Gambar Sekitar Di Tempat Tanah Runtuh- malaysiakini

ihsan The Star

sila layari http://gallery.thestar.com.my/default.asp?id=1167 utk gambar selebihnya.

utk makluman kawasan kejadian terletak di bawah kawasan Parlimen Ampang.

12 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

12 responses to “Gambar Sekitar Di Tempat Tanah Runtuh- malaysiakini

  1. Please visit Block B at Lake View Apartment, Pandan Perdana. Just walk up the stairs and look at the cracks, be it on the walls or on the floor!

    And we have Government Officers taking a stance to protect the irresponsible developers instead of the people who are victims of all these nonsence.

    What to do? Capitalist management always pro orang kaya raya. Yang miskin kasi complain pun tada guna.

    Anyone who are victims of abusive developers, please tell us your story

    Jackie

  2. mengerikan, menakutkan… longsong dan tanah runtuh dimana mana…

  3. Pingback: Top Posts « WordPress.com

  4. Salam,

    Perumpamaan orang tua-tua, kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai. Sekarang ini bukan sahaja di tepi pantai yang tidak selamat. Rumah-rumah yang terletak jauh ke tengah kawasan tanah semenanjung juga tidak lari dari bencana alam.

    Di Malaysia kita tiada bencana gempa bumi, tiada kejadian Puting Beliung, tiada masalah ribut salji, tiada kemusnahan akibat ribut taufan seperti yang melanda negara-negara yang terletak di antara zon panas dan zon sejuk khatulistiwa. Kita selamat dari semua bencana alam semulajadi itu.

    Namun, sifat manusia suka mencabar kuasa alam. Hutan-hutan digondol, bukit-bukau ditarah. Begitu luasnya kawasan rata lain yang sesuai untuk pembangunan, kawasan bukit ini juga yang menjadi pilihan. Apakah berbaloi nyawa diperjudian sebagai tukaran untuk memiliki rumah yang mempunyai pemandangan indah, cantik dan segar jika kita tahu akan risiko-risiko yang bakal berlaku?

    Kejadian tanah runtuh bukan sesuatu yang tidak pernah kita lihat berlaku dalam negara kita. Tragedi Highland Tower sepatutnya sudah cukup untuk memberi kita pengajaran bahawa rumah-rumah yang dibina di atas tanah yang tidak rata dan ditarah adalah TIDAK SELAMAT sama sekali.
    Struktur tanah boleh berubah, air hujan dan air limpahan dari puncak bukit boleh menghanyutkan lapisan atas tanah yang tiada dilindungi akar-akar pokok kayu sedikit demi sedikit. Apabila struktur salah satu tempat yang kecil sudah lemah, maka sebahagian besar di atasnya akan runtuh sekaligus menarik apa-apa sahaja di atas. Samalah keadaannya seperti runtuhan salji di negara Barat.

    Langkah awal kerajaan untuk memansuhkan permit bagi pembangunan di kawasan bukit, di lereng bukit adalah satu keputusan yang wajar. Pihak peneroka seharusnya perihatin dengan projek-projek yang mereka jalankan. Bukan hanya lepas tangan dan menyalahkan bencana alam sebagai punca apabila berlakunya tragedi. Elakkan dari membina penempatan yang sedemikian.

    Bagi rakyat pula, adalah penting untuk mengetahui risiko-risiko memiliki rumah-rumah yang seperti itu. JANGAN MEMBELI hartanah yang ditawarkan oelh pemaju yang diragui akan keselamatannya. Ingat! Rumah yang dibina tidak akan runtuh dalam masa setahun dua, mungkin paling lama sepuluh tahun. Cuma jika BERNASIB BAIK, mungkin ia boleh bertahan sampai kita beranak cucu. Tetapi mahukah kita memperjudikan nasib kita? nasib anak isteri kita?

    Kita harus berwaspada agar tidak termakan oleh tawaran dan jaminan pemaju kerana kita membeli rumah bukan untuk didiami setahun dua. Lihatlah sekarang, siapakah yang harus dipertanggungjawabkan apabila berlaku kemalangan jiwa seperti ini? Bolehkah kita menyalahkan pemaju tersebut?

    Apa yang penting kita hendaklah hentikan dari membeli rumah sebegini. Selagi ada pembeli yang sanggup membelinya, selagi itulah pemaju akan meneruskan projek tersebut baik secara terang-terangan mahupun secara sembunyi. Kata Apai ‘when the buying stops, the constructions can too’.

    Wassalam

  5. Err anak sapa yang pakai sexy berbaju hitam pi melawat mangsa dan kawasan runtuhan pada hari pertama peristiwa tu berlaku haa…..Bapak dia tak ajaq kot adab adab melawat orang sakit..atau islam hadhari bagi pakai sexy bila melawat orang yang dalam kesusahan,sejuk sikit no mata memandang….Nak buat macam mana,bapak dia pengasas Islam Hadhari,laki dia bakal ketua pemuda(Tapi tak jadi!!!!!!)

  6. kuntakinte

    Salam, sdr juga yang perasan ya… hebat sedara ni, mcam hobi je tengok2, jeling2 perempuan sexy..ishh..ish…ish… miang le sdara ni…

  7. Ni, firedownunder,

    Perangai sesaorang kenapa pula dikaitkan dengan islam HADHARI. Wei, sedar sikitlah apa yg awak tulis tu.

    Mungkin dia berpakaian demikian kerana bagi menyenangkan dia membantu, mangsa kerana keadaan kawasan yang dipenuhi dengan batu, kayu-kayu dan lumpur. Weii, mamat dalam keadaan macam tu kenalah cari pakaian yg sesuai dan ringkas kerana dia datang nak menolong. Bukan macam wakil rakyat PR, dah tiga hari baru datang tertinjau-tinjau, hahaha padan muka kena belasah, merah macam udang kena bakar muka.

    Ni, lagi satu, engkau tunjukan dimana kesalahan cara hidup ikut konsep Hadhari. Kau jangan pandai komplain aje, jangan nak ikut pula telatah Wak Hadi yg songel tu, dia tu memang hasad terhadap apa jua yg mampu dilaksanakan oleh UMNO. Semasa dia jadi MB Trenganu dulu, hanya satu mesjid tak siap yg mampu dia dirikan, itu yg kau puja-puja, kau agung-agungkan, HAMPAIh nyior betul.

  8. Saudara Tuah….Kalau nak tolong orang pun kenapa memperbelakangkan agama???Inilah fikiran orang yang fanatik,anak pemimpin yang diagungkan pakai apa pun takpa.

  9. Dosa pahala masing2 tanggung… Kau cakap org je fire Down Beelow…. Belum tentu anak kau besok begitu warak. Kita nak hina org senang tp nak elak penghinaan org bukan senang… Jg keluarga kau dulu sebelum kutuk org lain… Tanya adik, ibu, kakak, makcik, anak perempuan kau( kalau ada) pernah x diaorg membuka aurat pada org yang bukan muhrimnya…. kalau itu pun kau x dapat nak didik kau x payah pg jauh2 nak didik anak org…. Cermin muka sebelum org lain hadiahkan cermin kat kau…

  10. Putera81

    Assalamualaikum..

    Saudara FireDownBelow..bukan begitu maksud AbangTuah..apa pun kita perlu lihat nawaitu @ niat seseorang..dia mungkin kurang dari segi kesedaran agama..tapi niat dia datang untuk membantu lebih terpuji dari sikap wakil rakyat itu sendiri yang hanya menampakkan batang hidung sampai hari ke-3 kejadian..

    Ingat tak pepatah “Iman tak akan dapat diwarisi”? Walaupun bapak dia cuba untuk menerapkan unsur2 keIslaman, tapi pokok pangkal adalah individu itu sendiri..bapaknya hanya boleh menyuruh malah mungkin memaksa, tapi kalau dia sendiri belum terbuka, maka tidak wajarlah konsep Islam Hadhari dipermainkan..sementelah juga kuasa bapaknya telah beralih kepada suaminya setelah selesai lafaz ijab dan kabul..maka kesalahan ini tertanggung oleh suaminya, itu pun jika tidak mengamalkan pendidikan berterusan..

    Islam Hadhari hanyalah penerapan agar manusia zaman sekarang lebih menghayati Islam sebagai cara hidup..”indirect psychology”..yang mana membuatkan lebih ramai manusia lebih menyukai dan menyedari kecantikan Islam..bukan bermaksud mengubah apa2 amalan dalam Islam kerana jika itu berlaku, aku adalah orang pertama akan menolak penerapan itu..yang salah adalah tetap salah..hukum Allah tidak boleh diubah-ubah..hatta Nabi Luth sendiri mempunyai anak yang kufur bernama Hannan yang menolak ajarannya..jadi tidak adillah jika bermaksud seseorang itu gagal hanya kerana kegagalan anaknya berpakaian seperti Islam sejati..mungkin dia gagal mendidik anaknya, tapi tak mustahil dia berjaya menerapkan nilai2 Islam dalam jiwa seribu orang yang lain..Allah Maha Adil..

    Apa yang penting bagaimana kita melihat seseorang itu dari sudut positif..tengok tujuan dia datang..bukan bagaimana dia datang..tengoklah kebaikan seseorang..barulah timbul rasa sayang..bukan mencari kekurangan hatta kerana kebencian..itu pendapat peribadi aku..maaf sekira tersalah kata..wassalam

  11. aida

    Salam,,apela sbb satu pkara mcm tu pun nk bgaduh..spatutnya kita jdkan ksalahan org tu sbg pengjaran bukan sebagai UMPATAN.Lidah tu lebih tajam dr pedang tau,,be educated one k..

Leave a comment