Norza pun kene lucut….

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Norza Zakaria hilang kelayakan untuk bertanding, dipilih, memilih atau dilantik dalam pemilihan parti yang akan berlangsung Khamis in. Keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengurusan UMNO itu dimaklumkan melalui UMNO Online yang disiarkan jam 1 tenghari Isnin. Norza baru-baru ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Temerloh kerana didakwa terbabit dengan rasuah yang berkaitan dengan pemilihan UMNO. Difahamkan keputusan itu turut menggugurkan jawatan Norza yang sedia ada. Selain Ahli MT, Norza juga adalah Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan. Sementara itu Norza ketika dihubungi Agendadaily mengesahkan telah menerima surat daripada Jawatankuasa Pengurusan UMNO yang memaklumkan keputusan berkenaan. “Saya berasa sedih dan kecewa dengan keputusan ini. Namun sebagai ahli parti yang akan teruskan iltizam untuk membela hak-hak parti. Saya juga akan terus menyokong kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib,” katanya.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to “Norza pun kene lucut….

  1. Jangan bersedih dan terima hakikat…

    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Azam Baru ā€“ Semangat Baru UMNO
    http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

  2. radensabri

    Syukur kehadhrat Ilahi. semuanya telah selesai. wak ucapkan tahniah kepada yang menang dengan tangungjawab hebat menanti dan tahniah juga kepada yang tidak menang kerana inilah masa untuk muhasabah diri dan benar-benar berkhidmat kepada rakyat yang memilih dulu.
    Wak cuma nak ingatkan. Jangan jadikan kemenangan yang diperolehi itu sekadar menukar baju baru untuk umno tetapi badan masih kotor bernoda. tidak perlulah mengambil masa terlalu lama untuk mula berfungsi kerana yang menang pun bukan orang baru dalam kerajaan.
    Namun perlu sedar bahawa apa yang penting sekarang menunjukan kesyukuran kerana terpilih dengan menjadi seorang pemimpin disegani oleh kawan dan lawan.
    Perkara remeh jangan dijadikan isu utama. Kalau sekadar kes itu berbentuk individu tinggalkan kepada sistem kehakiman kita untuk menentukan.
    Untuk renungan semua pemimpin baru dilantik tengok ni :-
    1. pak mat dikampung terpencil – peduli apa dia sokong siapa. beli hatinya dengan cara munasabah bukan rasuah.
    2. puan mah di pekan kecil yang baru buka kedai jahitan – apa bentuk pertolongan boleh diberikan supaya dia boleh mengeluarkan pakaian berjenema malaysia.
    3. nik man di kelantan martabatkan pertanian dia supaya nanti hasil taninya mampu menjadi sumber eksport.
    4. selia pegawai kerajaan supaya benar-benar menyempurnakan amanah dan tanggungjawab yang kerajaan berikan – jangan asyik sebok mengira peluag menjadi jusa.
    5. pilih ketua jabatan kerana dia layak sebenar-benarnya – bukan sebab dia kenal menteri.
    6. berhentikan pakar bahasa yang hanya sekadar berbalahan pasal istilah – kalu kita nak teruskan ppsmi dia kata anak tirikan bahasa. Tetapi kalu mereka celup bahasa orang putih masuk kamus boleh pulak
    7. beri perhatian kepada sekolah rendah kerana di sinilah rebung dibentuk – di sekolah menengah murid hanya dicerdikkan sahaja manakala di universiti mereka disarjanakan.
    8. Tengok-tengok stesen tv kita, jangan galak sangat berebut mengadakan pelbagai bentuk pertandingan yang ntah apa-apan dulu kata negara kita ikut acuan kita. ye ke.
    kita marah pada orang yahudi, memang patut pun. tapi orang kita yang berperangai …. apa halnya.

    kalau tidak negara ke arah keruntuhan. it is not what you do but it is important that how you do it.
    Rasululluah bersama sahabat bekerja dan membina. Tak kan orang kita baru jadi ketua sudah tidak kenal kawan.
    Hari ini kita sudah terdedah kepada pelbagai maklumat. kita tidak boleh tipu lagi pak mat, pak ali, ayoh cik, ngah limah dan ramai lagi.
    Tahniah lagi sekali. wak akan terus memerhati dan mengikuti. semoga melayu menjadi bangsa disegani bukan ditakuti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s