN ; 5 orang anak                                      

Isteri: MARIA BTE HARON

Warganegara : MALAYSIA

Pekerjaan  :    Peguambela & Peguamcara;
                       Setiausaha Syarikat

Alamat Surat Menyurat :
NO. 18, JALAN 9D,  AMPANG JAYA,
68000 AMPANG,SELANGOR
 
No Telefon: +6019-3842474

Emel : mohamad.nadzim@gmail.com
    
Latar Belakang Akademik

1983 -1987 : Sekolah Menengah Kebangsaan St John, Kuala Lumpur

1988 -1989 : Pusat Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa, Kuala Lumpur

1989 – 1993 : Universiti Islam Antarabangsa, Kuala Lumpur
                       Sarjana Muda Undang-undang (LL.B (Hons.)IIU

2010 :             Universiti Teknologi MARA
                       Diploma  Lanjutan Amalan Guaman Syariah (Diploma in Syariah Legal Practice) (DLSA) UiTM

Pengalaman Bekerja

1993-1994    : Latihan dalam kamar YB Datuk Wira Abu Seman Yusop di Tetuan Abu Seman & Co
1994 – 1995 : Peguambela & Peguamcara di Tetuan Abu Seman & Co. Kuala Lumpur.
1995 – 2000 : Peguambela & Peguamcara di Tetuan Shahrizat & Tan, Kuala Lumpur.
2000 hingga sekarang : Peguambela & Peguamcara (rakankongsi) di Tetuan Azwan &     Nadzim, Selangor.

Penglibatan Politik (Keahlian UMNO No: 02894142)

1998 – 1999 : Ahli Jawatankuasa  Pemuda UMNO Cawangan Ampang  Jaya
1999 – 2003 : Timbalan Ketua UMNO , Cawangan Ampang Jaya
2004 – sekarang : Ketua UMNO, Cawangan Ampang Jaya
2008 –  sekarang : Ahli Jawatan Kuasa UMNO, Bahagian Ampang
                            Peguam sewaktu Pilihanraya Umum bagi UMNO / BN di Parlimen Ampang

Penglibatan Organisasi Bukan Kerajaan
Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Penduduk Ampang Jaya
Ahli Majlis Peguam Malaysia
Jawatankuasa Peguam-Peguam Negeri Selangor
Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam, Majlis Peguam Malaysia
EXCO Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
Setiausaha Koperasi Bela Rakyat Bukit Antarabangsa (KOBERA)
Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Alumni Pengajian Tinggi Anak Melaka (PATIM)
ALUMNI Sekolah Menengah St John Kuala Lumpur
ALUMNI Universiti Islam Antarabangsa
ALUMNI Universiti Teknologi Mara
Ahli Lembaga Pelawat Hospital Pakar Ampang Puteri

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Lawatan mesra rakyat calon BN N19 Bkt Antarabangs Sdr Mohamad Nadzim Ibrahim

Gambar sekitar lawatan pagi tadi di beberapa kawasan di sekitar ampang.

image

image

image

image

image

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Perjumpaan calon BN ampang bersama jentera pdm enggaang utara

Perjumpaan calon parlimen dr rozaidah talib dan calon bkt antarabangsa sdr mohamad nadzim ibrahim bersama jentera pdm enggang utara.

Turut serta ialah wakil calon parlimen ampang tn sheikh arziman dan wakil calon dun bkt antarabangsa tn hj aziz derus.

image

image

image

image

image

image

image

image

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Manifesto BN Selangor #pru13

Dalam rangka menawan semula Selangor, BN juga akhirnya menawarkan pemberian air percuma 20 meter padu kepada seluruh rakyat Selangor – janji yang sama dengan manifesto Pakatan Rakyat pada 2008 dan sudah pun dilaksanakan.

Malah, dalam manifesto BN Selangor yang dilancarkan malam ini, BN juga berjanji menukar meter bekalan air pukal, yang digunakan di rumah pangsa dan kondominium, kepada meter individu secara percuma.

najib razak bn selangor manifesto 170413Sebelum ini, penghuni rumah pangsa menghadapi masalah mendapatkan air percuma kerana kediaman mereka menggunakan meter pukal yang diselia oleh pihak pengurusan bangunan berkaitan.

Isu air di negeri itu sentiasa menjadi pertikaian berpanjangan antara kedua-dua BN dan Pakatan, termasuk dalam isu cubaan mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) oleh kerajaan negeri.

Ia antara janji Pakatan yang paling popular, yang dilihat menjadi katalis kepada kejayaan Pakatan merampas negeri terkaya di Malaysia itu dalam pilihan raya umum ke-13 lima tahun lalu.

Sementara itu, manifesto BN yang diumumkan malam ini menggunakan tema “Keamanan Kestabilan, Kemakmuran” menumpukan kepada enam agenda utama, iaitu:

  1. Masa depan lebih cerah.
  2. Masyarakat lebih prihatin, lebih penyayang.
  3. Kualiti kehidupan lebih selamat dan sejahtera.
  4. Perumahan lebih mampu milik.
  5. Selangor lebih inovatif, lebih daya saing.
  6. Selangor lebih progresif.
  7. Selangor lebih mesra, alam lebih bersih.

Masa depan lebih cerah

  • Bantuan Sara Hidup minimum RM250 kepada ibu tunggal, warga emas, OKU dan rakyat miskin yang layak
  • Klinik Rakyat 1Malaysia di seluruh Selangor dan penubuhan pusat setempat untuk hemodialisis, penyakit kronik dan kesuburan wanita.
  • Naik taraf Taska KEMAS kepada PERMATA
  • Pusat jagaan kanak-kanak dan warga emas di bandar utama
  • Semakan dan penurunan cukai pintu, cukai tanah dan cukai perniagaan yangdinaikkan kerajaan pakatan pembangkang
  • Pengecualian cukai pintu kepada pemilik rumah kos rendah dan rumah PPRyang berdaftar dengan e-Kasih
  • Perkhidmatan pengangkutan awam yang menghubungkan taman perumahan dengan stesen KTM Komuter, LRT dan MRT
  • Kedai Menu Rakyat 1Malaysia di kawasan bandar dan separuh bandar
  • Biasiswa Kecil Yayasan Selangor RM80 sebulan untuk pelajar sekolah rendah dan RM150 untuk pelajar sekolah menengah yang memerlukan
  • Baju seragam sekolah dan beg sekolah percuma kepada pelajar sekolah miskin
  • Kupon pengangkutan ‘Sayangi Selangor’ percuma ke sekolah untuk pelajar miskin yang layak

Masyarakat lebih prihatin lebih penyayang

  • Dana khas aktiviti kemasyarakatan RM5,000 setahun kepada persatuan penduduk, kampung tradisi dan kampung baru
  • Dana khas pengurusan RM5,000 sebulan kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB)berdaftar
  • Mewujudkan Majlis Perwakilan Perbandaran dengan peruntukan RM5,000 setahun
  • Dana khas RM5,000 setahun kepada JK Penduduk Ladang (JKPL)
  • Bantuan peruntukan pengurusan sehingga RM1,000 untuk kelab sosial tempatan berdaftar dan Persatuan Perkhidmatan Awam negeri Insentif sehingga RM5,000 setahun untuk Rukun Tetangga tempatan
  • Bantuan kewangan, pengurusan dan pembangunan sehingga RM5,000 mengikut kadar setara kepada masjid, surau dan rumah ibadat bukan Islam berdaftar
  • Menyedia dan menaiktaraf krematorium yang sistematik dan canggih untuk bukan Islam di semua sembilan buah daerah di Selangor
  • Menyediakan kemudahan WIFI dan Pusat Jalur Lebar percuma untuk komuniti di kawasan strategik seluruh Selangor
  • Menyediakan kemudahan taman tema, pusat rekreasi tempatan dan kemudahan sukan di setiap daerah untuk rakyat terutama golongan sudah berkeluarga

Kualiti kehidupan lebih selamat dan sejahtera

  • Menaiktaraf dan menambah bilangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daripada 12 kepada 14 PBT baharu: Majlis Perbandaran Bangi dan Majlis Perbandaran Kota Raja (Klang Selatan)
  • Bandar dan komuniti selamat (Selangor safe city) di kesemua 14 PBT akan diperluas ke seluruh Selangor menjelang 2020.
  • Meningkatkan infrastruktur keselamatan berintegrasi untuk mencegah jenayah, keselamatan dan bencana.
  • Memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berisiko tinggi berlaku jenayah
  • Menyediakan pasukan Rapid Response Team berkaitan jenayah, kemalangan dan bencana.
  • Pusat Khidmat Rakyat Selangor (PAKAR) di semua 14 PBT untuk bantu permasalahan rakyat dan memperkasa sistem maklum balas kerajaan dan fasilitasi janji Manifesto BN Selangor.

Perumahan lebih mampu milik

  • Kembalikan peranan utama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) untuk menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat Selangor
  • Skim perumahan mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana
  • 25,000 unit Rumah Mesra Rakyat dan PPRT untuk penduduk pinggiran/luar bandar bernilai RM50,000
  • 15,000 unit rumah berkeluasan minimum 850 kaki persegi untuk golongan berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan dengan harga jualan di bawah RM80,000
  • Skim Perumahan Patriot Sayangi Selangor untuk Bekas Tentera, Polis dan Penjawat Awam/agensi kerajaan negeri
  • Perumahan awam dan Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) untuk masyarakat pinggiran/luar bandar dan pekerja ladang
  • Lif, utiliti gunasama dan penyelenggaraan mengecat bagi rumah pangsa PKNS dan rumah kos rendah PPR – perbelanjaan berkaitan akan ditanggung kerajaan negeri
  • Air percuma 20m padu dan membiayai kos menukar meter bekalan air pukal kepada meter individu secara percuma
  • Bantuan baik pulih rumah untuk rakyat miskin di bawah 1MDB
  • Penyelesaian komprehensif untuk perumahan generasi kedua dan ketiga Felda
  • Menyediakan dan menambah bilangan Rumah Transit Rakyat Sayangi Selangor untuk individu bujang dan baru berkeluarga yang baru berhijrah ke kawasan bandar seperti Gombak, Ampang, Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang
  • Pembukaan kawasan baharu petempatan tersusun dengan kemudahan infrastruktur dan bayaran premium minimum di Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjung Karang, Kuala Selangor, Selayang, Klang, Kuala Langat, Hulu Langat, Hulu Selangor dan Sepang.

Selangor lebih inovatif, lebih daya saing

  • Mengembalikan peranan utama Yayasan Selangor, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan Universiti Selangor sebagai institusi kecemerlangan pendidikan anak Selangor
  • Peruntukan pembayaran sekaligus sebanyak RM500 bagi setiap kelahiran baharu anak Selangor sebagai deposit awal tabung Skim Simpanan Pendidikan Nasional
  • Biasiswa untuk golongan miskin dan Pinjaman Boleh Ubah sehingga RM80,000 untuk anak Selangor cemerlang ke universiti untuk ijazah pertama
  • Baucar Buku Sayangi Selangor RM200 untuk pelajar Selangor yang menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM
  • Baucar Siswa Sayangi Selangor sebanyak RM1,000 bagi anak Selangor yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPTA bagi kursus Diploma dan RM1,500 bagi Ijazah Sarjana Muda
  • Interaktif Tuisyen Rakyat Sayangi Selangor, tuisyen percuma untuk pelajar UPSR, PMR dan SPM secara dalam talian
  • Meluaskan Kedai Buku 1Malaysia
  • Tabung Khas Pendidikan RM10 juta bagi anak-anak pekerja ladang dan Orang Asli
  • Meneruskan penubuhan UiTM Selangor di Serendah, Hulu Selangor
  • Menubuhkan MRSM Yayasan Selangor untuk anak Selangor yang cemerlang melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah

 Pengukuhan institut pendidikan asas masyarakat

  • Menaiktaraf Sekolah Rendah Agama JAIS dari segi prasarana dan kurikulum pendidikan
  • Semakan semula yuran persekolahan tahunan Sekolah Rendah Agama, Sekolah Agama Rakyat dan Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) sebagai galakan pembentukan sahsiah generasi muda Selangor
  • Menaikkan gaji atau elaun minimum guru SAR, SRA dan KAFA kepada RM1,500
  • Menaiktaraf SRJK (C) dan SRJK (T) terpilih di kawasan-kawasan yang dikenalpasti untuk dijadikan sekolah berprestasi tinggi untuk rakyat Selangor

Selangor lebih progresif

  • Membangunkan Koridor Baharu ‘Selangor Global Logistic Hub’ di kawasan antara Pelabuhan Klang, Kota Raja dan KLIA Sepang, menarik pelaburan asing dan membuka 560,000 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat Selangor
  • Pusat Transformasi Bandar di kesemua 14 PBT bagi menjana ekonomi dan IKS rakyat setempat, sebagai sokongan kepada Selangor Global Logistic Hub
  • Pusat khidmat setempat BISNES SELANGOR untuk mengurangkan kerenah birokrasi berkaitan perniagaan dan industri
  • Skim Mikrokredit Sayangi Selangor: Dana – RM250 juta untuk modal permulaan perniagaan

Selangor lebih mesra, alam lebih bersih

  • Modenisasi pengurusan sampah menggunakan konsep kitar semula dan penjanaan tenaga diperbaharui dengan kaedah baharu
  • Skim Pinjaman Janasuria Sayangi Selangor sehingga RM40,000 bagi rakyat yang ingin menyertai program Feed In Tariff menggunakan Tenaga Solar
  • Program dan Insentif Khas bagi pengurusan tenaga alternatif diperbaharui dan pemeliharaan alam sekitar yang efisien dan mesra untuk rumah, premis perniagaan dan perindustrian

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda