Monthly Archives: November 2008

Abdullah: Pemergian Razali satu kerugian

Kematian Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail adalah satu kerugian kepada Umno dan kementerian tersebut, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata Razali merupakan seorang yang berbakat dan telah melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dengan baik.

Beliau turut menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang berpengalaman luas dan anggota Parlimen yang berkaliber.

Katanya sebagai timbalan menteri, Razali juga arif dengan dasar-dasar kementerian yang dipimpinnya itu.

“Beliau telah menunjukkan satu prestasi yang baik sebagai seorang Timbalan Menteri, mampu memahami dasar-dasar kerajaan dengan baik.

“Saya memang pun sentiasa menaruh harapan yang satu hari dia akan jadi Menteri Pelajaran. Tapi apa boleh buat, Tuhan telah mentakdirkan dia meninggal dunia,” katanya kepada wartawan selepas menghadiri majlis makan malam Persatuan Perbankan Pelaburan Malaysia yang ke-29 di sini, malam tadi.

Abdullah turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Katanya beliau terkejut apabila dimaklumkan dengan berita tersebut.

“Saya terkejut apabila mendengar berita itu. Saya tidak pernah tahu bahawa beliau mempunyai apa-apa penyakit ataupun penyakit jantung,” katanya.

Razali, 59, yang juga anggota Parlimen Kuala Terengganu meninggal dunia secara mengejut di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands dekat sini kira-kira 6.30 petang semalam, ketika sedang bermain badminton di institut itu.

Razali meninggalkan seorang balu dan lima orang anak.

Di BENTONG, Deris Abu Bakar, antara yang bermain badminton bersama Razali ketika insiden itu berkata, Razali tidak mengadu mengalami sebarang kesakitan.

Deris, yang merupakan Ketua Jabatan Pengurusan Eksekutif Institut Aminuddin Baki, berkata Razali kelihatan begitu bersemangat untuk bermain badminton bersama kakitangan institut itu.

“Dia begitu bersemangat hendak main. Tidak ada langsung tanda-tanda beliau sakit semasa beliau hendak bermain,” katanya yang ditemui di Hospital Bentong malam ini.

Deris berkata Razali berpaut pada sebuah bangku selepas membuat pukulan smash dan kemudian terus rebah.

“Kawan-kawan yang lain datang ketika melihat Datuk (Razali) rebah. Beliau sempat mengucap sebelum meninggal,” katanya.

Sebelum bermain badminton, Deris berkata beliau dimaklumkan bahawa Razali menghadiri mesyuarat di Hotel Awana & Resort, Genting Highland dan sebelum itu berada di Melaka.BERNAMA

nota: takziah buat keluarga Allahyarham- Al Fatihah

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

KUPASAN YOGA DAN ISLAM

Umat Islam di serata dunia kerap kali dipesongkan daripada akidah Islam.Kita sebagai Umat Islam akhir zaman ini sentiasa perlu berwaspada dengan penganut-penganut agama lain.Agama lain secara langgsung atau pun secara halus cuba menyusup kedalam agama Islam melalui dakyah-dakya dan bi’dah-bi’dah yang boleh mengugatkan akidah agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.Agama yang dibawa Nabi kesayangan Allah itu cukup dalam segala aspek kehidupan harian umat Islam sepanjang zaman.Apabila kita umat Islam sedia mengetahui amalan agama lain cuba disadurkan dalam amalan seharian kita,tetapi kita masih degil dan memberi banyak alasan untuk terus mengamalkan amalan-amalan kurafat dan cuba mengiktirafkan agama selain dari Islam.Implikasinya mula kita mengaku kewujudan tuhan mereka dan kepercayaan terhadap agama mereka.Andainya umat Islam membaca dan memahami Surah Al-Kafirun dan di dalam Al-Quran itu (surah Ali’Imran Ayat 28 dan Ayat 144 Surah Al Nissa tak perlulah ulamak-ulamak membuang masa untuk bersidang berkenaan pengharaman YOGA.Pengharaman YOGA telah diharamkan oleh Mufti Besar Negara Mesir , Ali Gomaa sejak tahun 2004 lagi.Majlis Islam Singapura (MUIS) juga mengelurkan fatwa mengharamkan YOGA untuk orang Islam Singapura.

Sebenarnya apa yang dikatakan YOGA?.Yoga adalah sebenarnya bermakna ‘Penyatuan’.Penyatuan dengan apa?.Banyak persoalan akan ditimbul dalam makna penyatuan ini.kita tinggalkan maksud penyatuan ini.Perihal YOGA ini banyak sekali dikupaskan dalam kitab-kitab suci Agama Hindu Vedas dan BhagavadGita.Orang yang amalkan YOGA ini dipanggil YOGI untuk laki-laki dan YOGINI untuk kaum perempuan.Yoga ini mempunyai beberapa peringkat seperti Raja Yoga,Karma Yoga,Jnana Yoga,Bakhti Yoga,Hatha Yoga.Tetapi yang paling popular pada bukan agama Hindu ialah Hatha Yoga dan Asanas.Hatha yoga bermaksud mengawal pernafasan dan Asanas adalah pembentukan latihan mengikut fizikal tubuh badan.

Perkembangan Tasauf Islam di Timur Tengah banyak mempengaruhi pelatih-pelatih Yoga India Muslim di India.Dalam catatan buku yoga AMritakunda (Kolam Madu) mereka telah mencantumkan Yoga Asana (Pembentukan fizikal tubuh badan) dan Yoga kawalan pernafan iaitu dipanggil ‘pranayama’. Catatan ini telah dialih bahasakan dalam bahasa Arab dan Persia oleh penganut-penganut Islam di India.Inilah kekeliruan pertama yang telah berlaku.Kekeliruan ini seperti juga adat-adat lyang lain yang tidak pernah dipraktikan oleh Rasullullah dan sahabat.Tetapi adat-adat dari kebudayaan bangsa lain masih dipraktikan oleh Melayu Nusantara sekarang.

Bagi orang Islam,Salat adalah contoh Yoga yang sempurna untuk orang Islam dari ‘HathaYoga’.Kerana ‘Salat’ adalah amat senang dilakukan sepanjang hayat dan teratur daripada Hatha Yoga ini.Contohnya:

a) Berdiri (tegak) atau ‘Qiyam’ seperti Ta’Dasana dilatihan yoga.Ta’Dasana adalah asas dalam kesemua pergerakan dalam “Asanas Yoga”.

b)Ruku’ dan duduk diantara dua sujud juga adalah jenis latihan dalam Asana Yoga.

c)Sujud itu persamaan dengan ‘Sarvangasana dan Sirsasana’.

Allah telah cukupkan Islam dan telah merahmati Agama Islam ini.Hadis nabi telah cukup untuk membimbing kita umat Islam.kenikmatan Salat Wajib,solat sunat,Puasa dan Zikir dan banyak lagi anugerah telah diberikan oleh Allah untuk umat Islam.Kenapa umat Islam masih lagi meraba dalam kegelapan ?.Hindarkanlah diri dari apa jua amalan agama lain.Wassalam.

– artikel sumbangan mamak penang

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Tiada larangan jualan alkohol di Selangor – Anwar – malaysiakini

Tiada larangan jualan alkohol di 7-Eleven, pasaraya dan kedai kopi di Selangor, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Bagaimanapun, keputusan untuk mengenakan sebarang larangan adalah sepenuhnya dalam bidang kuasa kerajaan negeri dan exco negeri, katanya kepada pemberita di Parlimen.

Beliau yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata dasar membataskan jualan arak bukan perkara untuk dibincangkan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Perkara seumpama itu mesti dirujuk kepada kerajaan negeri dan ia akan dibincangkan di peringkat itu sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya.

Prinsip asasnya, kata beliau, ialah supaya kedai-kedai berkenaan tidak dilihat seperti menggalakkan minuman alkohol terutama di kalangan generasi muda dan orang Islam.

Tetapi, katanya, tiada sebarang cadangan daripada kerajaan Selangor untuk melarang sepenuhnya jualan alkohol di premis terbuka yang membabitkan orang bukan Islam.

Menurut Anwar lagi, beliau tidak ada sebarang masalah dengan dasar-dasar sekarang kerana fundamentalnya sudah jelas.

Exco negeri bincang

Bagaimanapun, beliau menambah, sebagai sebuah negara yang demokratik, mesti ada ruang untuk membuat cadangan dan perbincangan.

“Rakyat memberi pandangan dan maklum balas dan kita mesti mendengarnya tetapi dalam aspek dasar, tidak ada sebarang masalah,” katanya.

Menurut beliau, tiada apa yang harus dibimbangkan kerana dasar sekarang kekal dan “kami tidak menggalakkan umat Islam minum (alkohol) atau makan babi tetapi kita tidak akan menafikan hak orang bukan Islam untuk makan babi atau minum alkohol”.

Akhbar-akhbar berbahasa Cina hari ini menyiarkan di muka depan laporan bahawa PAS Selangor bimbang dengan keadaan sekarang di mana minuman alkohol mudah didapati di kedai-kedai.

Dimaklumkan bahawa majlis-majlis perbandaran akan diberi tugas – selepas mendapat kelulusan majlis tersebut – untuk mengenakan larangan penjualan alkohol di kawasan masing-masing.

Menteri Besar Selangor yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim memberitahu pemberita di Parlimen bahawa perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini. –

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

PAS ‘bongkak’, kata DAP – malaysiakini

PAS dianggap “bongkak dan sukar bekerjasama” apabila cuba memperkenalkan peraturan membataskan jualan alkohol di Selangor tanpa merujuk parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.

Tindakan parti Islam yang membelakang sentimen sokongan pengundi bukan Islam yang memberikan kemenangan kepada Pakatan boleh melemahkan kerajaan gabungan itu, kata ketua publisiti DAP Tony Pua.

“Walaupun PAS Selangor berhak mencadangkan sebarang peraturan yang difikirkannya perlu, mereka jangan lupa bahawa di negeri ini, mereka sebahagian gabungan bersama dua lagi parti dengan menguasai lapan daripada 36 kerusi yang dikuasai Pakatan Rakyat,” katanya.

“Oleh itu, sebarang percubaan oleh PAS Selangor untuk menegakkan dasarnya tanpa mengambil kira rakan gabungannya booleh dianggap bongkak dan sukar bekerjasama, yang hanya boleh melemahkan kerajaan campuran.”Ahli parlimen Petaling Jaya Utara menambah, tindakan PAS sedemikian boleh membawa keretakan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Tony mengulas laporan akhbar-akhbar berbahasa Cina hari ini yang menyebut PAS sedang memperkenalkan langkah sedemikian di restoran, kedai runcit dan kedai serbaguna 24 jam melalui anggota-anggotanya yang berada di majlis-majlis pihak berkuasa tempatan.

Beliau menambah, dengan bantahannya ini, tidak bermakna DAP menggalakkan peminuman alkohol tetapi larangan meluas bahan itu boleh dianggap melanggar hak sejumlah warga Selangor.

“Kami berharap kepemimpinan PAS negeri sudi mendengar pendapat-pendapat yang lebih wajar, bukan hanya daripada rakan-rakan gabungan (Pakatan) tetapi juga daripada dalam parti (PAS) itu sendiri yang tidak bersetuju dengan langkah tersebut,” kata Tony dalam satu kenyataan.

Beliau juga menggesa PAS segera memahami kerumitan kerajaan campuran Pakatan pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang jauh berbeza daripada Barisan Nasional yang menyaksikan Umno menundukkan rakan-rakan gabungannya.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Saiful muncul utk tepis tohmahan – malaysiakini

Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, pemuda yang mendakwa diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hadir di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) esok pada jam 11 pagi.

Hal ini diberitahu oleh salah seorang ahli keluarga Saiful ketika dihubungi mStar Online, petang tadi.

Menurut sumber itu, kehadiran Saiful adalah berhubung laporan tuntutan qazaf (tuduhan palsu) yang dibuat oleh Anwar terhadapnya di Mahkamah Syariah pada 9 Julai lalu.

Anwar pada 7 Ogos lalu turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful di sebuah kondominium di Damansara, di sini pada 26 Jun.

Sehubungan itu, Mohd Saiful telah diminta hadir memberi keterangan kepada JAWI berhubung tuntutan qazaf tersebut pada 19 Ogos.

Sebelum itu, pada 15 Ogos, Mohd Saiful ditemani bapanya, Azlan Mohd Lazim, melafazkan sumpah laknat (mubahalah) di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dengan disaksikan Imam Ramlang Porigi, menyatakan dia diliwat Penasihat PKR terbabit.

Dalam sumpah laknat itu, Mohd Saiful mendakwa dirinya telah diliwat secara paksa oleh Anwar.

Mengulas lanjut, sumber itu memberitahu lagi, kemunculan Mohd Saiful di JAWI esok mampu menangkis tohmahan dan laporan palsu yang tersebar sebelum ini kononnya beliau ditimpa bala dan sumpah memakan dirinya.

“Saiful perlu hadir di JAWI esok. Pada masa yang sama, beliau ingin menunjukkan yang cerita beliau ditimpa bala adalah tidak benar,” jelas sumber itu. – mstar

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

BN-Pakatan Rakyat sepakat kutuk Zionis — malaysiakini

Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dikemukakan Dr. Mohd Puad Zakarshi (BN-Batu Pahat) bagi menangguhkan sidang Parlimen agar membincangkan mengenai keganasan terbaru rejim Zionis di Gaza selepas terlucutnya perjanjian gencatan senjata antara Israel dengan Hamas.

Penolakan usul tersebut dibacakan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee mengikut Peraturan Mesyuarat 18(2) kerana tidak perlu disegerakan.

Bagaimanapun keputusan penolakan tersebut mendapat bantahan daripada ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan juga Pakatan Rakyat yang beranggapan bahawa Parlimen Malaysia perlu membuat satu ketetapan dan pendirian terhadap tindakan kejam rejim Zionis itu.

Ronald memaklumkan bahawa usul berkenaan tidak perlu disegerakan atas dasar Malaysia melalui Kementerian Luar telah mengeluarkan kenyataan akhbar pada 21 November lalu bagi mengutuk sekeras-kerasnya keganasan Zionis.

Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) bangun dan meminta Speaker mempertimbangkan semula keputusan beliau itu kerana ia melibatkan kepentingan oarng awam yang dianiaya.

“Saya merayu usul yang sebaik ini perlu dibahaskan kerana melibatkan kepentingan orang awam di Gaza, mereka kebuluran atas kekejaman Zionis.

“Biarlah Parlimen Malaysia melahirkan satu keputusan bagi mengutuk kekejaman ini,” katanya.

Selepas itu Nasharuddin Mat Isa (PAS-Bachok) bangun bagi menyokong usul yang dibawa itu.

“Saya mewakili rakan-rakan di sebelah sini menyokong penuh usul ini untuk dibincangkan dan dibahaskan.

“Jika hanya dibuat (bantahan) oleh Wisma Putra sahaja itu tak berapa serius, kita mahu Parlimen Malaysia menjadi medan untuk menyatakan (pendirian) bahawa kita tak mengenal parti politik sama ada di sebelah sana (kerajaan) atau sebelah sini (pembangkang),” katanya.

Bagaimanapun Ronald menjelaskan bahawa ahli Dewan masih berpeluang untuk membahaskan mengenai perkara ini apabila tibanya giliran perbahasan bagi Kementerian Luar.

Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) turut memohon pertimbangan semula bagi membenarkan usul berkenaan dibahaskan.

“Pada hemat saya ini adalah kesempatan yang cukup baik menunjukkan ada isu-isu penting yang boleh diputuskan bersama oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik.

“Kita faham Kementerian Luar telah nyatakan pendirian, tapi bezanya ia bukan lagi sikap atau pendirian satu kementerian jika ia melibatkan Parlimen yang didokong oleh seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Tambah beliau pendirian yang dinyatakan oleh kementerian dan Parlimen adalah dua perkara yang berbeza dan mempunyai impak yang berlainan.

Bagaimanapun Ronald berkata keputusan beliau itu adalah muktamad setelah meneliti bahawa tindakan Kementerian Luar adalah cukup memadai bagi mewakili kerajaan Malaysia yang sensitif dengan isu kekejaman yang berlaku di Semenanjung Gaza.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Wisma Putra pada 21 November lalu menyatakan bahawa Malaysia mendesak masyarakat antarabangsa terutama Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara-negara kuasa besar bertindak bagi menamatkan krisis kemanusiaan di Gaza.

Malaysia juga mendesak Majlis Keselamatan PBB mengetepikan perbezaan politik dan ideologi di atas nama perikemanusiaan dan menyelamatkan penduduk Gaza terutama kaum wanita dan kanak-kanak daripada tindakan agresif rejim Zionis.

nota: Baguslah kalau dah mula tunjukkan sifat kesepakatan….isu global harus diberi pertimbangan apatah lagi ia melibatkan nyawa orang yang tak berdosa…

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

PKR Pun ‘kena’ Demam Peralihan Kuasa – Malaysiakini

Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak bercadang mengadakan peralihan kuasa antara penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada kongres nasional tahunannya Sabtu ini.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim berkata, perkara itu tidak timbul meskipun Dr Wan Azizah telah melepaskan jawatannya sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai lepas bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar, untuk bertanding.

“Cadangan itu tidak ada sama sekali dalam kongres nasional kita nanti. Kenapa nak tukar pula? Dia (Dr Wan Azizah) adalah orang yang sesuai untuk mengendalikan parti,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini ketika diminta mengulas desas desus kononnya ada cadangan untuk peralihan kuasa antara kedua-dua pemimpin itu pada kongres parti kali ini.

Pemilihan parti akan hanya berlangsung pada tahun 2010.

Sementara itu, Salehuddin berkata secara peribadi beliau bersetuju dengan usul Wanita parti itu yang mahukan manamana Anggota Parlimen atau Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang terlibat dengan skandal seks dan rasuah meletak jawatan.

“Pada dasarnya ia baik tetapi perlulah dibuktikan dahulu yang mereka ini bersalah. Tak boleh letak jawatan begitu sahaja,” katanya.

Dua anggota Exco Kerajaan Negeri Perak PKR Kapten (B) Mohd Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi kini menghadapi tuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Ipoh berhubung projek pembangunan di Seri Iskandar yang bernilai RM180 juta.

Selain itu, Anwar juga sedang menghadapi tuduhan di Mahkamah Sesyen di sini kerana didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun lepas.

Kongres Nasional PKR yang dijadualkan berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam, Selangor pada 29 dan 30 November ini, akan disertai 1,900 perwakilan daripada 180 bahagian di seluruh negara.

Angkatan Muda Keadilan dan Wanita PKR akan mengadakan kongres nasional tahunan masing-masing pada 28 November juga di Shah Alam. BERNAMA

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Hassan Ali Panas Punggung? – Malaysiakini

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohd Ali didakwa menggugurkan dua pemimpin kanan parti itu kerana “kepanasan” dengan kritikan yang diterimanya berhubung isu agama dan kaum dalam pentadbiran negeri.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dilucutkan jawatan sebagai timbalah pesuruhjaya II PAS negeri itu digantikan  ahli parlimen Hulu Langat Dr Che Rosli Che Mat, Jumaat lepas.

Sementara ketua penerangan diserahkan kepada setiausaha akhbar presiden PAS, Roslan Shahir Mohd Sharir bagi menggantikan wakil rakyat Hulu Kelang, Saari Sungib.

Keputusan mendadak itu diputuskan dalam mesyuarat Dewan Harian parti itu yang diumumkan dan diluluskan dalam mesyuarat badan perhubungan PAS negeri itu pada hari yang sama.Sumber-sumber dalaman PAS Selangor memberitahu Malaysiakini, pengguguran itu dicadangkan sendiri oleh Dr Hassan menggunakan kuasanya sebagai pemimpin nombor satu dengan mendominasi kedua-dua mesyuarat itu.

Menurut sumber lagi, keputusan pengguguran Khalid dan Saari itu tidak dipersetujui di kalangan ahli mesyuarat yang terdiri daripada yang dipertua PAS kawasan.

Ramai di antara mereka dikatakan berdiam diri kerana tidak berpeluang mengeluarkan pandangan.

“Tidak ada kebebasan bersuara dalam mesyuarat. (Agenda) tidak bincang isu betul-betul dan selalu disapu di bawah permaidani,” kata sumber.

Kedua-dua tokoh gerakan Islam itu dikatakan sering bersuara lantang menyebabkan Dr Hassan jadi sensitif, terutamanya dalam isu pelantikan Low Siew Moi sebagai pemangku pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan peruntukan RM10 juta kepada rumah ibadat bukan Islam di negeri itu.

Malaysiakini difahamkan kedua-dua tokoh yang digugurkan itu berpandangan, isu-isu berunsur perkauman melibatkan penyertaan golongan bukan Melayu dalam kerajaan Selangor tidak harus menjadi keutamaan PAS di negeri itu.

“Isu-isu Melayu ini kita sudah tidak mahu layan,” kata sumber.

Bagaimanapun, pandangan Khalid dan Saari ini dikatakan bertentangan dengan pendekatan Dr Hassan yang didakwa tidak mengendahkan teguran-teguran yang dibuat terhadapnya.

Dr Hassan sebelum ini dilaporkan menolak pelantikan Low atas alasan beliau bukan Melayu dan beliau mahu segera menggantikan pemimpin korporat itu dengan seorang calon Melayu.

Tindakan Dr Hassan itu mengundang kontroversi dan reaksi pelbagai pihak.Isu-isu sebegitu, kata sumber, tidak selari dengan slogan “PAS Untuk Semua” yang dilaungkan parti itu.

Penyingkiran kedua-dua tokoh itu juga dikatakan kesan daripada tindakan mereka yang mahukan PAS “kembali kepada asal” dengan memfokuskan kepada usaha mengukuhkan Pakatan.

Dihubungi selepas sidang parlimen hari ini, Khalid mengakui rombakan PAS negeri terpaksa dibuat kerana perbezaan pendapat, kaedah dan cara beliau menyebabkan Dr Hassan tidak dapat melaksanakan tugas dengan berkesan.

Beliau bagaimanapun enggan memperincikan perbezaan-perbezaan itu seperti disebut oleh sumber-sumber.

Perbezaan itu, katanya, bermula sejak pilihanraya umum Mac lagi apabila PAS bersama PKR dan DAP kali pertama berjaya menawan Selangor.

Khalid menambah, pelantikan Roslan dan Dr Che Rosli yang “lebih serasi” dengan Dr Hassan bertujuan membolehkan pesuruhjaya itu menjalankan tugasnya dengan lebih berkesan.

Tambahnya, atas kapasitinya sebagai yang dipertua PAS Shah Alam, beliau akan terus menegur kepemimpinan negeri jika wujud kesalahan walaupun tidak lagi memegang jawatan sebagai timbalan pesuruhjaya II.

Menurutnya lagi, Saari sebagai wakil rakyat PAS masih boleh menghadiri mesyuarat badan perhubungan negeri, cuma tidak boleh terlibat membuat keputusan atau mengundi.

Badan itu mempunyai 63 ahli (termasuk enam anggota dilantik), melibatkan pemimpin tertinggi di peringkat negeri, wakil Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, dan ketua serta setiausaha PAS kawasan-kawasan.

Khalid yang hadir pada mesyuarat Dewan Harian dan badan perhubungan minggu lalu tidak menentang keputusan Dr Hassan yang, menurut ahli parlimen itu, mendapat sokongan majoriti badan perhubungan PAS negeri.Saari  ketika dihubungi enggan mengulas pengguguran beliau daripada badan perhubungan negeri.

Sementara itu, Roslan yang juga yang dipertua PAS Kelana Jaya mengakui idea merombak organisasi parti itu disarankan oleh Dr Hassan sendiri bertujuan untuk menguatkan organisasi parti.

Beliau berkata, hanya jawatan dalam organisasi PAS negeri sahaja digugurkan bertujuan meringankan beban kedua-dua wakil rakyat itu.

Jawatan-jawatan lain yang dipegang, diteruskan seperti biasa.

Menurut Rolsan lagi, rombakan minggu lepas itu merupakan “perkara biasa” dan diamalkan di pelbagai negeri.

“Pahang dan Melaka juga membuat rombakan tetapi tidak tidak dibicarakan,” katanya kepada Malaysiakini.

Rombakan itu, tambahnya, hanya mencetuskan spekulasi kerana Selangor merupakan negeri bawah pemerintahan Pakatan yang melibatkan PAS sebagai rakan gabungan.

Mengulas pelantikan beliau dan Dr Che Rosli, Roslan berkata, kedua-dua mereka bukanlah orang baru.

Beliau sebaliknya pernah memegang jawatan ketua penerangan PAS Selangir sebelum ini, berpengalaman dan mempunyai hubungan baik mempromosikan menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di negeri itu sewaktu pilihanraya umum Mac lalu.

“Dr Che Rosli pula merupakan bekas (seorang) timbalan pesuruhjaya PAS Perlis,” katanya.

Dr Hassan gagal dihubungi untuk mengulas dakwaan ini, beliau kini dilaporkan berada di luar negara.

Beliau semalam dilaporkan berkata, PAS Selangor memerlukan rombakan kecil selepas melihat perlunya ada usaha memberi peluang kepada barisan kepimpinan baru.

Rombakan itu, tambahnya lagi, mengambil kira komitmen dan penglibatan sepenuh masa dalam organisasi itu.

Beliau mendakwa Khalid dan Saari berperanan besar sebagai wakil rakyat di tempat masing-masing.

Selain pemimpin kawasan Shah Alam, Khalid juga ahli lajnah politik PAS pusat.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Umno ambil beberapa langkah lagi banteras politik wang – Najib

UMNO akan mengambil beberapa langkah lagi untuk membanteras politik wang dan ia mesti diperjuangkan secara menyeluruh, kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, secara realistiknya gejala itu tidak boleh dibanteras dalam masa terdekat, dan perlu ditunjangi oleh kekuatan politik serta komitmen yang kuat, katanya apabila diminta mengulas kenyataan bekas Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan gejala politik wang masih menghantui Umno walaupun apabila Najib mengambil alih kepimpinan parti.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita Malaysia selepas menghadiri hari terakhir Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di sini Ahad.

Najib, yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, usaha membanteras politik wang perlu “ditunjangi oleh kekuatan politik serta komitmen yang kuat dengan apa cara yang boleh kita dilakukan.”

Usaha untuk membanteras gejala itu merupakan satu proses yang melibatkan satu tempoh masa yang tertentu, katanya.

“Sebab masa Tun Dr Mahathir pun, ia juga memperjuangkan usaha untuk menghapuskan politik wang dan bila ia tamat sebagai Perdana Menteri dan sebagai Presiden UMNO, beliau telah menyatakan kekecewaannya kerana gagal untuk membanteras gejala itu.” BERNAMA

nota: Ambillah langkah proaktif dalam menangani gejala politik wang ini. Jangan ambil sikap tunggu dan lihat. Penulis agak sibuk kebelakangan ini, InsyaAllah dalam sedikit masa lagi kita akan berdiskusi dengan lebih lanjut mengenai gejala ini.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

IMBASAN KEMBALI SEJARAH PENYATUAN BANGSA MELAYU

Dalam tahun 1946 orang Melayu adalah pemenang dan jaguh sebenar dalam perebutan kuasa politik di Malaya dengan PKM/keturunan Cina dan British.Perjuangan Melayu  dalam  menuntut kuasa mutlak dalam politik berubah dari satu fasa ke sesuatu fasa dengan mewujudkan ramai pejuang bangsa Melayu yang telah dilupakan atau pun berada dalam lipatan sejarah Tanah Melayu.Dalam Fasa Penaklukan Jepun KKM dikenali sebagai satu gabungan yang bukan bangsawan telah bangkit untuk menjaga kepentingan orang Melayu.Selepas tamat pemerintahan Jepun ke atas Tanah Melayu,orang-orang Melayu telah menghadapi satu lagi cabaran yang getir dengan perebutan kuasa politik dan mempertahankan hak Melayu dengan kuasa baru MPAJU/MPAJA yang semakin ganas dan kuat.Kuasa MPAJA ini terlalu kuat sehinggakan pihak Jepun sendiri mengakui kekuatan mereka.Harapan untuk mempertahankan Hak Melayu di Tanah sendiri nampaknya menjadi igaun dengan kelemahan Melayu sendiri dengan tidak bersatu.Harapan menyatupadukan Melayu dari Pihak Istana,Golongan Bangsawan Melayu, Elite Melayu ,Polis Melayu ataupun dari  ‘Malay  Giyu Gun’ telah pudar dan tidak ada harapan lagi bagi orang-orang Melayu.Disebelah pihak Kekuasaan MPAJU/MPAJA semakin kuat dan ganas terhadap orang-orang Melayu.

Dalam keadaan beginilah telah terbit kesedaraan Islam yang di tiupkan dalam hati orang-orang Melayu dari gerakan Guru-guru Agama diserata Kampung-kampung untuk menyatu-padukan orang-orang Melayu dalam perjuangan mempertahankan Hak Melayu di Tanah Melayu.Agama suci Islam memainkan peranan utama untuk mengembalikan Semangat Melayu untuk terus berjuang memepertahankan hak mereka.Melayu yang lama kecewa,lemah,tidak bersemangat dan tidak bersatu serta hilang pedoman ini kembali bersemangat melalui Islam dengan syarahan-syarahan yang menyentuh jiwa oleh guru-guru agama yang berasal dari kampung-kampung serata pelusuk tanah air.

Dengan penyatuan jitu  melalui Islam ini orang Melayu telah bersedia untuk menghadapi apa jua halangan didepan untuk mempertahankan hak mereka.Cabaran –cabaran keatas Hak Melayu yang telah diberikan oleh Kaum Cina ,PKM dan juga pihak British melalui Malayan Union dipatahkan dengan semangat Islam.Perkelahian antara China- Melayu di sesetengah negeri tidak mengoyahkan perpaduan Melayu keseluruhannya tapi Orang-orang Melayu bertekad untuk menentang habis-habisan sesiapa juga nak merampas Hak Melayu walau pun hanya bersenjatakan dengan sebilah keris.Perjuangan seperti ini telah mematahkan semangat lawan dan membawa mereka yang menentang Hak Istimewa Melayu ke rundingan damai dengan kemenangan di pihak Melayu.

Nasionalis Melayu dalam KMM dan Orang – orang China yang berfahaman komunis dan gerila-gerila Komunis telah mengikut arah masing-masing dan lenyap.Orang – orang China yang menentang Melayu Raya yang dibawa KMM dan Orang-Orang Melayu pula Menentang Komunis.Kedua-dua aliran iaitu KMM dan juga Komunis telah digagalkan. jDengan ini wujudlah sebuah Aliran Melayu dan Cina yang lebih liberal iaitu UMNO dan MCA untuk mewujudkan perpaduan perkauman bertujuan untuk mengalahkan penjajahan British dan memaksa British menyerahkan Malaya pada orang-orang Melayu.Tanpa perpaduan ini diantara Melayu-Cina British Cuma jadi penonton dalam percaturan perebutan kuasa.Perebutan kuasa politik diantara China-Melayu itu banyak menguntungkan  kepentingan mereka sebagai penjajah.Dengan kebijaksanaan kedua pihak ,dalam tahun 1955 UMNO dan MCA telah mencipta satu sejarah tawar – menawar dalam politik dunia (“Historic Bargain”) Ini terbukti Orang Melayu telah membunuh dua ekor burung hanya dengan seketul batu.Ia itu satupihak British dan satu kuasa kaum Cina dengan  ‘KEDUDUKAN ISTIMEWA(KETUANAN) UNTUK ORANG-ORANG MELAYU’ dan sebagi balasan  ‘ORANG-ORANG CINA YANG LAYAK BOLEH MENERIMA KERAKYATAN DENGAN SYARAT KEDUDUKAN KEISTIMEWAAN MELAYU.Selagi orang-orang Cina tidak menyentuh dan tidak persoalkan hak-hak Istimewa Melayu selagi itu, orang Melayu pula jangan menyentuh isu kerakyatan kaum Cina di Negara ini.Dalam formula yang sama juga MIC telah diterima dalam gabungan ini dan diterima sebagai rakyat Negara ini.Dalam konteks ini salah kah sekiranya Kaum lain boleh mempersoalkan mengenai hak keistimewaan Melayu dan Melayu pula tak boleh persoalkan kerakyatan Mereka?.Ada kah kuasa Melayu sedang layu dan kabur?.

Dari sejarah yang dikupaskan seba-sedikit,Tanpa Penyatuan Melayu Islam sukar diramalkan nasib Bangsa Melayu ini di masa akan datang. Soalnya sekarang siapakah yang sebenarnya ikhlas di dalam mempertahankan dan memperjuangkan nasib dan hak orang-orang Melayu Islam di negara kita?? Dan siapakah di kalangan pimpinan politik orang Melayu yang melihat isu ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan memiliki sifat dan sikap keterbukaan mereka di dalam memperbincangkan persoalan orang-orang Melayu Islam ini?? Dan juga manakah pihak melalui prinsip, dasar dan perlembagaannya yang benar-benar lebih bersifat jitu dan mampu menjamin tercapainya hasrat penyatuan yang melampaui batas perkauman atau bangsa di dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan bangsa seperti negara kita??

Tetapi, kini Melayu menjadi mangsa sikap sendiri. Bukan bangsa Melayu yang salah, tetapi nafsu tamak yang tidak dapat dibendung didalam pemimpin Melayu telah menanam bibit-bibit kehancuran. Ia menjadi lebih buruk apabila identiti Melayu sebenar tidak dipertahankan, dan sebaliknya generasi-generasi muda kini begitu mudah menerima segala apa yang disogokkan pada minda mereka. Segala apa yang diperhatikan kini dianalisa dan ditafsir berdasarkan logik barat sementara apa yang terhukum dalam ajaran agama dibandingkan dengan logik pemikiran manusia yang dipenuhi nafsu kebendaan.

artikel sumbangan oleh Mamak Penang

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda