Monthly Archives: December 2009

2010

selamat tahun baru masihi 2010 kepada semua pembaca

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

selamat hari natal

Pergerakan pemuda UMNO cawangan jalan enggang ingin mengucapkan selamat menyambut hari natal buat semua pembaca yang beragama Kristian. Kepada penganut agama lain, selamat bercuti!

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Tahniah Malaysia

Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Jalan Enggang ingin merakamkan ucapan tahniah buat pasukan bola sepak negara yang berjaya ke perlawanan akhir Sukan Sea selepas menewaskan pasukan Laos 3 – 1.

Ayuh buktikan semangat 1Malaysia!

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

cakap tak serupa bikin!!

1. Nizar cakap kerajaan Perlu Pegang Pada Prinsip Kebebasan Bersuara

2. Cara cakap konon PR menghormati kebebasan bersuara!!

3. Kalau betul hormati kebebasan bersuara….suruh lah Anwar Ibrahim, Teresa Kok, Zaid Ibrahim tarik balik semua saman mereka!!

4. Mana kebebasan suara yang dilaung2kan oleh Pakatan Rakyat???

5. Cakap tak serupa bikin!!

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Wakil Rakyat DAP Akui Sebar SMS memperlekehkan BN

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pinang dari DAP Koid Teng Guan mengakui dan memohon maaf kerana menyebarkan teks khidmat pesanan ringkas (SMs) yang memperlekehkan Barisan Nasional (BN) kepada lebih 400 individu semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Selasa.

Koid berkata beliau menyesali perbuatannya itu yang jelas tidak wajar bagi dirinya sebagai seorang wakil rakyat untuk berbuat demikian.

“Saya ikhlas memohon maaf dan saya tidak akan mengulangi perbuatan itu, menyebarkan mesej yang tidak sepatutnya yang mempersendakan lawan politik saya,” katanya pada sidang akhbar di bangunan Dewan Undangan Negeri hari ini.

SMS itu dipercayai berasal daripada seorang penyokong pakatan pembangkang yang memperlekehkan parti-parti komponen BN dan menggesa rakyat menghantar mereka ke neraka.

Exco kerajaan negeri Phee Boon Poh, Adun Pulau Tikus Koay Teng Hai, setiausaha politik ketua menteri Lim Guan Eng, Ng Wei Aik dan Adun Tanjung Bungah Teh Yee Cheu turut hadir pada sidang akhbar itu sebagai tanda sokongan kepada Koid dan kekesalan kerajaan negeri berhubung perkara itu.

Sementara itu, Setiausaha Biro Komunikasi dan Publisiti Gerakan negeri Dr Thor Teong Gee menyelar perbuatan Koid dan menyatakan wakil rakyat itu memberikan contoh yang buruk.

“Kejadian terbaru SMS ini juga menunjukkan beliau tidak menumpukan perhatian kepada prosiding sidang Dewan Undangan Negeri.

Kami juga mendapat maklumat yang Koid dan Ketua Menteri mempunyai hubungan kekeluargaan.

“Kami tidak tahu sama ada ini benar. Jika ya, mungkin Lim, yang juga setiausaha agung DAP, akan mendapati sukar untuk mengambil tindakan terhadapnya. Jika maklumat ini tidak tepat, kami harap Lim akan maklumkan kepada kami,” katanya.

Thor berkata menurut laporan akhbar berbahasa Cina, Koid juga gagal mengambil tindakan terhadap aduan dan masalah yang dihadapi pengundinya di Sungai Pinang.

Gerakan dan MCA negeri sebelum ini menggesa Lim mengarahkan Koid supaya meletakkan jawatan sebagai Adun, memberikan contoh kejadian sebelum ini melibatkannya, seperti memplagiat soalan bertulis bekas wakil rakyat BN bagi sidang DUN tahun lepas dan bergaduh dengan polis dekat bangunan DUN Perak awal tahun ini, yang beliau turut ditahan kerana menyertai satu perhimpunan haram.- BERNAMA

sememangnya org biaDAP akan biaDAP tak kira masa

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda