BN Menang Besar Di Tenang

Barisan Nasional (BN)mencapai kemenangan besar mempertahankan kerusi N.05 Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan majoriti 3,706 undi pada pilihan raya kecil yang diadakan pada Ahad.

Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir di Pusat Penjumlahan Undi Rasmi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini pada pukul 10 malam, Ahad.

Proses pengundian tetap dijalankan dalam suasana banjir teruk melanda Labis hingga menyebabkan jalan-jalan utama dari kampung terputus hubungan.

Namun, calon BN dari Umno, Mohd Azhar Ibrahim berjaya menewaskan pencabarnya Normala Sudirman dari Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Mohd Azhar yang juga bekas Penolong Pegawai Daerah di Pejabat Tanah Daerah Kecil Rengit meraih 6,699 undi berbanding Normala yang hanya mendapat 2,992 undi.

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandanganya, Datuk Sulaiman Taha 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur pada 17 Disember tahun lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham Sulaiman menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran.

Majoriti yang diperoleh Mohd Azhar adalah 3,707 undi, berbanding 2,492 yang diperoleh Sulaiman pada pilihan raya umum 2008.

Hujan lebat yang turun sejak awal pagi sehingga mengakibatkan banjir menyebabkan para pengundi terpaksa dibawa ke tempat-tempat mengundi dengan menaiki trak tentera dan bot.

Keadaan cuaca buruk bagaimanapun tidak menghalang lebih kurang 72 peratus pengundi untuk keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil kali ini.

BN memperolehi majoriti di tiga daripada empat pusat mengundi kawasan Cina iaitu di Bandar Labis Timur, Labis dan Tenang malah pengaruh PAS di kubu kuatnya di Bandar Labis Tengah turut terhakis.

Keseluruhannya BN berjaya meraih 40 peratus undi Cina.

Sokongan kepada BN di kawasan-kawasan Felda dan kampung-kampung Melayu turut meningkat. Tiga kawasan Felda, iaitu Felda Tenang, Felda Chemplak Barat dan Felda Chemplak menunjukkan majoriti meningkat BN daripada 1,966 undi pada 2008 kepada 2,241.

Sementara itu, undi kaum India turut beralih kepada BN di mana majoriti undi di dua kawasan penduduk India meningkat daripada 260 pada 2008 kepada 365.

Turut hadir meraikan kemenangan calon BN itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman yang juga pengarah pilihan raya BN DUN Tenang, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan para pemimpin BN yang lain.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “BN Menang Besar Di Tenang

  1. ORG KELATE

    TAHNIAH PADA ORG DI DUN TENANG. HADIAH TERKINI DRPD BN, MINYAK RON95 DAH KURANG (KURANG SUBSIDILA!). LEPAS NI HARAP PENGUNDI DI MERLIMAU PULA DAPAT MENGURANGKAN HARGA MINYAK (HARGA SUBSIDI) RON 95 PULA. TERIMA KASIH PADA ORANG TENANG, JOHOR.

  2. Tahniah..

    Tektik kotor – Beruk-beruk tua nak mampus Sinar Harian mahu membungkus masa depan generasi baru..
    http://blog1malaysia.blogspot.com/

  3. kurap

    As’kum…

    Kepada sahabat semua.. Dh ditakdirkan Allah s.w.t bahawa BN menang kedua2 tmpt y dipertandingkan.

    Sy agak sedih mengapa masih ad individu y kurang fahaman tentang agama kita. Sy xkata Pas itu betul or BN itu salah, tp sy sentiasa berada di sebelah y memperjuangkan islam. Persoalany mengapa? Kerana niat dihati itu penting, siapa niat memperjuangkan islam maka syahid la dia klu mati masa mengundi wlupun kita tak tau org kita sokong itu betul2 perjuangkan islam atau sebaliknya.. Apa y sy lihat umno hnya cb bw pembngunan, melayu n smu keduniaan.. xad pn untuk akhirat.

    Dalam islam adlah salah jika sesorng itu perjuangkan kaum, ini terbukti seawal pembukaan kota madinah, Nabi kita telah persaudarakan beberapa kaum bg hilangkan semangat asabiah dikalangan msyrkt arab. Dlm mlaysia, isu melyu menjdi agenda perjungan adlh salah kerana kita xikut sunnah.. Jika bkn melayu masuk islam, akan kita hendak halau, persendakan atau hina.. Kerana sebelum Nabi kita wafat belau xsebut MELAYU tp UMATKU y dperkatakan.

    Benar jika PAS menang sememangnya tiada pembangunan dilakukan, tetapi insyallah masalah ahklak berkurangan. Isu bung anak, perceraian meningkat, tp usaha umno teruskan hiburan, teruskan pembangunan. Sehinga bekas menteri sukan berkata atlit wanita buka aurat xpe.. Subahanallah, telah jelas lg tersuluh dlm surah al-nur pekatakan aurat adalah tuntutkan agama, xperlu tafsir pun surah tu blh fhm. Tp umno xfhm gk.

    UMNO nk memerintah sy xkesah, please laksanakan tanggungjwb islam dlu bru pembgunan, INGAT golongan y awal disoal di akhrat adlah pemimpin..

    Mengapa PAS kutip derma?? Xda duit?? Yes, betul.. kerana pas mengamal budaya sedekah perjuangkan islam. Sedekah perkara y akan dibawa setelah mati. Adakah anda bangga sekiranya kerajaan membina masjid y besar, bnyak, cantik seperti diterenganu?? Jwb sy TIDAK! Sy la bnga jika sy y bina, disebabkn tidk mapu sy bersedekah, kumpul wang bersama.. Sebab itu di Kelantan kerjaan pas tidak pernah buat masjid kerana lebih manfaat jika rakyat y bina. Kerajan bt masjid xdpt pahala kt kerajaan. Sape itu kerajaan?? Org ke?? C pemerintah y bt msjid itu guna duit dia ke setiap kali pembngunan?? so pahala xkemana..

    Adakah anda pengudi UMNO perasan kenapa golongan PAS terdiri dr para ulamak?? Adakah anda tahu setelah mati golongan mane y menguruskan mayat kalian?? Jika masa mengudi kiamat berlaku, golongan mane y anda yakin untuk ikuti? Masa sekolah smu ustaz n ustazah kata kita ikut, tp ble besar semua memberontak n menolak??

    Sunguh sedih lg pilu, apabila UMNO diumum menang, calon berkenaan menyuruh isterinya berslam dengan TPM n ahli y ln.. Subahanallah.. Ulamak mengatakan lebih baik kamu tusuk besi dikepalamu drpada sentuh wanita bkn muhrim. Alangkah baik c isteri lihat tutut lintup tp suami jahil.. xtau la hukum dia pe..

  4. Dalam perlembagaan Malaysia jelas meletakkan Islam di atas. Taarif Melayu
    dalam perlembagaan antaranya beragama Islam. Di Malaysia melayu itu Islam dan Islam itu agama orang melayu. Perjuangan bangsa Melayu saperti
    memperjuangkan agama orang melayu. Lahir sahaja anak melayu orang pasti
    tahu agamanya Islam.Menjaga kepentingan orang melayu macam jaga agama
    Islam. Sebab itu Umno parti orang melayu membuat kebajikan membina
    keperluan ibadah, pendidikan, pentadbiran , ekonomi, perundangan di bawah
    Majlis Agama Islam dan Jakim.Tetapi agama lain tidak di pinggirkan.Saya tidak yakin jika Pas perentah perkara mungkar berkurangan, sebab Pas itu ciptaan manusia yang lemah bukan di utus olih Allah.Kalau Pas ramai ulamak, tapi dalam umno lagi banyak ulamak yang hebat . Fikir lah….

Leave a comment