Mahfuz nafi wujud usaha ‘kahwinkan’ semula PAS dgn UMNO

sumber klpos

TIDAK semena-mena bertiup kencang cerita PAS sedang berunding dengan Umno untuk mengadakan kerjasama atau pakatan politik, kononnya demi ketuanan politik Melayu. Entah siapa yang memulakannya, tetapi ia telah tersebar luas di blog-blog dan juga berkeliaran dalam sms.

Ramai juga peminat politik yang percayakan desas-desus ini kerana mungkin logik juga kalau hendak dicarikan sebab mengapa PAS perlu bekerjasama dengan Umno. Tetapi ramai yang memandang jejek kepada perbuatan ini jika PAS berhasrat demikian.

“PAS tidak akan menjual maruahnya dengan harga yang murah kepada Umno, sebaliknya akan terus mempertahankan prinsip demi kepentingan dan kebajikan rakyat yang sudah lama dipijak-pijak oleh Umno/BN apatah lagi kini dengan kenaikan harga minyak, kerajaan Umno/BN tergamak membawa satu usul dalam perlimen bagi menghalalkan tindakan untuk menindas rakyat. Maka ternyatalah 129 ahli-ahli perlimen BN menyokong usul untuk menindas rakyat”

Tidak timbul isu ini benar atau tidak, kerana saya sudah pun menafikan adanya rundingan sulit untuk ‘mengahwinkan’ PAS dengan Umno. Lagipun perkahwinan politik seperti ini mungkin ‘tidak sah’ kerana antara PAS dan Umno memang tidak ‘sekufu’.

PAS mempunyai dasar Islam, sedangkan Umno ‘beraqidah’ Islam Hadhari. Jika Umno itu ‘ahli Kitab’ ada juga tendensinya, tetapi dengan Islam Hadhari ini PAS terpaksa menjauhkan diri.

Lagipun PAS amat tidak sekufu dengan Umno kerana PAS adalah parti yang masih suci, sedangkan Umno sudah terpalit dengan noda-noda rasuah, politik wang, kronisme, nepotisme dan macam-macam kebejatan yang lain.

Ada pihak yang berpandangan supaya PAS tidak harus ‘menjual mahal’ dalam konteks kepentingan politik nasional, tetapi isu yang berbangkit sekarang bukannya kepentingan negara, sebaliknya adalah kepentingan survival politik Umno itu sendiri.

Kerjasama ini adalah talian hayat yang amat diharapkan oleh Umno dan sudah tentu mereka sanggup bergolok-gadai untuk memenuhi keperluan PAS demi talian hayat ini.

PAS tidak akan menjual maruahnya dengan harga yang murah kepada Umno, sebaliknya akan terus mempertahankan prinsip demi kepentingan dan kebajikan rakyat yang sudah lama dipijak-pijak oleh Umno/BN apatah lagi kini dengan kenaikan harga minyak, kerajaan Umno/BN tergamak membawa satu usul dalam perlimen bagi menghalalkan tindakan untuk menindas rakyat.

Maka ternyatalah 129 ahli-ahli perlimen BN menyokong usul untuk menindas rakyat.

PAS akan terus memikul amanah dan kepercayaan rakyat kepada Pakatan Rakyat, dan akan terus memberikan pembelaan kepada rakyat yang ditindas oleh kerajaan BN.

Sejarah telah membuktikan bahawa PAS adalah parti yang paling terbuka di negara ini sehingga menjadi parti yang paling banyak menjalin kerjasama politik. Keterbukaan Islam yang didukung oleh PAS diterjemahkan melalui siri-siri kerjasama sama bukan sahaja dengan orang Melayu, bahkan semua kaum.

PAS pernah duduk semeja dengan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP), MIC dan Persatuan Ceylonese Malaya dalam National Conference pada 1953, kemudian menyertai National Convention yang turut diserati oleh Umno dan MCA mulai September tahun yang sama.

PAS juga berpakat dengan parti-parti kiri ketika memperjuangkan kemerdekaan, sebelum bekerjasama dengan Dato’ Onn dalam pilihan raya 1959. Kerana kerjasama PAS Dato’ Onn menang di Terengganu.

PAS juga mempunyai hubungan yang baik dengan Sosialis Front pada 1959 dan 1964 walaupun pakatan itu dianggotai oleh pendukung sosialis seperti Parti Rakyat, Parti Buruh dan National Convention Party.

Selepas krisis politik 1969, PAS telah memilih untuk bekerjasama dengan Perikatan yang ketika itu sudah disertai oleh parti-parti dari Sabah dan Sarawak, selain PPP dan Gerakan.

Pada 1986, PAS bersama tiga parti lain menubuhkan Harakah Keadilan rakyat (HAK), di samping hubungan dengan masyarakat Cina melalui CCC.

Kemudian PAS menyertai pula Angkatan Perpaduan Ummah (1988-1996) dan Barisan Alternatif (1999-2008) sebelum Pakatan Rakyat ditubuhkan selepas pilihan raya ini. Inilah keterbukaan PAS!

Dengan Umno sendiri, PAS sudah dua kali berpengalaman. Pada 1953, atas usaha keras bapa Perdana Menteri, Ustaz Haji Ahmad Badawi, PAS meninggalkan Dato’ Onn dan National Conference untuk menyertai National Convention yang ditaja oleh Umno-MCA.

“Hari ini apabila Umno sudah tersepit, mereka mencari PAS semula seperti mana Tun Razak lakukan dahulu. Mereka sanggup tawarkan apa sahaja jika PAS bersedia. Tidak cukup dengan itu, dek cemburu oleh kejayaan kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat di lima buah negeri, mereka melancarkan perang saraf kononnya PAS sedang berunding dengan Umno. Mereka mahu PAS renggang dengan rakan Pakatan Rakyat dan terus menggoda PAS supaya terima sahaja tawaran mereka”

Apabila berunding tentang pilihan raya pertama, cadangan PAS untuk membela kepentingan orang Melayu dengan menolak jus soli dalam hak mengundi serta menambahkan wakil ekonomi Melayu dalam Dewan Undangan Persekutuan telah ditolak oleh Umno.

Umno bersikap demikian kerana menjaga kepentingan MCA.

PAS tidak dapat menerima kerjasama yang membunuh bangsa sendiri, lalu keluar daripada National Convention sebelum 1953 berakhir.

Apabila berlaku peristiwa 13 Mei 1969, PAS memandang kepentingan perpaduan nasional dan survival politik orang Melayu. Walaupun Muktamar Khas PAS meluluskan dengan majoriti mudah – sebagai tanda berat hati PAS – Kerajaan Campuran PAS-Perikatan dibentuk pada 1973.

Kemudian PAS bersama-sama parti lain menubuhkan Barisan Nasional pada 1974. PAS yang mencadangkan nama Perikatan ditukar kepada BN dan simbol dacing itupun dicadang oleh Dato’ Mohd Asri bagi menggantikan Kapal Layar.

Tun Ghafar Baba melukiskan simbol dacing itu. Tetapi Umno mengkhianati PAS dengan memainkan peranan untuk melagakan pimpinan PAS di Kelantan, kemudian didaruratkan Kelantan.

Akibat darurat itu, PAS kehilangan Kelantan yang dikuasainya sejak 1959. PAS terpaksa menentang usul mendaruratkan Kelantan kerana percaya ada tujuan politik sulit di sebalik undang-undang darurat itu.

Tetapi PAS tidak mengkhianati BN dengan keluar dari pakatan itu seperti yang dilakukan oleh PBS pada 1990 dahulu. Sebaliknya, Umno yang mencadangkan supaya PAS disingkirkan pada Disember 1977 dan akhirnya PAS tidak lagi sebulu dengan Umno.

Sejak itu, PAS sentiasa ditindas dalam berbagai-bagai isu seperti Pembunuhan Memali, Ops Lalang, Ops Kenari dan lain-lain. Namun, PAS masih bersedia duduk semeja dengan Umno ketika membantah isu nuklear dan isu Palestin kerana kepentingan kemanusiaan.

Hari ini apabila Umno sudah tersepit, mereka mencari PAS semula seperti mana Tun Razak lakukan dahulu. Mereka sanggup tawarkan apa sahaja jika PAS bersedia. Tidak cukup dengan itu, dek cemburu oleh kejayaan kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat di lima buah negeri, mereka melancarkan perang saraf kononnya PAS sedang berunding dengan Umno.

Mereka mahu PAS renggang dengan rakan Pakatan Rakyat dan terus menggoda PAS supaya terima sahaja tawaran mereka.

PAS sedar tawaran ini bukannya untuk menjayakan matlamat politik PAS, tetapi memberikan nyawa baru kepada Umno yang sudah tidak diyakini lagi oleh rakan-rakan BN mereka. Bila adalah wartawan mengatakan PAS adalah ‘real kingmaker’, Umno merasakan PAS pasti terjerat.

“Kalau kita percayakan khabar angin ini, maka kita seolah-olah tidak siuman sebenarnya, bahkan Umno sendiripun tidak siuman jika terus mewar-warkan berita palsu ini. Bukan PAS namanya jika kita meninggalkan harapan besar rakyat, kerana mengejarkan pangkat dan wang ringgit yang ditaburkan”

PAS tidak akan mengambil sikap demikian walaupun ada pandangan pemerhati politik picisan yang melihat bahawa PAS perlu memanfaatkan peluang ini jika mahu melaksanakan dasar-dasar Islam yang diperjuangkannya.

Pemerhati-pemerhati politik ini berpandangan bahawa PAS masih sukar ‘bernafas’ dalam Pakatan Rakyat yang ada DAP ini. Mereka membangkitkan keadaan di Selangor yang lebih ‘mesra kandang babi’ daripada ‘mesra masjid’.

Inilah peluang PAS untuk memaksa Umno melaksanakan Islam, kata mereka. Ada kebenarannya.

Tetapi kepimpinan PAS melihat bahawa tawaran kerjasama dengan Umno ini tidak akan membawa PAS ke matlamatnya, sebaliknnya menjadi alat untuk memulihkan semula Umno yang sudah parah itu.

Pada saya, walaupun banyak perkara yang perlu dirunding dan disepakati oleh parti-parti dalam Pakatan Rakyat yang memerintah di lima negeri, tetapi semua harus faham umur Kerajaan Pakatan Rakyat baru mencapai 100 hari dan amat memerlukan kesabaran komitmen semua pihak.

PAS tetap bersabar dengan karenah rakan-rakan yang baru belajar memerintah dan yakin rakan-rakan Pakatan Rakyat tidak memandang sebelah mata kepada PAS.

Kesemua pihak dalam Pakatan Rakyat mestilah boleh menerima dan memberi yang penting semua parti mesti setia sebagai rakan pakatan.

Ketiga-tiga parti mesti melihat bahawa setiap antara mereka ada wibawanya yang harus dihormati, dengan itu sahaja pakatan ini boleh dipertahankan.

Jika ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat adil sesama senndiri, maka saraf Umno untuk memecahkan pakatan ini akan menjadi seperti menjual buah yang tidak laku dan akhirnya busuk begitu sahaja.

Tetapi, jika kita sengaja membiarkan ketidakpuasan hati ahli-ahli dan penyokong-penyokong pakatan di bawah, mungkin mereka akan berubah sikap terhadap pakatan ini. Sebab itu mungkin ada ahli dan penyokong-penyokong bersikap positif dengan desas-desus kerjasama ini.

PAS sudah beberapa kali belajar daripada ‘eksploitasi politik’ Umno ini dan adalah mustahil PAS dipatuk pada lubang yang sama sekali lagi.

Pimpinan tertinggi PAS sudah bertegas bahawa tidak akan ada rundingan dan kerjasama politik PAS-Umno selagi Umno dengan wajah yang sedia ada. Mursyidul Am PAS sudah bertegas dalam soal ini.

Pada masa ini ahli-ahli PAS atau ahli serta penyokong Pakatan Rakyat jangan terpengaruh dengan dakyah palsu ini. Ia adalah serangan minda untuk melumpuhkan Pakatan Rakyat bagi menyelamatkan masa depan Umno.

Pimpinan PAS amat sedar tentang siuman atau tidak untuk menerima kerjasama ini.

Kalau kita percayakan khabar angin ini, maka kita seolah-olah tidak siuman sebenarnya, bahkan Umno sendiripun tidak siuman jika terus mewar-warkan berita palsu ini.

Bukan PAS namanya jika kita meninggalkan harapan besar rakyat, kerana mengejarkan pangkat dan wang ringgit yang ditaburkan.

Lebih tidak siuman jika kagum dengan dunia sehingga melupakan perjuangan panjangnya. Adalah menjadi tanggungjawab PAS untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat yang dibinanya dan ‘memuziumkan’ Umno bersama kebobrokannya.

nota: pada hemat penulis tidak salah sekiranya ada usaha-usaha untuk menyatukan semula UMNO-PAS sekiranya ia dilihat sebagai satu langkah utk memperkasakan umat ISLAM khususnya orang Melayu di Malaysia ini. Tidak dinafikan memang UMNO dahulu yang ‘menendang’ PAS keluar dari Perikatan pada satu masa dahulu. Tetapi itu adalah satu kisah yang lampau di mana setiap kesilapan yang dilakukan sama ada di pihak UMNO atau PAS pada zaman tersebut hendaklah dijadikan sempadan pada senario politik hari ini.  Tidak salah sekiranya di pihak UMNO atau PAS bersikap bertolak ansur dengan satu sama lain demi memperkasakan Agama Islam dan Bangsa Melayu yang mutakhir ini kurang dihormati oleh pihak lain.  Penulis percaya sekiranya terjalin satu perhubungan politik yang stabil di antara PAS dan UMNO, tidak mustahil Malaysia dapat dijadikan sebuah negara contoh terbaik baik dari segi pembangunan materialistik dan juga spiritualnya. Yang baik kita jadikan teladan dan yang buruk kita jadikan sempadan.

14 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

14 responses to “Mahfuz nafi wujud usaha ‘kahwinkan’ semula PAS dgn UMNO

  1. “Nothing venture nothing Gain”.!!!Pas Don’t sit on the fence!!!.Try to make a hay while the sun shines.!!!.Don’t try paddle your own canoe.Now Pas got hold of the wrong end of the stick!!!.Fools seldom differ but wise men think alike!!!.and don’t live in a fool’s paradise.Get rid from the pakatan for heaven sake!!!.

  2. lubalang

    Cadangan percantuman baru itu memang baik untuk servivor orang melayu pada pandangan saya jangan ada parti umno atau pas namakan sebuah parti pertubuhan kebangsaan melayu islam malaysia
    macammana cadangan saya ini bagus tak dan boleh digunakan untok survivor orang melayu di malaysia khas nya dan bangsa malaysia amnya

  3. lubalang

    Kalau nak kahwinkan umno dengan pas nama pun mestilah ditukar kepada pertubuhan kebangsaan melayu islam malaysia ok tak

  4. AbangTuah

    PKMIM…hmm bolehlah juga…tapi khuatir orang panggil Parti Pak Mim pulak…

    Kalau Unite Malays Muslim National Organisation…UMMNO…wah…amacam…ada dua M, satu untuk UMNO satu untuk PAS….nampak macam adil…taklah berebut.

  5. hanturaya

    korang pikir le sikit..man boleh kawin sebab lain ideologi. UMNO sekular PAS islamik. org sekular camna pun bezakan agama dengan politik. ideologi sekular bukan mertabatkan islam atau apa apa agama kat dunia ni. Deme sekular hidup merpergunakan agama bagi kepentingan survival politik. Idealogi ini akan mampus akhirnya. Islam akan berterusan hidup didunia ini hingga hari khiamat.

  6. AbangTuah

    PIS tak nampak macam islamik pun..kalau setakat pakai lebai dan jubah orang Yahudi pun pakai juga. Kalau setakat mengaku islamik tapi berkonsepkan islam wahabi Mulah Omar fundamental Talibanist sampai kiamat pun kau tak merasa perintah negara. Islam UMNO sederhana…tapi membina.

  7. Kuntakinte

    Salam, sdr. hanturaya kau orang memang jenis kalau dengan melayu tak boleh berbaik, yang korang bersekeduduk dengan DAP kafir harbi tu boleh…. UMNO ada juga pilih2 untuk berkawan dengan jenis kafir zimmi, diaorang ikut kata UMNO. tegak benang basah itu memang kerja korang.

  8. AbangTuah

    Ehhh…Hanturaya satu aku lupa…PIS berjemaah dengan PJR berimankan DAP tu macammana kira…? Aku kira bukan ideologi UMNO yang mampus, ideologi PIS kau dan Tok Gurau kau tu yang akan di pimpin keneraka oleh DAP keh..keh…keh..

  9. PAS terlajak cakap kerana kafirkan UMNO. Kerana itulah PAS tak akan berbaik dengan UMNO. PAS nampak DAP lebih baik daripada UMNO. Oleh itu PAS rela berpeluk dengan DAP tetapi tidak sekali dengan UMNO.

    http://suaraperpaduanmelayu.blogspot.com

  10. mok

    Hantu punya hanturaya. Kalau awak betul-betul hantu, jawab soalan berikut ;

    i. Apa idelogi PAS ?
    …………………………………………………

    ii. Apa ideologi PKR ?
    ………………………………………………….

    iii. Apa ideologi DAP ?
    ………………………………………………….

    O… ya, korang kawin campur kan ? DAP laki korang dan jadi ketua keluarga la konon. Bininya korang la kan ? Bermaduuu…
    Eh..ehhh.. sah ker perkahwinan korang ni ? Laki sembah tokong dan tak potong. Bini tua pakai skirt, bini muda pakai purdah.
    Walaupun korang bini yang taat perintah suami.. tapi aku nengok, laki korang tu melebihkan kaum keluarga dia jer dalam bab geran 999 dan kandang 100mega.
    Itu la fasal.. lain kali jangan mudah tergoda dengan mulut manis.. orang tua-tua dah kata, terhutang budi.. tergadai body !
    Aku cadang la kan.. sebelum korang termegandung anak haram hasil zina dengan apek tu, kerana pernikahan yang tak sah.. elok la korang tuntut fasakh. Kembali la ke jalan asal, sebelum tersesat lebih jauh…

  11. Hanturaya,

    Kalau Umno kata Islam Hadhari hampa kata ini Islam apa?.Islam pas apa pulak?.Rasionalah sikit.Islam fuedalisma macam PAS?.susah nak di elobrasikan…macam abang tuah cakap Islam Talibanlah kita namakan..apa jadi dengan mereka?.Bukankah mereka menghancurkan negara?.Kenapa?.Islam bukan agama statik..ia adalah agama sumur…tak tinggalan zaman.Kalau kau teliti surah al-Quran ia diturunkan untuk satu-satu peristiwa.Ia berkait rapat dengan peristiwa bukan cedok sana dan sini.Mamak memang akui kita sebagai Orang Islam perlu jadikan negara ini sebagai Negara Islam yang sebenar.Tetapi perlu ada kebijaksanaan dalam pengendalian dan urusanrakyat keseluruhan.Kita perlukan masa.Yang sedih pulak adakah PAS yang berkompromi dengan DAP sekarang boleh wujudkan Negara Islam?.Kalau PAS rasa ia tidak akan berlaku; kenapa tak mahu bersama UMNO?.Kita orang Islam ini kena bersatu …fahami maksud UMNO dulu dan jangan Pas ini merengek nak itu juga macam anak-anak kecil.Hampa ini mintak macam “Tutup Kilang Proton”, kita buka “ternakan Unta” sebagai kenderaan rasmi Malaysia.Tapi yang sedihnya kawan hampa dalam PKR pulak nak buka ternakan khinzir dan jadikan kenderaan BABI sebagai kenderaan rasmi Negara.Kamu masih perlu belajar si hantu jembalang.

    p/s: BABI itu jangan anggap maksud lain cuma nama singkatan:Brother Anwar Bin Ibrahim.!!!.(Dalam Bahasa Melayu: Saudara anwar bin ibrahim).

  12. Kuntakinte

    Salam, sekarang ni dah ada species sejenis puak2 DAP,PKR,PAS dah mula nak pertikaikan kontrak sosial pulak. ni semua jenis tak sedar diuntong BAR councill, haram jadah punyai persatuan, belanja duit kerajaan dapat jadi lawyer mula lupa diri jadi lawyer buruk, walhal kerana kontrak sosial yang tak guna tu lah diaorang dapat jadi Lawyer.

    Pantang tengok ada peluang, lemah saja sikit kerajaan mula ambil kesempatan nak pijak rapat2, dia ingat orang Melayu nak diam saja ke lihat perangai terlompat2 beruk2 dalam kandang BAR Councill, Ingat melayu diam bukan bermakna lemah, Melayu kompromi bukan bermakna kecut, Melayu akan bangkit segarang2 nya kalau ketuanan kami dikotak katik.

    p/s teman balun mike semua dengan besi bar baru terperosok korang dalam bar atau pub….

  13. AbangTuah

    Salam brokuntakinte, Mamak Haji, Apai Ngelai, Mok dan lain-lain sahabat.

    Apai Ngelai…good posting, bernas dan berkecuali. Kami para sahabat amat mengalu-alukan kehadiran Apai di weblog ni sebagai neutralizer bagi mengimbangi pendapat dari kedua belah pihak. Ada kebenarannya kata-kata Apai, kita tidak mengetahui kesilapan dan keterlaluan sendiri melainkan dapat di lihat oleh mereka yang tiada kepentingan. Pada dasarnya memang kami mengetahui bahawa pihak pembangkang perlu hadir bagi mengimbangi tindakan kerajaan, sungguh pun kami berharap biarlah ia bersifat positif, tidak terlalu cenderong kearah strategi politik semata-mata dalam mengadili sesuatu tindakan dan dasar kerajaan.

    Apai Ngelai, disini ingin juga kawan menyatakan kekaguman dengan cara dan kehebatan YB Paduka Ibrahim Ali bertarung dengan YB Karpal Sigh di Parlimen baru-baru ini. Akhirnya, Parti Bebas pun gagal mengekalkan kesabarannya setelah diasak bertalu-talu dengan kata-kata nista dan kejian…keh..keh..keh..

    Brokuntakinte, tersentuh sungguh hati kawan apabila kontrak sosial di perbahaskan oleh Bar Counsil tu…lebih-lebih lagi yang menjadi pengerusinya adalah bukan melayu. Kalau tak silap mereka berpandangan bahawa kontrak kontrak sosial hanyalah satu rekaan yang bersifat illusi oleh kaum melayu, bagi mengaburi pandangan bangsa lain.

    Sedih…sampai begitu sekali tanggapan mereka…benarlah kata PM bahawa sekiranya kontrak sosial tersebut terus di pertikaikan dan diperbahaskan dikhuatiri akan mengundang perselisihan faham antara kaum sebab kawan pasti bukan kawan sahaja yang berasa tercabar malah mungkin ramai lagi.

    Kawan rasa kebelakangan ini bukan sahaja kontrak sosial berani di perbincangkan malah asalusul bangsa melayu juga turut kerap di pertikaikan sebagai bukan bangsa asal, sebaliknya sebagai bangsa pendatang sama seperti bangsa lain.

    Sorotan dari peristiwa demi peristiwa yang berlaku kebelakang ini membuatkan kawan tergerak untuk membuat analisa bagi mencari identiti dan asal-usul bangsa melayu kita.

    Melalui kajian kawan yang kawan sandarkan dari beberapa rujukan para pengkaji sejarah kawan yakin bahawa bangsa melayu telah berada di tanah semenanjung ini sejak selama ribuan tahun dahulu.

    Bangsa Melayu Deutro percayai telah bergerak atau berhijrah ke kawasan nusantara ini sejak ribuan tahun sebelum masihi. Mereka ini kemungkinan dari daerah Yunan. Mereka adalah moyang kepada Melayu Polinesia. Semasa ketibaan mereka, nusantara ini masih belantara dan di huni oleh bangsa Melayu Proto primitif iaitu Kaum Negrito. Antara abad 1 – 500 selepas masihi bangsa melayu telah pun membuat penempatan dan kerajaan di tanah Semenanjung Melayu ini. Mereka juga telah menjadi pelaut yang hebat dan telah menjelajahi merentas lautan Pasifik sehingga ke New Zealand, Hawaii, Easter Island, dan Madagascar.

    Mereka pada mulanya beragama budha dan kemudian beragama hindu selepas berkembangnya pengaruh hindu di Asia Tenggara melalui mubaligh ugama hindu yang mengikuti kapal dagang. Beberapa kerajaan melayu yang ujud ketika itu adalah Pan-Pan (Terengganu), Langkasuka (Petani/Kedah), Tambalinga, Ci-Lan-tan (kelantan), Feng-Heng (Pahang) dan mungkin pelabuhan Fo-Lo-An (Kuala Berang). (Nama bahasa cina-mengikut catitan pengembara cina ketika itu)

    Sebenarnya, mereka inilah moyang majoriti bangsa melayu sekarang ini…dan kita kena akui juga bahawa moyang kita ini beragama hindu sebelum kedatangan Islam pada abad ke 14 masihi. Mereka ini bukanlah keturunan bangsa India sebagaimana tanggapan sesetengah pihak, sebaliknya mereka inilah moyang kita yang berkulit sawo matang. Bukti sejarah yang masih dapat dilihat adalah saki-baki peningalan kerajaan melayu di sekitar Lembah Bujang Kedah yang telah ujud antara 200 hingga 500 selepas masihi.

    Kita juga patut berbangga, hanya selepas kewujudan melayu di tanah melayu ini, baru datang pula bangsa-bangsa lain seperti Vietnam, Mon-Khamer Tibeto-Burma dan Thais menghuni lain-lain kawasan di asia tenggara akibat pengembangan kuasa kerajaan Cina.

    Dengan fakta sejarah tersebut yang kawan petik dari beberapa eksaiklopedia dan Consise Southeast Asia History, maka terjawablah segala persoalan yang sering diutarakan oleh bukan melayu terutamanya pihak DAP.

    Jadi kita berharap pada bukan melayu sahutlah saranan PM usahlah lagi dipertikaikan apa yang telah menjadi perjanjian antara pemimpin terdahulu di Malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan. Juga usahlah dipertikaikan lagi ketuanan bangsa melayu di Malaysia kerana telah terbukti bahawa bangsa melayu di Malaysia ini seusia dengan bangsa yang hebat-hebat seperti Persia dan Srivijaya.

    Fakta diatas juga sebagai menjawab posting ‘vokoyo’ yang turut kawan sertakan dibawah.
    —————————————————————————————–
    vokoyo
    May 11, 2008 at 5:19 pm
    I wish to point out that the Orang Asli, not the malays, are the original inhabitants of Malaysia. Most of the malay Malaysians came from Sumatra and other parts of Indonesia. They only migrated here much earlier than the Chinese and Indian Malaysians. It does not mean they deserve privileges or rights just because they were the pioneer immigrants.
    It is true that there have been abuses under the name of malay special rights and it is the duty of the malays in particular, and all Malaysians in general, to stop it so that the rightful malays get their rights, and the non-malays get their rights as citizens of this country.

  14. Kuntakinte

    Salam, abangtuah, teruskan, menyedarkan bangsa sekarang ini hujah perlu dilakukan secara intelek, homework abangtuah tidak sia2 banyak memberi pedoman kepada sahabat2.

    teruskan!!!

Leave a reply to Kuntakinte Cancel reply