Manifesto pilihanraya BN merangkumi 13 tema

BAGAN DATOH:  Manifesto pilihan raya Barisan Nasional (BN) yang bakal diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjanjikan kesinambungan kesejahteraan kepada rakyat, kata Timbalan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

“Petunjuk ini berdasarkan pengumuman pembangunan koridor ekonomi yang bernilai berbilion ringgit tentunya akan dilaksanakan selepas kemenangan BN dalam pilihan raya pada 8 Mac depan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Kebangsaan Sungai Nipah Baruh di sini petang ini, Jumaat.

Beliau berkata mustahil kalau sebuah kerajaan lain terbentuk, mereka berhasrat untuk memberi kesinambungan kepada projek tersebut dan rakyat perlu menterjemahkan komitmen bagi kerajaan untuk meneruskan projek ini dengan memberi kepercayaan kepada calon BN.

“Pembangkang jika terpilih tidak akan menyokong pembangunan koridor ekonomi ,” katanya.

Beliau berkata manifesto yang merangkumi 13 tema itu bukan sekadar janji BN sebaliknya merupakan perancangan awal yang dipersembahkan kepada rakyat untuk dilihat oleh rakyat sendiri apa yang akan dilakukan oleh kerajaan BN.

Menurut Ahmad Zahid pilihan raya kali ini turut mendapat perhatian daripada pelabur asing berdasarkan indeks Bursa Saham Malaysia yang melonjak naik sehingga 21 mata memperlihatkan kepercayaan yang tinggi selepas pembubaran Parlimen.

Katanya pelabur asing tahu pilihan raya di Malaysia adalah satu pilihan raya yang telus yang bukan sahaja dipantau oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi juga oleh sebuah badan bebas yang memantau di 222 kawasan Parlimen di seluruh negara.

semoga manifesto ini dapat menyedarkan rakyat bahawa Barisan Nasional sentiasa prihatin terhadap rakyat Malaysia

Advertisement

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s