Apa cerita…politik wang dalam PAS?

Menjelang Muktamar Agung PAS, Jun ini, sudah ada cerita-cerita yang tidak sedap didengar berlaku dalam proses pemilihan parti tersebut.

Jika selama ini PAS mengaitkan UMNO dengan amalan rasuah politik, kini gejala itu dikatakan berlaku dalam PAS.

Pendedahan tersebut bukanlah didedahkan oleh orang luar parti itu tetapi oleh Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mohamad Daud Iraqi sendiri yang menyatakan wujudnya gejala membeli undi menjelang pemilihan parti itu pada muktamar yang akan diadakan di Shah Alam tersebut.

Mengulas mengenai pendedahan itu, Ahli Lujnah Politik PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun ini menggesa pucuk pimpinan parti tersebut menyiasat dakwaan serius yang dibuat oleh Mohamad Daud itu.

Katanya, pendedahan itu memeranjatkan ahli-ahli parti dan memperlihatkan seolah-olah PAS sama dengan parti-parti lain.

“Jika dakwaan itu tidak benar, dan beliau (Mohamad Daud) sengaja mengada-adakan cerita, maka tindakan wajar diambil terhadap beliau,” katanya.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan berkata demikian di Kota Bharu sebagai mengulas pendedahan Mohamad bahawa ada individu tertentu yang sanggup memberi ‘hadiah’ kepada perwakilan menjelang muktamar agung parti itu.

Menurut Abdul Fatah, Mohamad Daud yang mendedahkan perkara itu perlu membuat laporan rasmi supaya tindakan dapat diambil terhadap mereka yang terbabit.

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “Apa cerita…politik wang dalam PAS?

  1. ceritanya mudah saja.. politik wang dalam PAS masih samar2 dan pihak pimpinan berusaha untuk membanterasnya dari awal. Sebab itulah pendedahan dilakukan walaupun sesetengah ahli politik menganggap tindakan itu ibarat membuka pekung didada. Sehingga kini TIADA satu kes pun lagi dibuktikan, hanya dakwaan dan mainan media2 pengampu Umno Bn saja.

    Berbeza dengan Umno BN, yang terbukti bersalah dalam politik wang (rasuah) pun masih dok gilakan kerusi empuk Ketua Menteri lagi. Kami tengok dok elok2 lagi kat Melaka tu. Kalau bermaruah, dan kalau umno tu telus sebagaimana yang anda semua retorikkan sebelum ini, suruh saja Ali Rustam LETAK JAWATAN!

    Dan kami tengok, Ketua Pemuda sekarang ini masih lagi disanjung oleh kamu semua walaupun dia dipalitkan dan didakwa dengan kesalahan yang sama. Cuma dia bernasib lebih baik masih dibenarkan bertanding jawatan ketua pemuda, bukan sebab dia tak lakukan kesalahan berupa politik wang, tetapi sebab masa tu bapak mertua dia org no 1 umno dan negara, maka org no 2 terpaksa memberi jalan. kalau tidak, silap2 no 2 takleh lompat ke kerusi no 1.

    Jadi dimana hebat sangatnya parti kamu ni? Kami tengok retorik je yang makin menebal, tetapi cakap tetap tak serupa bikin, dan bikin pula tetap mcm tak serupa cakap. Perosak Bangsa.

    kalau anak jantan, siarkan saja komen ini. Tapi kalau sekadar nak beretorik cam biasa, takyah siar pun takpe.

    http://www.pemudakemehe1.blogspot.com

    • Pemuda Tmn Kosas

      Salam
      Begini pemuda kemahang…

      Soalnya sekarang, sebelum ni digambarkan kononnya pas adalah parti memperjuangkan Islam, walaupun sebenarnya bukan memperjuangkan Islam tapi lebih kepada mempergunakan Islam untuk kepentingan parti. Kita hayati perkara2 berikut : –

      a) Rasuah itu haram
      Betul rasuah memang haram… tapi yg menjadi persoalannya kenapa benda yang haram ni pas amalkan jugak? Jgn asyik salahkan media je… perangai org pas ni tak berubah-ubah sejak dulu lagi…. bila media cerita keaiban pas, kau org tak nak percaya tapi bila ada media hentam umno kau org terus percaya… jadilah rasional sikit. Bila ada fitnah yg memburukkan umno, kau org terus percaya… tapi bila berlaku perkara yg tak betul dlm pas, kamu tak percaya…. jumud lah kamu ni

      b)’setan’ pilihan dihati..
      kata pemimpin kamu pada suatu masa dulu…Sanggup berkawan dgn ‘setan’ semata-mata utk kalahkan umno… mana punya kitab kau org baca ni??? sehingga nak berkawan dgn setan ni…. jgn jadi setan dah lah kerana pernah aku terbaca cerita yg diriwayatkan, ‘setan’ pernah menyamar menjadi org alim…. bahaya tu!

      c) Kapir ‘harbie’ pilihan pas
      Bila org yg mempertahankan Islam, org yg bina masjid, org yg bina surau, hulurkan tangan persahabatan, kau org tak terima tapi bila dgn org yg mempertikaikan azan, anti Islam, kapir harbie… kau nak pulak berkawan…!! Mana kitab kau org rujuk ni?

      d) Hukum Hudud
      kenapa pas mcm dah tak berminat dgn hukum hudud? Sebelum dpt kuasa mcm2 pas nak buat … mcm2 maksiat nak dihapuskan… mananya? kenapa kilang arak di subang ada lagi? kenapa kedai judi, disko di s’gor tak tutup lagi… kedai no ekor kat Kedah dah tutup ke? Nik Aziz kalau cakap.. mcm bagus je! Tapi sebenarnya kenyataan beliau selalu mengelirukan masyarakat Islam sbg cth tentang org kapir baca ayat al quran… masa aku kecik dulu, ustaz aku ajar, ayat al quran tu suci, al quran tu suci, kita kena pelihara kesucian al quran. kalau kita dlm hadas besar kita tak boleh baca quran…. tapi sekarang bila org kapir yg sentiasa dlm hadas besar membaca ayat al quran dlm satu ceramah, nik aziz cakap apa yea???? Dia dah tua… faham2 lah.
      Cakap kat nik aziz, Allah janjikan SYURGA yg sgt HEBAT utk pemimpin yg bertakwa kpdNya…. tapi Allah juga janjikan NERAKA yg HEBAT utk pemimpin yg tidak bertakwa dgnNya…. nasihat kat dia, jgn keluarkan kenyataan yg mengelirukan… didunia kamu mungkin dipuja2, gambarmu ditampal dikereta-kereta…di rumah-rumah… tapi ingatlah wahai nik aziz, bila di akhirat nanti, kamu juga akan diperhitungkan sama sepertimana kami diperhitungkan… Terlalu byk tuduhan liar yg kamu lontarkan sebelum ni kpd org umno… bila nak minta maaf? Nasihat utk nik aziz, ingat mati… ingat balasan Allah… Ramai org sayangkan nik aziz, hormati nik aziz, jgn sampai penghormatan itu hilang! Sepatutnya “PAS memperjuangkan Islam bukannya PAS mempergunakan Islam utk kepentingan PAS”

      e) Muktamar PAS
      Mat Sabu nak bertanding Timbalan Presiden… elok ke tu? Betul ke, beliau pernah di tuduh khalwat dgn BINI org di dlm sebuah bilik di hotel Kota Bharu. Walaubagaimanapun dia didapati tidak bersalah dan dilepaskan dari pertuduhan khalwat… walaupun terbukti dia memang berdua-duaan dgn BINI ORG didlm sebuah bilik. Confuse ni… pemuda kemahang oleh tlg terangkan sikit… khalwat tu apa?

      Org kata Pakatan DAP, PKR dan PAS.. umpama ‘KERETA KUDA’…. DAP adalah penumpang, PKR pemandu kereta kuda manakala PAS adalah kuda… betul ke?

      ‘Sama Rata Sama Rasa, Belakang Depan Sama Saja’

    • Bakal PM

      Yg bagusnya UMNO mereka ada lembaga disiplin yg memantau setiap masalah ahlinya termasuk yg berkaitan politik wang… tahniah kerana lembaga disiplin UMNO serius dalam mengawal tingkah laku ahlinya… bebeza dgn PAS kalau boleh disorok disorokkan lg setiap masalah ahlinya… sebab apa nak tonjolkan mereka mempunyai ahli2 yang berperibadi mulia… hipokrit sungguh… kalau x de angin boleh ke pokok bergoyang… kalau xde rasuah boleh ker dakwaan semua tu timbul…???

Leave a comment