11 bulan berkuasa…apa kata Ngeh, Nizar ikut aje

SIRI SATU

Ahli Dewan Undangan Negeri Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, adalah antara tiga ADUN Perak yang membuat keputusan meninggalkan parti masing-masing dan mengisytiharkan diri mereka menjadi ADUN Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Ekoran daripada tindakan mereka yakni Jamaluddin dan Osman Jailu ( Changkat Jering) dari PKR dan Hee Yit Foong DAP Jelapang, kerajaan negeri Perak bertukar tangan selepas baru 11 bulan berkuasa.

Ini apabila BN yang semasa pilihan raya Mac 2008 memperolehi 28 kerusi kini mendapat sokongan tiga ADUN menjadikan majoriti menyokong BN sebanyak 31 kerusi.

Sebaliknya pakatan pembangkang daripada 31 kerusi turun menjadi 28.

Namun, selama ini beliau hanya mengambil sikap mendiamkan diri dan tidak tampil memberikan penjelasan apa sebenarnya sebab beliau meninggalkan pakatan pembangkang.

Dalam satu temuramah hampir tiga jam dengan Agendadaily di Kuala Lumpur Sabtu lalu Jamaluddin memberi sedikit sebanyak gambaran lebih jelas kenapa beliau mengambil tindakan tersebut.

Bagi siri kali ini, fokus diberikan kepada sebab-sebab beliau meninggalkan pakatan pembangkang yang berkaitan dengan sikap Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan perjalanan mesyuarat Exco yang secara jelas menggadai kepentingan orang Melayu.

Ini katanya, kerana penguasaan dua orang kuat DAP, Ngeh Koh Ham ,(Pengerusi DAP Perak,ADUN Sitiawan,Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Parlimen Beruas) dan Nga Kor Ming ( ADUN Pantai Remis Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Parlimen Taiping ) ang terlalu besar dalam Exco membuat keputusan.

Soalnya bilakah beliau mula rasa lain macam dengan Exco dan rasa-rasa tak boleh duduk dalam Exco lagi ?

Jamaluddin menjelaskan mengikut isu. Dalam soal penukaran kereta rasmi Exco daripada Proton Perdana kepada Toyota Camry beliau berkata:

“Saya sebut kita kena angkat kereta nasional. Kita kena ada semangat kenegaraan. Kalau kerajaan Terengganu masa itu nak tukar Mercedec, itu kerajaan BN, ini kerajaan pakatan. Kita tunjuk kita sayang kepada kereta nasional. Semangat patriotik kena ada.

Nizar minta saya sediakan kertas untuk hujahkan perkara itu. Mulanya dalam Dewan (Dewan Undangan Negeri) dia sebut 10 biji Camry yang bernilai RM920,000 tapi bila mesyuarat Exco dia kata 15 buah termasuk ex-officio. Tapi kita tak dapat pengeculian cukai, harganya menjangkau RM2.5 juta. Kalau Perdana baru RM1.76 juta jadi kita boleh jimat RM740,000. Ada lagi perkara lain yang saya hujahkan dalam kertas itu hinggakan saya sebut kalau Anwar jadi PM adakah kita nak tutup kilang Proton.

Nizar setuju dengan hujah yang saya kemukakan dan kekal untuk gunakan Perdana.

Tapi bila masuk mesyuarat Exco , sebut sahaja soal kereta, Ngeh Koo Ham kata Camry baik, itu baik ini baik dan macam-macam lagi hujahnya, daripada 10 buah, keputusanya tempahan dibuat 15 buah. Walhal sebelum itu beliau setuju dengan saya.

Nizar dengan Ngeh… dia terlalu tunduk. Apa kata Ngeh dia akan ikut. Dia bukan pemimpin Melayu.
Dalam isu hak milik tanah Kampung Baru 999 tahun dan penukaran syarat tanah rumah kos rendah ?

Semua ini berlaku dalam mesyuarat Exco. Soal rumah murah, kerajaan BN banyak luluskan tapi belum dilaksanakan lagi. Tapi bila kerajaan pakatan ambil alih ramai pemaju buat permohonan tukar syarat daripada rumah kos rendah kepada rumah kos sederhana dan rumah banglo.

Saya sebut dalam mesyuarat Exco, kerajaan dulu (BN) rancang benda ini baik. Usaha untuk menempatkan orang-orang susah, berpendapatan rendah untuk memiliki rumah di bandar.

Saya sebutkan kepada Nizar usaha tukar syarat tanah akan menyebabkan orang Melayu tidak ramai yang berkemampuan untuk miliki hartanah di bandar dan terus pastikan orang Melayu hanya tinggal di pinggir dan di kampung-kampung sahaja.

Waktu pertama beliau membuat undian dalam mesyuarat Exco siapa yang menyokong siapa yang tidak bersetuju ?.

Yang menyokong Tai (PKR), Nga Kor Ming dan Ngeh. Yang menolak saya dan Kapten Osman Jailu.

Nizar pada hari itu ambil keputusan menolak walaupun tiga menyokong dan dua tidak setuju manakala lain-lain Exco berkecuali.

Saya tulis nota kepada Nizar, jangan amalkan undi angkat tangan. Jika angkat tangan, Melayu ada tiga orang sahaja dalam Exco termasuk Nizar sebagai MB ada empat.

Lepas daripada itu tiap-tiap minggu ada sahaja permohonan, saya bantah… hendak tukar syarat tanah daripada bina kos rendah kepada sederhana dan bunglo. Pada hal syarat yang telah diluluskan oleh kerajaan dahulu untuk rumah kos rendah. Semua cadangan tu datang daripada syarikat-syarikat bukan Bumiputera.

Namun jika ada permohonan daripada syarikat Bumiputera, ada sahaja yang dipertikai oleh Ngeh dan Nizar setuju walaupun Pengarah Tanah dan Galian beri syor untuk diluluskan.

Bagi permohonan bukan Bumputera, walaupun cadangan dibuat untuk ditolak, tapi Ngeh kata ia perlu diluluskan dan Nizar setuju. Sampai saya buat catatan M (Melayu) dapat berapa dan C (Cina) dapat berapa. M lulus tiga C lulus sembilan.

Hinggakan pada mesyuarat berikutnya saya ambil pendirian berdiam diri…cuma bila permohonan datang daripada C, saya terus jerit LULUSKAN sahajalah, bila permohonan Melayu saya jerit TOLAK aje. Tujuan saya nak memperli Nizar supaya dia sedar… tapi dia tak peduli pun.

Nampak sangat dia takut dengan Ngeh.” katanya.

Dalam isu tanah 999 tahun, siapa yang bawa cadangan itu kepada Exco?

Jamaluddin berkata: “Yang bawa cadangan itu Ngeh sendiri. saya bantah kerana perkara itu kerana ia tidak ada ada dalam manifesto PKR pun. Saya sebut kepada Nizar jangankan 999… 99 tahun pun kita akan dikritik hebat… tapi kerana terlalu nak jaga kehendak DAP, Nizar ikut sahaja.

Sampaikan saya kata UMNO dah lebih 50 tahun memerintah, baru rakyat tolak mereka.Tapi pakatan baru 11 bulan.

Saya dengar di kantin pegawai-pegawai dah mula bersungut pasal pemberian tanah 999 tahun yang mereka rasakan melampau.

Ekoran itu, saya bertemu Nizar. Saya bangkit soal tanah…balak semua ditender. Jadi saya tanya dia bolehkah ada pertimbangan atau diasingkan dalam soal pemberian tender kepada Bumiputera dan bukan Bumiputera. Dia kata tak boleh.

Saya beritahu dia kalau macam itu, peluang Bumiputera khususnya Melayu sampai bila nak dapat.

Bila kita hujah lebih sikit, dia diamkan dirinya. Tapi dalam ceramah dia mula cakap kita tak boleh perjuangan satu kaum sahaja. Kenapa masa kita jumpa dia bincang dia diamkan diri sahaja.

Begitu juga dalam soal pemberian tanah kepada sembilan sekolah Cina

Saya sebut dengan Nizar, tiap-tiap tahun kita beri bantuan kepada sekolah terbabit sebanyak RM30,000 setahun kenapa nak beri tanah pula.

Akhirnya Nizar setuju dengan pandangan Ngeh, daripada nak beri tanah 1,000 ekar kepada sekolah-sekolah itu, Ngeh tukar kepada 1,000 hektar, Nizar pun setuju juga. Daripada ekar kepada hektar, Nizar ikut sahaja.

Berdasarkan pengalaman selama 11 bulan bersama mereka, Exco memang dikuasai oleh Ngeh dan Nga. Nizar patung sahaja. Segala-galanya dikawal oleh Ngeh dan Nga.

Dayuslah kita, hanya kerana nak duduk jawatan Exco, apa sahaja Ngeh dan Nga buat kita akur sahaja.

Saya tak boleh. Kita dari dulu kaki lawan. Selama 10 tahun berjuang apa kita dapat. Habis wang ringgit sendiri untuk parti…hari ini dapat RM14,000 sebulan besar sangat ke,” ujar beliau mengenai senario sebenar yang berlaku dalam Exco Perak di bawah pimpinan Nizar semasa pakatan pembangkang perintah negeri Perak.

Siri berikutnya, kita ikuti, kenapa beliau tinggalkan PKR, apa konspirasi PKR terhadapnya dan bersih sangatkah kerajaan pakatan pembangkang negeri Perak ? – agendadaily

27 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

27 responses to “11 bulan berkuasa…apa kata Ngeh, Nizar ikut aje

  1. Saya ini ahli umno tapi meluat dengan umno. tapi bab di perak ni saya rasa umno patut memerintah kerana si nizar tu hanya jadi pak sanggup pada si apek ngeh tu. Di kedah dan di kelantan tu biorla pas berkuasa. bagi ke umno pun buat ape – mereka syok dengan berebut harta dan bela kroni aje

  2. airul

    DAP ni mcm mubalik kristian. Mereka belajar pasal Islam hanya utk kepentingan mereka. DAP baik dgn PAS bukan kerana PAS bawak Islam tp utk jawatan dn tanah. Mereka tdk akan sokong PAS laksanan hukum Islam walaupun mereka tahu kebaikannya. Mcm mubalik kristian yg belajar Islam bukan utk menganut Islam. MB PAS sangup bagi tanah kat Perak. MB DAP Pinang ade ke kasik tanah kat kg melayu.

  3. Kepandaian katak-katak berbohong.. well done orang yang membuat andian yang tak menarik perhatian,,,

  4. Mohd Azmel

    Saya orang Perak dan tinggal di Perak. ADUN Behrang memang suka temberang. Atas dasar mahu menghalalkan ‘lompat’, dia kutuk orang lain,tunding jari pada bekas MB dan exco. Kita yang tidak berprinsip sehingga jatuh kerajaan yang memerintah, kita salahkan orang lain. Hanya kerana tidak dapat memegang jawatan MB (kepingin sangat pada kuasa), sanggup gadai maruah diri dan bangsa. Kalau kita ada maruah, kita letak jawatan dan kemudian baru pindah parti. Itulah kalau dah mentalitinya bekas posmen, takkan ke mana jauh akalnya. Kes rasuah masih belum selesai, ada hati nak tunjuk ‘alim’ dan baik budiman. Ini yang dikatakan, harapkan pagar, pagar makan padi. Apa punya bangsa melayu yang sanggup ‘jual’ maruah sebegini rupa? Tugas yang diberi semasa memegang portfolio exco tidak dijalankan. Hanya tahu cari kesalahan orang. Kononnya memperjuangkan hak melayu tetapi ‘kemelayuan’ kita digadai. Bagi saya orang sebegini hanya ‘tong kosong’. Dan orang sebegini memang wujud, berbakul-bakul di dalam UMNO.

  5. kamal

    Tengok je Pahang UBN memerintah habis tanah , melayu di jual klu bleh orang melayu pun di jual,mana ada tanah beribu ekar gi,genting,bkt tinggi dah dpt kat cina kaya,hidup melayu,hidup umno,1 malaysia wow semuanya ubn kebas.

  6. FIKIR2 KAN LAH

    KESIAN LE KAT ORG PERAK TU (WIFE AKU ORG SANA JUGAK ( BUKIT GANTANG). AKU RASA TERIMALAH BN ADA MAJORITI SKRG & BIAR DEPA MEMERINTAH SAMPAI PRU KE 13 NANTI NAK PANGKAH SAPA PULAK IKUT SUKALAH..

    AKU RASA TAK MATI KEBULUR LAGI RAKYAT PERAK TU KALAU BN MEMERINTAH SAMPAI PRU KE13. TAPI KALAU PR YANG MEMERINTAH MUNGKIN JUGAK TAK KEBULUR TAPI MAJORITI MELAYU PERAK MAU ADA YANG KENA DUDUK BAWAH JAMBATAN SEBAB TANAH DAH BAGI KAT ORG LAIN….PEMIMPIN PR SELALU KATA SBLM NI BN BYK BAGI TANAH KAT TOKEY 2CINA, DAH TU PR MEMERINTAH HANG PA NAK BAGI LAGI KAT CINA2 DI KG BARU TU, DEPA DUDUK SITU DULU PUN BRITISH YG BUKA TANAH SBB NAK KURANGKAN PENGARUH KOMUNIS ( DUDUK FREE LE ), KALAU PI “MUGAQ” / TEROKA MACAM ORG MELAYU KAT FELDA TU TAK PA JUGAK.(BRITISH BUKA TAPI “KULI” NYA ORG MELAYU LE DOK MENEBAS KAWASAN TU). DAH TU TAMBAH LAGI PULAK TANAH 1000HEKTAR KAT SEKOLAH CINA…..BUKAN SIKIT BEB.

    BILA HANGPA ( RAKYAT MALAYSIA MAJORITI MELAYU ) BAGI LAGI, LAGI LA BODOH, KAT KG BARU TU KEBANYAKKAN CINA2 TUA JE, ANAK2 DEPA DAH KAYA RAYA….TANAH KAT TEMPAT LAIN BELAMBAK DAH…HA TU BAGI LAGI…LAGI…

    BIAQ BN MEMERINTAH SAMPAI PRU13, KALAU DEPA DOK MACAM TU JUGAK BARU TUKAR. BN DAH MEMERINTAH 50 TAHUN TAKDE LAGI MATI KEBULUR ORG PERAK TU, WALAUPUN DEPA PASTINYA ADA MELAKUKAN KESILAPAN DULU TAPI BUKANNYA KELAM KABUT NAK BAGI TANAH SAMPAI 999THN. MUNGKIN DAH KIAMAT DAH WAKTU TU. HANG INGAT SENANG KE NAK DPT BALIK TANAH TU.

    NAK ROSAKKAN SESUATU KEJAYAAN TU TAK PAYAH 50 TAHUN SETAHUN PUN DAH CUKUP LA, NI NAK BAGI MEMERINTAH LAGI 5 TAHUN. BAGI PR & BN TU SEDAR SIKIT APA YANG PENTING UTK RAKYAT. KALAU PR MENANG ISU NI, CONFIRM DEPA KATA BAGI TANAH KAT CINA 999TAHUN PUN TAK PA, RAKYAT PERAK SEMUA SETUJU, SOKONG DEPA….

    TAPI PR NI “KETEGAQ” ORG KEDAH KATA, TERUTAMANYA DAP, NIZAR TU PUN SAMA, BILA DAH TAU MAJORITI ADUN DAH KURANG KAT PIHAK DEPA CEPAT2 SURUH SPEAKER SIVAKUMAR TU GANTUNG2 BEBERAPA ADUN2 BN SUPAYA KALAU DIBUAT UNDI TAK PERCAYA DLM DEWAN NANTI PR MASIH LAGI MAJORITI….

    TENGOKLAH APA PM DS NAJIB BAGI STATEMENT DLM PRESS, DIA KATA KALAU BN NAK MAIN TAKTIK MACAM PR PUN BOLEH, SEMUA ADUN BN BUAT LE KES MERAPU2 SUPAYA 20 ORG KE 30 ORG AHLI PARLIMEN PR KENA GANTUNG SETAHUN. APA SUSAH BN KAN MAJORITI KAT DEWAN RAKYAT.

    BERFIKIRLAH SEJENAK…

    KENAPA TANAH YANG MENJADI PERKARA UTAMA HENDAK DI SELESAIKAN OLEH PAKATAN RAKYAT ( BACA SEBAGAI DAP )….SEDANGKAN BYK LAGI ISU YANG BOLEH DIUTAMAKAN. AKU TAU JUGAK SEBAB WIFE AKU ORG BUKIT GANTANG & BAPAK MENTUA AKU PENYOKONG KUAT PAS.

    PAKATAN TERUTAMANYA DAP TAHU MEREKA TAK AKAN DAPAT MEMERINTAH PERAK DGN TENANG SELAMANYA & MUNGKIN HANYA UTK BEBERAPA PENGGAL PRU SAHAJA LAGI SEHINGGA. APABILA MELAYU TELAH SEDAR & BERSATU & MEREKA DAP SUDAH TIDAK MEMERINTAH LAGI, TAPI TANAH ADALAH SATU ISU YANG BILA TELAH MENJADI HAK MILIK 999TAHUN KEPADA MEREKA AKAN TETAP KEKAL MILIK MEREKA WALAUPUN MEREKA TIDAK MEMERINTAH LAGI DI PERAK KEMUDIAN HARI.

    KETIKA ITU BILA MELAYU DAH SEDAR, IA BUKAN SESUATU YANG MUDAH UTK MENGAMBIL BALIK TANAH TU WALAUPUN TURUN NAIK MAHKAMAH PUN TAK MENANG.

    INGATLAH EKONOMI TELAH DIKUASAI MEREKA TANPA CUBA MEMBERI PELUANG SAMA RATA KEPADA KITA. SETIAP PENGEDAR2 UTAMA ADALAH GOLONGAN MEREKA. JADI BILA ORG DEPA BELI KAT PENGEDAR HARGA LAIN, BILA ORG KITA (MELAYU) BELI KAT PENGEDAR YANG DIKUASAI MEREKA HARGA LAIN, JADI INI MENYEBABKAN ORG KITA TAK DPT MENJUAL SESUATU BARANG ITU DGN LEBIH MURAH DARI KAUM CINA JUAL. TAPI KITA TERPAKSA JUGAK BELI DARI MEREKA KAUM CINA SEDANGKAN ADA KAUM MELAYU YANG MENJUAL BARANG YG SAMA TAPI DGN HARGA YANG TERPAKSA LEBIH TINGGI SIKIT.

    JADI MEREKA TELAH MEMBUAT KESATUAN YANG KUAT UTK MEMASTIKAN MELAYU TERPAKSA BERGANTUNG KEPADA MEREKA DARI SEGI EKONOMI.

    JADI ADAKAH KITA SANGGUP POLITIK PUN KITA HENDAK BERI KEPADA MEREKA..

    PILIHAN DITANGAN KITA…, KEPADA MB NIZAR ( PAS ) USAHLAH TERLALU MENGIKUT TELUNJUK DAP BIARLAH BN (UMNO – MELAYU ISLAM ) MEMERINTAH PERAK, PASTIKAN KEMENANGAN YANG AGAK KUKUH PADA PRU 12 YANG LALU DI KELANTAN & KEDAH AKAN TERUS DI KUASA DIBAWAH TELUNJUK PAS (MELAYU ISLAM)

    DI PERAK, PAS PERLU CARI KEKUATAN DGN MENDAPATKAN UNDI ORG MELAYU-ISLAM BUKAN CINA ATAU INDIA, JIKA PADA PRU 12 LALU BN ( UMNO – DAPAT MENGEKALKAN 27 KERUSI MELAYU ISLAM ) KENAPA TIDAK PAS. FAKTA YANG JELAS PADA PRU KECIL BUKIT GANTANG YANG LALU PAS WALAUPUN MENANG TAPI MAJORITI UNDI MELAYU TELAH BERKURANG KEPADA MEREKA.

    JADI BIAR BN MEMERINTAH DI PERAK HINGGA PRU 13 NANTI, KETIKA ITU ORG MELAYU AKAN BERFIKIR SAMADA BN (UMNO) TELAH BERUBAH KEPADA LEBIH BAIK ATAU TIDAK & MEREKA AKAN MEMBUAT PILIHAN YANG TERBAIK PADA PRU 13 SAMADA MEREKA BN MASIH BOLEH DITERIMA SEBAGAI PARTI YANG MENJAGA KAUM MELAYU-ISLAM ATAU PAS PERLU MENGAMBIL ALIH,TUGAS INI DARI UMNO.

    SEKIRANYA PRU KECIL SELURUH PERAK ATAU PRU 13 NANTI TIBA SUDAH JELAS, BUKAN MELAYU ( CINA – INDIA ) AKAN BERSATU DIBAWAH PAKATAN, TAPI PAS PERLU CARI UNDI MELAYU-ISLAM SUPAYA MEREKA MENJADI MAJORITI DLM DEWAN & BUKANNYA MENJADI MB YANG KELIHATAN SGT MENIKUT TELUNJUK DAP.

    INGATLAH BANGSAKU (MELAYU YANG MASIH ISLAMIK LE),SESUATU YANG HILANG BUKAN MUDAH DIPEROLEHI SEMULA. KEPADA MELAYU YANG DAH TAK ISLAMIK TU TAK PERLU LA BERFIKIR BYK LAGI, LEPAS NI KALAU ADA PRU PANGKAH LE SAPA PUN TERUTAMANYA DAP.

    FIKIR2 KAN LAH

    • Mohd Azmel

      Kepada fikir2 kanlah, melayu macam ni yang ramai di Malaysia ni…negatif selalu. Tidak pernah mahu hidup berdikari dan selalu berada dalam keadaan ‘denial’. Memang selama BN memerintah tidak ada orang Perak yang mati kebuluran tetapi adakah setakat itu sahaja pencapaian yang mahu dinilai? Kalau itulah pencapaian yang begitu dibanggakan, sememangnya benar pepatah melayu ‘secupak tidak akan jadi segantang’. Dan amat malanglah orang melayu jika pemikiran begitu yang diberatkan. Orang cina kaya dan menguasai ekonomi adalah disebabkan usaha mereka. Jadi jangan salahkan mereka kalau mereka berjaya. Kenapa orang melayu tidak mahu mengikut jejak langkah mereka? Kenapa asyik mahu salahkan orang lain padahal kita yang ‘cacat’ ? Tentang pemberian hak tanah yang selalu ‘disibukkan’ oleh orang melayu, saya tidak faham apa isunya. Orang melayu yang mengadai tanah untuk sekupang dua tidak pula dihiraukan. Tanah orang melayu yang terbiar semak tidak diusahakan tidak pula dihebohkan. Tanah di Johor yang tergadai ke Singapura tidak pula dikisahkan. Orang melayu akan terlompat terkinja-kinja jika hak mereka tersentuh walaupun pada awalnya bukan hak mereka pun (perasan yang tanah di Perak ini hak mereka semua). Samalah dengan agama Islam, kalau orang bukan Islam mahu ‘menyentuh’ Islam, mereka akan melompat tetapi kalau orang Islam sendiri yang ‘mencerca’ Islam, mereka bisu seribu bahasa. Berlaku adillah pada semua tidak kira melayu atau bukan melayu. Mereka ini juga rakyat malaysia. Orang melayu perlu mengubah cara pemikiran. Jangan asyik takut pada bayang-bayang. Kerana takut bayang-bayang sanggup duduk di dalam gelap gelita. Jangan lihat dari dalam tempurung tetapi lihat dari mata burung. Contohilah bapa mentua mu yang menyokong PAS (begitulah hakikat orang Bukit Gantang). Nampaknya dia lebih ‘bijak’ dari kamu.

      • Bakal PM

        UMNO dari dulu lg mengutamakan hak keistimewaan bumiputera dan tidak melupakan hak kaum2 lain…. Selama ini atas semangat perpaduan UMNO, MCA, MIC dan gerakan bergabung dan membangunkan negara sehingga dihormati dan dijadikan role model oleh negara2 lain… tp semua ini sedang dihancurkan oleh Pakatan Rakyat yg menggadaikan hak keistimewaan bumiputera yg masih ketinggalan berbanding kaum2 lain… kita dijajah beratus tahun lamanya… untuk menyamaratakan semula taraf ekonomi dan kehidupan setiap kaum yg ada diMalaysia ini bukan setakat sehari dua boleh dilaksanakan… cuba lihat majoriti rumah dan harta org melayu dan org Cina..bandingkan… taraf ekonomi mereka terlalu jauh dr org melayu… jd salahkah UMNO untuk mendekatkan jurang tersebut… mereka mahukan taraf yg sama bg setiap rakyat namun relakah mereka menyamaratakan kedudukan ekonomi setiap rakyat terlebih dahulu???

  7. Serious Shepherd

    Apa kata Ngeh, Nizar ikut aje.

    Kalau Ngeh kata sambung semula bantuan perkapita kepada Sekolah Agama Rakyat yang diberhentikan oleh orang Melayu Islam dari UMNO, Nizar pun kena ikut jugak. Siapakah yang menuntut di Sekolah Agama Rakyat? Orang Melayu Islam jugak.

  8. sahabat

    Beri tanah 999 tahun adalah manifesto Barisan Alternatif (PAS dan PKR). DAP tak masuk campur masa tu. Bila dah dapat kuasa BA tunaikanla. Tak macam BN, dapat kuasa hilang lepas 5 tahun timbul balik.

  9. Gan chee chan

    Kenyatan babi buta lah tu,kalau katak tu lompt saja jgn ckp banyak…bodoh punya Yb…..mcm babi hutan

  10. Gan chee chan

    Bubar DUN PERAK adalah penyelesaian terbaik….Pasti BN akan hancur dan kalah teruk

    • Bakal PM

      kau dah mengundi aritu… dah diberi peluang untuk melaksanakan tanggungjawab kau… so kau diam2 jer… tgk pulak karenah setiap wakil rakyat yg dipilih oleh rakyat perak sebelum ni… biar wakil rakyat yg menentukan corak pemerintahan kerana mereka yg dipilih sebagai wakil rakyat tersebut bukan org lain… lain kali cerdik skit bila mengundi…

  11. anakJOHOR

    Setahu saya bukan orang cina sahaja dapat tanah pajakan 999 tahun tetapi orang melayu. Saya pernah belajar di Ipoh dan banyak orang melayu tinggal di tanah peninggalan lombong termasuk bekas tentera. Rumah dan tanah mereka terdedah kepada rampasan oleh pihak kerajaan UMNO pada bila-bila masa kerana tanah tersebut adalah tanah TOL. Tahukah saudara YB lompat si katak lompat berapa banyak tanah kampung tambahan di Tambun yang dulunya milik orang melayu telah bertukar menjadi milik bangsa cina atas mana taman. Mungkin YB lompat si katak lompat ini buta kot. Lagi satu adakah kita boleh mempercayai kata-kata YB lombat si katak lompat yang mengatakan rasuah sex adalah sedekah sex. Jika begitu zina beliau dengan pelacur dianggap amal ibadat juga kot. Kesian puak-puak UMNO dahlah bodoh, banggal, benggong dan sewaktu dengannya. Tapi bagi saya memang layak YB lompat si katak lompat ini masuk UMNO kerana dalam UMNO adalah pembunuh, pencabul, penjudi, kaki burit, kaki arak dan segala kaki. Wahai orang-orang UMNO bahawa parti kamu dipenuhi manusia yang terkutuk dan dipimpin oleh manusia yang terkutuk. Keluarlah dari parti tersebut sebelum kamu dipersoalkan diakhirat nanti.

    • Bakal PM

      alah nik aziz kata bogel dalam rumah x pe sedangka nik aziz pun tahu yg berbogel tu bersekedudukan dgn pemuda islam… tu yg senang2 jer gmbr bogel tersebar….
      lg satu si lompat katak tu bukan lompat masuk UMNO la… dia lompat jd bebas… kalau x tahu x payah ulas…

  12. salahsilahnegara

    Sudah meluat dengan UMNO/BN. Mereka ini cakap tak serupa bikin. Janji tinggal janji sahaja. Adalah lebih baik PR memerintah negeri Perak. Orang Umno ada yang tidak sebulu di antara mereka sejak dari dahulu lagi. Mengapa perlu kita sokong mereka. Yang menyokong itu semua ada kepentingan sendiri sampai ada yang memburukkan sesama orang Melayu. Jika orang Umno buat salah tindakkan tidak dilakukan ke atas mereka. Orang lain dicari kesalahan mereka walau pun kesalahan kecil atau tidak melakukan kesalahan. Fikirlah sendiri yang mana salah dan yang mana betul. Semua orang tahu perkara ini tak perlu hendak dilindung atau disorok. Orang ramai sudah lebih arif menentukan yang betul atau salah. Fikir-fikirkanlah perkara ini.

    • Bakal PM

      ala kalau org PKR sebulu sesama sendiri xdela Timb menteri P.Pinang letak jawatan, xdela lim guan eng marah kat AnWar, xdela kapal sing kata AnWar patut bertaubat… pooorah…

  13. Pengundi Nizar

    YB nizar kena sedor diri le sikit.Menang kat DUN P.Panjang pun sbb penyokong UMNO buat undi protes kat calon BN.Bukan semua rakyat Perak setuju dgn PR.Melayu Perak masih dgn UMNO.Nizar kena jaga Ngeh & Nga sbb PR menang atas sokongan non malay.

  14. zackdanial

    Kalau Org melayu mmg dgn BN , bubar DUN perak dan hapuskan PKR melalui pilihan raya . ada berani ?

    • Bakal PM

      dah berbuih aku kat… zaman rakyat mengundi & tunaikan tanggungjawab dah habis… skarang zaman Adun yg dipilih pulak untuk menentukan masa depan pengundi mereka… yg bijak mengundi tahniah dan yg bebal mengundi aritu x perlu ditangisi atas kebodohan sendiri… korang yg pilih korang tanggung…. ni mcm org xde akal… dah pilih nak pilih lg…. mcm tu sampai bapak kau nikah lain pun cerita x habis…. skarang nak mengundi… bila ada lompat lg nak mengundi… ada lg lompat lepas tu nak mengundi balik….. lain kali jgn jd bangang…. pilihlah calon yg x melompat… mcm adun2 BN…. sekian…

  15. DAMANHURI

    HAL PERAK,BIARLAH ORANG PERAK YANG SELESAIKAN..

    SIAPAKAH ANDA2 SEMUA INGIN BERKATA?
    LAYAKKAH ANDA INGIN BERKATA?

    PENUHKAH ILMU ANDA?LENGKAPKAH BUKTI ANDA BERDASARKAN “KHABAR2 MEDIA BN”?

    SIAPA ORANG PERAK?
    DI MANAKAH ANDA DUDUK?
    TANJUNG PIANDANG?
    PONDOK TANJUNG?
    PENGKALAN HULU?
    BATAK RABIT?
    HULU?KAMPUNG?

    SIAPA MENUDUH PERAK MEMBERI PADA CINA?

    ADAKAH ANDA PEGAWAI DI JKR PERAK?
    PEGAWAI DI SUK?
    PEGAWAI PKNP?

    KESIMPULANNYA ANDA TAK TAHU APA,ANDA PATUT DIAM..

    DALAM KERAJAAN PAKATAN SEBELUM INI TERDAPAT 2 EXCO BUSUK(LANUN),MEREKA BUKAN CINA KAFIR,TETAPI MEREKA ADALAH ISLAM YANG MAHU KAYA CEPAT..

    ALHAMDULILLAH ,MEREKA DISINGKIR..

    SAYA KENAL SANGAT JAMALUDDIN DAN ANAK-ANAKNYA YANG SEBELUM INI MENOLONG BAPA MEREKA BERNIAGA..

    PERHATIKAN PAHANG NEGERI UMNO,DI MANA MELAYU KITA?SYABAS BUAT UMNO..

    • Bakal PM

      yes betul tu…. hal perak biarla org perak yg jaga…. x perlu import beruk2 yg luar dr perak terkinja2 buat protes kat perak ni…. knp setiap kali dewan nak bersidang ada jer Adun2 luar berkumpul nak berprotes…??? yg banyak kena tangkap pun org2 dr luar bukan dr perak… so sy sokong 100% untuk mengutuk sesiapa yg dr luar yg terkinja2 berkumpul nak tunjukkan protes kat perak ni… jgn nak tunjuk konon2nya kome tu prihatain kat rakyat perak sedangkan kome tu penambah masalah lg adalah….

  16. Damanhuri

    BAKAL PM..
    SEPERTI YANG SAYA CAKAP,HAL ORANG PERAK BIARLAH ORANG PERAK YANG SELESAIKAN..

    KALAU ORANG LUAR BERSEMBANG,JADI MACAM KAMULAH..

    RAKYAT PERAK FAHAM SANGAT APA YANG BERLAKU..SEPERTI RIBUAN RAKYAT DI IPOH YANG MEMASANG LILIN DI JALAN-JALAN,MEMIJAK GAMBAR NAJIB..

    ADA MEDIA BN JELASKAN?TUNJUKKAN GAMBAR?

    JELASNYA ORANG DILUAR PERAK SEPERTI KAMU MASIH BINGUNG 1001 SEBAB..

    • Bakal PM

      Saudara Damanhuri…
      betul ker kamu cakap RAKYAT PERAK FAHAM SGT APA YG BERLAKU??? kalau paham buat apa bakar lilin??? nak protes untuk bubarkan DUN??? kuasa sapa untuk bubarkan DUN??? apa hak mereka nak bubarkan DUN??? hak mereka adalah mengundi ketika PRU hari tu… dah tertunaikan…. masa tulah mereka nka tunjukkan kebijaksanaan mereka memilih wakil rakyat mereka…. kalau mereka salah pilih wakil rakyat itu adalah tanda kebodohan mereka dalam membuat pilihan dan kelemahan pihak atasan parti yg mereka pilih dalam meletakkan calon… jd kalau kira2 balik yg salah adalah org yg menentukan calon dan org yg mengundi calon tersebut… tiada paksaan dan campurtangan sultan dalam kuasa rakyat untuk mengundi … jd x perlu pulak rakyat campurtangan dalam kuasa sultan untuk menentukan sama ada untuk bubarkan DUN atau tidak… jelas?? nasihat untuk rakyat perak pilihlah wakil rakyat yg betul2 boleh dipercayai pd PRU akan datang… kalau pemimpin atasan parti yg kamu sokong, bebal dalam memilih calon maka tanggungjawab kamu untuk didik dia menilai calon mana yg sesuai… akhir kata jg diganggu hak Sultan dalam membuat keputusan…

  17. saudagar lempoyang

    asalm semua setelah saya membaca komen2 tuan2 ada yang marah/sebaliknya untuk memenuhi cita rasa orang agak mustahil saya cadangkan carilah satu jemaah yg mengamalkan islam d samping berniaga d seluruh dunia rangkaianya iaitu global ikhwan namanya dengan slogan cintai tuhan sayangi manusia inilah satu2nya jemaah yg berusaha kearah itu kerana mereka menagih janji tuhan sesiapa yg bertakwa kpdnya akan d beri bantuan dari tuhan ciri2nya ialah pemimpinnya hidup miskin/tiada harta/jemaahnya satu dunia/jemaah kaya/ahlinya hidup ala kadar/hidup penoh kasih sayang wassalam

Leave a comment