Nasib Baik Org Melayu Masih Ada Raja – malaysiakini

Pada minggu lalu Raja Muda Perak, Raja Datuk Dr. Nazrin Shah menyatakan bahawa Raja-raja Melayu telah menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula kampung baru pada tahun 1950 yang dianggap telah mencuri hak tanah kepunyaan Melayu.

Titah Raja Narin, penempatan semula di bawah Rancangan Briggs itu yang memberi nikmat kepada 400,000 penduduk setinggan Cina telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan Raja-raja Melayu kerana orang Melayu sendiri masih banyak yang tidak bertanah.

Pendedahan Raja Nazrin itu telah mengundang pelbagai rasa kurang senang di kalangan pelbagai pihak organisasi dan individu Melayu masa kini kerana sejarah yang lebih hitam kini kembali berlaku gara-gara kerajaan negeri Perak di bawah ‘pimpinan’ Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin memberikan hak milik pajakan 999 tahun kepada masyarakat Cina di negeri itu.

Para pemimpin organisasi bukan kerajaan untuk membela nasib dan masa depan orang Melayu mahukan Mohamad Nizar bewrtanggungjawab terhadap pendedahan dan teguran Raja Nazrin itu.

Malah ada juga suara yang mahukan Nizar segera meletakkan jawatan dan insaf akan tindakannya yang amat menyayat perasaan orang Melayu Perak khususnya dan Melayu lain amnya.

Walaupun sering dikatakan bahawa sejarah ibarat pusingan roda yang membawa maksud sesuatu peristiwa itu akan berulang, para pemimpin Cina negara kita nampaknya mahu menidakkan perkara itu. Lantaran itulah, MCA dan Gerakan meminta semua pihak berhenti mengungkit soal sejarah kerana ia boleh mengakibatkan ketegangan kaum.

Apabila Raja Muda Perak menyebut kembali pendirian Raja-raja Melayu menzahirkan teguran berkenaan dalam Mesyuarat Raja-raja Melayu pada 24 Mei 1950, tentulah Baginda tidak bermaksud untuk mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.

Persoalannya, jika mengungkit-ungkit sejarah boleh menjadi punca ketegangan kaum, tidakkah pula mengambil tanah Melayu lebih awal mengundang ketegangan?

Apabila mereka mengingatkan semua pihak agar tidak mengungkit kembali fakta sejarah, adakah mereka juga bermaksud untuk meminta Raja Nazrin atau mana-mana Raja Melayu agar ‘tutup mulut’?

Timbalan Ketua Wanita Gerakan, Ng Siew Lai yang meminta tindakan mengungkit itu amat penting dihentikan pada saat-saat negara menghadapi krisis ekonomi dan semua pihak hendaklah berfikiran terbuka serta berganding bahu mengukuhkan hubungfan muhibah.

Setiausaha Agung MCA, Senator Wong Foon Meng pula memberitahu setiap anggota masyarakat di negara ini telah memainkan peranan masing=masing membangun dan memajukan negara.

Oleh itu, katanya, sumbangan mereka tidak harus dipertikaikan, sebaliknya harus diiktiraf.

Benar sangatlah kata kedua-dua tokoh politik berkenaan. Cuma, kita tertanya-tanya adakah mereka benar-benar mmemahmi erti pengiktirafan yang diperkatakan itu.

Jika usaha mereka membangun dan memajukan tanah Melayu harus diberi iktiraf, pernahkah pula agaknya mereka memikirkan apakah iktiraf yang harus diberikan kepada orang Melayu yang bukan sahaja menjadi penduduk asal negara ini yang dipanggil sebagai Persekutuan Tanah Melayu, juga mempertahan dan memertabatkan negara ini.

Dengan usaha dan titik peluh dan adakalanya titisan air mata serta darah inilah menjadikan Malaya dan kemudiannya Malaysia sebqgqi tarikan untuk orang asing khususnya dari China dan India mencari rezeki di sini.

Sudahlah rezeki iaitu bidang ekonomi mereka ‘pulun’, tanah orang Melayu juga hendak disapu bersih.

Secara pentadbirannya, mereka tidak kelihatan menyapu bersih tanah milik Melayu kerana kelulusan pajakan dari 99 tahun yang menjadi tradisi di seluruh negara dipanjangkan kepada kira-kira 12 generasi iaitu 999 tahun diputuskan oleh Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Benarlah seperti yang ditegaskan oleh Pemuda Pas negeri Perak bahawa keputusan itu bukan dibuat oleh Ir. Mohamad Nizar, tetapi oleh EXCO, jadi Menteri Besar harus dipertahankan dan tidak perlu meletak jawatan walaupun desakan datang secara bertalu-talu kerana gagal memertahankan hak orang Melayu, sebaliknya memberi keistimewaan kepada pemastautin di kampung-kampung baru.

Barangkali, Pemuda Pas Perak serta sesiapa sahaja yang mempertahankan Nizar Jamaluddin tidak faham apa yang didesak. Nizar selaku ketua kepada kerajaann negeri Perak didesak kerana harus bertanggungjawab terhadap keputusan Exco itu,

Orang ramai juga setuju bahawa langkah memberi pajakan 999 tahun itu bukanlah keputusan Nizar, tetapi apa yang amat mendukacitakan ialah kegagalan beliau ‘mengawal’ atau memimpin para ahli EXCOnya hingga mengakibatkan ada orang yang berputih mata sedang yang lain pula bertepuk tangan.

Gejala yang berlaku di negeri pimpinan Pakatan Rakyat ini bukanlah sesuatu yang asing. Walaupun Menteri Besarnya orang Melayu (kerana perlembagaan negeri menyatakan sedemikian), EXCOnya bercampur-campur dan mempunyai ‘kuasa untuk tawar-menawar’. Jika tawar-menawar tidak menjadi kenyataan, kaedah lain boleh digunakan.

Salah satu daripadanya untuk menarik diri dan keluar dari pakatan berkenaan. Taktik inilah yang agak digeruni dan mereka, iaitu para Menteri besar tiada mempunyai pilihan kecuali akur kepada desakan atau kata dua.

Nampaknya, kini orang bukan Melayu bukan sahaja telah ‘menguasai; orang Melayu, tetapi mereka sudah semakin berani dengan mengeluarkan kenyataan yang turut melibatkan raja-raja Melayu dengan memberi ingatan jangan mengungkit sejarah lama – agendadaily

27 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

27 responses to “Nasib Baik Org Melayu Masih Ada Raja – malaysiakini

  1. RAJABAT

    kalau begini sikap dan pemikiran pemuda enggang,UMNO akan tinggal sejarah pada pilhaan raya akan datang!

  2. kuntakinte

    Salam, Daulat Tuanku!!! bangga nya teman Sultan teman mencemar duli menegur Nizar umpama membantu penyamun menyamun tanah orang melayu, umpama di zaman komunis dan jepun di umpamakan Nizar seperti tali barut. Nizar tak layak jadi melayu, Nizar tak layak menjadi MB Perak kerana derhaka kepada Raja dan orang2 melayu. Letak lah jawatan, jadi lah pengkhianat melayu tanpa memegang jawatan hak orang Melayu yg sudah ditentukan dalam perlembagaan tubuh negeri, nizar tak layak di panggil pemimpin melayu Islam, kerana darah cina lebih banyak mengalir dalam tubuhnya berbanding darah melayu.

    Tuanku Nazrin berdukacita lalu menegur berdasarkan apa yang telah berlaku dalam negerinya yang dalam masa yang sama Tuanku akan menganti Ayahdanya memerintah negeri Perak huru hara hanya disebabkan mempunyai memanda menteri besar yang bodoh, pengkhianat dan sanggup menjadi tali barut.

    Pemimpin MCA , Gerakan mahu pun DAP jangan menafikan diatas kedatangan kaum cina untuk mencari makan di negeri orang, kerana ketamakan kaum cina lah melayu terpinggir dalam bidang ekonomi, teman nak cabar kalau berani tinggalkan Malaysia dan serah kembali segala hasil, aset dan sebagainya kepada orang melayu pulang lah ketanah besar china dan kita tengoklah melayu mampu atau tidak mentadbir negeri, ekonomi dan sebagainya dengan sendiri tanpa orang cina.

    Teguran Tuanku bukan teguran politik, teguran dari seorang Raja, teguran dari tuan tanah, teguran yang tidak memihak tetapi teguran atas kebenaran dan kerisauannya, Tuanku juga tak mahu dipersalahkan semasa pemerintahan baginda apabila mengambil alih pemerintahan kelak tanah melayu Perak hancur sedangkan beliau mendapat wasiat yang diperturunkan sejak dari nenekda keturunan terdahulu kepada baginda.

    Teman desak Nizar meletak jawatan.

    DAULAT TUANKU!!! DAULAT TUANKU!!! DAULAT TUANKU!!!

  3. Sekadar bertanya, apa bezanya ‘tindakan MB Perak ‘ memberikan hak milik 999 tahun pajakan tanah penempatan kampung baru kepada masyarakat kaum Cina dengan ‘tindakan sebahagian besar kontraktor Melayu’ mengali-babakan projek kerajaan semenjak DEB dilancarkan pada tahun 1970 yang jelas melanggar syarat kontrak kerajaan di bawah klausa “total subletting”?

  4. hsl_my

    Kami orang cina juga rakyat malaysia yang menyumbang pembagunan negara. Dan tanah didunia ini milik tuhan.

  5. RocketScience

    Hello Saudara,

    Apa yang saudara ceritakan adalah cerita dari sebelah pihak saja. Kenapa saudara tak ceritakan yang dalam usaha memberikan tanah kepada penduduk, seramai lebih kurang 300,000 orang melayu juga akan diberikan tanah.

    Adalah sungguh tidak adil bagi saudara menyatakan yang MB perak menpergadaikan Hak orang Melayu.

  6. Palohotox

    Tak habih2 nak bangkitkan isu kaum ni.. Ni tipikal UMNO punya hardcore.. Ingatlah kawan , kat akhirat nanti Tuhan tak tanya ko ni kaum apa.. Udah2 le membela bangsa UMNOPutra hangtu. Endangered Species..

  7. permatang

    salamz..
    Sudah2 lah main kan api perkauman.Bukan sahaja UMNO akan pupus malah akan hanyut dgn labu2 nya.Menteri besar dulu bagi sana bagi sini kat macam2 kaum tak ada isu lah pulak.Rakyat bukan bodoh.Yang pasti rakyat terutama golongan muda sudah menolak UMNO dan BN.

  8. ooo..aaala

    orang umno pasal bagi tanah untuk kampung baru heboh sana sini tapi mb bagi tanah kat lebih seribu ekar kpd org melayu senyap je…gila punya org.

  9. ooo..aaala

    UMNo bagi tanah lebih kurang seribu hektar kat MCA buat UNITAR tak heboh la pulak…sebab MCA tali barut depa..

  10. Kita negara berdaulat 🙂

    Jom Sertai ‘UMNO Baru’ Dengan ‘Faizal’ 🙂
    http://Forum1Malaysia.blogspot.com
    Terengganu Tetap Kubu Kuat Barisan Nasional
    http://pro-faizal.blogspot.com
    Idea Bernas Vs Loya Buruk 😉
    http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

    Laman Blog Baru >> http://Blog1Malaysia.blogspot.com

  11. Battleship

    Mana punya sampah menyemak kat sini…dah itu teras perjuangan UMNO…yang diaorang nak cerita lain aper ke hal…Dah tentu la kita cerita pasal raja kita…DAULAT TUANKU!Rakyat memang bukan bodoh…tapi semua tak ingat sejarah. Sebab tu Sultan Perak ingatkan semua tentang sejarah tu. Golongan muda sudah tolak UMNO sebab tak tau sejarah la ni…Hafal sejarah Juara Lagu ada la…

    Besok dah duduk flat, kena pulak lift rosak, baru nak menyalak…

  12. ooo..aaala

    Dulu masa tengah kuat dan berkuasa tak ingat sultan pun…kurangkan kuasa raja lagi adalah..itulah UMNO hipokrit…siapa yg kuarangkan kuasa2 raja kalau bukan UMNO di terajui che det..50 tahu berkuasa tahun ke 51 baru ingat ke sultan, pirahhhhh …bodoh punya org.

  13. Salam battleship,
    Ini jenis spesis duit maintenance kat flet pun mintak kerajaan bayak…Lift rosak pun kerajaan kena bagi repair…kalau boleh lepas berak pun panggil kerajaan Bn cuci untuk depa di perak…dan penang.Baru kerajaan BN bagui…alahai orang-orang Melayu di Perak,Penang, kedah,selangor dan kelantan..sedarlah…KERAJAAN BN YANG SELAMA INI DI PILEH OLEH KITA BUKANLAH UNTUK MENANGGANI MASALAH KITA !. (Goverment is not the solution to our problems)

  14. kuntakinte

    Salam, minah saji oi.. kontrak isu lain tanah 999 tahun isu lain minah oi… belajar ke mathetmatik dgn bandingkan antara 99 (ikut akta kanun negara) dengan 999, beza yong oi…kontrak berterusan dan mengikut semasa untuk membangunkan negara, nak bangun sesuatu pembangunan kena ada orang yang nak buat yong oi… iaitu kontraktor, itu lah kerja kerajaan selama ini beri kontrak kepada kontraktor yang juga rakyat, dirasai oleh semua bangsa yang menyumbang mengikut kepakaran masing2 baru lah pengaliran wang berlaku, ekonomi terjana, tidak.. apa guna rakyat belajar sekolah Teknik, lepas tu di Politeknik, di IPTA belajar sampai pecah otak bidang kejuruteraan awam dan binaan semua, kalau duduk bertengong depan rumah hisap rokok daun, harap duit melayang masuk poket yong oi…

    Isu Perkauman yang dibangkitkan dik mamat2 terlupa asal usul ni ha.., berapa banyak kerajaan dah bagi tanah kat rakyat tak kira kaum mengikut peruntukan Kanun Tanah Negara, ini diberi hanya untuk satu kaum melanggar pulak akta kanun negara malah meninggalkan kaum2 lain yang duduk di RPT dan kawasan Perumahan, mempolitik kan tanah untuk menarik kaum cina, Tuanku bertitah agar kerajaan negeri perak jangan langar akta, kalau kita pemimpin ajar rakyat langgar peraturan pemimpin haprak namanya. UNITAR itu lah contoh paling baik diikuti beri tanah untuk membangun kan rakyat secara keseluruhan tak kira kaum, untuk penddidikan malah untuk kepentingan rakyat semua, kenapa benak perut sangat ni…

    Banyak lagi rakyat yang berhak yang perlu kan tanah, itu lah kerja MB Perak, wujud tanah2 baru kampung tersusun bagi pada rakyat, bagi semua kaum, Pesara, Pekerja2 kilang, Pekerja kerajaan, petani, peladang yang belum mempunyai walau sekangkang kera tanah, itu lah yang patut dilakukan, bukan buat perkara yang memang mereka dah mempunyai tanah dan dah diselesai dibuat oleh kerajaan terdahulu. masa main politik dah habis kerja yang perlu dibuat.

    Jangan lah nak menegak benang basah, tu Ah Chong sorang tu… bangsa dia kaya macam atas usaha bangsa dia saja, upah nya 999, piiirah… walhal kerajaan yang wujudkan berbagai peluang dia sogok sana sogok sini nak dapat projek, dapat projek dia makan isi orang lain makan kuah, bila pilihanraya undi DAP, tak kenang budi… malah bercakap bahasa malaysia pun tak lepas. segala ada di bumi ni semua nak sapu bersih, tak puas2..

  15. Battleship

    Dulu masa tengah kuat dan berkuasa tak ingat sultan pun…kurangkan kuasa raja lagi adalah..itulah UMNO hipokrit…siapa yg kuarangkan kuasa2 raja kalau bukan UMNO di terajui che det..50 tahu berkuasa tahun ke 51 baru ingat ke sultan, pirahhhhh …bodoh punya org

    Ni satu lagi buta…che det kurangkan kuasa Sultan dulu sebab untuk rakyat, dah memang benda salah dan patut ditegur dan ambil tindakkan. Dia buat kerja..kena paham apa beza negara ada Perdana Menteri, negara ada Presiden…hang tau ka kurang tu tang mana? Oh yea..bukan tau sejarah kan?

    Balik2 cerita 50 tahun lepaih…la ni kita cerita sekarang…tanah makin tergadai…

  16. Salam,

    …Nijar oiii nijar hang ini baru satu tahun saja memerintah…kalau mcm UMNo memerintah 51 tahun gaknya kome ini jual negeri Perak kat Taukeh Hong kong !!!!.ishhhh..

  17. pangkah mamak

    aiya semua ni tak ngat diri sendiri kot…tgk diri dulu sebelum menyerang ….satu gi jangan dok sembang macam …..

  18. ooo..aaala

    Ni satu lagi buta…che det kurangkan kuasa Sultan dulu sebab untuk rakyat, dah memang benda salah dan patut ditegur dan ambil tindakkan. Dia buat kerja..kena paham apa beza negara ada Perdana Menteri, negara ada Presiden…hang tau ka kurang tu tang mana? Oh yea..bukan tau sejarah kan?

    Balik2 cerita 50 tahun lepaih…la ni kita cerita sekarang…tanah makin tergadai…

    “untuk rakyat kepala hangguk kau” kau nak cakap sultan salah guna kuasa masa tu ke..nak tangkap sultan sbb bunuh org…bongok mu..
    apa cerita kutukkan dan hinaan yg diterima nizar sebab tukar pengarah JAIP perak..UMNO minta campurtangan sultan…sedangkan dah tahu itu kuasa exercutiveMB…bodoh
    “jgn berlagak pandai sejarah…kalau ikut sejarah..mana datangnya sultan dan raja2 melayu…keturunan apa mereka..kerajaan negeri mana asalnya mereka..bugis,majapahit sinonim dengan raja2 melayu..mana datangnya keturunan che det kebanggaan mu tu bongok…
    Tanah tergadai…apa cerita ngan johor tanah tergadai kat cina singapore…kat perak tu sekurang2nya depa tu masih lagi rakyat malaysia.
    tu lah kalau dah buta jangan jadi tuli pulak…

  19. tubir

    sebab PKR tau dia orang tidak akan memerintah perak dan negeri yang sewaktu dengan nya maka masa satu pengal ini amat berharga buat dia orang untuk membuat apa yang mendatangkan keuntngan pada diri nya .Cerita pasal tanah ni menteri besar perak cuma melaksanakan tugas ,sebab yang memerintah perak adalah DAP.Kita tengoklah nanti bila DAP mula meletakan Ramai calun melayu didalam pilihanraya akan datang .Salah seorang calunya ialah ADUN yang baru melompat orang harus meludah beliau jika terjumpa dengan nya …..rumah beliau haruslah dibaling dengan Tahi .Beliau menang atas tikit BN ,Beliau tidak bermaruah dan amat hina ……….Kehinaan itu akan berlanjutan keanak cucu dan keturunan beliau…..Beliau haruskan megosongkan kerusi yang dimenanginya agar pilihan raya dapat diadakan dimasa terdekat ini .

  20. ooo..aaala

    tubir-tubir ….jika tahu pkr akan memerintah satu penggal, apakejadahnya org umno masuk PKR mesti dia boleh tunggu akan datang…tapi sebenarnya org semua tahu bahawa UMNo sudah kehilangan sokongan…terutama pengundi muda…masa kana dtg pengundi mudda penentu hala tuju politik negara…nisbah PRK KT utk saluran pengundi muda 75 : 1, 75 Pas, 1 UMno

  21. tubir

    PRKKT tu salah umno memilih calun…….bukan kerana kehebatan calun PKR.Calun yang umno pilih tu mangkuk hayun sook sendiri////.lagi satu sebab orang orang muda terangganu ni macam speses orang kelantan……….Faham faham sendiri sudah lah ……….Nanti kalau teman terangkan marah dia orang semua ……Teman ni dah lama hidup dan teman dah merasaainya semasa teman menuntut diluar negara dulu.Walaupun teman ni bukan ahli politek mahu angota umno tapi teman suka tengok gelagat orang orang politek ………Sekarang ni teman suka berjalan jalan melihat kampung kampung diseluruh negara.setiap minggu teman akan melawat kawasan kampung kampung tak kira lah disabah atau serawak semua teman kunjungi.teman ni gemar dan suka berjalan ………ini bukan lah bererti teman ni banyak duit……..dan bukan lah teman berniat nak jadi wakil rayaat jauh sekali.
    Teman nak cerita sikit pasal PRU yang akan datang ,teman ramalkan PKR akan kecundang .PKR akan kehilangan selangor,PKR akan kehilangan perak dan Kedah.
    Sudah 10 bulan PKR memerintah selangor ,sebuah negeri yang sudah cukup segalanya dan semua nya ada.Teman nak tanya berapa banyak pelaburan yang dah slangor dibawah MB baru kalid ibharim ni bawa masuk ke selangor………Dan dah berapa banyak babi yang kalid bawa masuk dan ekspot dari selangor.Teman tengok selangor dah tak serancak dulu lagi…….tidak keterlaluan jika teman katakan ada kemungkinan pelabuhan kelang akan jadi hutan belukar juka suasana ini berterusan………PKR sila jawab……..yang jujur ya ………..Jangan tipu tipu macam lembu korban ya………
    Perak ……dah berapa banyak pelaburan yag masuk dibawa oleh PKR dan MB IR NYA.Tak ada apa pun 0 yang nampak ialah tanah jadi umpan untuk mendapat sokongan ,,,,,,,,,,YA tak …….teman rasa elok dibuat lapuran ke SPRM………..biar nizar jawab kenapa dia bagi …………Seri manjung dan lumut dah banyak ke pelabur yang masuk melabur…ni kan tempat si nizar .Bagai mana dengan janji untuk membantu peniaga kecil yang dikenakan kadar sewaan yang terlalu tinggi oleh shoping komplek semua tu peniaga melayu…….ada yang ibu tungal lagi……….kepada nizar pergi turun padang melawat peniaga melayu tu……..tak pun hantar wakil kalau takut turun darjat…….

  22. ooo..aaala

    Dah jadi penganilis ekonomi lah pulak….berapa billion agaknya pelaburan dah masuk kat Johor, Serawak, Pahang yg dulu begitu rancak sekali…baca surat khabar sendiri syok sendirilah..kenapakah perlu pekej rangsangan ekonomi..kalau aku nak cerita ada org tu dah lama hidup dan tahu segala2nya….tulah..bila org cakap kerajaan tak telus dalam menerangkan status ekonomi negara tak caya…
    Nak menang PRU 13…kaji kenapa org tolak BN, bukan kaji macam mana nak suruh org sokong BN…

  23. Sisingamangaraja Gorgor

    Memang sahlah puak2 cine (bace ‘DAP’) neh memang simpan niat nak jadikan Malaysia nih sIngalapor ke-2…~

    Puak2 cine singalapork tuh da tak cukup tanah kat negara diowang… diowang tak sanggup dok apartment mewah tinggi2 lagik da… gayat kot…~

    Tambahan lagik alasan diowang konon ble da kontrol ekonomi negare… takdek ‘status’ atau tak ‘standard’ la bab tak pegang pemerintahan…~

    Haku snirik pun dok umah sewa ngan parentz haku (memang tak mampu nak bli umah/tanah gik nih… ta taw ble)… da la tuan umah dia pung cina gak tuh…~

    Klo haku ade tanah snirik (standard 99 thn) leh dapat ke sampai 999 thn cam yg diowang dpt tuh?…~

  24. kuntakinte

    Salam, oolala, kenapa tengging sangat pakej rangsangan kalau tak faham jangan belagak macam tahu, sekolah lagi… kalau tak di ransang kan ekonomi mati kering le orang macam kau, hidup bergantung pada kerajaan. semua negara terpaksa rangsang kan ekonomi masing2 untuk jaga kehidupan rakyat, jenis tak reti nak cakap phuii…

  25. tahniah kamu sekalian .. kembalinya perak ke BN sebenarnya hadiah kemenangan utk kamu semua, syabas pejuang UMNO di blog ni!

Leave a comment