Gobind Berani Dalam Dewam Rakyat Je…

Kesimpulan yang boleh dibuat, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, selain dari menunjukkan sikap kurang ajar, rupa-rupanya hanya berani bercakap besar di dalam dewan dengan berselindung di sebalik kekebalan sebagai ahli parlimen.

Ini terbukti apabila beliau diminta mengulangi tuduhan liarnya bahawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah seorang pembunuh dalam kes pembunuhan Altantuya yang kini sedang dibicarakan di mahkamah.

“Saya tidak mahu ulang kerana dalam Dewan saya dilindungi oleh kekebalan Ahli Dewan,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen selepas diarah keluar oleh Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee.

Sebelum itu, sejurus selepas Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak menggulung bajet mini di Parlimen Khamis, Gobind mencabar Timbalan Perdana Menteri bangun menjawab kaitannya dengan Altantuya.

Ketika itu beberapa ahl i parlimen Barisan Nasinal termasuk Datuk Seri Jamaluddin Jarjis (Rompian ) dan Datuk Mohamed Aziz (Sri Gading) bangun membantah tuduhan Gobind.

Ini menyebabkan berlaku pertikaman lidah malah pada satu ketika ahli parlimen pembangkang itu menyifatkan Najib sebagai pembunuh dalam kes wanita Monggolia itu.

Keadaan ini memaksa Ronald meminta Gobind tidak meneruskan isu tersebut tetapi dibangkang ahli parlimen Puchong tersebut.

Melihat wakil rakyat itu terus berdegil, timbalan speaker itu mengarahkan Gobind keluar dewan tetapi anak kepada Karpal Sing itu, enggan malah menjawab, “ tindakan speaker itu memalukan diri sendiri,”.

Menurut Ronald, isu itu tidak patut dibangkitkan kerana sedang dibicarakan di mahkamah dan Gobind tidak patut sentuh peribadi seorang ahli dewan (Najib) ketika berhujah di dewan .

Beliau kemudian mengarahkan bentara mengiringi Gobind keluar dewan dan hanya dibenarkan masuk ke dewan selepas persidangan hari ini ditangguhkan.

Dalam keadaan marah dan tidak puashati, Gobind keluar kira-kira jam 4.10 petang.

Mengulas lanjut tindakan timbalan speaker itu di lobi parlimen, Gobind berkata, beliau tidak kisah sekiranya digantung dari menghadiri Dewan kerana kononnya tindakan beliau itu bertujuan menyuarakan kehendak rakyat.

“Saya tidak menyesal langsung. Datuk Najib mesti membuat pengumuman terbuka kerana dia akan menjadi Perdana Menteri tidak lama lagi.,” katanya.

Malah beliau sekali lagi mendesak Najib supaya membuat pengumuman terbuka bahawa beliau tidak terlibat dalam kes bernenaan.

Untuk rekod, Najib sudah beberapa kali telah menafikan penglibatan beliau dalam kes pembunuhan Altantuya malah bersumpah tidak pernah kenal atau berjumpa dengan warga Mongolia itu.

Selain itu, beliau juga semasa menggulung perbahasan bagi pihak Kementerian Pertahanan pada sidang Dewan Rakyat tahun lalu, Najib secara terbuka membuat kenyataan menafikan perkara yang sama .

Berdasarkan kenyataan Najib tersebut, cabaran Gobind supaya Timbalan Perdana Menteri itu membuat pengumuman terbuka tidak berbangkit kerana Najib sebenarnya telah pun berbuat demikian beberapa kali.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to “Gobind Berani Dalam Dewam Rakyat Je…

  1. tubir

    gobind in memang penakut…….dari dulu lagi memang penakut tegar.Saya menjemput wakil rayaat puchong ni berkunjung kekawasan bukit kinrara …..sebab semenjak menang dia tak pernah jenguk pun .adakah kerana kawasan rumah pangsa kos rendah ini dihuni oleh orang orang melayu maka dia tak mahu datang? Kami akan sediakan air mawar dari IWK untuk menyambut beliau ….

  2. Bro_ChickeN

    betul…3x, penakut & bacul… samer macam bapak dier.. baru orang protes kat luar dewan dah kelam kabut… tak tahu plak penakut tegar… kah..kahh.. harap badan besor, teloq takdak…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s