Monthly Archives: April 2011

Video Seks: Shazryl Eskay Mahu Sumpah Laknat

KUALA LUMPUR: Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang merupakan salah seorang trio ‘Datuk T’ yang bertanggungjawab terhadap kontroversi video seks melibatkan pemimpin pembangkang, sedia bersumpah laknat pada Jumaat.

Beliau berkata, sumpah berkenaan akan dibuat bertujuan bagi memperakui dakwaannya sebelum ini bahawa pelaku dalam video seks tersebut adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Mengenai identiti sebenar pelaku video tersebut, saya berani bersumpah bahawa pelaku itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana saya sendiri berada di lokasi itu dan juga dalam paparan video berkenaan,” katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Selain itu, Shazryl Eskay turut mencabar Anwar untuk bersumpah laknat bersamanya sekiranya Ketua Umum Pakatan Rakyat itu masih menafikan bahawa beliau adalah pelaku dalam video seks berkenaan.

Sumpah laknat berkenaan akan dibuat di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul.

Hadir sama pada sidang media berkenaan ialah dua lagi rakan trio ‘Datuk T’ iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Shuib Lazim.

Ditanya sama ada kesemua mereka akan bersumpah laknat, Shazryl Eskay berkata beliau akan mewakili trio ‘Datuk T’ untuk melakukannya.

Mengulas lanjut, Shazryl Eskay berkata pihaknya sedar balasan yang bakal mereka terima sekiranya pendedahan video seks berkenaan merupakan satu fitnah.

“Kami tampil ke hadapan dan mengambil risiko dengan menayangkan video berkenaan, kami sedar apakah balasannya di akhirat sekiranya kami melakukan fitnah.

“Kami percaya berada pada pihak yang benar dan yang penting rakyat di negara ini perlu tahu siapa sebenarnya Anwar kerana beliau tidak layak menjadi pemimpin negara ini,” katanya.

Shazryl Eskay yang juga seorang ahli perniagaan berkata beliau dan dua lagi rakannya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pendedahan berkenaan bagi membuktikan kebenaran.

“Demi Allah yang maha mengetahui, tindakan yang kami ambil ini adalah semata-mata bertujuan untuk menzahirkan kebenaran dan bukan sekali-kali memfitnah atau bagi memenuhi kepentingan pihak-pihak tertentu atau kepentingan kami sendiri.

“Dengan nama Allah, Rasulullah (saw), rakyat dan anak-anak cucu kita, saya dan rakan-rakan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pendedahan tersebut,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai sampel asid deoksiribonukleik (DNA) yang diserahkannya kepada polis pada Rabu, Shazryl Eskay berkata beliau menyerahkan calitan air liurnya bagi membantu siasatan kes berkenaan.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pemuda UMNO desak identiti pelaku seks didedah

SHAH ALAM 25 April – Pergerakan Pemuda UMNO negeri mendesak polis mendedahkan identiti pelaku dalam video aksi seks yang dikatakan mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangannya, Safarizul Mustafa berkata, pendedahan itu penting bagi mengelakkan kekeliruan kepada rakyat yang masih samar sama ada pelaku di dalam video itu adalah Anwar atau bukan.

Ini kerana katanya, pada awal pendedahan yang dibuat oleh trio ‘Datuk T’, hanya beberapa wakil media sahaja yang dipertontonkan keseluruhan video tersebut dan mereka boleh menilai sendiri wajah pelakon lelaki terbabit.

“Namun bagaimana dengan masyarakat khususnya penyokong-penyokong parti pembangkang, mereka juga harus menilai sendiri ‘wajah sebenar’ pemimpin kesayangan mereka.

“Sebelum ini, mereka dengan sewenang-wenangnya menuduh UMNO, Barisan Nasional (BN) dan polis sebagai dalang penyebaran video tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Menurut Safarizul, pendedahan ini juga penting kerana ia melibatkan soal moral pemimpin parti pembangkang yang diuar-uarkan mahu menjadi Perdana Menteri jika mereka berjaya merampas pentadbiran negara.

Sehubungan itu, kata beliau, polis bertanggungjawab mendedahkan segera ‘pelaku lelaki’ dalam video tersebut bagi mengelakkan kekeliruan dalam masyarakat.

”Biar masyarakat menentukan sendiri hukuman yang sewajarnya dikenakan terhadap pelakon ‘rosak akhlak’ tersebut,” katanya.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Awas Peragut!

Berikutan kejadian kes ragut yg berlaku di Jalan Enggang Selatan minggu lepas, pihak kami ingin menasihatkan semua penduduk di taman keramat agar lebih berhati-hati ketika berjalan secara bersendirian terutama pada waktu kurang sibuk. Pihak kami telah pun menaikkan sebanyak 10 banner di sekitar taman keramat sebagai usaha kami untuk meningkatkan semua penduduk mengenai jenayah ragut ini.



nota: gambar di dalam banner tiada kaitan dengan kes ragut yg berlaku. hanya hiasan. terima kasih

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Jawapan Kepada Buku Jingga Pakatan Rakyat


Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

16 Sept: RPK kata jadi mangsa janji Anwar

Pengendali blog Malaysia TodayRaja Petra Kamaruddin berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah hilang kredibiliti dan terbukti gagal menunjukkan kepimpinan yang efektif sejak janjinya pakatan pembangkang menubuhkan kerajaan pada 16 September 2008 tidak menjadi kenyataan.

NONEMengakui turut menjadi mangsa janji Anwar itu, Raja Petra berkata Ketua Pembangkang itu pernah memberi harapan palsu kepadanya semasa beliau dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kamunting, Perak, lapor Bernama.

“Anwar datang ke mahkamah kerana ada dua kes yang berjalan serentak dan beritahu saya jangan susah (hati), tidak lama lagi awak akan keluar sebab kita akan bentuk kerajaan pada 16 September,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3 Datuk Ashraf Abdullah di Perth, Australia baru-baru ini.

Rakaman temu bual bahagian kedua itu disiarkan dalam Buletin Utama TV3 malam ini.

Berikut ialah transkrip siaran berkenaan

Janji bentuk kerajaan 16 September 2008, tapi sehingga kini kabinet bayangan pun belum menjadi kenyataan.

NONEKerana ideologi yang berlainan, menurut Raja Petra, pakatan pembangkang tidak mungkin bersepakat.

Ini semakin melunturkan harapan pengundi yang memberikan kepercayaan kepada pembangkang pada pilihanraya umum lalu.

Raja Petra: “Dan oleh kerana isu 16 September di mana orang ramai percaya kepada janji Anwar yang lebih kurang menjamin 16 September termasuk saya, ketika itu saya di bawah tahanan ISA di Kamunting, Anwar ada berjumpa saya di mahkamah, Anwar datang ke mahkamah kerana ada dua kes yang berjalan serentak dan beliau bagi tahu jangan susah tak lama lagi awak akan keluar sebab kita akan bentuk kerajaan 16 September”

Hakikatnya kata beliau, parti pembangkang tidak sehaluan.

Raja Petra: “Misalan sekarang pun sudah timbul soalan shadow kabinet, Anwar kata tak perlu shadow kabinet..tapi istilah shadow kabinet ialah seorang ahli pembangkang menjadi shadow kepada seorang ahli kabinet, tak semestinya shadow kabinet ialah kabinet yang bersedia untuk memerintah. Tapi sekiranya shadow kabinet pun kita tak mampu tubuh, macam mana nak perintah? Siapa ahli kabinet. Pengundi-pengundi ingin tahu.”

Raja Petra: “Jadi sekiranya sebagai pembangkang pun belum boleh buktikan kebolehan kita, bagaimana pengundi nak yakin bahawasanya pembangkang boleh menjadi kerajaan, sebab menjadi pembangkang lebih senang, kerana apabila kita jadi pembangkang, kita membangkang saja, kita tak perlu laksanakan. Tetapi apabila kita menjadi kerajaan, kit perlu laksanakan apa yang kita kritik semasa kita menjadi pembangkang. That is not so easy…kritik senang. Melaksanakan apa yang kita cakap, itu lagi susah. Tetapi kalau sebagai pembangkang pun gagal, sudah tentu rakyat kurang yakin sebagai satu kerajaan.”

Menurut Raja Petra, kes liwat yang dihadapi Datuk Seri Anwar juga banyak menimbulkan kekeliruan dikalangan rakyat.

Raja Petra: “Sekarang ini kebanyakan orang mereka keliru sebab timbul isu ini postpone, pergi mahkamah ini, postpone. Orang tak mampu follow. Kita kena faham, bukan semua orang lawyer. Kadang-kadang lawyer sendiri pun keliru, lagikan pulak orang macam kita yang bukan lawyer. So lama-lama orang dah tak boleh ikut kes ini, too confusing, tak tahu what is going on … baik selesai saja kes ini once and for all.”

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Raja Petra nafi tuduh Najib atau Rosmah terlibat kes pembunuhan Altantuya

Pengendali Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin mendedahkan akuan bersumpahnya yang mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu adalah berdasarkan maklumat dan desakan beberapa individu bertujuan menyekat Najib daripada menjadi Perdana Menteri.
Katanya beliau sendiri tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu dan beliau kini tidak lagi mempercayai cerita individu tersebut.
Individu tersebut mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mereka mendesak tindakan itu diambil bagi menyekat Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Tun Abdullah Ahmad Badawi yang akan meletakkan jawatan.
“Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil kot. Takkanlah isteri Perdana Menteri nak pergi ke tempat itu, kawasan itu tempat hutan. Dan saya dok fikir nak panjat bukit, masuk hutan tengah tengah malam, pukul 12 malam, saya ingat mustahil kot,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3 Datuk Ashraf Abdullah di Perth, Australia baru-baru ini.
Rakaman temu bual itu disiarkan dalam Buletin Utama TV3 malam ini.
Bernama melaporkan Raja Petra berkata dalam Akuan sumpah (SD) yang dibuatnya pada 18 Jun 2008, menyatakan beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya Rosmah berada di tempat kejadian semasa Altantuya dibunuh.
“Di dalam SD saya tadi saya telah bercerita bahawasanya orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita, dan pihak berkuasa perlu siasat dan panggillah orang ini.
“Itu yang saya tulis dalam SD. Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata saya tahu yang isteri timbalan perdana menteri semasa itu ada di tempat kejadian,” katanya.
Beliau berkata: “Saya tidak cakap. Saya tidak buat satu tuduhan seperti berikut. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini lebih lanjut lagi, dan untuk orang-orang ini ke depan.

 

 

“Dan saya sebut nama-nama orang ini. Saya sebut semasa siasatan polis,” katanya.

Raja Petra berkata individu yang memberinya maklumat tersebut terdiri daripada Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan penulis blog Din Merican.
Selain itu, seorang pegawai perisik angkatan tentera yang dikenali sebagai Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama.
Beliau berkata dalam pertemuan dengan Nik Azmi, beliau telah bertanya kepada Nik Azmi kenapa beliau didesak untuk membuat akuan bersumpah itu dan bertanya “Apa yang kau harapkan untuk dicapai? Dia kata Pak Lah akan letak jawatan, kalau kita tak sekat Najib, Najib akan menjadi perdana menteri, ganti Pak Lah.”
Raja Petra berkata beliau kemudian meminta Din Merican untuk mendapatkan pengesahan daripada Anwar.
“Din Merican pun hubungi saya balik, dia kata dia dah cakap dengan Anwar dan Anwar pun bagi lampu hijau. Dia kata okey, orang ini tak ada masalah, apa dia cakap kita boleh percaya.
“Anwar pun kenal baik dengan dia ini dan dia pun biasa jumpa Anwar..Leftenan Kolonel ini, dan dia pun banyak bercerita kepada Anwar tentang isu ini…dia kata teruskan. Saya pun teruskan,” katanya.
Raja Petra berkata kesemua individu ini berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau didakwa di mahkamah.
Sementara itu, TV3 akan menyiarkan sambungan temu bual eksklusifnya dengan Raja Petra pada Khamis dalam Buletin Utama pukul 8 malam.-13/4/2011

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pemimpin Pembangkang Bukan Saja Luput Tarikh Malah Amal Politik Anak Beranak

KUALA LUMPUR, 13 April – Ibarat kata bidalan “buah semangka berdaun sireh, pandai mengata, dia yang lebih”.  Kata bidalan ini sesuai ditujukan kepada pemimpin pakatan pembangkang yang ketika ini begitu gila menyerang Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud.

Alasan serangan mereka ialah Tan Sri Taib sudah lama menerajui Sarawak.  Serangan yang sama juga satu ketika dulu dikenakan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Mereka kata Dr Mahathir mahu berkuasa hingga menongkat langit, mereka tuduh Dr Mahathir amal kronisme dan nepotisme.  Tapi kita yakin rakyat sekarang sedang mentertawakan mereka (pemimpin pembangkang) kerana apa yang mereka dakwa itu terpalit ke muka sendiri”, kata Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor, Safarizul Mustafa.

“Sekarang pada pilihanraya Sarawak, mereka serang Tan Sri Taib Mahmud pula dengan mendakwa sudah lama menerajui Sarawak selama 30 tahun tapi dia lupa pula nak bandingkan dengan diri sendiri.  Kit Siang sudah 42 tahun. Karpal 37 tahun, Nik Aziz 44 tahun, Hadi Awang 29 tahun dan Anwar Ibrahim 30 tahun”, ujarnya.

Malah tegas beliau lagi lebih teruk mereka bukan saja sudah lama tapi kuasa yang ada pada mereka juga cuba diperturunkan kepada anak beranak mereka.

“Dalam DAP, Lim Kit Siang ada anak Lim Guang Eng yang kini jadi Setiausaha Agung DAP dan juga Ketua Menteri Pulau Pinang. Presiden DAP pula, Karpal Sing ada Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen Puchong dan Jagdeep Singh Deo, ADUN Datuk Keramat, Pulau Pinang yang saling tak tumpah macam bapanya juga.

“Apa yang paling klasik ialah apa yang berlaku di dalam PKR. Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim disokong kuat oleh isteri yang juga Presiden PKR dan anak sulungnya Nurul Izzah yang kini merupakan Naib Presiden PKR. Mereka bukan sahaja aktif berpolitik tetapi juga menerajui kepimpinan Parti Keadilan Rakyat,” ujarnya.

Jelas beliau lagi pemimpin pembangkang ini bukan sahaja sudah luput tarikh dalam politik, malah kepimpinan dan politik anak-beranak dalam kepimpinan mereka seakan-akan mahu merubah makna dan pengertian definisi nepotisme dan pengertian kronisme bila mereka berkuasa.

“Ia juga membuktikan betapa ‘jijiknya’ pembinaan dinasti politik yang diatur pemimpin pembangkang hari ini.

“Inilah yang menariknya politik di Malaysia, kita ada barisan pembangkang ’Parti Anak Beranak Melayu, Cina Dan Benggali’. Sesuatu yang menyeronokkan kerana belum pernah terjadi di mana-mana negarapun. Apa yang dapat kita lihat ini, pakatan pembangkang boleh masuk ’Guiness Book Of World Record’”, katanya. -MediaUMNO

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Majlis Ramah Mesra dan Dialog – UMNO cawangan Jalan Enggang

Alhamdulillah majlis ini telah berjaya diadakan pada 10 April 2011 di Jalan Enggang Utara. Majlis diserikan lagi dengan sumbangan kepada anak yatim dan warga emas yang tinggal di sekitar kawasan Jalan Enggang.

Lebih kurang 150-180 tetamu telah hadir ke majlis ini termasuk ketua  umno bahagian Ampang, Dato Ismail Kijo dan tetamu jemput Dato Khairun Tan Sri Aseh, EXCO Pemuda UMNO Malaysia.

 

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Video Seks ehem-ehem…Anda Tentukan

bukan utk buka pekung…tapi anda sendiri pasti nk lihat..adakah ini ‘doctored’ video…betulkah DSAI di dalam video…lihat dan nilai

klik sini



Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Senarai Penuh Calon BN Bagi Pilihanraya Umum Negeri Sarawak

Berikut ialah senarai calon BN:

– Ranum Anak Muda (SUPP) (Opar)

– Datuk Peter Nansian Anak Ngusie (SPDP) (Tasik Biru)

– Tan Sri Adenan Satem (PBB) (Tg Datu)

– Dr Abdul Rahman Junaidi (PBB) (Pantai Damai)

– Dr Hazaland Abang Hipni (PBB) (Demak Laut) (muka baru)

– Datuk Daud Abdul Rahman (PBB) (Tupong)

– Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (PBB) (Samariang)

– Datuk Amar Abang Johari Openg (PBB) (Satok)

– Sim Kiang Chiok (SUPP) (Padungan) (muka baru)

– Prof Dr Sim Kui Hian (SUPP) (Pending) (muka baru)

– Sih Hua Tong (SUPP) (Batu Lintang) (muka baru)

–  Datuk Alfred Yap (SUPP) (Kota Sentosa)

– Tan Joo Phoi (SUPP) (Batu Kawah)

– Abdul Karim Rahman Hamzah (PBB) (Asajaya)

– Datuk Seri Mohd Ali Mahmud (PBB) (Muara Tuang)

– Dr Belek @ Jerip Anak Susil (SUPP) (Bengoh)

– Roland Sagah (PBB) (Tarat)

– Datuk Seri Michael Manyin Anak Jawong (PBB) (Tebedu)

– Marin Ben (PBB) (Kedup) (muka baru)

– Aidel Lariwoo (PBB) (Sadong Jaya) (muka baru)

– Naroden Majais (PBB) (Simunjan)

– Julaihi Narawi (PBB) (Sebuyau)

– Simoi Peri (PBB) (Lingga)

– Razali Ghapor (PBB) (Beting Maro) (muka baru)

– Balai Ringin (PRS) (Balai Ringin)

– Mong Anak Dagang (PRS) (Bukit Begunan)

– Dauk Francis Harden Anak Hollis (SUPP) (Simanggang)

– Dr Johnichal Rayong (SUPP) (Engkilili)

– Malcom Mussen Anak Lamoh (PRS) (Batang Ai)

– Razi Sitam (PBB) (Saribas) (muka baru)

– Tan Sri Alfred Jabu (PBB) (Layar)

– Robert Lawson Chuat Anak Vincent (PBB) (Bukit Saban)

– Abdul Wahab Aziz (PBB) (Kalaka)

– Datuk Peter Nyarok Anak Entrie (SPDP) (Krian)

– Datuk Len Talif Salleh (PBB) (Belawai) (muka baru)

– Dolah Saidol (PBB) (Semop) (muka baru)

– Murni Suhaili (PBB) (Daro)

– Abu Seman Jahwie (PBB) (Jemoreng)

– Datuk David Teng (SUPP) (Repok)

– Ling Kie King (SUPP) (Meradong) (muka baru)

– Datuk Seri William Mawan (SPDP) (Pakan)

– Wong Anak Judat (SPDP) (Meluan)

– Alexander Vincent (PRS) (Ngemah)

– Datuk Gramong Juna (PBB) (Machan)

– Chieng Buong Toon (SUPP) (Bukit Assek) (muka baru)

– Datuk Tiong Thai King (SUPP) (Dudong) (muka baru)

– Datuk Seri Wong Soon Koh (SUPP) (Bawang Assan)

– Vincent Goh (SUPP) (Pelawan)

– Dr Annuar Rapee (PBB) (Nangka) (muka baru)

– Datuk Fatimah Abdullah (PBB) (Dalat)

– Tan Sri Abdul Taib Mahmud (PBB) (Balingian)

– Joseph Mauh Anak Ikeh (PRS) (Tamin)

– John Sikie Anak Tayai (PRS) (Kakus)

– Stanley Unja (PRS) (Pelagus) (muka baru)

– Ambrose Blikau Anak Enturan (PBB) (Katibas)

– Datuk Seri Dr James Masing (PRS) (Baleh)

– Liwan Lagang (PRS) (Belaga)

– Datuk Talib Zulpilip (PBB) (Jepak)

– Henry Ling (SUPP) (Kidurong) (muka baru)

– Dr Stephen Rundi Anak Utom (PBB) (Kemena)

– Rosey Yunus (SPDP) (Bekenu)

– Ripin Lamat (PBB) (Lambir) (muka baru)

– Tan Sri Dr George Chan (SUPP) (Piasau)

– Andy Chia (SUPP) (Pujut)

– Datuk Lee Kim Shin (SUPP) (Senadin)

– Sylvester Entrie Anak Muran (SPDP) (Marudi)

– Dennis Ngau (PBB) (Telang Usan) (muka baru)

– Dr Abdul Rahman  Ismail (PBB) (Bukit Kota)

– Paulus Anak Gumbang (SPDP) (Batu Danau)

– Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (PBB) (Bukit Sari)

Nota: Calon BN bagi kerusi Ba’kelalan (N 70) tidak diumum hari ini.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda