Persaingan Untuk Jawatan Ketua Pemuda UMNO Terbuka

semalam Ketua Pemuda Datuk Seri Hishamuddin telah menyatakan hasrat utk tidak bertanding mempertahankan jawatan ketua pemuda..

Datuk Seri Khir Toyo pula menyatakan hasrat beliau utk bertanding jawatan ini dan tidak mempertahankan kerusi Ahli Majlis Tertinggi..

Terbaru YB Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir menyatakan kesediaan beliau untuk bertading bagi jawatan Ketua Pemuda….

walaubagaimanapun sehingga sekrg belum lagi terdapat mana-mana nama yang berminat untuk mengisi jawatan Naib Ketua Pemuda… YB Khairy juga tidak menyatakan lagi hasrat beliau sama ada ingin melepaskan jawatan atau ingin mempertahankan jawatan tersebut….

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “Persaingan Untuk Jawatan Ketua Pemuda UMNO Terbuka

  1. SURAT TERBUKA UNTUK DATO’ SERI DR MOHD KHIR TOYO

    Assalamualaikum Dato’ Seri Dr Khir,

    Saya Jalil Bin Muhamad merupakan ketua penaja UMNO cawangan Bangi 3, Bahagian Serdang ingin merakamkan penghargaan dan tahniah kepada Dato’ Seri di atas keberanian dan sikap gentleman Dato’ Seri dalam berhadapan dengan segala kemelut yang berlaku di dalam UMNO kini. Keberanian Dato’ untuk hadir ke dalam sidang forum yang dianjurkan oleh my kmu.net minggu lalu walaupun menimbulkan pelbagai spekulasi dan persepsi adalah merupakan satu langkah perjuangan yang mulia dan berani untuk sebagai satu tapak permulaan untuk reform UMNO dari dalam.

    Dato’ Seri

    Saya agak kurang senang dengan segelintir ahli UMNO yang bersikap tidak professional dalam tindakan mereka ketika forum berlangsung di mana mereka mempamerkan sikap yang terlalu emosi tidak bertempat menuduh Dato’ rasuah dan hinggalah ke isu penyapu yang saya sangat sokong dijadikan satu cara untuk menambahbaikkan system PBT dan kerajaan tempatan. Sikap pemuda UMNO sebegini adalah satu sikap jumud yang tidak mempamerkan tamadun Melayu dan harus dielakkan sama sekali.

    Dato’ Seri,

    Saya bersama barisan pemuda yang dipimpin diperingkat akar umbi ingin memberikan cadangan kepada Dato’ Seri agar tidak bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO dengan memberikan laluan kepada Dato’ Mukhriz Mahathir untuk jawatan tersebut memandangkan Dato’ Seri pernah memegang jawatan yang lebih tinggi iaitu sebagai Menteri Besar. Saya ingin mencadangkan agar Dato’ Seri supaya bertanding bagi jawatan Naib Presiden UMNO Malaysia memandangkan Dato’ Seri mendapat undi yang tertinggi saban tahun. Saya merasakan wajar untuk Dato’ Seri mencuba bagi jawatan tersebut berdasarkan karisma dan kelayakan Dato’ Seri dan di atas kecemerlangan pimpinan Dato’ Seri selama ini di Selangor. Walaupun saya tidak mempunyai kuasa untuk mengundi semasa pemilihan agung UMNO Disember nanti, tetapi saya amat berkeyakinan bahawa ramai ahli UMNO mahukan pimpinan muda yang dinamik di peringkat atasan parti yang berupaya menjadi penyampai berkesan suara pemuda hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Itu adalah hasrat saya dan akar umbi lain yang sangat sayangkan UMNO dan mahu melihat UMNO berubah dan terus relevan di kalangan orang Melayu.

    Sekian, diharap suara hati kami sebagai akar umbi yang menggerkkan UMNO dapat didengari dan diharap pihak Dato’ Seri dapat mempertimbangkan 2 permintaan utama kami ini. Semoga UMNO akan terus hidup subur sebagai wadah berkesan bagi orang Melayu bernaung dan semoga aliran idealisme UMNO tidak akan pudar ditelan zaman.

    Wassalam.

    Jalil Muhamad

  2. SURAT TERBUKA BUAT DATO’ SERI DR MOHD KHIR TOYO

  3. salahuddin

    Semua warga UMNO Malaysia,
    Asalamualaikum WT
    ‘UMNO DULU,KINI DAN SELAMANYA’
    satu pandangan ahli akar umbi.

    UMNO dilihat oleh setengah pihak semangkin lemah dan kurang berperanan sebagai mewakili warga Melayu dan bumiputra dibumi sendiri, adakah ini satu kebenaran? Atau perancangan pihak tertentu dalam UMNO sendiri atau suatu kesan daripada serangan parti lawan yang tidak senang kepada kekuatan UMNO selama ini.

    Pilihanraya Ke 11 BN memenangi majority terbesar dan paling membanggakan Terengganu telah kembali kepada BN. UMNO berjaya menguasai hampir keseluruhan DUN dan Parlimen Malaysia. Timbul pula pandangan bahawa BN tidak perlu terlalu kuat. Persoalan sekarang:

    1. Siapakah yang memberikan pandangan BN tidak perlu terlalu kuat?
    Apa motifnya
    Mengapa ada ahli UMNO sendiri berasa tidak ‘selesa’ atas kekuatan BN.
    Adakah ia berkaitan dengan pembebasan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
    Siapa yang paling kuat menentang kemasukan DSI dalam UMNO selepas pembebasannya, jika pun DSI ingin bersama kembali kepada UMNO? Atas dasar apa mereka menentang? Penyatuan Bangsa Melayu dan Negara Malaysia? Atau kronism?
    2. Selepas pilihanraya ke 12 suasana dan iklim UMNO khususnya bertambah ‘HANGAT’ kesalahan dituding kepada Pak Lah seorang, dimanakah peranan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan MT UMNO. Adakah selama ini mereka hanya ‘PAPET’ yang sememangnya tidak berfungsi? Atau menyepi diri takut duduk dibelakang Pak Lah kerana serangan bertubi daripada mantan PM yang menyerang pucuk pimpinan UMNO sejak sebelum dan selepas pilihanraya ke 12 tersebut. Malah telah mengugut secara keluar darpada UMNO mungkin dengan harapan ramai yang akan menjejakinya. Kini mungkin setelah andaian dan teori tidak terlaksana berusaha kembali kepada UMNO.
    Apakah motif semua ini berlaku?
    Adakah kerana rasa kecewa ‘PROJEK MEGA’ banyak yang terbatal?
    Atau kerana Pak lah dengan bantuan Menteri Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dengan undang-undang berhasrat ‘MEREFOMASIKAN’ system kehakiman Negara dan BPR? Persoalannya sekarang, apakah kesan terhadap refomasi kedua-dua JABATAN tersebut?
    2.3.1 Adakah ini membimbangkan sesetengah pemimpin UMNO dulu dan sekarang?
    2.3.2 Apakah kesannya kepada ‘mohon maaf’ kerajaan kepada bekas-bekas hakim yang dipecat zaman Tun M dahulu.
    2.3.3 Bagaimana dengan kes PEWAJA,MAS dan peristiwa berdarah MAMALI, proses pengharaman UMNO dan banyak lagi, yang mungkin kesan REFOMASI DUA JABATAN tersebut memberikan ruang dan peluang untuk memungkinkan dibuka kembali?
    2.4 Mengapakah YB Tan Seri Mahyudin Yassin Naib Presiden
    UMNO begitu lantang bersuara supaya Pak Lah cepat-
    cepat turun daripada jawatan Presiden UMNO Malaysia.?
    Apakah motif sebenarnya? Adakah demi agama,
    bangsa dan Negara Malaysia tercinta? Atau apakah
    SEBENARNYA yang tersirat?

    Semua persoalan ini perlu dihalusi dan difikirkan dengan sebaik, sehalus dan sematangnya oleh semua ahli-ahli UMNO yang selalu digunapakai oleh pimpinan tertinggi UMNO yang berkepentingan ‘sebagai kononnya’ ‘ KEHENDAK AKAR UMBI’ untuk menyokong kehendak dan citarasa mereka pada hal semua ini andaian mereka semata-mata. Demi untuk memberi bonos kehendak dan hasrat mereka.

    Akhirnya bersama kita berdoa supaya ahli-ahli UMNO diberikan keikhlasan , kematangan dan ilmu yang hebat oleh Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Adil kerana dengan keikhlasan, kematangan dan ilmu sahaja yang mampu menyelamatkan UMNO untuk kekal sebagai ‘ UMNO dulu, kini dan selamanya’

    ‘ SELAMAT BERPUASA DAN BERHARIRAYA’
    ‘MAAF ZAHIR DAN BATIN’

    Coretan oleh:
    Salahuddin bin Jantan
    KC UMNO Taman Mawar Fasa 5 Bahagian Pasir Gudang, Johor D.T. sebagai ‘SUARA AKAR UMBI’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s