Kenapa Shah Rukh Khan Bukan Lee Chan Siow===REF Malaysiakini

Siapa Lee Chan Siow??

beliau adalah pemenang pingat Gangsa bagi Malaysia pada Temasya Sukan Paralimpik Beijing 2008 bagi acara Power Lifting – 56KG….rakyat Malaysia yang mengharumkan nama negara dan menamatkan kemarau pingat selamat 16tahun di sukan Paralimpik.

Siapa Shah Rukh Khan (SRK)

beliau bintang bollywood –

bezanya ialah Shah Rukh Khan akan dapat gelaran Datuk….

Artis Bollywood Shah Rukh Khan, akan dianugerahkan darjah kebesaran negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob ke-70 hari ini.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka, Saadon Basirun berkata Shah Rukh Khan akan dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM).

Istiadat penganugerahan berkenaan yang turut melibatkan 758 penerima darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka akan berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini dan Ahad.

“Penganugerahan darjah kepada Shah Rukh Khan akan diadakan pada majlis lain yang tarikhnya akan ditetapkan kemudian,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Shah Rukh Khan adalah antara 77 penerima yang dianugerahkan DMSM.

Saadon berkata anugerah darjah berkenaan kepada Shah Rukh Khan adalah bagi menghargai sumbangan artis itu terhadap industri hiburan peringkat antarabangsa.

“Shah Rukh Khan juga memberi sumbangan terhadap industri pelancongan negara ini apabila beliau datang ke Malaysia bagi menghasilkan filem lakonannya,” katanya. – mstar

Kenapa SRK dipilih…???

bukankah lebih patut diberikan pingat dan gelaran tersebut kepada Lee Chan Siow yang sememangnya mengharumkan nama Malaysia pada Temasya Sukan yang lepas. Sekiranya Lee Chong Wei diberikan Datuk…Lee Chan Siow juga layak atas sumbangan beliau…

9 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

9 responses to “Kenapa Shah Rukh Khan Bukan Lee Chan Siow===REF Malaysiakini

  1. Salam,

    Melaka sebagai hub tourism Malaysia perlu ambil kira syarikat perfileman yang promosikan Melaka untuk pelancong dari India…dalam hal ini yang lebih layak adalah producer bukan pelakon.

    Agaknya orang rumah orang besar Melaka peminat no.1 Mohabatein!.

    p/s:Bini mamak tonton Mohobatein X5 dan telah membazirkan 2 liter air mata dengan sia-sia.Mami amat setuju kalau Amitahbacan di beri gelaran datuk di Pulau Pinang……….piiraah!!!!.

  2. cam

    jgn main main wooo.. Shah Rukh khan kan dari india dan beragama *****. Kalau tak kasi nanti, hindraf akan pergi ke rumah terbuka Ali Rustam dan Anwar akan komplen. Hadi akan memberitahu kalau kat US shah rukh khan sentiasa disanjung. Sapa la kita org melayu seperti roslin hashim, rashid sidek dan sazali (mr Universe) kepada org org melaka.

  3. Pingback: Da Datuk Shah Rukh Khan Links - Who? How Many?? « A Total Blog

  4. latok shah khan khan

    woi bodohnya sungguh lipas “cam” ini. bila masanya datk melaka shah rukh khan jadi *****?
    awak tarak ikut bollywood kah? manyak makan lemang dan ketupat otak jadi sumbing macam ali ketam

  5. Apai Ngelai

    Salam,

    Bagus juga idea bagi gelaran datuk kat Shah Rukh Khan nih. Tu tandanya senang nak dapat filem bollywood murah pada masa depan ni.. Dapat juga kerajaan jimat sikit duit impot filem. Modal cuma bagi gelaran tu jer… Tak ke bijak orang-orang kita nih? Siapa untung? Yang untung adalah rakyat dalam PR jugak. DSAI suka industan nih. Orang PAIH pun suka. Karpal telah lagi. Cuma kene pujuk Kit Siang tu jer biar dia blajar minat nonton skali. Haa, tak payahlah nak susah-susah pertikaikan hal duit negara ke arah pembaziran lagi. Projek rakyat nih……..

  6. Anti-Kafir

    Sape2 yang bagi komen, jangan le asyik nak pertahankan yang tidak sepatutnya…yang betul kata betul yang salah kata salah…mmg pun si BANGLA ni tak layak dapat datuk ape nak dipertahankan lagi..kot2 BANGLA ni sendiri pun heran dapat datuk….ish..ish..ada peserta Tilawah Al-Quran Malaysia yang meninggal dunia begitu saja tanpa gelaran datuk walupun lebih tujuh kali wakili negara ke peringkat Antarabangsa..

  7. AbangTuah

    Salam,

    Bijak-bijak, bagus punya taktik untuk mempromosikan Melaka dan Malaysia. Tentu producer, aktor serta atress Bollywood berlumba-lumba membuat filem di Malaysia setelah mengetahui usaha mereka dihargai dan boleh mendapat datokship. Ini tentu baik untuk industri pelancungan dan tukaran wang asing.

  8. Apai Ngelai

    Salam,

    Tu belum didengar dek Salman Khan, musuh tradisi dia lagi tuh. Kompom dalam masa terdekat, dia akan letak niat nak memfardhukan kesungguhannya dalam mencari sekelumit Taitel dari Malaysian Republik of Tourism nih.

    Bukan apa, orang kita nih kuat jeles apa. Memang dah lumrah masyarakat kita (kat malaysia jer), musti mau persoal kalau orang tu boleh pasai apa orang ni tak boleh? Siap keji lak. Ha, nak tau tu suma urusan tuhan. Kalau Dia nak angkat sesapa jer kat dunia ni, Dia tak kira kafiak kah! islam kah! Tapi, yang nyata suma orang ada dapat bahagian rezeki dia masing-masing. Mana ada sama, beb. Ada berani ker kita nak bantah?

  9. Kuntakinte

    Salam, bukan rugi pun satu bentuk pingat habis2 nilainya RM 300 ke RM400 sebiji, tetapi kalau betul strategi Kerajaan Melaka lakukan berbillion2 sumber dari pelancungan akan masuk ke Melaka sekaligus Malaysia sebab setiap pelancung turunnya di KLIA, tidur dulu di Hotel Seri Malaysia dapat tips lagi budak hotel, esoknya pergi ke Melaka melawat naik Proton Saga dipandu dik Melayu/Cina/India ke, singgah stesyen beli minyak, masuk highway bayar tol, singgah kawasan rehat makan pagi/tengahari/petang /malam, sampai Melaka pastu beli cenderahati/ masuk zoo ke muzium ke, makan lagi. ha..ha… bayang kan hanya modal RM300 ke RM400 je, putaran ekonomi yang berlaku dan dinikmati dik semua golongan.

    Buang lah sikap Phd…. Ngey ko ham di Perak minggu ni dapat jadi exco kanan minggu depan dapat Dato, tu kerja asyik hentam je kerajaan, tak hormat institusi sultan dapat Dato, setitik peluh jasa pun tak pernah curah…. orang Melayu baik beb….. apa macam boleh……

Leave a reply to Apai Ngelai Cancel reply