“Tak mustahil PAS Selangor akan keluar Pakatan” Mat Taib

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, beliau tidak menolak kemungkinan PAS keluar dari Pakatan Rakyat (PR) di Selangor berdasarkan masalah dalaman gabungan parti itu yang semakin meruncing.

Beliau berkata, kemungkinan itu dapat dilihat daripada program atau mesyuarat anjuran kerajaan PR di negeri itu yang banyak dipulaukan oleh PAS.

“Sekarang kepimpinan (PR Selangor) dah mula retak dan nampaknya PAS dah mula kecil hati kerana banyak majlis yang dianjurkan, PAS tak datang.

“Mereka (PR) memang mempunyai masalah dalaman,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong di sini hari ini.

Muhammad berkata, ketidakpuasan hati itu ditambah dengan tindakan penganjur sambutan 100 hari pemerintahan kerajaan campuran di negeri itu yang memasukkan wang sumbangan syarikat swasta bagi program itu ke dalam akaun PKR (Parti Keadilan Rakyat).

Ini menimbulkan rasa kurang senang pengerusi penganjur sambutan itu, Datuk Dr. Hassan Ali yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, kata Muhammad.

“Ini menyebabkan parti lain iaitu PAS dan DAP amat kecewa. Oleh itu mereka sekarang berpecah belah sesama mereka.

“BPR (Badan Pencegah Rasuah) pun dah masuk siasat pegawai dia sendiri dan berlaku tuduhmenuduh sesama mereka dan ini menandakan bahawa sekarang kita tengok kerjasama antara mereka sudah mula retak, kata Muhammad.

“Lepas tu mereka juga bertelagah dalam melantik ahli majlis (Pihak Berkuasa Tempatan). Dulu kata nak lantik satu pertiga dari parti, satu pertiga dari profesional dan satu pertiga dari NGO (badan bukan kerajaan).

“Tapi bila diputuskan nampak lebih 80 peratus orang PKR, jadi rakyat tidak senang dengan tindakan mereka itu.

“Kalau macam ini cara mereka mentadbir negeri saya takut gerakan pembangunan dan ekonomi Selangor akan terjejas dan akan berlaku pengangguran, orang susah, banyak social problem bila economic wave itu tidak digerakkan dengan kencang,” katanya.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to ““Tak mustahil PAS Selangor akan keluar Pakatan” Mat Taib

  1. saf

    MAT TAIK NI BODOH..STATEMENT SEMUA TAK BLEH PAKAI…HAHAHAHA

  2. Salam,
    Memerintah sebuah Negeri yang terkaya dan termoden bukan senang.Perlukan pengalaman yang luas.Dengan gabungan parti-parti yang belum pernah memegang tampuk pemerintahan, lagi payah!.Kalau dah biasa jadi pembangkang; kawan sendiri pun nak bangkang juga…macam manalah nak wujudkan persefahaman…hancur …hancur..!.Ceritanya seperti ‘beri bunga pada monyet Kebun Bunga Penanglah’!.Nasihat pada PKR daripada dok kejar nak memerintah Negara yang ada itu akan hilang!.Baru satu Negeri pun pun tak terkawal nak memerintah Negara pulak?.”Don’t try to burn your candle at both ends”!!!!!!wassalam.

  3. MelayuMan

    Dah la PAIH oii, keluar je la dari Pakatan anwaR tuh,tak de untungnye korang semue berada dalam pakatan tuh. Jadi lembu Parti Ketuanan anwaR dan parti Dogs And Pigs tu adelah.

    Hang semua dah jadi bahan kutukan orang2 melayu sendiri, toksah la nak nafi.Bahkan aku sendiri, yang dulunya sokong sangat hang pun dah jadi meluat, menengokkan keflip-flopan “fatwa” dan prinsip hang. Aku ingat Petrolah ja yang flip flop.

    Malu aku bile aku dengar orang kate selangor bakal jadi jelapang babi…babi bukan lembu oii.
    Mane maruah kite orang melayu dan islam? Takkan sebab nakkan kerusi empuk kat Bangunan
    Darul Ehsan, maruah bangsa dan agama diletak ketepi. Dulu mase Barang Naik jadi kerajaan hang kutuk isu babi tu habaih2, skarang camna? paku dulang paku serpih, mengata orang hangpa yang lebih2.

    Udah le tu PAIH, baliklah semula ke perjuangan asal kita. Mai martabatkan orang islam dan melayu kat malaysia ni.

    Berani kerana benar, takut kerana salah.

    Wassalam.

  4. Kuntakinte

    Salam, sejarah wujud PAS pun dari UMNO, jadi tidak mustahil untuk PAS pulang semula ke pangkuan UMNO, kuntakinte fikir dah tiba masa dan ketikanya PAS bersama UMNO sejak mukhtahir ini berbagai2 kejadian dan peristiwa berlaku, tinggalkan PKR bersama DAP manakala PAS bersama BN.

    Melayu kena bersatu, kalau melayu bersatu bangsa lain akan tunduk menyembah, sekarang ini cina dah mula berkata Melayu bodoh!!!., kita mesti balas kembali dengan memperbodohkan cina pulak, apa mereka rasa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s