Umno Sentiasa Buka Pintu Rundingan Pada PAS

Umno sentiasa membuka pintu rundingan kepada PAS terutama bagi membincangkan isu agama Islam dan perpaduan orang Melayu, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata, Umno bersedia pada bila-bila masa sahaja untuk berunding, namun PAS perlulah bersungguh-sungguh dan ikhlas dalam melaksanakan perkara itu.

“Umno sejak dulu lagi sedia untuk berunding dengan PAS dalam apa juga isu, bagaimanapun mereka yang sentiasa berdolak-dalik dan mengenakan pelbagai syarat,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengajak Umno untuk berbincang berkaitan isu-isu agama Islam.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, kesediaan parti itu untuk mengadakan perbincangan membuktikan Umno sentiasa ikhlas dan bersikap tolak ansur.

“Kita harap Menteri Besar Kelantan itu juga jujur, ikhlas dan bertolak ansur serta tidak meletakkan syarat demi kebaikan bersama,” katanya.

Tambah beliau, kesediaan Umno itu bukanlah sebagai satu mainan politik tetapi demi kebaikan rakyat negara ini. – BERNAMA

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “Umno Sentiasa Buka Pintu Rundingan Pada PAS

  1. tubir

    Buat baik berpada pada, buat jahat sekali sekala
    Jangan tertipu helah pendusta
    dengan DAP dia dia sekepala
    Biar tergadai ugama dan bangsa,asalkan hajat bertahta.
    jangan didendang seloka sikitol,Nanti kita jadi bahlol
    KUDIS DAH JADI PEKONG ,UBAT DAH TAK BERGUNA LAGI
    KAPAL DAH NAK KARAM ,BERPAUT SAJA TAHI
    KALAU DULU BUSUK SEKALI
    SEKARANG BARU NAK DIKATA WANGI…..DASAR LIDAH TIDAK BERTULANG.
    PONGGONG DISANGKA CELAH KELENGKANG

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s