Warkah untuk rakyat Malaysia #fb

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Hari ini negara tercinta Malaysia berada di persimpangan antara masa hadapan yang penuh peluang dan harapan serta masa hadapan yang sarat dengan ketidaktentuan dan pertelingkahan. Di tangan Tuan-Tuan dan Puan-Puan ,  serta 13 juta warga  Malaysia yang lain  terletak kuasa untuk membuat keputusan mengenai  siapakah yang terbaik untuk diberikan amanah serta tanggungjawab bagi meneraju negara bertuah ini untuk tempoh lima tahun yang akan datang.
 
Empat tahun yang lalu merupakan tempoh yang mencabar untuk kita semua. Di dalam persekitaran ekonomi global yang amat mencabar kerajaan dan rakyat Malaysia telah berjaya hasil kerjasama semua  meletakkan ekonomi Malaysia di landasan yang betul untuk pertumbuhan berterusan, meningkatkan hasil negara yang digunakan untuk meringankan beban kehidupan rakyat,   merangsang penciptaan peluang pekerjaan yang mencukupi dan meningkatkan kemakmuran untuk semua.  
 
Ia bukanlah perjalanan yang mudah bagi kami  parti yang diberikan amanah sebagai kerajaan oleh tuan-tuan dan puan-puan. Dalam sesetengah perkara kami perlu mengambil keputusan yang perit tetapi perlu. Dalam keadaan ini  kami tidak bertindak sebagai ahli politik populis tetapi sebaliknya bertindak  setelah mengkaji secara teliti kesan jangka panjang keputusan yang bakal diambil bukan sahaja terhadap generasi hari ini tetapi juga generasi masa depan negara ini, kami tidak rela mewariskan sebuah negara yang gagal kepada anak-anak kita.
 
Setelah melalui proses mendengar, merundingi serta memperoleh input dari semua pihak kami telah merangka pelan yang kami yakin terbaik untuk  semua rakyat Malaysia untuk tempoh lima tahun akan datang malahan sehinggga tahun 2020. Sesungguhnya Tuan-tuan dan Puan-puan mampu merasai sendiri keberkesanan segala usaha yang telah saya dan rakan-rakan lakukan setakat ini. Berikanlah kami Kerajaan Barisan Nasional  peluang untuk terus berkhidmat demi kepentingan tuan-tuan dan puan-puan  bagi meningkatkan lagi mutu kehidupan kita dan anak-anak kita serta demi masa depan yang lebih sejahtera serta makmur.    Berilah kepercayaan kepada Kerajaan BN bagi meneruskan  usaha bakti buat Malaysia dan seluruh rakyatnya.
 
PRU kali ini  perlulah ditentukan bersandarkan  menepati janji, mendukung harapan dan  kebolehpercayaan. Tidak sepatutnya wujud ruang untuk mereka yang menabur janji tidak kredibel dan akhirnya tidak mampu ditunaikan, gemar menyebar fitnah, memanipulasi fakta serta meraih sokongan berasaskan kebencian serta perpecahan.
 
Demi anak-anak Malaysia fikirkan semasak-masaknya, sebelum membuat keputusan kerana pilihan tuan-tuan dan puan-puan akan mempunyai kesan yang amat besar untuk masa hadapan kita.
 
Undi tuan-tuan dan puan-puan  sewajarnya menjadi– UNDI untuk Malaysia  yang maju dan progresif, UNDI untuk Malaysia  yang menuju   transformasi politik, ekonomi dan sosial yang menyeluruh , Malaysia di mana kita semua, dapat hidup dengan bangga dan bermaruah     di bawah payung  falsafah 1Malaysia.
 
 
Yang ikhlas,

Najib Razak
Pengerusi Barsian Nasional

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to “Warkah untuk rakyat Malaysia #fb

  1. Pingback: Warkah untuk rakyat Malaysia #fb - http://politik.blog.my | http://politik.blog.my

  2. Anak Lenggong

    INGATAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA YANG BAKAL MENGUNDI…
    Sebelum mengundi pasikan fikir lah semasak masak nya sebelum mencoretkan kertas undi.
    1. Pertama jangan undi lambang bulan. Jangan. Kerana apa? Kerana itu adalah lambang parti PAS. Iaitu parti angkutan sampah serta angguk sahaja…sebabnya:-
    a. Calun PAS tidak hisap rokok, kata Nik Aziz. Tetapi banyak benda mereka hisap.
    b. Disebabkan nak sangat kuasa PAS letak Cina, India dan Iban sebagai calun, agama itu tidak penting, malahan orang orang DAP pun akan pakai lambang bulan. Pemimpin DAP dah melarang non muslim mengundi PAS tapi para pemimpin PAS masih tak reti bahasa dengan mengatakan DAP bersetuju dengan negara islam.
    c. Agama islam dah mereka buang, bukan itu sahaja nama allah mereka sanggop konsi dengan sikapir, malah mengiftiraf LBT dan murtad sehingakan nike ajis menjatuhkan hukum sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala..seolah-olah dia yyang layak menjatuhkan hukum.
    d. PAS sangat bodoh dalam soal pengurusan ekonomi..Ilmu ekonomi mereka hanyalah tebang pokok dan gondol bukit, gadai tanah…punya la benak PAS sehinggakan terbinanya pasaraya di kota baru dikata mercu kelantan maju. sungguhnya menjadi sebagai imam surau dan masjid itu tidak mesti pandai mengurus ekonomi, apa lagi mengurus sebuah negeri.
    e. Sudah 27 tahun PAS memerintah Kelantan. Masalah asas seperti air yang bersih untuk rakyat pun tidak mampu diuruskan. Apatah lagi isu-isu yang besar yang memerlukan pemerintah yang berwibawa untuk meneraju negara ke arah kesejahteraan dan kemakmuran.
    f. PAS Kelantan telah gagal dalam urusan agama berdasarkan statistik penagih dadah paling banyak, pesakit AIDS paling ramai, masalah sosial seperti pelacuran berleluasa.
    g. Dasar pembangunan nike ajis cuma kerap beroperasi memacakkan batu asas untuk projek yang tidak pernah mahu dilaksanakan. Rakyat Kelantan dibohongi KONONnya hebat pentadbiran Nik Aziz melalui jumlah batu asas bukan nya berlandaskan projek yang dilaksanakan dan siap.
    Sebuah jambatan yang KONON nya mahu dibina 17 tahun dulu telah diletakkan batu asas untuk menipu rakyat Kelantan yang sampai sudah tak pun dibina. Kini Highway baru pula diletakkan batu asas sekadar nak “belawok”. Semua duit kutipan derma untuk highway itu lenyap bersama penipuan PAS Kelantan. baru-baru ini nike ajis berangan dengan projek Super Mega, projek keretapi laju yang menghubungkan Kelantan dan Pahang serta Stadium Baru Kelantan pun dipacak batu asas di Pasir Puteh…tetapi janji BN untuk membina jambatan di Manik Urai,walaupun tewas dalam PRK tetapi jambatan tu dah boleh digunakan.

    h. Jikalau nike ajis mempunyai ilmu ekonomi maka sudah lama Lembah Sireh di siapkan, tetapi sampai sekarang hanya 1/5 siap. Jadi apa guna kita pangkah orang yang tidak tahu apa benda selain pecah tanah?. Tak guna langsung.
    Nike ajis memimpin selama 23 tahun kerana kita semua di tipu hidup hidup. Bayangkan bagaimana keadaan kita sekiranya pengundian di jalankan dengan pengundian bersih, tanpa di tipu oleh para pengikut Nik Aziz?
    Ingat lah jangan di tipu lagi. Di ibaratkan Pas berada dalam sebuah rumah jamban pecah dan penuh sampah sarap dan tahap limpahan tahi yang amat kritikal. Bau busuk nya ke seluruh penjuru tempat. Hancur kan Pas dan bakar rumah mereka agar kita hidup tanpa bau busuk dari kerenah yang di balakan Allah keatas parti mereka. Balasan tuhan itu amat nyata.

Leave a comment