Anwar pernah desak luluskan Sabah lesen empat ekor

Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri, pernah menghentak meja dan membuang fail meminta kerajaan Sabah meluluskan lesen empat ekor kepada syarikat yang beliau mempunyai kepentingan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata kejadian itu berlaku semasa Datuk Yong Teck Lee menjadi Ketua Menteri Sabah.

“(Beliau) nak lesen itu kerana abangnya pengerusi syarikat berkenaan,” katanya semasa berucap di Peti Undi Barisan Nasional di Simpang Empat Seberang Jaya di Permatang Pauh Rabu malam.

Yong dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada 1996 hingga Mei 1998, sementara Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dari 1993 hingga beliau dipecat daripada Umno pada September 1998.

Najib berkata beliau bangga dengan tindakan kerajaan Sabah yang berprinsip daripada Anwar kerana tidak meluluskan lesen itu.

“Sekarang dia menyebut-nyebut tentang masyarakat Madani tetapi dulu minta luluskan lesen judi,” katanya.

Bernama melaporkan sebelum itu, pada satu majlis di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah di sini, Najib mengumumkan sumbangan khas sebanyak RM100,000 bagi setiap masjid dan RM30,000 bagi setiap surau di kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Beliau juga telah meminta umat Islam bersatu demi menegakkan syiar Islam dan perpaduan ummah.

Katanya tindakan itu amat perlu memandangkan ketika kini banyak pihak yang cuba mencabar Islam terutama melalui penganjuran forum terbuka.

“Dengan bersatu tidak bermakna kita hendak menggugat hak orang lain, tetapi kita perlu membuat orang merasa segan dan hormat kepada kita,” katanya. – agendadaily

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “Anwar pernah desak luluskan Sabah lesen empat ekor

  1. bomoh hujan

    cube meke mintak nombor kat anwar tuh.dier boleh menurun gak cam kawe..

  2. ikankecil

    salam….

    ni lah pejuang agama yg sejati….sanggup menghentak meja asalkan agendanya berjaya…..begini la pemimpijn yg kita cari…
    syabas anwar syabas…..kau jgn risau aku akan tetap pilih kau jd PM dalam mimpi aku…
    klu kat alam nyata aku tau mustahil……kau truskan la angan2 kau 2….aku akan tentang habis2an…..

    ikankecil berenang bebas…

  3. Salam ikan kecil,

    anwar itu cuma berangan nak ke bulan menggunakan roket DAP yang sedang panas dan akan meletup bila-bila masa saje!.Walau pun bulan DAP bagi kebenaran mendarat tapi landing gear dah sangkut kena crash landing!.Esok cuti umum di Pulau Pinang takut peratusan keluar undi akan kurang dikalangan orang muda yang begitu sensasi dengan anwar!.Memang PKR harap cuma pengundi belum matang.Senang nak manipulasi otak mereka!.Walau bagaimana pun Kita cuma tak dapat gambarkan perihal pengundi cina yang akan ubah senorio politik tanah air ini.

    p/s:ikan kecil sambil-sambil berenang bebas itu singgah kejap kat Sg.Perai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s