Monthly Archives: August 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 52

Pergerakan Pemuda UMnO cawangan Jalan Enggang ingin mengucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia Selamat Hari Kemerdekaan Ke 52. Marilah kita bersama tidak kira dari parti mana bersatu hati demi mempertahankan kedaulatan tanahair kita. Penulis agak sedih dengan sikap segelintir rakyat yang masih belum bersyukur dengan nikmat kemerdekaan ini sebaliknya semakin hari semakin biadap mempertikaikan kedaulatan negara kita seperti mempertikaikan jalur gemilang dan lagu kebangsaan.

Hari ini musuh negara bukan sahaja datang dari ancaman luar negara malah dari rakyat itu sendiri.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

PAS kekalkan kerusi DUN Permatang Pasir, majoriti 4,551

PAS mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dengan majoriti 4,551 undi di sebalik penurunan jumlah pemilih yang keluar mengundi.

Pada pilihan raya kecil ini, PAS diwakili Pesuruhjaya Pulau Pinang, Mohd. Salleh Man manakala Barisan Nasional (BN) pula Setiausaha Umno Permatang Pauh, Rohaizat Othman.

Salleh memperoleh 9,618 undi, sekali gus berjaya dalam percubaan kali keenam bertanding pilihan raya.

Dalam reaksinya, Salleh, 52, menyifatkan kemenangannya sebagai kejayaan bermakna bagi PAS dan Pakatan Rakyat.

“Ini menunjukkan Pakatan Rakyat berada dalam keadaan kukuh dan akan merapatkan kerjasama di kalangan anggota komponen Pakatan Rakyat,” kata beliau yang tiba di pusat penjumlahan undi IKBN pada pukul 6.30 petang dengan berpakaian batik.

Rohaizat, 38, pula mendapat 5,067 undi. Undi rosak adalah sebanyak 83.

Rohaizat menerima keputusan ini dengan menganggapnya sebagai satu proses demokrasi.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Salleh Man dan berharap beliau akan melaksanakan khidmat dengan baik kepada masyarakat Permatang Pasir,” kata beliau ketika dihubungi.

Jelas beliau, undi yang diperolehnya adalah konsisten dengan apa yang diterima pada Mac 2008 dan ia juga menunjukkan BN masih mempunyai sokongan padu. Seramai 14,832 orang ataupun 73.1 peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir hari ini. Jumlah pemilih adalah seramai 20,290 orang.

Pada Mac 2008, PAS memenangi kerusi Permatang Pasir buat kali ketiga berturut-turut dengan kelebihan 5,433 undi.

Keputusan rasmi pilihan raya kecil diumumkan oleh Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahya pada pukul 7.30 petang – tepat waktu berbuka puasa di sini.

Pengumuman kali ini, yang dilihat paling cepat berbanding mana-mana pilihan raya yang lain dibuat dalam waktu yang singkat.

Awalnya SPR telah bercadang untuk membuat pengumuman keputusan pada pukul 8 malam.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, kerusi itu dimenangi buat kali ketiga oleh Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman yang memperoleh 11,004 undi.

Ketika itu peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 82.5 peratus. Kali ini peratusan keluar mengundi hanya 73.1 peratus.

Beliau meninggal dunia pada 31 Julai lalu, sekali gus membuka laluan kepada pilihan raya kecil ini.

PAS dan BN turun gelanggang pilihan raya kecil ini masing-masing untuk mengekalkan dan merampas kerusi ini.

BN kehilangan kerusi ini pada tahun 1999.

Dalam pada itu, Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, keputusan hari ini merupakan pengertian bermakna kepada pihaknya selepas menang tipis pada pilihan raya DUN Manek Urai bulan lalu.

Mengenai penurunan majoriti, Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata, “saya hanya mengharapkan kemenangan walaupun satu undi.”

“Sebenarnya ami telah bekerja keras ke arah kemenangan lebih besar dan sebagaimana saya katakan sebelum ini, kemenangan dengan majoriti satu undi pun kemenangan juga,” katanya.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

ADUN Lunas keluar PKR

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Kedah, Mohd Radzhi Salleh bertindak keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan melepaskan semua jawatan dalam parti itu serta mengisytiharkan dirinya wakil rakyat Bebas selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti itu.

Ketika membuat perisytiharan itu di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam, beliau berkata, keputusan keluar parti itu dibuat berikutan pembubaran PKR Bahagian Padang Serai yang diumumkan Pemangku Ketua Bahagian itu, Jamaludin Abu Hassan yang turut mengisytiharkan keluar parti.

Beliau berkata, walaupun keluar PKR, beliau akan terus kekal berkhidmat menjadi wakil rakyat di kawasan itu sebagai ADUN Bebas di samping terus memberi sokongan kepada Kerajaan Pusat dan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sebagai Ahli Jawatankuasa PKR Cabang Padang Serai, saya patuh pada pembubaran cabang yang telah diumumkan bubar oleh Pemangku Ketua Cabang (Jamaludin). Saya tidak mempunyai pilihan lain kerana saya sendiri tidak bersetuju cara pimpinan negeri dan pusat mengendalikan parti.

“Sebagai wakil rakyat, saya bersimpati dengan keputusan itu (pembubaran) kerana mereka (ahli PKR Cabang Padang Serai) adalah orang yang bertanggungjawab memastikan kemenangan saya dalam pilihan raya lepas,” katanya.:

Menurutnya, beliau melihat PKR kini semakin ketara mengamalkan ‘politik kabilah’ apabila ahli-ahli kehilangan hak bersuara dan tindakan diambil terhadap mereka yang cuba bertindak sebaliknya malah dianggap pengkhianat.

“Dalam PKR, kita hanya boleh mendengar orang lain buat keputusan untuk diri kita dan jika kita membuat sebarang kenyataan, tunggulah tindakan apabila kita dianggap pengkhianat. Inikah yang dikatakan demokrasi yang diperjuangkan oleh parti itu?” katanya.

Beliau yang juga Exco Pelancongan Pembangunan Masyarakat serta Sumber Tenaga Manusia Kedah berkata, akan terus kekal dengan jawatan itu kerana soal pelantikan Exco negeri adalah kuasa Sultan Kedah.

“Saya akan menganggap diri masih Exco dan tidak menghantar surat peletakan jawatan kerana saya dilantik oleh Sultan Kedah. Terserah kepada Tuanku Sultan sama ada masih mahu mengekalkan saya atau tidak. Saya akan terima keputusan baginda dengan hati terbuka,” katanya.

Mengenai desas-desus kononnya beliau ‘dibeli’ parti tertentu hingga membuat keputusan itu, Mohd Radzhi berkata: “Kalau saya ‘dibeli’, sudah tentu saya bersama dengan pihak yang ‘membeli’, tidaklah saya isytihar diri sebagai ADUN Bebas.”

Pada Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lalu, Mohd Radzhi mengalahkan calon BN, S Ananthan dengan majoriti 10,323 undi.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Permatang Pasir: “Ketua Menteri Pakatan Rakyat” Janji Jawatan….Langkah Desperado!!

Pakatan Rakyat akan mencadangkan supaya Mohd Salleh Man dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) bagi menggantikan penyandang sekarang sekiranya calon PAS itu menang dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir 25 Ogos ini, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jawatan itu masih dipegang oleh setiausaha politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahabudin Yahaya dan tempoh perkhidmatannya akan tamat dua bulan lagi.

“Saya meminta pandangan (Ketua Menteri) YB Lim Guan Eng, untuk menyampaikan hasrat kita, termasuk PKR dan PAS itu. Kita doakan Ustaz Mohd Salleh Man menang.

“Dan sekiranya ini berlaku, kita akan kemukakan nama beliau untuk dipertimbangkan melalui ketua menteri, seterusnya kepada Tuan Yang Terutama ()(Yang Dipertua Negeri) dan kepada Yang di-Pertuan Agong supaya melantik Ustaz Mohd Salleh Man sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam negeri,” katanya.

Anwar memberitahu demikian dalam satu sidang media selepas menyampaikan tazkirah sempena majlis berbuka puasa di Surau Said Jalan Kampung Paya, Bukit Mertajam.

Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh berkata selepas kerajaan Pakatan pimpinan Lim menerajui negeri tersebut, jawatan tersebut, masih dipegang oleh Shahabudin.

“Selalunya mengikut kes biasa, perubahan itu berlaku awal, tetapi kita terimalah keadaan sekarang. Kita tunggu sampai tempohnya habis dalam dua bulan lagi, sebelum peralihan kuasa ini berlaku,” katanya.

Mohd Salleh Man yang juga pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, merupakan seorang guru agama yang berkelulusan Syariah dari Universiti Malaya.

Dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir Selasa ini, Mohd Salleh berdepan calon BN, Rohaizat Othman yang merupakan setiausaha Umno bahagian Permatang Pauh.

Menurut Anwar, Mohd Salleh dilihat mampu memantapkan institusi masjid, kegiatan agama Islam di masjid dan pengajian agama Islam di Pulau Pinang, memandangkan kerajaan negeri bercadang untuk menyediakan peruntukan kewangan yang lebih untuk tujuan tersebut, berbanding kerajaan BN sebelum ini.

Dalam sidang media itu juga, Anwar berkata kerajaan Pulau Pinang tidak mengumumkan cuti pada hari pengundian Selasa ini, tetapi akan mengambil langkah untuk memastikan pengundi pulang mengundi.

“Saya merayu agar pegawai kerajaan diberi waktu untuk mengundi dan pejabat ketua menteri, akan menguruskan supaya pengundi daripada kilang-kilang, berkerja mengikut syif dan diberi masa yang cukup untuk datang ke Permatang Pasir untuk mengundi,” katanya. – mkini

nota:

1. mengapa kali ini barulah ADUN PAS akan diberi jawatan…itu pun bukan jawatan exco..

2. Mengapa pengumuman ini dibuat oleh Anwar….adakah beliau KM Penang?

3. Sesudah tiada isu nasional utk dimainkan..mengapa serangan peribadi calon BN dilakukan…mana perginya nilai moral ..??

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Saya bersimpati Rohaizat terus dihentam, seorang baik

Bekas rakan kongsi firma guaman Rohaizat Othman, Yusri Isahak hari ini berkata, beliau bersimpati dengan rakannya itu – calon Barisan Nasional – yang kini teruk ‘dihentam’ pembangkang dalam kempen pilihan raya kecil Permatang Pasir berikutan kenyataannya sebelum ini bahawa beliau dijadikan ‘kambing hitam’ dalam isu pembatalan lesen peguam sivil dan penggunaan wang koperasi.

Pada sidang media kedua sejak 20 Ogos lalu, Yusri menjelaskan, beliau membuat kenyataan tempoh hari semata-mata untuk mempertahankan dirinya dan menjelaskan perkara sebenar.

Namun sejak itu, pelbagai tohmahan telah dilemparkan terhadap Rohaizat yang dilihat menyimpang daripada tujuan asalnya.

“Saya tidak berniat untuk menganiaya atau menyokong sesiapa. Apa yang terjadi harus dijadikan teladan, bukan hukuman. Secara tidak langsung, saya merasa dibabitkan sama dalam usaha memburuk-burukkan Rohaizat.

“Tetapi apabila Rohaizat dikeji sedemikian rupa, saya merasa bertanggungjawab untuk menjelaskan kedudukan saya selanjutnya dan juga menyampaikan apa yang saya rasa.

“Saya tidak boleh berdiam diri melihat kenyataan saya tempoh hari digunakan tanpa henti terhadap Rohaizat, seorang manusia yang saya kenal secara peribadi adalah seorang yang baik hati,” katanya.

Khamis lalu, Yusri, 39, mendakwa beliau dijadikan “kambing hitam” berhubung isu pembatalan lesen peguam sivil Rohaizat dan menyatakan urusan firma guaman mereka itu dilakukan dengan persetujuan Rohaizat.

Yusri berkata, media kedua hari ini diadakan kerana tidak mahu melihat Rohaizat terus dihentam parti pembangkang.

Isu Rohaizat mendominasi kempen pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir yang sedang berlangsung.

Kempen bermula Isnin lalu manakala pengundian adalah pada Isnin ini.

Kenyataan itu dibuat berikutan dakwaan yang mengatakan Rohaizat terlibat dalam penyelewengan melibatkan transaksi jual beli tanah yang diuruskan oleh Yusri bagi pihak Koperasi Pekebun-pekebun Getah Pulau Pinang.

Mengulas lanjut, Yusri berkata, beliau tetap mempertahankan kenyataan yang dibuatnya sebelum ini.

Bagaimanapun tegasnya, Rohaizat telah pun membetulkan kesilapan itu dan koperasi juga telah menarik kembali tuntutan mereka.

“Jika orang seperti Rohaizat dibiarkan dikeji dan dirosakkan nama baiknya semata-mata untuk kepentingan politik, akan hancurlah hidup seorang lagi manusia yang boleh membawa perubahan kepada masyarakat setempat,” katanya.

Beliau turut menafikan beliau dibayar oleh mana-mana pihak untuk mengeluarkan kenyataan berhubung Rohaizat sama ada kenyataan Khamis lalu atau hari ini.

nota: terlajak perahu boleh diundur…terlajak kata…buruk padahnya…

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Pergerakan Pemuda UMNO Jalan Enggang ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah Puasa kepada semua pembaca yang beragama Islam.

Gunakan bulan Al-Mubarak ini sebaik mungkin dengan aktiviti yang memberi kebaikan dunia dan akhirat. InsyaAllah

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Sultan Selangor tolak

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini dengan tegas menolak sebarang cadangan untuk menggunakan wang zakat bagi tujuan selain daripada membantu umat Islam dan pembangunan ummah di negeri ini.

Sehubungan itu baginda tidak mahu pihak luar daripada pentadbiran Lembaga Zakat Selangor (LZS) mencampuri hal ehwal pengurusan zakat di negeri ini.

Baginda juga berharap Jabatan Mufti Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dapat sama-sama berganding bahu memastikan pengurusan zakat dapat dijalankan dengan baik dan sempurna.

Titah baginda, pendekatan itu penting agar wang zakat dapat memberi manfaat kepada umat Islam di negeri ini dan diberkati Allah SWT.

“Beta tidak berkenan mereka yang luar daripada pentadbiran LZS campur tangan dalam pengurusan zakat di negeri ini,” titah baginda ketika merasmikan Konvensyen Integriti Pengurusan Zakat Selangor di sini.

Sultan Selangor bertitah, baginda sangat mengambil berat dan mengikuti pengurusan zakat di negeri ini kerana wang zakat dibayar oleh umat Islam bagi menunaikan salah satu daripada Rukun Islam.

Kenyataan Sultan Selangor itu sekali gus menjawab persoalan tentang penggunaan dana Baitulmal bagi tujuan-tujuan lain termasuk menampung kos pembangunan negeri.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Nik Aziz kata ahli UMNO takkan masuk syurga!!

semakin jahat mulut nik aziz ni!!

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata anggota Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Katanya terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota Umno.

“Islam bawah Umno tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga.

Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.Pengundian ialah pada 25 Ogos ini.

Pilihan raya kecil itu melibatkan calon Pas, Mohd Salleh Man, 52, yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, dan calon Barisan Nasional Rohaizat Othman, 38.Kawasan itu mempunyai 20,290 pengundi berdaftar. BERNAMA

14 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Jahil bukan alasan hina Islam

Kenyataan Mursyidul Am PAS kelmarin mungkin boleh ditafsirkan begini: Kita bebas berkata apa sahaja jika kita jahil mengenai sesuatu perkara. Dan mungkin memang begitulah yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat itu.

Jika dibaca secara tersurat mahupun tersirat, maknanya tetap sama.Pemimpin yang digelar Tuan Guru itu mengeluarkan kenyataan mengelirukan. Tetapi ia pasti dapat diterima oleh pakatan pembangkang.

Mengelirukan kerana beliau menegaskan, tidak salah sekiranya pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan menghina Islam. Alasannya mudah. DAP bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

“DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,” tegasnya.

Jika kenyataan pembelaan oleh Nik Abdul Aziz terhadap DAP itu dijadikan pegangan, maka, maknanya kita juga boleh menghina agama lain. Jika ada yang melenting, berikan sahaja jawapan mudah. Kita jahil mengenai agama tersebut.

Sekiranya kenyataan Nik Abdul Aziz itu diterima pakai, maka “kejahilan” boleh menjadi alasan kuat untuk kita bebas menghina mana-mana agama.

Itu adalah hujah yang diberikan oleh Mentri Besar Kelantan itu ketika cuba menangkis kritikan hebat orang Melayu dan umat Islam terhadap sikap segelintir pemimpin DAP kebelakangan ini.

Bayangkan jika kenyataan tidak bertanggungjawab itu dipersetujui oleh semua orang. Soal sensitiviti akan diketepikan. Maka tidak akan ada lagi sebarang usaha untuk “menjaga hati”. Kita bebas mengkritik apa sahaja walaupun sehingga ke tahap menghina.

Jika ada yang marah, jawab sahaja kita tidak faham tentang agama itu. Tidak perlu pun untuk mengeluarkan permohonan maaf.

Tetapi bayangkan sekiranya seorang pemimpin Umno mengeluarkan kenyataan menghina agama Kristian, Buddha, Hindu atau Sikh.

Adakah Nik Abdul Aziz akan mengeluarkan kenyataan yang sama? Adakah beliau akan membela pemimpin Umno tersebut dan memberitahu rakan satu pakatannya bahawa pemimpin Umno itu boleh berbuat demikian kerana beliau tidak faham mengenai agama tersebut?

Adakah pembelaan itu akan dilakukan oleh Nik Abdul Aziz. Rasanya tidak mungkin. Jauh panggang dari api.

Penulis tidak faham apa sebenarnya yang dirasai oleh Nik Abdul Aziz. Adakah beliau tidak sensitif walaupun agama suci anutannya ini diperlekehkan dan dirujuk dalam ayat berbentuk makian dan carutan sekali pun? Adakah beliau tidak sedar kesan buruk yang sedang menanti?

Seperti biasa apabila timbul sesuatu isu membabitkan sensitiviti agama, Tuan Guru ini akan menempelak pemimpin Umno. Dalam kenyataannya kelmarin, beliau menyalahkan sikap “pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam”. Dan yang dimaksudkannya itu pastinya pemimpin dari Umno. Menurutnya sikap itu menyebabkan agama itu tercemar dan telah disalahertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.

Tidak sedarkan beliau bahawa pemimpin yang dikatakannya menolak Islam itulah, yang kini tampil mendesak tindakan tegas agar Islam tidak lagi dihina?

Namun apakah peranan PAS dalam soal ini? Ke mana perginya ulama-ulama dalam parti itu? Adakah fenomena menjaga hati rakan satu pakatan membuatkan mereka terus menjadi seperti harimau kehilangan taring? Sampai bilakah mereka akan terus diibaratkan seperti kucing yang telah dikembiri?

Sanggupkah mereka membiarkan penghinaan itu dibuat dari semasa ke semasa tanpa berani bersuara hanya kerana ingin menjaga perpaduan di dalam pakatan?

Sampai bila lagi ulama-ulama di dalam PAS akan terus berdiam diri? Adakah menjaga hati rakan di dalam pakatan lebih penting daripada mempertahankan maruah agama?

Kenapa Nik Abdul Aziz dan pemimpin Pas yang lain tidak boleh menjadi seberani Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Bukankah menegakkan kebenaran itu tuntutan agama? Jika salah perlu dikatakan salah, bukan sebaliknya. Ketepikan soal “menjaga hati”, ini soal maruah Islam.

Harussani nampaknya sentiasa konsisten dalam semua kenyataannya. Tegas dan tidak pernah beralah pada desakan biar pun kedudukannya mungkin menjadi taruhan. Pastinya bagi beliau, yang penting adalah agama dan apa yang bakal dijawab olehnya di hadapan Tuhan nanti. Maka kenyataannya tidak pernah berunsur “menjaga batang leher sendiri”.

Ketegasan Harussani boleh dilihat apabila beliau kelmarin menegaskan bahawa mereka yang tidak menghormati institusi raja dan agama Islam boleh keluar dari negara ini. Katanya, kedua-dua perkara termaktub di dalam Perlembagaan.

Seperti kata Harussani, setiap orang Islam wajib mempertahankan agama daripada dihina. Malah umat Islam tidak boleh menyokong penghinaan itu dengan apa pun alasan. Maka hujah bahawa orang bukan Islam boleh menghina Islam hanya kerana dia tidak memahami Islam tentu merupakan hujah yang tidak masuk akal.

Jadi, apa yang dilakukan oleh Nik Abdul Aziz untuk membetulkan keadaan ini? Beliau sekadar menegaskan PAS akan berusaha meningkatkan kefahaman DAP terhadap Islam.

Katanya, Pas sebagai rakan kepada DAP dalam pakatan pembangkang, mengambil pendekatan memberi penerangan kepada pemimpin-pemimpin parti itu supaya mereka lebih memahami Islam.

Jika kenyataan itu boleh diterima, maka maknanya PAS cuba memberi kefahaman tentang Islam kepada rakan-rakan bukan Islam di dalam pakatan dengan mendekati mereka melalui “forum, wacana dan perbincangan”.

Namun rasanya PAS tidak melakukannya. Sekiranya ia mengambil pendekatan-pendekatan tersebut, sudah pasti apa yang dilakukan oleh PAS itu telah menemui kegagalan. Bayangkan pakatan PAS dengan PKR dan DAP telah pun dijalin sejak sekian lama.

Adakah tempoh tersebut masih belum cukup untuk PAS memahamkan pemimpin DAP mengenai Islam?

Atau mungkinkah pendekatan PAS itu tidak mendapat sambutan? Maka, rakan-rakan di dalam pakatan itu masih terus jahil tentang Islam dan akhirnya bebas menghina Islam hanya semata-mata kerana mereka “tidak faham”.

Sepatutnya Nik Abdul Aziz telah memberitahu rakan-rakan di dalam pakatan bahawa lebih baik untuk mereka berdiam diri sekiranya mereka tidak arif mengenai Islam.

Tuan Guru ini sepatutnya memberitahu rakan-rakannya bahawa sikap bodoh sombong tidak menguntungkan sesiapa.

Namun nampaknya Nik Abdul Aziz dan PAS gagal berbuat demikian. Mungkin mereka tidak berani bersuara kerana bimbang tidak dapat merasai kuasa yang dijanjikan oleh DAP dan PKR.

Jadi, apa lagi yang boleh diharapkan daripada Mursyidul Am PAS ini jika beliau menganggap isu serangan terhadap Islam hanya melibatkan serangan ke atas kerajaan yang ditunjangi oleh Umno.

Beliau sendiripun sejak awal-awal lagi telah menyatakan keengganan untuk campur tangan dalam isu kontroversi rakan-rakan sepakatannya sama ada di Selangor mahu pun di Pulau Pinang.

Mungkin umat Islam dan rumpun Melayu yang tercalar hati akibat penghinaan oleh segelintir pemimpin DAP ini hanya boleh mengharap tindakan undang-undang seperti yang disyorkan oleh Polis Diraja Malaysia.

Apa yang pasti, kita tidak lagi memerlukan permohonan maaf kerana ia pasti akan berulang jika tiada tindakan tegas dikenakan ke atas puak-puak yang biadap terhadap Islam ini. — Utusan Malaysia

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

7 Wasiat Raja-Raja Melayu

Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:

* Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
* Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
* Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
* Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
* Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
* Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
* Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

6 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda