Monthly Archives: May 2009

Kerajaan tak benar Chin Peng balik

Kerajaan tidak akan membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng kembali menetap di negara ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata kepulangan bekas pengganas itu hanya akan menimbulkan rasa tidak puas terutama sekali kepada pejuang negara dan ahli keluarga mereka yang terkorban angkara pemberontakan PKM dari tahun 1948 hingga 1981.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini ketika diminta mengulas saranan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan supaya kerajaan membenarkan Chin Peng pulang dari Thailand untuk menetap di Malaysia dengan alasan bekas pemimpin komunis itu bukan lagi merupakan ancaman terhadap keselamatan negara.

Kenyataan Teng itu mencetuskan kecaman hebat pelbagai pihak termasuk Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyifatkan usaha membawa pulang Chin Peng sebagai satu tindakan yang akan menghiris perasaan seluruh anggota dan bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia.

Mengenai Ketua Jemaah Islamiah Singapura, Mas Selamat Kastari, yang diberkas di Jophor barubaru ini, Najib berkata dia kini ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kamunting selama dua tahun bagi membolehkan kerajaan mengumpul lebih banyak maklumat yang diperlukan.

Katanya Mas Selamat merupakan ancaman terhadap keselamatan Malaysia dan Singapura, justeru penahanan itu merupakan sesuatu yang wajar dilakukan.

“(Penahanan) ini merupakan keputusan Malaysia namun saya pasti jika dia berada di Singapura, dia akan ditahan juga. Saya tak nampak mengapa Singapura hendak membebaskan Mas Selamat,” katanya. BERNAMA

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

rakaman rasuah Penanti…

sila layari

http://www.pisau.net/2009/05/pkr-n12-ekslusif-bukti-gambar-rakaman.html

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Husam vs Ezam = Husam Cabut Lari..

Apa sudah jadi dengan calon Tim Presiden Pas ini…semalam sepatutnya berhujah dengan Sdr Ezam….tapi tarik diri saat akhir…

berita penuh

http://umnobtp.blogspot.com/2009/05/ezam-vs-husam-husam-bacul-chicken-run.html

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

‘Mogok lapar’ ditolak oleh Islam

MOGOK lapar selama 72 jam yang bermula semalam, menurut bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, bertujuan menggesa Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan hak (mengundi) dikembalikan kepada rakyat.

Dr. Mohd Asri ketika ditanya apakah hukumnya bagi seorang muslim yang menyertai mogok lapar menjawab:

“Dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara (the ends do not justify the means). Apa sekalipun hasrat baik tidak boleh dihalalkan dengan cara yang tidak diterima oleh syariat. Mogok lapar adalah satu penyeksaan diri sendiri yang mempunyai ‘nilai ketidakcerdikan’ yang amat sangat.

“Memang, pada zaman Nabi ia pernah dibuat oleh ibubapa kuffar Quraish bagi membantah anak-anak mereka menganut Islam. Namun itu adalah kebodohan kaum Quraish.

“Para Nabi a.s. dan pengikut mereka telah menentang berbagai sistem dan kezaliman, tiada seorang pun di kalangan mereka yang melancarkan mogok lapar. Allah tidak pernah mensyariatkan hal itu sama sekali.

“Mungkin Gandhi pernah menjadi contoh dalam hal itu. Tetapi tidak para pejuang Islam. Jika ada pun seseorang berpuasa dengan cara yang diajar oleh Allah dan RasulNya. Bukan untuk membantah sesiapa, tetapi mendekatkan diri kepada Allah.

“Itupun dilarang ‘wisal’ dalam puasa, maksudnya berterusan tanpa buka setelah masuk waktu berbuka. Malanglah, jika umat Islam terpengaruh dengan pendekatan yang bukan Islamic, bukan memperkenalkan kematangan pemikiran Islam.

“Jika seseorang mati dalam mogok lapar, ia termasuk dalam hukum membunuh diri. Ini seperti dalam hadis al-Bukhari, dalam sebuah peperangan, ada seorang pejuang telah berjuang dengan hebat sehingga dia dipuji oleh para sahabat.

“Nabi memberitahu mereka dia ahli nereka. Mereka hairan. Namun apabila diperiksa didapati dia membunuh diri kerana tidak sabar atas kecederaan yang dialaminya. Dengan itu, bagi saya jika ‘pejuang mogok lapar’ mati dia termasuk dalam hadis ini.

“Orang politik mungkin menghalalkan apa sahaja untuk politik mereka, tetapi para pejuang prinsip hendaklah berpegang kepada prinsip tanpa mengira siapa pun,” katanya Dr. Mohd Asri yang kini berada di Lampeter, United Kingdom menerusi emel.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Mogok lapar : 8 wakil rakyat ditahan di Wisma DAP

Sekurang-kurang lapan wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran, bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar ditahan polis selepas perasmian mogok lapar anjuran Pakatan Rakyat.

Mereka antara 14 orang yang ditahan awal tadi, termasuk lima pekerja dari firma pengurusan majlis yang dilantik Pakatan Rakyat ditahan polis ketika cuba menguruskan mogok lapar di luar Wisma DAP di sini pagi ini.

Mereka ditahan kira-kira 7 pagi tadi.

Bagaimanapunt tiada maklumat lengkap diperolehi tentang status mereka, setakat ini.

Sekurang-kurangnya 50 anggota polis termasuk yang berpakaian biasa dan FRU mengawalsekitar ibu pejabat DAP negeri itu.

PR melancarkan mogok lapar selama 72 jam di ibu pejabat DAP itu mulai 11 pagi bagi mendesak dewan dibubarkan untuk memboleh satu pilihanraya negeri dipanggil sebagai langkah penyelesaian kemelut politik yang berlarutan sejak Februari lalu.

Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan bekas speaker PR V Sivakumar dijadual melancarkan dan menyertai mogok lapar tersebut.

Beberapa ADUN Pakatan dan penyokong DAP, PAS dan PKR dijangka menyertainya sebagai bantahan terhadap kerajaan BN untuk membubarkan DUN.

Mogok lapar ini akan berakhir di pejabat PAS Perak petang Khamis ini.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Aminah dakwa PKR tawar RM80,000 ganjaran tarik diri

Calon Bebas, Aminah Abdullah mendedahkan beliau ditawarkan ganjaran RM80,000 oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Selain daripada tawaran ganti rugi wang perbelanjaan bagi kegunaan pilihan raya, PKR juga menjanjikan untuk membayar kembali wang deposit sebanyak RM5,000 kepadanya.

“Mereka tawarkan RM80,000 dan janji nak bayar balik wang deposit kepada Kak Min (Amninah),” katanya pada sidang media di bilik gerakannya di Simpang Tiga Kubang Ulu di sini hari ini.

Menurut Aminah pada 13 Mei lalu, beliau didatangi oleh dua orang wakil PKR iaitu Pegawai Khas kepada Exco PKR Pulau Pinang dan seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Pusat bagi membincangkan mengenai tawaran tersebut.

Malah Aminah juga mendakwa kehadiran dua wakil tersebut mendapat restu daripada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Jelasnya selain tawaran agar beliau menarik diri, wakil tersebut juga memberikan tawaran alternatif kepadanya iaitu berupa jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan Yang Dipertua Majlis (YDP) Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sekiranya beliau menang pada pilihan raya kecil DUN Penanti.

“Kak Min juga ditawarkan jawatan TKM 1 dan YDP MPPP tapi dengan syarat selepas menang Kak Min sertai semula PKR,” katanya.

Menerusi sidang media itu Aminah turut mengedarkan salinan rakaman perbualan selama lebih tiga jam antara beliau dan dua wakil PKR tersebut yang dirakam secara rahsia sebagai bukti kepada pihak media.

“Cakera padat ini tidak akan berbohong kepada rakyat Penanti dan juga rakyat Malaysia, ia merekodkan semua perbualan kami dan dalam perbincangan itu juga mereka menceritakan tentang masalah dalaman PKR,” katanya.

Menurut Aminah, beliau akan membuat laporan dan mengemukakan bukti berhubung tawaran tersebut kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok untuk tindakan susulan.

Bagaimanapun katanya, buat masa ini beliau tidak bercadang untuk mengemukakan pendedahan ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kak Min nak bagi dulu kepada SPR biar mereka buat keputusan kerana mereka bertanggungjawab dalam soal pilihan raya ini.

“Laporan kepada SPRM kemudianlah… sekarang kita pergi kepada SPR dulu, tengok dula apa tindakan yang akan diambil,” katanya yang akan mengemukan beberapa bukti termasuk rakaman perbualan dan juga foto yang dirakamkan sewaktu pertemuan tersebut.

Aminah yang juga bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang berkata, selepas pertemuan pertama, beliau didatangi sekali lagi oleh wakil PKR bagi mendapatkan maklum balas berhubung tawaran yang diberikan pada pertemuan pertama.

“Selepas itu mereka ada datang lagi, kali ini bukan di rumah.

“Tujuan kali kedua ialah untuk tanya pendirian Kak Min, kali ini pun kita rakam juga perbualan,” katanya yang enggan mendedahkan dengan lebih lanjut berhubung pertemuan kedua tersebut.

Bagaimanapun Aminah berkata, beliau tidak menerima tawaran yang diberikan kerana baginya maruah dan harga diri tidak boleh dibeli.

“Kak Min ada maruah dan harga diri yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit,” katanya.

Ditanya mengapa beliau tidak mendedahkan perkara tersebut pada hari penamaan calon pada Sabtu lalu dan mengemukakan bantahan terhadap calon PKR, Aminah berkata pada permulaannya beliau tidak bercadang untuk mendedahkan mengenai tawaran tersebut.

“Kak Min tak berniat nak dedahkan sebenarnya, tapi selepas Datuk Zahrain (Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim) mencabar Kak Min supaya kemukakan bukti… baru Kak Min nak kemukakan.

“Lagi pun Kak Min tak mau menang pecuma kalau pencalonan mereka (PKR) terbatal,” katanya.

Ditanya sama ada beliau ada menerima sebarang ugutan ekoran pendedahannya itu, Aminah berkata buat masa ini perkara seumpama itu masih belum berlaku.

“Belum lagi ada ugutan apa-apa tapi Kak Min harap sangat tak berlakulah,” katanya.

Aminah juga berkata beliau akan membuat laporan polis mengenai pendedahannya ini bagi tujuan keselamatan.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Kemelut Perak: Debat Nizar vs Zambry

menurut laman web Agendadaily, pihak mereka cuba mengaturkan debat antara DS Nizar dan DS Zambry. Debat ini dijadualkan akan diadakan pada penghujung bulan Jun, dimana DS Nizar telah meminta sekiranya debat ini diadakan….ia dibuat selepas Perhimpunan Agung PAS.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Zambry kekal MB Perak

Mahkamah membenarkan rayuan beliau utk mengetepikan keputusan mahkamah tinggi.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Takziah…

Pergerakan Pemuda UMNO Jalan Enggang ingin merakamkan ucapan takziah buat Pen Ketua Penerangan UMNO Ampang, Saudara Azeze Tahrim di atas pemergian ibunda tersayang ke Rahmatullah.

Semoga roh Allahyarhamah di tempatkan bersama orang2 yang beriman.

Amin

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

ADUN PAS Manik Urai meninggal dunia

Anggota Dewan Undangan Negeri Manik Urai, Ismail Yaacob, 60, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini kira-kira 5.55 pagi tadi kerana sakit jantung.

Beliau dimasukkan ke hospital tersebut untuk menerima rawatan sejak bulan lepas.

Allahyarham meninggalkan isteri Siti Zaharah Ibrahim dan 10 orang anak.

Ismail yang mewakii PAS mula memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai pada pilihan raya umum 1985.

Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak mempertahankan kerusi tersebut, sebaliknya diwakili oleh Zamzuri Mat Lazim.

Namun Ismail dipilih semula bertanding di DUN berkenaan pada pilihan raya umum tahun lalu dan menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohamed Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

Beliau merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS bahagian Kuala Krai.

Manik Urai terletak di dalam kawasan Parlimen Kuala Krai, yang turut mempunyai DUN Dabung, Guchil dan Mengkembang. – Bernama

nota: Al Fatihah

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda